Chapter 52

Romance Completed 19927

Bab 52

Bulan Ramadhan telah pun berlalu pergi. Yang ada sekarang adalah malam raya! Wuhuuu! Raya weyh! Naurah memasang pelita di hujung pagar rumah arwah ayah dan emaknya.

“Amboi Naurah! Awal pasang pelita??” usik Mak Cik Salmiah yang hanya berjiran di sebelah rumahnya.

“Awal lah mak cik. Kejap lagi abang tu nak main mercun katanya! Budak-budak katakan!” Naurah hanya tersenyum kepada Mak Cik Salmiah.

Kemudian, Mak Cik Salmiah datang ke rumahnya. “Mana suami kamu?”

Naurah memandang Mak Cik Salmiah. “Tak ada mak cik…”

“Tak ada? Apa maksud kamu?”

“Dia tak ada dengan saya tapi masih hidup!” balas Naurah sambil menyalakan pelita-pelita tersebut.

“Oh…kenapa?”

“Sebab…”

“Naurah!” panggil Saiful. Dia melangkah keluar. “Jom main mercun? Abang ada banyak mercun!”

“Kamu ni Saiful! Perangai tak berubah! Macam budak-budak! Suka main mercun…”

Saiful hanya tersengih. Habit tak boleh diubah! “Dah memang jadi kegemaran mak cik!”

“Tak padan dengan dah kahwin!” leter Mak Cik Salmiah.

“Mak cik nak main jugak ke?” sengaja Saiful mengenakan Mak Cik Salmiah.

“Isy kamu ni! Macamlah kamu tak tahu yang mak cik ni takut mercun!” segera Mak Cik Salmiah menolak.

“Hahahaha…” Saiful ketawa kerana dapat mengenakan Mak Cik Salmiah.

“Abang! Nak main mercun!” tiba-tiba suara Aisyah kedengaran.

“Lah…budak bertuah ni! Dah balik?? Bilanya balik?” suara Mak Cik Salmiah. Aisyah hanya tersengih lalu tangan Mak Cik Salmiah dicium hormat.

“Baru petang tadi balik…” jawab Aisyah. Aisyah dan Saiful segera ke tengah padang untuk bermain mercun. Lagipun bukan mereka dua sahaja…ada lagi yang tengah main sekarang ni.

VINCENT menilik baju Melayu yang dibeli oleh dad nya tadi. Hmmm…boleh tahan elok! Warna hijau turquoise. Oklah…nak kata elok, taklah sangat! Nak kata buruk, taklah buruk pun!

Tok! Tok! Tok! Terserlah wajah mom nya yang sedang menghampiri dirinya.

“Tilik baju nampak? Kenapa? Tak cantik ke?”

“Bukan tak cantik mom tapi oklah! Dah katanya tema kita tahun ni warna ni kan??”

“Vinc tak try cari Naurah ke? Mom teringin nak beraya dengan dia! Yelah! Ini first time beraya dengan Naurah!”

“Biarlah dia dulu mom…dia nak hidup dengan abang dia dan kakak dia. She’s need more time! Lagipun, Vinc dah buat plan!”

“Plan? Plan apa?”

“Adalah…dahlah! Mom pergilah tidur! Lagipun lepas sembahyang raya kita nak kena bertolak ke airport kan?”

“Hmmm…yelah! Vinc pun jangan tidur lewat sangat!”

“Ye mom…” Puan Lee beredar keluar dari biliknya. Usai memastikan mom nya pergi, Vincent mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Denny.

“Den! Macam mana? Persiapan dah siap?”

“Dah bro! Kau jangan risau! Tinggal nak culik je esok!”

“Alright…” Vincent memutuskan taliannya. Esok adalah hari yang bersejarah! Just you wait sayang…

NAURAH bangun awal menyediakan pelbagai jenis masakan yang dimasaknya semalam. Antaranya ialah laksa, rendang ayam, nasi impit dan ketupat. Kuih muih? Hahaha…beli sendiri!

Dalam jam 7 pagi, Naurah bersiap-siap dengan baju baharunya. Warna turquoise jugak! Entah kenapa rasa nak pakai baju warna ni!

Abang dan kakak-kakaknya jugak sudah siap! Anak buah?? Hahaha…yang tu excited awal! Baju baru lah katakan. Kak Diniy pun dah siap!

Dalam 7.30 pagi, mereka bertolak ke masjid yang berdekatan untuk sembahyang raya.

Habis sembahyang raya, mereka keluar dari perkarangan masjid tersebut. Naurah tiba-tiba rasa nak terkucil. Dia segera pamit ke tandas.

Usai melepaskan hajatnya, Naurah segera melangkah keluar dari tandas. Dan ketika itu juga, mukanya ditekup dari belakang. Naurah meronta-ronta namun kesan daripada cecair yang ada pada kain itu menyebabkan dia pengsan.

Denny segera mencempung tubuh Naurah masuk ke dalam kereta. Dia memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sampai di sana, dengan bantuan gengnya, mereka membawa tubuh Naurah masuk ke dalam. Semua security guard sudah tahu keberadaan Naurah dan mereka lantas security guard memberi kebenaran masuk ke balai perlepasan.

Denny menunjuk passport dia dan Naurah! Isterinya dah bertolak ke London dengan keluarga Vincent pada pagi tadi. Selepas itu, dia membawa Naurah ke kapal terbang yang sedang menunggu penumpang. Tapi, kapal terbang itu khas untuk keluarga Vincent sahaja.

Dengan bantuan guard yang menjaga laluan kapal terbang, mereka membantu meletakkan tubuh Naurah ke dalam kapal terbang. Di sebuah kabin yang mewah da nada bilik tidur. Selepas Denny masuk, pintu kapal terbang itu segera ditutup.

Kapal mula bergerak perlahan keluar dari lapangan terbang itu dan fly ke London. Denny berjumpa dengan Vincent yang sedang membaca majalah.

“Bro!” sapa Denny. Vincent menoleh.

“Amacam? Mana dia?” soal Vincent sambil matanya melilau mencari kelibat Naurah.

“Dia ada dekat kabin. Dia pengsan. Kau jangan risaulah…dalam beberapa minit lagi dia sedarlah tu…” ujar Denny lalu duduk di seat bersebelahan dengan Vincent.

“Abang dia tahu?” Denny hanya menggeleng.

“Good…”

“MANA Naurah ni??” Saiful menggaru-garu kepalanya. Takkanlah buat pelaburan di bank kot?

“Aisyah! Try check dia dekat toilet! Lama sangat ni!”

“Baiklah…” Aisyah berlalu ke tandas wanita. “Naurah! Naurah!” dipanggil nama Naurah namun tak berjawab.

“Naurah! Cepat Naurah! Naurah buat apa dekat dalam tandas tu? Melabur ke?” krik krik…

“Naurah??” dia memerhati segala pintu tandas dan terbuka. Aikk?? Tak ada?? Dia segera keluar dari tandas dan menuju ke arah abangnya.

“Mana?” soal Saiful.

“Tak ada lah abang!”

“Tak ada?! Aduh! Dia pergi mana pulak ni!” Saiful mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombr adiknya. Dia tahu ke mana pun adiknya mesti membawa telefon.

“Tak berjawablah!” Saiful mencuba sekali lagi dan yang menjawab adalah operator.

“Ya Allah! Dia pergi mana ni?!” dalam cuba mendail, dia mendapat satu pesanan ringkas dari Vincent.

Adik abang ada dengan saya. Jangan risau.

Saya bawak dia ke London…kami beraya dekat

sana. Mom saya rindu nak beraya dengan dia…

“Ya Allah! Nasib baik!”

“Kenapa abang?” tanya Diniy.

“Dia sekarang ada dengan Vincent! Alhamdulillah…”

“Alhamdulillah…tapi Vincent bawak dia ke mana?”

“London! Katanya mak dia rindu dengan Naurah dan teringin nak beraya dengan Naurah! Biarlah…lagipun Naurah patut ada dengan suami dia dan berhak beraya dengan family suami dia. Jomlah balik!” Saiful mengatur langkah ke kereta. Mereka hanya mengikut.

NAURAH membuka matanya perlahan-lahan. Kelam sedikit suasana di bilik yang tak berapa luas itu. Agak sempit sikit. Dia memandang keliling! Huih! Aku dekat mana ni?!

Naurah segera bangun namun… “Auch!!!” Naurah terjerit apabila kepalanya terhantuk kepada katil yang berada di atas kepalanya. Oh…dua katil rupanya! Atas bawah!

Tapi…aku dekat mana ni?? Dia menyelak tirai yang menutupi katilnya. Diperhati sekeliling. Errr…kabin? Tapi aku naik kabin apa ni?? Dia bangun dan cuba memerhati kabin tersebut.

Taklah sempit mana kalau kiranya sebab ada tandas. Tapi kecik je!! Mana puas kalau nak salin baju ke apa! Dia perhati beg yang ada di almari kecil di sebelah. Err…beg apa pulak ni? Macam beg baju! Tapi…

Baik aku keluar! Kalau aku keluar, aku tahulah dekat mana aku sekarang ni! Naurah menuju ke arah pintu. Dia membuka dan wajah 2 orang pramugari terpampang di wajahnya.

“Hello miss…” sapa pramugari itu dengan senyuman.

“Hello…err can I ask you something?” pinta Naurah. Sejujurnya dia rasa macam terapung sekarang ni.

“Yes, sure!” jawab pramugari itu.

“Am I on the plane and this flight will arrive to?”

“Yes, you’re on the plane this flight will arrive to London…”

“What?! London?!” bila masa aku ambik tiket ke London dan bila masa aku ada dalam flight ni?? Dia cuba mengimbas kembali kotak memorinya dan…oh ya! Aku kena culik! Aduh! Mesti abang aku tengah risaukan aku!

“Can I know who brings me into this flight?”

“That two guy…” pramugari itu menunjuk ke arah 2 lelaki yang sedang rancak bersembang.

“Okay…thanks!” Naurah segera mengorak langkah ke arah 2 orang lelaki itu tanpa mereka sedari.

“Hello…” suara Naurah. Perbualan 2 lelaki itu terus terhenti. 2 lelaki itu menoleh ke arahnya.

“Denny?! Vincent?!” maknanya mereka dua nilah yang culik aku?! Aduh!!!

“Yes?” Vincent bangun dari tempat duduknya dan berdiri di hadapan Naurah. “Is there anything wrong?”

“Memang! Memang ada! Yang awak culik saya kenapa?!” marah Naurah. Vincent memberi isyarat supaya Denny pergi duduk di tempat lain. Denny akur lalu segera bangun dan duduk di tempat yang jauh dari mereka berdua.

“Sayang…awak cakap yang awak akan stay dengan abang awak sampai habis Ramadhan dan sekarang ni dah habis Ramadhan dan dah raya pun. So? Is there any problem my dear?”

“Memanglah! Mesti abang saya tengah risaukan saya!”

“Taklah…”

“Apa yang awak maksudkan dengan taklah…??”

“Saya dah SMS dia dan cakap awak ada dengan saya sekarang ni…dia kata ok je.”

“Seriously?!” Vincent hanya mengangguk. Kemudian, suasana menjadi krik krik…

Naurah memandang ke arah lain apabila dia perasan Vincent memandang dia dengan pandangan yang lain macam.

“Kenapa awak p-pandang saya lain macam?” soal Naurah gugup.

Vincent hanya tersenyum lantas mendekatkan mukanya ke muka Naurah. “Sebab sayang cantik sangat…with this dress…”

Mulalah jantung nak berdegup kencang! Hesy! Apa masalah kau ni jantung?! Dia puji kau je pun! Yang kau nak berdegup lebih-lebih apahal?! Naurah memarahi jantungnya.

“Apasal pucat sangat muka tu? Takut ke?” soal Vincent dalam nada menggoda.

Isy dia ni! Guna suara macam tu pulak! Lagi bertambah takutlah aku dengan dia ni! Suka mengganggu jantung aku!

“Hello my wife…kenapa ni??” Vincent menarik muka Naurah agar berhadapan dengan dia.

Bebola mata Naurah beralih ke arah lain. Tiba-tiba pulak rasa lain macam bila bertentangan depan dengan Vincent dalam keadaan macam ni.

“Nurin Izzaty aka Dhia Naurah Nazifa! Setahu sayalah kan…Nurin Izzaty depan saya ni tak pernah gentar pun tengok muka saya walaupun dia hakikatnya adalah Naurah Nazifa.”

Isy! Dia mention pulak!

“Tengoklah saya…kenapa? Tak sudi dah ke nak tengok wajah suami awak?” tiba-tiba pulak Naurah rasa bersalah. Perlahan-lahan, bebola matanya gerak menikam bebola mata Vincent.

Dup! Dup! Dup! Dup! Dup! Dup! kuat jantung Naurah berdegup. Kemudian, dia rasa tapak tangan Vincent melekap di jantungnya.

“Kenapa kuat sangat ni? Sayang ada buat salah apa-apa ke?” galak mata Vincent memandang mata cantik itu.

“Taklah…”

“Bohong!”

Ok…aku tahu apa yang dia cuba maksudkan…

“Awak…” Naurah menghela nafas beratnya. Dia mencapai tangan Vincent lalu diciumnya. “Saya minta maaf kalau…kalau ada buat silap dengan saya dan saya tahu saya buat banyak silap dekat awak! Saya mintak ampun!”

Vincent terus menarik tubuh Naurah ke dalam dakapannya. Rindunya terhadap Naurah menggunung! Bila dapat peluk Naurah, rasa rindu itu berkurangan sedikit.

“Saya maafkan awak sayang…lagipun awak jadi macam tu disebabkan oleh saya. Saya yang patut mintak maaf…”

“Tak…awak tak perlu! Saya sebagai isteri awak saya perlu lebih bersikap matang! Bukannya buat macam tu…saya mintak maaf!”

“Tak apa…awak tak salah pun!”

“Awak…” tiba-tiba akal nakal Naurah datang.

“Ya?”

“Nak duit raya?” terus pelukan dilepaskan. Hidung Naurah dicubit.

“Amboi! Tak padan dengan dah tua nak duit raya lagi?” Naurah hanya mengangguk.

“Tapikan…saya tak nak bagi awak duit…saya nak bagi awak…” Vincent berbisik sesuatu di telinga Naurah.

“Eiii!!!! Awak ni gediklah!” muka Naurah memerah.

“Apa pulak gediknya? Yelah! Saya nak bagi sayang anak! Sayang tak nak ke?? Abang nak ganti balik…”

“Isy! Tak payahlah cakap pasal tu!” Naurah memunucungkan mulutnya.

“Muncunglah! Kang bibir ini sampai ke bibir sayang! Nak?” Vincent mendekatkan dirinya ke arah Naurah.

“Errr…tak nak!” Naurah menolak dada bidang Vincnent. “Awak bagi duit raya dulu!”

“Ohhh…jadi sayang naklah?? Kalau saya bagi duit raya dekat sayang…saya boleh…”

“Syuhhh!!!” Naurah menekup mulut Vincent. Suami aku ni hiperbola ke apa?! Kalau cakap mesti nak kuat punya!

“Boleh…nah!” Vincent mengeluarkan not 100 ringgit lalu diserahkan kepada Naurah. “Jom mula sekarang!”

“Isy! Tak naklah! Malulah dekat pramugari dengan Denny! Apalah awak ni!” Naurah menahan Vincent dari menciumnya.

“Alah…”

“Apa alah-alah?? No means no! Jangan nak gedik sangat ok! Ingat! Dalam flight!”

“Apa salahnya kalau dalam flight? Mat salleh ok je buat!”

“Itu mat salleh suamiku sayang! Kita Islam! Takkan nak selamba je kot?”

“Kabin kan ada! Jangan risau…kalis bunyi!”

“Hey!!” Naurah mencubit kuat lengan Vincent.

“Jomlah…”

“Tak nak!”

“Aipp! Tadi baru je mintak maaf. Takkan nak dapat dosa lagi kot menolak ajakan suami?”

“Suka guna kuasa veto! Bencilah…”

“Alah…jomlah!” Naurah memandang suaminya. Muka terdesak sangat tu! Naurah mengeluh…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience