Chapter 5

Romance Completed 19927

Bab 5

Setahun kemudian…

Setahun juga hidup Naurah dalam aman. Sejak itu, dia tak lagi diganggu oleh Vincent yang sudah menganggap dirinya musuh ketat.

Selepas mendapat ijazah, dia terus pulang ke Kuala Lumpur. Dia bekerja sebagai waitress di sebuah restoran. Buat masa sekarang, itu ajelah yang menjadi punca utama rezekinya.

“Naurah, ada pelanggan depan tu…” Naurah hanya mengangguk lalu mengeluarkan buku nota dan pen dari poket seluarnya dan terus menuju ke arah wanita yang agak berumur itu.

“Nak pesan apa ya?” tanya Naurah.

“Naurah?” tegur wanita itu. Naurah memandang wanita itu.

“Aunty?!” terjerit Naurah. “Ya Allah! Naurah rindukan aunty! Uncle macam mana? Sihat?” tanya Naurah kepada Puan Lee.

“Alhamdulillah…aunty and uncle sihat saje. Naurah macam mana?”

“Alhamdulillah aunty…sihat je. Donnie dengan kak Soo macam mana?”

“Mereka pun ok…”

“Ok! Aunty order je apa yang aunty nak! Naurah belanja!”

“Eh?? Mana boleh!”

“Bolehlah!!! Aunty nak pesan apa! Aunty order je!” kata Naurah.

“Ok…aunty nak spaghetti Bolognese and fresh orange. Tu je…”

“Tu je erkk?? Kejap tau!” Naurah berlalu ke dalam menghantar pesanan yang dibuat. Kemudian, dia kembali kembali kepada Puan Lee.

“Naurah makin cantik aunty tengok!” puji Puan Lee.

Naurah tersenyum kembang. “Mana ada aunty ni! Ada-ada je!”

“Yelah! Betul apa yang aunty cakap…” Naurah hanya tersenyum.

“Naurah…” panggil Puan Lee. Naurah memandang.

“Aunty nak mintak satu pertolongan dari Naurah boleh?” pinta Puan Lee.

“Ada apa aunty?” soal Naurah ingin tahu.

“Aunty nak Naurah kerja dekat rumah aunty boleh?”

“Hah?!”

“Ya Naurah…aunty nak Naurah kerja dekat rumah aunty. Ajar aunty tentang Islam lagi…”

“Tapi aunty…” duh! Aku tak nak menghadap muka Vincent!

“Please Naurah…mungkin kehadiran Naurah boleh membuatkan Vincent berubah dan masuk Islam?” Puan Lee masih memujuk.

“Tapi aunty…Naurah bukannya hebat mana pun!” sedaya upaya Naurah mencari alasan.

“Tak apa…aunty nak Naurah ada di sisi aunty. Boleh ye?”

Huhuhu…inilah yang aku lemah ni! Duh! Macam mana ni??

“Boleh kan Naurah?” Naurah memandang wajah wanita berumur itu. Aku nak tolak tak sampai hati tapi nak terima tak sanggup!

“Naurah??”

“Hmmm ok aunty. Tapi aunty…Vincent?”

“Naurah jangan risau. Dia jarang ada dekat rumah!” Naurah hanya tarik senyuman sedikit. “Oklah aunty…” tak sampai hati nak tolak.

“Thanks Naurah!” perbualan mereka terhenti bila waiter datang menghantar pesanan yang dipesan Puan Lee.

“Thanks Naufal!” Naufal hanya mengangguk.

Macam mana ni? Vincent jarang-jarang di rumah…maknanya dia adalah jugak tu! No Naurah! Just fikirkan aunty! Pasal Vincent kau buang jauh-jauh!

“SERIOUSLY mom? You want to take Naurah back here and live here? Mom, how about Vincent? You know your son like what right mom?” tanya Soo tak percaya. Dia tak kisah tapi…Vincent?

“About Vincent you don’t have to worry Soo. I know how to take over him…” Kata Puan Lee sungguh-sungguh.

“Mom…you know Vincent like what mom? I don’t care if you want to take Naurah back to our home but please think about Naurah safety. Vincent can do anything out of our mind to Naurah mom…”

“I know Soo but…you can help me control Vincent right?” sebenarnya Puan Lee turut risau kalau kehadiran Naurah boleh membuatkan Vincent hilang kawalan.

“Emmm…I don’t know maybe I can…but we need help from Donnie.”

“Alright…” kata Puan Lee.

“MAK…ayah…Naurah ada perkara sikit nak cakap dengan mak dan ayah…” Naurah duduk di kerusi berhadapan dengan mak dan ayahnya.

“Ada apa?” tanya Haji Nasir. Hjh Izmia turut sabar untuk mendengar kata-kata yang hendak keluar dari mulut anaknya.

“Mak ayah…sebenarnya Naurah nak cakap yang Naurah nak bekerja sebagai maid…errr mungkin.”

“Maid?!” terkejut Haji Nasir dibuatnya.

“Tak…bukan maid tapi errr macam mana nak cakap erkk?? Errr…mak dengan ayah kenalkan Puan Lee yang masuk Islam tu?” Haji Nasir dan Hajah Izmia mengangguk.

“Ok…macam ni. Puan Lee ada mintak Naurah untuk stay di rumah dia and ajar dia mengaji. Itu je…bukan nak kena kemas rumah dia pun…”

“Oh…ingatkan nak kena kemas kebun dia apa semua. Hmmm…kalau dia mintak macam tu Naurah…tak baik kita tolak sebab dia nak mendekati agama Islam lagi. Tak apalah Naurah….ayah izinkan. Tapi ingat! Jangan sampai kamu ada apa-apa dengan anak dia. Faham maksud ayah kan? Jangan jatuhkan maruah keluarga kita.” tegas Haji Nasir menegur.

“Baik ayah…” jangan jatuhkan maruah keluarga kita…Naurah mengeluh kecil. Mampukah aku sedangkan aku tahu Vincent orangnya macam mana! Vincent the devil!

Naurah bangun menuju ke luar rumah. Dia duduk di meja kecil. Dia termenung. Macam mana aku nak hadapi Vincent? Setakat Donnie aku tak kisah sebab aku tahu dia baik dan tak akan apa-apakan aku tapi…kalau Vincent…aku tak percaya kalau dia tak apa-apakan aku. Dalam otak dia tu bersarang dengan idea kejahatan.

“Hoi! Mengelamun!” Saiful, abang Naurah menepuk meja perlahan.

Naurah terkejut dengan tepukan kecil di meja. “Hesy abang ni! Janganlah buat macam tu! Terkejut adik!” marah Naurah.

“Sapa suruh mengelamun sampai abang ada dekat depan ni pun adik tak nampak!” balas Saiful. Apalah agaknya yang adiknya menungkan.

“Apa yang adik menungkan tadi?” tanya Saiful ingin tahu.

“Tak ada apa-apalah…” sengaja Naurah mahu merahsiakan. Biar dia sahaja yang tahu.

“Adik…kalau ada apa-apa masalah just cakap dengan abang. Janganlah pendam macam ni. Apa gunanya abang kalau abang tak dapat selesaikan masalah adik?” desak Saiful lagi.

Naurah mengeluh kecil. “Ini pasal Puan Lee…” Naurah membuka cerita. Malas nak berahsia.

“Puan Lee yang masuk agama Islam tu?” Naurah mengangguk. “Ada apa dengan dia?”

“Puan Lee mintak adik ajar dia lebih mendalam pasal ilmu agama Islam…tapi adik takutlah! Takut apa yang adik ajar nanti tu salah…” ok…cerita diputar belitkan. Pasal Vincent siapa pun tak tahu. Hanya Allah dan dirinya sahaja yang tahu.

“Oklah tu adik…adik dah buat amal. Kalau adik ragu-ragu…just Mr Google!”

“Tulah…adik fikir macam tulah…tapi adik kena stay rumah dialah…”

“Ayah dah beri keizinan ke?”

“Hmmm dah!”

“Oklah kalau macam tu…abang nak masuk tidur dulu. Esok abang kena masuk kerja. Night!” Saiful berlalu sambil mengusap kepala adiknya.

“Night…” balas Naurah kembali. Huh! Mampukah aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience