Chapter 32

Romance Completed 19927

Bab 32

Selepas makan malam, Nurin meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Puan Lee menahan.
“Nurin, dah malam sangat ni. Nak kena drive segala. Aunty risau keselamatan Nurin…” ujar Puan Lee dengan nada risaunya.
“Aunty…Nurin dah biasa drive malam-malam macam ni…aunty tak payahlah risau…” balas Nurin lembut sambil mengusap lengan Puan Lee. “Nurin balik dulu ya?”
Puan Lee tak mampu menahan. Dia membenarkan Nurin pulang. Nurin segera ke kereta Myvi nya lalu kereta Myvi nya itu dipandu pulang ke rumahnya.
Vincent menelefon Denny. “Dia dah gerak…ikut dia cepat!” talian diputuskan. Entah kenapa dia rasa Nurin ada kena mengena dengan Naurah.

NURIN bercadang dengan berjumpa dengan Doktor Ri sebelum pulang ke rumah. Rasa nak makan sandwiches tuna buatan restoran Italy tu pulak.
“Hello Doktor Ri…saya dah on the way…”
“Ok…” Nurin memandu keretanya ke restoran Italy itu.
Sampai sahaja di sana, dia segera keluar dan bayangan Doktor Ri sudah ada. Maknanya dia dah sampai awal.
“Sorry lambat! Well, dah order?” tanya Nurin setelah duduk. Doktor Ri hanya mengangguk.
“Well…you tak rasa ke apa yang kita buat ni salah? Pisahkan Vincent…” soal Doktor Ri.
“Well…I rasa tak sebab….” perbualan mereka itu diperhatikan oleh Denny.
“Dia berjumpa dengan Doktor Ri lah boss. I think she knows who Naurah is, but she pretend doesn’t know!” tukas Denny.
“Ok…saya akan tetap perhatikan mereka…” Denny menyimpan telefonnya kembali.
“Tapi I rasa bersalah lah sebab tipu Vincent.” balas Doktor Ri.
“You tak payah rasa bersalah ok sebab you buat ni atas permintaan!” tukas Nurin kembali. Nurin memakan sandwiches tunanya.
Denny menelefon geng-gengnya yang aktif di bahagian Damansara, Bangsar, Gombak dan Shah Alam.
“Be prepared okay. I’ll call you back bila mereka dah nak bertolak…” Denny menyimpan kembali telefonnya.
Tak lama kemudian, Doktor Ri dan Nurin keluar dari restoran itu. Denny menelefon geng-gengnya. Semuanya di dalam satu line.
Kalau mengikut arah kereta Nurin dan Doktor Ri, mereka menuju ke arah Gombak. Tak apa…tengok dulu. Namun, tekaan Denny tepat bila kedua-dua kereta itu menuju ke arah Gombak.
“Pass line to Aries. Mereka on the way ke Gombak! You get ready!” Denny memberi arahan.
“Alright…”
Denny mengikut kereta itu. “Mereka menuju ke IPD Gombak! Dan belok masuk satu taman!”
“Okay!” tak lama kemudian, kereta Aries kelihatan. Mereka hanya memantau kereta itu.
Denny call Vincent. “Yes?” suara Vincent kedengaran.
“Nurin and Doktor Ri duduk satu rumah. Mereka duduk di taman yang berdekatan dengan IPD Gombak!”
“Oh ok…tak apa…keep mencari and search! Aku nak yang lebih details!”
“Ok…” Denny memutuskan talian.

SEAWAL jam 5 pagi Nurin sudah sampai ke rumah Puan Lee. Sudah tiga kali dia ketuk namun pintu tak terbuka. Hesy! Takkan semuanya tidur lagi? Namun…
Krekk…pintu dibuka. Wajah Vincent yang terpampang dengan duduk di atas kerusi roda. Nurin terkedu. Err…
“Kenapa tengok saya macam tu?” soal Vincent pelik. Macam nampak hantu di awal pagi pulak.
“Errr tak ada apalah. Just pelik sebab encik ni bangun awal pagi pulak! Selalunya tak…”
“Perli saya?” Nurin lantas menggeleng.
“Mana ada saya perli encik. Saya just cakap je…sorry kalau terasa,” pinta Nurin bersungguh-sungguh.
“Hmmm…actually saya tak tidur lagi sampai sekarang. Tengah siapkan proposal untuk projek baru…” cerita Vincent tanpa dipinta.
“Oh ya?” Vincent mengangguk. “Jemputlah masuk…mom tak bangun lagi saya rasa…” Nurin lantas melangkah masuk. Pintu rumah ditutup.
“Bila deadline?” tanya Nurin ingin tahu. Kalau dah kerja keras sampai sekarang belum tidur, mesti deadline nya tak lama lagi.
“2 hari lagi…proposal banya yang nak kena bentang. So, this is the best way I want to finish before the deadline. Glad if I still having my wife…” sengaja Vincent berkata. Dia mengerling wajah Nurin. Nampak Nurin mengetap bibirnya.
“Kenapa awak ketap bibir awak tu? Macam ada buat salah je?” jelas wajah Nurin cuak.
“Errr mana ada saya rasa bersalah! Just sympathy on you…yeah like you say. Glad if having a wife…she can help you…”
Vincent hanya tayang muka seposen. Nurin pula rasa selamat bila lakonannya tak terkantoi sebab bersubahat dengan Doktor Ri dan…
“Well boleh awak tolong buatkan Nescafe panas untuk saya memandangkan awak pun dah sampai ke sini?”
“Oh sure…” Vincent kembali ke biliknya yang berada di tingkat bawah. Nurin pula ke dapur.
“Kau buatkan aku Nescafe panas! Cepat! Kalau aku mengantuk, aku takkan dapat siapkan proposal ni!” kata Vincent dengan nada tegas. Naurah hanya mengangguk lantas menuju ke dapur.
“Huh!” Vincent mengurut tengkuknya yang terasa lenguh. 2 minit kemudian, Naurah kembali ke dalam bilik dengan segelas Nescafe panas.
“Nah…” Naurah menghulurkan Nescafe panas itu kepada Vincent. Vincent menghirup sedikit Nescafe itu.
Ummm…sedap! Pandai jugak minah ni buat! Tak pahit and tak manis sangat!
“Awak letih ke? Nak saya picit?” soal Naurah.
“Tak payahlah! Aku ok!” balas Vincent kasar.
“Bohonglah…saya tahu awak lenguh! Mari sini saya picitkan…” Naurah tak pedulikan amaran Vincent supaya tidak memicitnya namun Naurah berdegil. Tak lenguh apanya? Siap mengeluh bila bahu itu dipicit.
Sungguh kalau masa tu boleh diputar kembali, aku takkan sia-siakan Naurah! Aku dah kehilangan permata aku! Rihanna??
Huh! Perempuan jalang tu?! Perempuan yang aku puja-puja telah menipu aku! Kononnya tak ada apa-apa hubungan dengan orang lain tapi semua itu tipu belaka!
“Encik?? Encik!” tepukan di bahu Vincent mengejutkan Vincent. Vincent menoleh.
“Nah…” Nurin menyerah mug berisi Nescafe itu kepada Vincent.
“Thanks…well if you don’t mind, can you help me with this?” pinta Vincent sambil menunjuk ke arah laptop nya. Dia menghirup air Nescafe itu.
Wait…air ni! Kenapa rasanya sama macam Naurah yang buat? Manisnya, pahitnya…semuanya sama dengan air yang Naurah buat dulu!
“Well let say yes…I don’t mind. So, saya kena buat apa??” Nurin hanya bersetuju. Tak salahkan kalau membantu?
“Just copy dan taip di laptop ni. Apa yang tercatit di kertas tu, awak taip balik dekat laptop. Simple and easy right?”
“Yeah…” Nurin menarik kerusi lagi satu dan duduk di tepi meja. Dia mengambil kertas dan laptop itu. Sementara nak masuk waktu Subuh, buatlah dulu kerja tak beramal ni!
“Make sure semuanya correct! No typo!”
“Alright…” balas Nurin lalu mula menaip.
Vincent menghirup air Nescafe itu lagi. Dia memandang Nurin yang tekun memerhati paper itu lalu menaipnya di laptop.
Matanya…hampir sama dengan mata Naurah tapi dia adalah orang lain. Badannya secomel badan Naurah. Sungguh aku masih ingat bening mata Naurah. Sunnguh sama dengan wanita yang bernama Nurin di hadapannya. Dan bau rambutnya sama macam syampu yang digemari oleh Naurah. Eh! Vincent! Ada apa orang yang pakai syampu sejenis macam Naurah punya!
“Awak kenal Naurah?” tiba-tiba soalan itu terpacul dari mulut Vincent. Nurin berhenti menaip.
“Errr…tak…”
“Awak kenal Doktor Ri?” Nurin mengetap bibirnya. Alamak! Dia tanya pasal Doktor Ri lah pulak!
“Errr don’t say that you don’t know her because that night I know you’re with her at the restaurant near by Gombak right?”
Terperangkap! Apa aku nak jawab ni??
“Hello Nurin? Can’t you answer my question? Is my question hard for you answer?”
“Errr no. Ok…actually saya dan Doktor Ri…saya dan Doktor Ri berkawan…”
“Serumah?”
“Yes. Serumah cause saya masih tak mampu nak beli rumah lagi! So, buat sementara waktu ni saya tinggal dengan dia…” jawab Nurin laju lalu memokuskan kembali ke arah laptop itu.
“Kereta awak mampu pulak?”
Dush! Kena lagi! “No…actually kereta Myvi tu hadiah dari abang saya. So, saya pakailah!” walhal tu kereta adik Doktor Ri!
“Ok…that’s it!”
Sah! Dia sedang soal selidik aku! Ke dia tahu siapa aku?! Hati Nurin berdegup kencang! Keep calm Nurin! Keep calm! Kalau kau act gelabah depan dia, tak pasal-pasal kantoi!
Azan Subuh berkumandang…Nurin memandang ke arah jam. Wow! Hampir sejam aku dalam bilik dia ni! Nurin merenggangkan otot-ototnya. Dia melihat Vincent yang sedang ralit bermain dengan handphone nya.

Aku nak korang siasat dia lebih lagi!

“Encik? Encik?” panggil Naurah sambil melambaikan tangannya di hadapan Vincent.
“Ya?” Nurin menunjuk ke arah jam. “Dah Subuh. Better solat dulu. Nak saya tolong?”
“It’s okay Nurin! I can handle myself. Awak pergilah solat!”
“Sure?” Vincent hanya mengangguk tanda ok.
“Ok…ada apa-apa just call saya ok?” Nurin segera beredar ke bilik yang menempatnya untuk berehat. Dia ingin segera menunaikan solat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience