Chapter 6

Romance Completed 19927

Bab 6

Selesai pack bajunya, Naurah membawa begnya turun ke ruang tamu. Dia menghampiri mak dan ayahnya yang sedang bersarapan. Abang Saiful turut ada.

“Hai…” sapa Naurah lalu duduk di meja makan. Sandwiches dicapai dan dimakan.

“Dah siap?” tanya Hajah Izmiah.

“Dah mak…” tiba-tiba telefon Naurah berbunyi. Naurah memandang nama pemanggil tersebut. Oh…kak Soo.

“Assalamualaikum Kak Soo…” Naurah tersenyum sendiri.

“Oh…kak Soo dah ada dekat depan rumah Naurah? Hmmm…ok ok! Naurah keluar sekarang!” talian diputuskan.

“Mak, ayah, abang…Naurah pergi dulu erkk?? Kak Soo dah sampai tu!” Naurah bangun dari tempat duduknya lalu menyalami mak, ayah da abangnya.

“Take care…” ujar Saiful. Naurah hanya mengangguk.

Naurah melangkah keluar. Dia meletakkan begnya dalam kereta Suzuki Swiftnya. Hadiah daripada abang kesayangan sebab dia lulus ujian kereta hanya dengan sekali test je.

Dia mengundur kereta lalu mengekori kereta Soo menuju ke rumah Puan Lee. Jarak antara Shah Alam menuju ke Sri Hartamas memang makan masa. Tambah-tambah lagi waktu jammed! Lagi leceh!

Hampir 30 minit, mereka sampai di rumah agam Puan Lee. Subhanallah…cantiknya memang tak terkata. Yelah…rumah orang kaya kan? Naurah melihat Kak Soo sedang memberi isyarat supaya memakirkan keretanya di sebelah kereta Kak Soo.

Tiba-tiba hati Naurah berdebar. Allah! Cekalkanlah hati aku! Sabarkanlah hati aku dengan kerenah Vincent nanti ya Allah! Naurah menghembus nafas berat lalu melangkah keluar dari kereta.

Naurah membuka pintu belakang untuk mengambil begnya. Setelah mengambil beg, punat lock ditekan di alat kawalan jauh. Naurah melangkah ke arah Kak Soo.

“Naurah ok?” tanya Kak Soo prihatin.

“Naurah ok cuma…”

“Kak Soo faham Naurah. Mesti pasal Vincent kan?” Naurah hanya mengangguk.

“Tak apa…akak dengan abang Donnie akan protect Naurah! You don’t have to worry ok?” Naurah mengangguk lagi. Mampukah mereka protect aku dari si devil tu?

“Jom masuk!” Kak Soo menarik tangan Naurah masuk ke dalam rumah agam tersebut. Naurah memerhati keseluruhannya. Perfect macam rumah diraja! Semuanya hanya keemasan! Allah…kalaulah aku boleh hadiahkan kepada mak dan ayah rumah macam ni…

“Naurah? Apa lagi yang tercegat tu?” sapa Puan Lee mesra.

“Aunty! Rindu aunty!” Naurah mendakap erat tubuh Puan Lee.

“Aunty pun rindu dengan Naurah. Syukur Naurah sudi datang ajar aunty!” ujar Puan Lee gembira.

“Jom aunty tunjukkan bilik Naurah! Special punya tau!”

“Isy aunty ni! Apa yang nak dispecialkannya? Naurah kan orang biasa-biasa je. Kalau bilik bibik pun dah ok!”

“Apa bilik bibiknya? No…Naurah tetamu istimewa aunty. So, you’ve to follow my orders! Ok?”

“Ok!” Naurah hanya tersenyum. Kesian pulak dekat Puan Lee dah penat kemaskan.

Puan Lee menarik tangan Naurah menuju ke tingkat 2. Bilik bersebelahan dengan bilik Vincent. Bilik Vincent??

“Here you are…” Puan Lee membuka pintu lantas membawa Naurah masuk ke dalam. Naurah berasa kagum dan hanya diucapkan dalam hati. Masya-Allah…luasnya macam luas ruang tamu rumah ayah!

“Naurah suka tak?” tanya Puan Lee.

“Errr…aunty. Ini dah terlebih besar ni! Besar macam ruang tamu rumah ayah Naurah je. Rasa seganlah pulak aunty…”

“Alah…jangan nak segan-segan. Ok..Naurah rehatlah apa dulu ya? Pukul 12.00 turun makan tengahari ya?”

“Baik aunty…” balas Naurah sambil tersenyum. Puan Lee keluar dari bilik Naurah lantas menutup pintu.

Naurah menyimpan begnya dalam sebuah almari yang besar gedabak! 2 kali ganda besar dari almari pakaiannya. Alah…almari cikai je! Ini mesti almari Ikea!

“Kalaulah aku boleh bagi dekat mak dan ayah rumah sebesar alam ni…” Naurah ujar besendirian. Hmmm…tapi aku tak mampu!

“Macam mana dengan Vincent? Ya Allah…kenapa aku kerap memikirkan Vincent? Sungguh aku berasa tak senang! Lagipun Vincent boleh balik ke rumah ni bila-bila masa sahaja!” Naurah mengeluh kecil.

Ting! Telefon Naurah berbunyi tanda ada mesej masuk. Naurah membelek telefonnya. Dari abang Saiful.

Hello adik! Adik dah sampai ke dekat

rumah Puan Lee tu?

Naurah membalas mesej abangnya.

Dah…

Ting! Mesej masuk.

Macam mana rumah dia? Best? Besar tak?

Rumah ayah lagi best! Rumah dia besar sangat!

Masya-Allah!

Hahaha…orang kaya dik! hmm oklah! Abang

off dulu. Nak gi masuk meeting. Bye! Lain kali

chat ok?

Ok…bye!

Naurah meletakkan telefonnya ke tepi. Huh! Nasib baik aku bawak laptop! Boleh lah aku online ke main game ke!

VINCENT menyelak helaian demi helaian paper work JB! Hmmm…nampaknya minggu depan dia akan ke JB! Fuh! Harap-harap menjadilah projek ni!

Tok! Tok! Tok!

“Masuk!” ujar Vincent.

“Boss?” panggil secretary Vincent.

“Yes Safia?”

“We have a meeting right now! So, shall we go now?” ujar Safia. Vincent memerhati jam di tangannya. Dia menepuk dahinya. Macam mana boleh lupa?

“I forgot! Glad you remind me early! Let’s!” Vincent mengambil tab dan laptopnya menuju ke bilik mesyuarat.

Rihanna pula sibuk menelefon Vincent. Hesy! Where he’s going?! His phone never answered! Come on Vincent! Please answer my call!

“Oh shit! Damn this man! Where is he?!” marah Rihanna lalu mencapak telefonnya ke atas tilam. Kenapa tak baling atas lantai je? Biar jahanam tak boleh call langsung! Padan muka!

“Don’t say that he had a new date??!!” Rihanna mula berfikir yang macam-macam.

“Swear I will kill him if he had a new affair!” kata Rihanna. Gila ke apa?

VINCENT membelek telefonnya yang sejak tadi bernyala. Telefonnya dalam silent mode. Takkan nak biarkan telefon ringing sewaktu meeting kan?? Tak ke terganggu?

Vincent kembali menelefon Rihanna. Panggilannya bersambung.

“Hey sweety…” ujar Vincent. Erkk?? Sweety?? Gosh!

“Where are you going? I call you many times but you doesn’t answer my call!” ok, dia dah start beleter.

“I had a meeting with client. My phone’s in silent mode. Sorry…ok tell me what you want?”

“Glad you know reason why I call you. Of course I want you…so this night can we?”

“Of course! So, met at the same places?”

“Yes!”

“Alright…see you later ya?”

“Ok!” panggilan diputuskan.

Vincent kembali menyemak kertas-kertas projeknya. Dia takut kalau dia terleka dengan Rihanna, kerjanya tak akan siap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience