Chapter 38

Romance Completed 19927

Bab 38

Nurin menuju ke rumah ibu bapa Naurah di Shah Alam. Sudah lama rumah tu tak dijenguk. Mesti dah berhabuk. Lagipun ini amanah orang untuk menjaga rumah itu.

Sampai sahaja di sana, dia segera keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah itu. Dia memandang sekeliling rumah itu. Dia meletakkan beg tangannya di meja kecil itu lalu memulakan tugasnya untuk membersihkan rumah itu.

Bulu ayam dimabil lalu habuk-habuk itu disapu menggunakan bulu ayam itu. Gambar yang berhabuk turut dilap sehingga bersih.

“Hello?” suara lelaki kedengaran. Nurin menoleh. Erkk?? Abang Saiful?

“Awak ni siapa?” tanya Saiful yang berada di sebelah isterinya dan bersama seorang kana-kanak lelaki yang berlingkungan dalam 2 tahun.

“Saya…errr…saya…”

“Macam mana awak boleh masuk ke sini?” soal Saiful mulai syak.

“Saya…arrr…saya kawan Naurah! Ya! Saya kawan Naurah…”

“Awak buat apa dekat sini?” soal Diniy pula.

“Saya datang sini just kemas-kemas je.”

“For what? Awak tak ada kena mengena dengan keluarga kami…” Saiful memandang lagi wanita di hadapannya. Naurah?? Kenapa mata dia macam Naurah?

“Memang saya tak ada kena mengena dengan keluarga awak tapi ini amanah Naurah sebelum dia pergi. Dia kata kalau diadah tak ada, saya yang harus jaga rumah ini. Maaflah kalau mengganggu….”

“Oh…”

“Saya pergi dululah…” Nurin mencapai beg tangannya lalu menuju ke arah keretanya. Dia memandu keretanya pulang. Dari kejauhan pula, ada mata yang memerhati.

“Apa yang Nurin buat dekat rumah tu? Apa kena mengena dengan dia?” fikir Denny.

NURIN memandang telefonnya. Ada satu mesej dari Vincent.

Tolong datang ke ofis saya sekarang…

Dah nak buat apa kena ke ofis dia? Hesy! Macam-macam! Tanpa berlengah, Nurin segera memandu ke pejabat Vincent.

World Tour Holding…betullah ni syarikat dia! Nurin segera masuk ke dalam bangunan itu. Pejabat dia di tingkat berapa eh?? Dahlah bapak punya besar syarikat!

Nurin menuju ke arah kaunter pertanyaa. “Hello, excuse me miss…can I know which floor boss office?”

“Hello…may I know who are you?” tanya wanita berambut perang itu lagi.

“Err…my name is Nurin and your boss tell me to come here…his name Vincent right?”

“Oh yes…ok…you just go to 18th floor…”

“Oh…ok. Thanks!” Nurin segera menuju ke arah lif dan punat 18 ditekan. Sampai sahaja di tingkat 18, dia segera keluar dari lif. Dia masuk ke dalam pejabat yang menempatkan banyak pekerja atasan. Err..mana satu bilik dia ni?

“Ye cik? Cik cari siapa ya?” tanya seorang wanita muda.

“Errr saya cari bilik bos. Dekat mana ye?”

“Oh…bilik bos cik straight sampai hujung then belok kanan. Itulah bilik dia…”

“Oh ok. Thanks!” wanita itu hanya tersenyum. Nurin terus menuju ke arah pejabat Vincent.

Sampai di hujung, ada meja dan diduduki oleh seorang perempuan. Perempuan itu turut melihat ke arahnya.

“Ye cik?” wanita itu tersenyum ke arahnya.

“Errr…saya nak tanya…betul ke ini pejabat encik Vincent?”

“Betullah…cik ni siapa ya sebab bos sekarang ni tengah berjumpa dengan seseorang sekarang ini…”

“Saya Nurin Izzaty…saya doktor peribadi dia dan dia mintak saya ke sini…”

“Oh…kejap ye?” Safia menekan punat interkom yang menghubungkan dia dengan bos.

“Yes Safia?” suara Vincent kedengaran.

“Cik Nurin dah sampai…”

“Ok…suruh dia masuk!”

“Baiklah bos…” talian diputuskan. “Cik boleh masuk sekarang…”

“Terima kasih…” Nurin segera melangkah masuk. Ada seorang lelaki yang berkot hitam membelakangi dirinya sekarang.

“Kenapa awak suruh saya datang ke sini?” soal Nurin apabila sudah masuk ke dalam pejabat Vincent.

“Meet Naurah cousin, Azli!” ujar Vincent. Serta-merta lelaki berkot hitam itu menoleh.

Nurin terkejut. Errr…macam pernah tengok lelaki ni! Azli pula memandang Nurin dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kenapa macam aku pernah kenal perempuan ni.

“Oh…hai!” Nurin hanya melemparkan senyuman.

Oh ya! Perempuan nilah yang terlanggar aku hari tu dekat mall! “Hai…lupa saya ke?”

Nurin mengerutkan dahinya. “Kita pernah jumpa ke?”

Azli tertawa kecil. “Ya…masa dekat shopping mall hari tu. Awak terlanggar saya. Ingat?”

Nurin mengetuk-ngetuk dagunya. “Oh ya! Saya dah ingat!”

“Actually Nurin, saya nak cakap dekat awak yang cousin Naurah akan kerja dekat sini…”

“Oh…tapi takkan yang tu je kot awak nak cakap? Penat kot saya drive sampai ke sini!” komen Nurin. Takkan yang tu je?!

“Ada lagi sebenarnya…Azli, boleh awak tinggalkan kami berdua je?” Azli hanya mengangguk lantas keluar dari pejabat Vincent.

“Duduk…” Nurin mengambil tempat duduk di hadapan Vincent.

“Apa yang awak nak cakap?”

“Macam nilah Nurin…boleh tak awak just berterus terang dengan saya?” Nurin mengerutkan dahinya.

“Apa yang perlu berterus terangnya?”

“Di mana Naurah sebenarnya?” gulp! Terus Nurin jadi tikus.

“Nurin…please! Bagitahu saya! I really need Naurah in my life. Can you help me? Awak tengokkan macam mana terseksanya saya Naurah tak ada di sisi saya?”

Dush! Rasa nak luruh jantung Nurin mendengar pengakuan Vincent. Fuhh!!! Jiwang!

“Awak…awak sendiri kan dah tengok kubur dia?”

“I don’t believe it! Saya syak something. Please Nurin bagitahu saya. Jangan sampai saya jadi devil macam dulu…”

Pap! Rasa macam satu tamparan buat dirinya. Arhhh!!! Aku tersepit!

“Nurin…kalau awak diam maknanya awak tahu dia dekat mana. Please Nurin…”

“Seriously I don’t know and Naurah has died about 3 years ago Vincent! Awak kena belajar terima hakikat bahawa Naurah memang dah tak ada!” tegas Nurin berkata.

“You’re lying to me Nurin! Your eyes told me everything!”

“I’m told the truth Vincent. Terserahlah dekat awak nak percaya ke tak!”

“Nurin…kalau saya dapat tahu awak tipu saya…saya betul-betul kecewa tau sebab saya dah anggap awak sebagai teman saya…”

Nurin mengeluh. Ini aku lemah! Haish…

“Tak apalah Nurin. You may go!” Nurin memandang wajah Vincent. Sungguh wajah itu nampak kecewa. Huh…apa yang patut aku buat?

DENNY seludup masuk ke dalam pejabat yang menempatkan senarai kematian pesakit di hospital itu.

“Encik Denny!” tegur seseorang. Denny menoleh. Ravi sedang merenung ke arahnya.

“Apa yang encik buat dekat sini? Sini tempat larangan bagi orang awam bagi encik! Hanya doktor sahaja yang dibenarkan!” suara Ravi tegas. “Encik kena keluar dari sini!”

“Kalau saya tak nak?!” cabar Denny.

“Saya akan panggilkan security…” Ravi hendak mengorak keluar namun…

“Hey!” tegur Denny tegas. Di tangannya ada sepucuk pistol. “Kalau kau berani langkah setapak…mampus kau aku tembak!” Ravi terus terkaku di tempatnya berdiri.

“Sekarang aku nak kau cari fail pesakit yang bernama Dhia Naurah Nazifa! Cepat!”

“Saya tak boleh! Kalau saya buat, saya akan dianggap bersubahat! Ini sangat privacy! Hanya keluarga si mati sahaja yang boleh tahu maklumat dia!”

“Hey!” pistol diacukan di belakang kepala Ravi. “Kau nak ikut cakap aku ke nak nyawa kau melayang?!” Ravi menggeleng ketakutan.

“Kalau kau tak nak nyawa kau melayang, kau cari cepat fail Naurah Nazifa!! Cepat!!!” Ravi hanya mengangguk. Dia harus pecah amanah Doktor Ri demi nyawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience