Chapter 47

Romance Completed 19927

Bab 47

Naurah segera bergegas masuk ke dalam rumah Mr Lee. Katanya Vincent demam panas! Teruk!

“Mana Vincent mom?” Puan Lee memandang Naurah dengan pandangan sayu.

“Ada dalam bilik tu…dari tadi terpanggil-panggil nama Naurah! Pergilah…” Naurah hanya akur. Dia segera menuju ke bilik Vincent.

Ya Allah…kau satukanlah anakku bersama isterinya kembali Ya Allah. Kau eratkanlah kembali hubungan mereka. Doa Puan Lee dalam hatinya.

Naurah segera menyerbu masuk. Tubuh Vincent terdampar lemah atas katil. Cecair jernih menitis dari kelopak matanya.

“Vinc…” panggil Naurah. Dia duduk di birai katil.

“Sayang…” Naurah cuba mengukirkan senyuman. “Saya rindukan awak sayang…saya nak sayang saya yang dulu balik…” pinta Vincent dalam keadaan lemah.

Naurah lupa yang dia masih betopeng. Topeng getah di mukanya lupa dilucutkan.

“Boleh tak saya nak tengok muka sayang saya yang comel?” pinta Vincent lagi. Naurah hanya mengangguk. Dengan pantas, topeng di mukanya ditarik perlahan keluar dari melekat di pipinya. Akhirnya, topeng sepenuhnya ditanggal dari mukanya.

Vincent yang melihatnya tersenyum. “Akhirnya…” Naurah memegang tangan kasar itu. Panasnya…

“Boleh tak sayang janji dengan saya yang sayang akan stay dengan saya?” Naurah menyeka air matanya.

“Ya…tapi saya perlukan masa saya lagi. Saya akan jaga awak sampai awak kebah demam. Lepas tu, saya akan pergi…”

“Kenapa?”

“Janganlah risau. Tak lama pun. Sampai habis bulan Ramadhan. Hari Raya tu saya janji saya akan stay dengan awak sampai akhir hayat saya!”

“Betul?”

“Betul!” Naurah cuba mengukirkan senyumannya. Vincent turut tersenyum. Dia memegang tangan Naurah erat.

“Saya rindukan awak Naurah…saya rindu awak macam nak mati!”

“Syuhh…janganlah sebut perkataan mati tu. Tak baik!” Naurah memberikan senyuman manis buat suaminya.

“Awak puasa tak?” tanya Naurah lagi. Kalau tak puasa, aku boleh masakkan untuk dia memandangkan aku pun tak puasa sebab tiba-tiba pulak ada yang menghalang.

Vincent hanya menggeleng. “Saya masakkan untuk awak erkk??”

“Tak naklah…tak lalu!”

“Makanlah…sikit pun tak apa ok? Awak kena makan ubat cepat supaya awak sembuh!”

“Masak sedap-sedap!” arah Vincent.

“Amboi! Selama ni saya masak tak sedap ke?” Vincent hanya mampu tersenyum. Sengaja nak usik isteri kesayangan. Dah lama tak mengusik rasanya.

Naurah meninggalkan Vincent lalu segera menuju ke dapur. Dia tersempak dengan Puan Lee ketika ingin masuk ke dapur.

“Naurah…” Puan Lee memandang wajah itu dengan pandangan sayu. “Kenapa Naurah buat macam ni? Kenapa Naurah menyamar?”

“Naurah…” alas an apa yang aku nak bagi?!

“Naurah berdendam dengan Vincent?” soal Puan Lee lagi. Naurah pantas menggeleng.

“Habis tu?”

“Naurah perlukan masa untuk lupakan apa yang dah jadi…”

“Sampai tiga tahun lamanya??”

“Mom…janganlah macam ni! Ok…Naurah mintak maaf ya sebab sebelum ni Naurah buat bodoh je! Bukan niat Naurah tapi Naurah terpaksa…”

“Hmmm yelah…tak apa. Mom tak marah cuma mom terkilan!”

“Sorry mom tapi mana Abang Donnie?”

“Dia ada dekat overseas Naurah! Sejak kehilangan Naurah…entahlah! Dia pun menghilang sama!” ujar Puan Lee. Lah…sampai macam tu sekali??

“Tak apalah mom. Naurah nak masak kejap…”

“Nak masak? Masak dekat siapa?” Puan Lee tiba-tiba jadi blur.

“Untuk Vincentlah mom. Dia kan tengah sakit…”

“Oh ya…mom lupa! Tak apalah. Masaklah untuk cik abang! Mom dah nak tidur! Hope Naurah stay dekat sini?” pinta Puan Lee. Penuh harapan.

Naurah tak mampu menolak dan akhirnya dia hanya mengangguk sahaja.

SELEPAS beberapa hari dirawat oleh doctor peribadi merangkap isteri kesayangan, akhirnya Vincent pulih dari demamnya. Dia kembali boleh bekerja.

Langkah sahaja dia ke dalam pejabatnya, susuk tubuh Rihanna menyapanya. Dia mengeluh kuat.

“Kau buat apa dekat sini dan apa hak kau nak jejak kaki ke sini?!” marah Vincent sambil mencerlung tajam ke arah Rihanna.

“Sayang…takkan you tak rindukan I hah??” Rihanna bermain-main dengan necktie Vincent. Vincent menepis tangan itu pergi.

“Kau jangan nak buat muka suci sangat dekat sini! Kau berambus sekarang!” tegas Vincent. Buat apa tak tau dekat sini?! Menyampah!

“Sayang…takkan you nak lupakan I terus hah? Takkan you lupa kenangan manis waktu kita bersama dulu?”

“Bodohlah you ni! I tak cintakan you sekarang ni! I cintakan wife I!”

“Wife?! Huh! Bukan wife you tu dah mampus ke?!” suara Rihanna tanpa gentar langsung.

Vincent menahan sabar di hati. “Wife I masih hidup! Kalau you tak ada apa-apa lagi, you boleh berambus sekarang sebelum I panggil security!”

Rihanna menghentak kakinya. Tak pernah dia dilayan sebegini rupa dengan mana-mana lelaki.

“Ok fine! I akan pergi tapi you jangan lupa erkk! I akan datang balik and ganggu rumah tangga you! I warn you and take it as a note in your mind!” Rihanna segera melangkah keluar.

Kau main kasar kan?? Ok…aku pun akan main kasar!

Vincent meraup wajahnya. Buntu. Stres! Semua cukup! Dia menekan punat intercom dan menyuruh Safia masuk ke pejabatnya.

“Yes boss?” ujar Safia di hadapan pintu pejabat Vincent.

“I nak you suruh security perketat lagi semua kawasan! Macam mana minah sial tu boleh masuk ofis I?!”

“Saya tak tahu bos…yang saya tahu bila saya sampai pejabat, dia berkeras nak masuk! Saya tak boleh nak buat apa-apa.”

“Tak apalah! Make sure lain kali jangan benarkan dia jejak kaki langsung dekat sini!”

“Baik bos…”

“You may go now!” Safia mengangguk lantas beredar. Hesy! Semua ni pasal minah sengal tulah! Tak pasal-pasal aku pun nak kena marah sekali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience