Chapter 21

Romance Completed 19927

Bab 21

Naurah sedang mengemas katilnya. Yelah! Dahlah menumpang rumah orang! Takkan nak biarkan katil berselerak kan?? Tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar.

Naurah hanya buat bodoh sebab dia tahu mesti Puan Lee. “Ada apa aunty?” tanya Naurah lembut.

“Sapa nak jadi mak cik kau?!” suara Vincent keras. Naurah segera menegakkan badannya. Vincent??! Argh!! Aku tak pakai tudung! Naurah segera menyorokkan diri di sebalik almari yang besar itu lalu memakai tudungnya.

“Ada apa awak masuk bilik saya?” tanya Naurah selepas memakai tudung.

Vincent tersenyum sinis ke arah Naurah. “Kenapa kau nak pakai tudung? Huh! Aku dah tengok pun body kau semua! Buat apa kau nak tutup lagi?”

“Saya bukannya isteri awak…jadi wajib saya tutup rambut saya dari santapan awak…” balas Naurah.

Vincent mendengus. Ada saja minah ni nak balas! “Aku nak kau dengar sini! Lepas kita kahwin, we pretend don’t know each other okay! Kau tahukan aku masih sukakan Rihanna.”

Manakala Rihanna di sana sedang bermadu kasih dengan mat salleh!

“Ye saya tahu dan saya tak terfikir langsung nak kahwin dengan awak…”

Vincent mendekatkan dirinya dengan Naurah. Naurah berganjak ke belakang.

“Apa yang kau nak takutkan?” soal Vincent sambil tersenyum sinis. Naurah terduduk di atas katil manakala Vincent hanya membongkokkan badannya. Tangannya dilekapkan ke perut Naurah.

“Aku tahu dalam ni dah berisi kan?” Vincent menjongketkan keningnya.

Naurah mengerutkan dahinya. Macam mana dia tahu? “M…mana ada!” Naurah cuba menafi.

“Apa lagi yang kau nak sorok dari aku Naurah? Please lah! Jangan nak berlagak pandai simpan rahsia! Aku dah tahulah dalam perut kau tu dah berisi. Cuma di sini, aku just nak peringatkan kau yang aku tak nak anak ni! Aku nak kau gugurkan!”

Naurah menggeleng. “Saya takkan gugurkan kandungan ni walau apa pun yang terjadi! Anak ni tak salah…”

“Apa yang kau degil sangat hah?! Susah sangat ke kau nak gugurkan?!” rahang Vincent bergerak-gerak. Panaslah tu!

“Anak ni tak berdosa langsung…”

“Arghhh!!!!” Vincent menolak Naurah menyebabkan Naurah terbaring di atas katil. Vincent di atas Naurah. “Kalau kau tak nak gugur kandungan ni…aku….!” belum sempat ayat Vincent habis, ada suara menegurnya.

“Vincent! What are you trying to do?!” suara Soo memenuhi ruang.

“Own your business! Jangan nak sibuk hal aku!” balas Vincent kembali.

“Hey! Kau dengan Naurah tak ada ikatan yang sah lagi tau! Kau jangan sedap nak buli dia! Kau keluar sekarang!”

Vincent mendengus marah. “You just wait Naurah!” kata Vincent sebelum beredar.

Naurah bangun. Dia mengeluh kecil. Apalah yang akan jadi bila aku dengan dia dah kahwin nanti??

Soo menghampiri Naurah. Dia turut kasihan dengan nasib yang menimpa Naurah. Selalu di dalam ketakutan yang Vincent ciptakan untuk dia.

“Naurah?” Soo memegang bahu Naurah. Naurah memandanganya dengan pandangan sepi.

“You’ve to be strong please?” Soo mengusap lembut bahu Naurah.

“Kak Soo, Naurah tak rasa apa pun Kak Soo. Yang Naurah rasa sekarang ialah rindu. Rindu terhadap mak dan ayah…”

“Naurah…Jangan ingat kenangan lama. Tutup buku lama and start dengan buku baru. New life…”

“Naurah sedang cuba Kak Soo…”

“Good. Well, akak naik atas ni pun sebab nak ajak Naurah makan lunch. Since pagi tadi Naurah belum makan. Jom!”

“Tak apalah Kak Soo…Naurah belum lapar. Lagipun, Naurah nak sembahyang. Tu, dah azan pun! Kejap lagi Naurah turunlah…” Naurah tayang senyumannya.

“Hmmm ok!” Soo segera beredar keluar. Naurah menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Usai menunaikan solatnya dan salam diberi, dia mengangkat tangannya.

“Ya Allah Ya Tuhanku…sesungguhnya aku tidak kuat lagi Ya Allah. Aku tak sanggup untuk menjalani kehidupan ku dengan lelaki yang membenci agama ini Ya Allah. Aku tahu yang dia akan menyiksa diriku apabila kami berkahwin kelak nanti Ya Allah. Apakah yang harus ku lakukan Ya Allah agar dia dapat menerima ajaran yang telah Mu turunkan kepadanya? Aku cuma bermohon kepada Mu Ya Allah…kau kuatkanlah hati aku untuk menempuh hariMu yang pernuh dengan cabaran…sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!” Naurah mengaminkan doanya. Tak lupa juga doa buat mak dan ayahnya yang telah pergi.

Naurah melipatkan kain telekungnya. Telekung di kepala masih belum dilucutkan.

“Kau dapat apa-apa ke dengan mintak macam tu dengan Tuhan kau tu!” soal Vincent yang sedang bersandar pada pintu.

“Insha-Allah satu hari nanti doa saya akan termakbul…” balas Naurah sambil menyangkutkan sejadah dan kain telekungnya di tempat sidai.

“Aku tak fahamlah! Macam mana orang gila macam agama korang ni kan boleh bertahan dengan Tuhan yang entah apa-apa tu??! Kalau akukan, baik aku jadi macam dulu! Sekarang ni, aku dah masuk agama bodoh ni, aku dah tak bebas! Itulah, inilah yang tak boleh buat! Rimaslah aku!!!! Aku benci tau agama ni!!!”

“Tak baik cakap macam tu…” Naurah membalas dengan lembut. Tak ada gunanya kita nak maki hamun. Dia takkan dengar cakap kita jugak kalau kita maki hamun.

“Apa yang tak baiknya?! Dah agama kau ni memang menyusahkan aku! Itulah tak leh makan, inilah tak leh minum! No free sex! Huh! Susahlah!”

“Tak susah pun kalau just awak diam and cuba berfikir tentang keindahan Islam yang sebenarnya.”

“Apa yang indahnya?! Aku tak rasa apa-apa yang indah pun!” bentak Vincent lagi.

“Awak saudara baru Islam apatah lagi seorang muallaf. Awak tahu? Awak senang nak masuk syurga berbanding orang macam saya yang sejak lahir lagi dah Islam…”

“Kau jangan nak ceramahkan akulah! Yang aku tahu, aku nak keluar dari agama ni!” Vincent segera melangkah pergi.

Naurah hanya mengeluh. Kenapalah hati dia terlalu keras untuk menerima kebenaran di hadapan matanya?

Terlintas di fikiran Naurah untuk keluar berjalan-jalan sebentar. Sambil tu boleh melawat kubur ayah dan mak! Naurah segera bersiap-siap. Handbag dan kunci kereta segera dicapai lalu turun ke bawah.

“Kak Soo! Naurah nak keluar beli barang kejap ye!” ujar Naurah memandangkan hari ni aunty dan uncle tak ada sebab sibuk pergi tengok persiapan dewan untuk majlisnya esok.

“Ok tapi jangan balik lewat sangat! Esok hari besar untuk Naurah!”

“Ok!” Naurah segera menuju ke keretanya. Punat unlock ditekan lalu dia masuk ke dalam kereta.

Selepas menghidup enjin keretanya, Naurah segera memandu ke Paradigm Mall yang berdekatan. Alah…nak beli barang sikit je. Minyak wangi pun dah nak habis! Tapi, eloknya aku pergilah kubur mak dan ayah dulu.

Sampai di kawasan Tanah Perkuburan Islam, Naurah mematikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta. Dia menuju ke kubur mak dan ayahnya. Dia duduk di kerusi kecil yang disediakan.

“Assalamualaikum mak, ayah…Naurah datang ni…” ujar Naurah sambil tersenyum gaya dia bercakap dengan mak dan ayahnya secara berdepan.

“Mesti mak dan ayah happy kan Naurah datang jenguk mak dan ayah? Kan Naurah dah janji??” tiba-tiba titisan jernih mengalir di pipinya.

“Mak…ayah…Naurah datang sini sebab Naurah nak cakap yang Naurah akan berkahwin esok. Mesti mak dan ayah nak tahu sapa kan orang yang akan menjadi suami Naurah? Bakal suami Naurah ialah Vincent. Tapi, mak dengan ayah jangan risau. Sekarang dia dah masuk Islam.”

“Mak ayah…Naurah hadiahkan mak dengan ayah dengan bacaan Yasin ya? Semoga mak dan ayah tenang di sana…” Naurah membuka Yasin yang diambil dari dalam begnya lalu dibaca.

Sepanjang pembacaannya, hanya aliran jernih menemani dirinya. Sedu sedan kedengaran…sungguh dia tak kuat bila mengenangkan kembali mak dan ayahnya pergi tanpa dia sempat berkata apa-apa.

“Mak…ayah…Naurah pergi dulu ya? Naurah ada benda nak kena beli…kalau ada masa lapang, Naurah datang lagi ya? Assalamualaikum,” ujar Naurah selepas membaca Yasin. Dia bingkas bangun lalu beredar menuju ke keretanya. Naurah memandu keretanya ke Paradigm Mall.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience