Chapter 4

Romance Completed 19927

Bab 4

“Vinc…” tegur Donnie. Dia dengar apa yang Vincent katakan kepada konco-konconya tadi.

“What?” soal Vincent.

“What are you trying to do to Naurah?” soal Donnie. Dia tak nak Vincent lakukan perkara yang tak sepatutnya kepada Naurah.

“Why are you asking me that question?” Vincent menjongketkan keningnya.

“I’m here what are you talking with you friends early. Come on Vincent, she’s nothing to do and she’s innocent in this case!” tegas Donnie menegur adiknya.

“Brothers, can’t you see that she’s the one making trouble in our family since we met her!” balas Vincent tak puas hati.

“Can’t you just move on with your life Vincent? It’s okay if you’re not interested with Islam but please not bothering her. Although we’re Islam now it’s doesn’t meant that we’re not family anymore!” Vincent mendengus mendengar alasan dicipta abangnya.

“Just say what you want to say brother…I can’t stop from making this!” Vincent segera berlalu ke biliknya.

Donnie mengeluh dengan tahap kedegilan adiknya. Ya Allah…what I’ve to do right now?

NAURAH duduk termenung di restoran. Perutnya hanya beralas dengan 2 keping sandwiches dan segelas teh o suam. Dirinya betul-betul tak ada selera nak makan. Entah kenapa sejak kebelakangan ni dia asyik rasa takut, gelisah dan macam-macam lagi.

“Naurah? Kau ok ke tak ni?” soal Huzaifi. Dari tadi dia tengok Naurah hanya termenung.

“Emmm…ok. Kenapa?” bohong Naurah. Huzaifi dapa mengecam wajah kekusutan kawannya.

“Kau tak ok Naurah…aku tahu kau tak ok. Dahlah Naurah, janganlah dipendam. Kalau kau tak nak share dengan yang lain, kau share lah dengan yang lain! Aku bukan apa Naurah…kali ini tugasan kita penting tau! Kalau kau tak fokus…macam mana kau nak lulus?” Huzaifi mempertikaikan Naurah.

Naurah mengeluh. “Entahlah Huzaifi…aku bukannya apa. Just kebelakangan ni aku rasa gelisah, takut and berdebar-debar. Aku tak tahu kenapa! Aku contact ayah aku dia cakap dia dan mak aku ok je dekat sana. Tapi, entahlah! Sampai sekarang rasa tu tiba-tiba kerap kali muncul…” sejak berjumpa dengan Donnie! sambung Naurah dalam hati.

Apakah debaran di hatinya ada kena mengena dengan Vincent? Oh no…aku tahu sangat Vincent tu macam mana! Kalau betul dia nak balas dendam and dia akan lakukan! Tak pernah pun kata-kata dia tak pernah dia tak kotakan.

“Kau bacalah al-Quran dan mintak petunjuk Allah…kau minta dia lindungi kau daripada segala bahaya,” nasihat Huzaifi. Dia pun tak tahu nak solve macam mana masalah ni. Yang dia nampak, hanya dengan minta pertolongan Allah sajalah jalan penyelesaian. Naurah hanya mengangguk.

“SO? How’s the progress?” tanya Vincent kepada konco-konconya.

“For now…tak ada apa-apa perkembangan lagi bos!” balas ketua konco.

“Kenapa tak ada perkembangan lagi?! Hey! Buat kerja dengan properly! Cari dia seluruh tempat! Seluruh university!” arah Vincent tegas. Konco-konconya hanya mengangguk.

Vincent menuju ke arah keretanya. Keretanya dipecut laju membelah jalan raya. Damn!!! Susah sangat ye aku nak dapatkan kau Naurah Nazifa! Dengan cara macam mana sekali pun, aku akan cari kau! Entah kenapa hati Vincent terdetik untuk menuju ke Kedah…dia segera mengikut highway yang menembus terus ke Perak.

Selepas 6 jam perjalanan, akhirnya Vincent tiba di Kedah. Dia menuju ke hotel untuk merehatkan diri. Dia menyuruh konconya mengambil dia di Hotel Grand Alora.

“Bos…kami ada good news…” ujar konconya yang bertugas memantau keberadaan Naurah di Kedah.

“What is it?” tanya Vincent tak sabar-sabar.

“Kami dapat tahu yang Naurah berada di Gunung Jerai bersama geng-geng universitinya dan hari ini dia akan bertolak pulang kembali ke university.”

“Universiti apa?” tanya Vincent lagi.

“Universiti Utara Malaysia…”

“Ok…bawak aku ke sana. I want to meet her…”

“Ok…tapi boleh kita tunggu lagi 5 minit sebab mereka dalam perjalanan turun ke bawah. Then, kita follow mereka dari belakang.”

“Ok…” Vincent hanya bersetuju.

KERETA yang mereka naiki sudah tiba hingga ke bawah. Mereka terus bertolak pulang ke UUM.

Konco-konco Vincent mula mengikuti jejak kereta-kereta pelajar tersebut. Vincent hanya tersenyum jahat.

Naurah tiba-tiba rasa berdebar. Kenapa dengan aku ni?? Nak berdebar-debar segala. Tangan dan kaki aku pun rasa sejuk semacam. Dia segera membaca ayat Kursi untuk membuang rasa tak senang hatinya.

Sampai di UUM, mereka segera turun di tempat dataran. Masing-masing berjalan pulang ke asrama. Naurah, Ell, Fifi dan Fira pulang ke asrama mereka di Proton.

Kereta konco-konco Vincent terus mengikuti jejak mereka. Naurah bertambah tak sedap hati.

Vincent menyuruh konco-konconya berhenti. Pintu dibuka lalu dia berjalan di belakang Naurah dan rakan-rakannya.

“Dhia Naurah Nazifa!” laung Vincent dari belakang.

Naurah yang mendengarnya sudah kaku. Suara tu! Ya! Suara tu dia sangat kenal! Suara Vincent. Naurah memejam matanya lalu nafas berat dihembus. Ell, Fira dan Fifi sudah menoleh ke belakang. Mamat cina mana pulak ni yang panggil Naurah?

“Ell, Fira, Fifi…jom cabut!”

“Hah?!”

“Cepat!” mereka segera berlari. Lintang pukang habis.

“Naurah!!!” Vincent mengejar mereka lantas tangan Naurah direntap kasar dari belakang. Tubuh Naurah terus terdorong ke belakang.

“Naurah??” kawan-kawannya memandang.

“Tak apa…korang pergi dulu!” ujar Naurah. Ell, Fifi dan Fira berat hati nak tinggalkan Naurah sendirian dengan mamat cina tersebut. Naurah memberi isyarat supaya beredar. Mereka bertiga segera beredar.

“Hey Naurah…long time no see after 3 years right?” soal Vincent sinis.

“Apa yang awak nak?” tanya Naurah sambil memandang Vincent.

Vincent tersenyum sinis. “Kau tahukan aku nak apa? Aku nak kau menderita macam aku sendiri yang rasa derita! Kau tahu tak Naurah?!”

“Vincent! Saya langsung tak ada kena mengena! Semua yang terjadi adalah kehendak keluarga awak sendiri!” Naurah cuba merentap tangannya namun tak berjaya.

“What are you saying? Kehendak?? Hahaha!!! You making joke girl!” Vincent tertawa sinis.

“Awak nak suruh saya buat apa Vinc supaya awak maafkan saya? Saya langsung tak ada niat langsung nak buat keluarga awak kucar-kacir.”

Vincent melepaskan tangan Naurah. Dia menepuk tangannya. “Pandai kau berlakon kan?! Hey! Aku tak fahamlah! Apa yang ada sangat Islam ni erkk sampai keluarga aku sanggup sembah kepada yang langsung tak nampak?!” Naurah mengucap dalam hati. Ya Allah…dia dah melebih ni.

“Kau cakap! Hey! Selama ni kau sembahyang, kau dapat apa-apa daripada atas tu ke?!” Vincent mempersoalkan tentang Allah! Ya Allah…

“Jawab!” Vincent memegang kejap lengan Naurah.

“Lepaslah! Sakit!! Memang! Memang bagi awak tak nampak apa-apa tapi sebenarnya itu cara nak menyerahkan diri kepadaNya! Tuhan awak dan Tuhan yang awak sembah tu berlainan! Sangat berlainan!” balas Naurah tegas. Vincent mengetap bibirnya.

“Kau nak serahkan diri kepadaNya? Apa kata kau serahkan diri kau tu dekat aku je?!”

“No!!!” Naurah terus merentap tangannya dan beredar pulang ke asrama. What the…??

“Ok…kau play hard to get kan?! Kau tengok!” Vincent terus masuk ke dalam kereta konconya. “Jom balik!” kereta mewah itu segera beredar.

“Kau ok Naurah?” tanya Ell. Sebenarnya dari tadi mereka hanya mengintip Naurah dan mamat cina tu disebalik lambang asrama Proton yang besar itu.

“Aku ok…dahlah! Jom balik!” Naurah segera berjalan pulang. Kawan-kawannya hanya menjongket bahu lantas pulang ke asrama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience