Chapter 13

Romance Completed 19927

Bab 13

“Ya Allah!” ucap Puan Lee apabila mendapat tahu yang ibu bapa Naurah sudah menghembuskan nafas terakhir kerana terlibat dalam kemalangan.

“Ya Allah abang!”

“Dahlah darling. Jangan menangis macam ni…tapikan darling pelik tak bila kehilangan Vincent sama dengan kehilangan Naurah?” tanya Mr Lee pelik.

“Iyelah…saya cuba call dia pun dia tak jawab!” kata Puan Lee turut sama pelik.

“Tak apa…perkara ni kita bincang lain. Yang penting kita uruskan jenazah mak dan ayah Naurah dulu…” kata Mr Lee lagi.

NAURAH berkurung di dalam bilik bawah. Ini bukan kehendaknya tapi Vincent yang buang dia dalam bilik bawah. Siap dikunci lagi. Naurah hanya akur tanpa sebarang kata. Nasib baik jugak ada bilik air.

Naurah mengesat air matanya yang mengalir. Dirinya sudahlah ‘kotor’, dikurung dan didera. Teringat pula pasal ayah dan mak. Macam mana keadaan ayah dan mak sekarang ini? Agaknya mereka cemas ke tak mencari kehilangan aku??

Krukk…perut Naurah berbunyi tanda lapar. Aduh! Laparlah pulak! Lupa yang aku dah 2 hari tak makan apa-apa. Duh perut! Tahan ye perut! Aku bukan tak nak bagi kau makan tapi dalam keadaan sekarang aku tak boleh!

Tiba-tiba, pintu bilik kurungannya dibuka. Naurah menjadi takut. Vincent nak apa lagi??

Tiba-tiba satu bungkusan dibaling tepat ke arah Naurah. Apa benda ni? Dan satu cawan berisi air berwarna merah pudar. Air apa ni? Naurah cuba bau air tersebut. Eiii!!! Apa ni?! Busuk!

“Apa ni awak?” Vincent melihat ke arah Naurah dengan tersengih sinis.

“Itu hamburger and of course dalam gelas tu red wine! Makan!”

“Tapi…saya tak boleh makan dan minum benda ni. Haram.”

“Hey!” Vincent menuju ke arah Naurah. Pipi itu dipegang kuat. “Aku tak kisahlah! Yang penting, aku nak kau makan sekarang!!!”

“Tak nak…” apa pun yang Vincent suruh dia boleh buat tapi bukan makan daging khinzir dan air haram tu.

“Kau ni memang degil kan?!” Vincent melepaskan pipi Naurah lalu bungkusan burger itu dibuka lalu disuap kasar ke mulut Naurah. Naurah menangis lagi. Ya Allah! Daging haram tu! Tak cukup, Vincent mengambil wain merah itu lalu dituang dalam mulut Naurah.

“Puas hati aku!!!” Vincent melangkah keluar. Naurah meludah makanan itu ke luar tingkap. Dia mengelap mulutnya menggunakan tangannya. Ya Allah! Daging benuh kuman yang tak akan mati itu sudah masuk ke dalam mulutnya. Wain itu pun!

Sesungguhnya aku tak mampu menjaga diri aku sendiri. Benda-benda haram dah masuk dalam mulut aku. Nasib baik aku tak telan lagi! Naurah menuju ke tandas lalu dia mengkumurkan mulutnya. Dia ternampak ubat gigi Colgate lalu dicampur dalam air kumurannya. Dia mengacau sedikit lalu dikumurkan.

“Kau harus bertahan Naurah…kau jangan sesekali tunjuk diri kau tu lemah!” ujar Naurah kepada dirinya sendiri.

SAIFUL menggaru-garu kepalanya. Di manalah Naurah sebenarnya. Sudah banyak tempat dia pergi mencari namun tak ada juga. Telefon pun tertinggal! Dekat mana kau ni adik?

“Abang…janganlah terlalu fikir. Abang kena rehat. Insha-Allah, Naurah selamat!”

“Sayang…dia adik abang tau! And she’s a girl! So, kalau apa-apa jadi dekat dia macam mana? Mak dan ayah pun baru saja meninggal!” kata Saiful. Diniy hanya mengusap bahu suaminya lembut.

“Abang…kalau abang terus berfikiran negative macam ni, kemungkinan besar Naurah tak akan berada dalam keadaan selamat! Diniy cadangkan yang abang just rest and banyakkan berdoa kepada Naurah ok?” Saiful hanya mengangguk.

“Tapikan abang…sebenarnya…” ayat Diniy terhenti di situ.

“Sebenarnya apa?” Saiful memerhati isterinya.

“Sebenarnya kan Diniy pernah nampak Naurah duduk di taman. And…Diniy ada ternampak kereta mewah datang berhenti belakang Naurah dan…ada seorang lelaki datang di belakang Naurah dan tubuh Naurah dibawa masuk ke dalam kereta.”

Mata Saiful membulat. “Habis tu kenapa tak bagitahu awal-awal?”

“Tak…masa tu sayang ingatkan yang mereka tu kawan-kawan Naurah. Yelah…Naurahkan pernah cakap yang dia ada kawan lelaki. Lagipun Naurah ada cerita yang kawan dia tu pernah buat prank macam tu dekat dia,” kata Diniy serba salah.

“Hmmm…tak apalah. Nak buat macam mana kan? Tapi tak apa…abang dah buat report!” ini mesti ada kena mengena dengan Vincent! Aku yakin! Masalah betullah Vincent ni!

Memang Naurah tak tahu yang dia tahu pasal Vincent. Dia tahu segala-galanya dari aunty Lee. Hfff…tapi macam mana nak cari Naurah erkk?? Aku tahu Vincent ni sangat teliti orangnya.

“Sayang mintak maaf erkk??” pinta Diniy bersungguh-sungguh. Dia takut kalau Saiful memarahi dirinya.

Saiful mengusap bahu isterinya. “Tak apa. Abang tak ambik hati pun!” kata Saiful bagi menyenangkan hati isterinya.

KRUK…lapar! Itulah yang dirasakan oleh Naurah. Burger petang tadi tu? Hmmm! Jangan ingat dia akan makan walaupun dalam keadaan terdesak! Naurah memujuk perutnya supaya bersabar.

Tiba-tiba pintu bilik kurungannya dikuak dari luar. Vincent melangkah ke arah Naurah. Naurah memeluk lututnya.

“Jom!”Vincent menarik tangan Naurah kasar.

“Auchh! Vincent! Kau nak bawak aku ke mana?!” Naurah cuba melepaskan genggaman tangan Vincent.

“Kau boleh diam tak?!” arahnVincent.

“Sakit Vincent! Sakit! Lepaslah…” Naurah cuba merayu namun tak berhasil. Dia dibawa ke satu bilik.

“Awak nak buat apa ni Vincent?” Naurah mula cuak bila nampak Vincent membawa dirinya ke dalam bilik.

Dirinya dihumban ke sudut bilik. Mati-matian dia fikir Vincent hendak merogol dirinya lagi namun dia silap bila ternampak kelibat Rihanna tanpa Seurat benang di atas katil. Dia menutup mukanya kerana terasa malu bila melihat keadaan Rihanna tersebut.

“Aku nak kau tengok sendiri macam mana aku dengan Rihanna bermadu kasih! Dengan kau ni kayu!” kata Vincent lantas menuju ke atas badan Rihanna.

Rihanna merengek ketawa. Naurah tak sanggup memerhati. Vincent sudah melucutkan seluarnya. Naurah menutup mukanya. Malu dan segan melihat adegan dua manusia itu.

“Watch us Naurah!” arah Vincent tegas.

Dengar bunyi rengekan nafsu dari Rihanna. Vincent turut. Naurah tak sanggup tengok! Benda ini dirasakan adalah perkara yang paling jijik dia pernah tengok! Ya! Selama ini dia tak pernah tengok benda lucah sebegini.

“Oh baby…” bunyi rengekan Rihanna.

Naurah menutup telinganya. Tak sanggup mendengar. Dia terus berlari keluar. Vincent berhenti menyelam Rihanna. Dia tersenyum sinis. Ini baru sikit Naurah! Ini baru sikit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience