Chapter 3

Romance Completed 19927

Bab 2

Mereka menaiki kereta yang sudah ditempas khas oleh pihak UUM untuk ahli-ahli fotografi menuju ke Gunung Jerai. Usai kesemua ahli fotografi masuk ke dalam kereta, mereka segera bertolak ke Gunung Jerai.

Perjalanan yang hampir makan masa 2 jam itu akhirnya berakhir. Mereka tiba di Gunung Jerai. Kereta diparkir di kawasan rekreasi. Mereka turun. Naurah menghidup udara segar. Wah…nyamannya.

Proffesor menuju ke kaunter pendaftaran. Dia sudah menempah beberapa bilik untuk pelajar-pelajarnya. Naurah dan gengnya berjalan mengelilingi kawasan yang ditanam degan pelbagai jenis bunga. Memang cantik! Dia mula mengambil gambar bunga-bunga tersebut.

Mereka berjalan-jalan mengelilingi kawasan tersebut sehinggalah berhenti suatu tempat yang boleh menampakkan kejelasan kawasan Yan daripada puncak tersebut. Di situ terdapat satu notis yang memberitahu ketinggian puncak gunung jerai ini. Dia membaca…fuh! Tinggi jugaklah!

“Weyh…cantik kan?” tanya Fira. Naurah hanya mengangguk. Memang sungguh pemandangan di bawah sana jika dilihat dari atas sini.

“Bah!!!” Ikmal mengejutkan mereka. Naurah hampir terjatuh. Dia berpusing lantas kepala Ikmal disekeh.

“Kau memang nak bagi aku mati ke?!” marah Naurah. Fuh! Kalau aku terlajak ke depan, alamatnya, aku boleh arwah!

“Hehehe sorry…” pinta Ikmal sambil tersengih.

“Weyh jom ke tempat perhimpunan. Prof Juwita nak bagi kita kunci bilik.

“Ok…” mereka kembali ke tempat perhimpunan mereka tadi.

“Ok…saya akan agihkan kepada awak semua kunci bilik. Ikut group yang saya dah atur hari tu ok! Dalam bilik tu ada 2couple bed dan one single bed. So, memang cukup untuk tiga orang! Beratur tiga orang macam hari tu!” mereka hanya mendengar arahan Prof Juwita.

Untunglah Naurah, Ell dan Fira satu geng. Dan…yang paling bertuahnya Fifi dan Huzaifi diberi bilik khas memandangkan mereka berdua suami isteri. Ikmal, Ramzi dan Borhan satu bilik. Begitu juga dengan group lain.

Mereka segera mencari bilik-bilik masing apabila diberi kebenaran Prof Juwita untuk beredar ke bilik. Naurah, Ell dan Fira sudah jumpa bilik mereka. Wah…dekat dengan swimming pool! Naurah, Ell dan Fira segera melangkah masuk ke dalam menempatkan mereka bertiga. Wow…not bad at all! Agak cantik! Luas sikit…

“Ok…better kita mandi sekarang! Sebab kejap lagi, lepas sembahyang Maghrib kita kena keluar untuk makan malam!” ujar Naurah.

“Ok!” sahut Ell dan Fira. Naurah orang pertama yang masuk mandi.

USAI sembahyang dan bersiap, Naurah, Ell dan Fira beredar keluar dari bilik. Kunci disimpan oleh Naurah. Nak harap dua ekor tu kang tak boleh masuk bilik pulak malam ni!

Mereka berjalan menuju ke restoran yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan mereka. Just jalan kaki je! Mereka bertiga tunggu depan restoran tersebut. Hmmm…mana yang lain?

“Weyh, kita orang nak pergi toilet. Kau nak ikut tak?” soal Fira. Naurah hanya menggeleng.

“Kau stay kejap erkk?? Kita orang nak pergi toilet kejap!” Fira dan Ell segera menuju ke arah toilet yang terletak dalam restoran tersebut.

Naurah setia menunggu di luar restoran menanti geng yang lain datang. Tanpa Naurah sedar, ada seseorang sedang menuju ke arahnya.

“Naurah?” tegur satu suara garau. Nia tergamam.

Aku rasa macam aku pernah dengar suara dia ni. Naurah menoleh ke sisi. Erkkk???

“Hey Naurah! It’s you right? I’m not talking with wrong person right?” soal Donnie gembira.

Naurah tersengih dan tersenyum tawar. “No…you’re talking with right person. Yes, I’m Naurah.”

“Hey! Long-time no see you! Where you had being? I’m searching you for a long time period! Oh…thanks to Allah cause make me seeing you here! You look even prettier now.”

“Oh thanks for your opinion of me. Emmm…how’s your mother and father? Vincent?”

“They good but Vincent you know how his act back then right? He never accepts the truth about our changing religious even it has been 3 years back then.”

“Hmmm…I hope he can accept the truth even he with his old religion. We can’t force him to accept the fact even though it’s the fact!”

“Yeah…emmm but what are you doing here? Alone?”

“No…actually I’ve trip with photographer club. It’s like what we call? Emm…team work! Yes! Team work! And you? What are you doing here?” soal Naurah pula kepada Donnie.

“Well, actually I’m having discussion with client here. Tak sangka jumpa awak…let’s speak in Malay. Penatlah nak cakap dalam BI!” rungut Donnie.

“Hahaha…well let’s!”

“Emmm…actually saya dah nak kena pergi! Kita berjumpa lain hari? Nombor masih yang sama kan?” Naurah mengangguk.

“Ok…I’ve to go. I’ll call you later…bye! Glad to see you again Naurah…” Donnie segera beredar.

Ya Allah…tak sangka yang aku akan berjumpa dengan Donnie lagi…apakah hikmah di sebalik perjumpaan ini?

“Weyh Naurah!” Ell dan Fira terus menerjah Naurah.

“Yeah?”

“Sapa mamat cina tadi tu?” tanya Ell ingin tahu. Naurah mengangkat bahu tanda tak tahu. Emmm…biarlah dia sorang saja yang tahu.

“Weyh! Kau ada sorok something erkk??” Fira merenung Naurah. Nak korek rahsia.

“Isy! Kau jangan nak sibuk boleh tak?! Do mind your own business!” bentak Niaurah. Dia benar-benar rasa tertekan.

Vincent…sampai sekarang dia tak dapat terima hakikat yang keluarga dia dah masuk Islam!

“Kau ingat Naurah Nazifa! Kalau suatu hari kita bertemu, aku sumpah I’ll make sure your life just full with suffer! That’s my promise!” kata-kata Vincent dahulu amat terkesan dalam hatinya sehingga sekarang. Ya Allah…

“Weyh…kenapa dengan Naurah? Tiba-tiba berubah mood?” Fira sendiri pelik dengan perubahan perangai Naurah yang tiba-tiba selepas berjumpa dengan lelaki cina tadi.

“Dahlah! Daripada kena marah nanti, lebih kita zip mulut!” ujar Ell sambil buat gaya zip mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience