Chapter 51

Romance Completed 19927

Bab 51

“Naurah!” panggil seseorang. Seorang wanita. Dia menoleh ke belakang. Wanita itu menghampiri dirinya.

“Yes?” Rihanna rupanya! Aku ingatkan siapa tadi!

“Apa yang you jampi dekat Vincent hah sampai dia ignore I hah?!” marah Rihanna. Di tangannya ada sebilah pisau.

Naurah perasan ada pisau di tangan Rihanna. “Awak nak bunuh saya ke?” soal Naurah selamba.

Rihanna mengetap bibirnya. Macam mana perempuan ni tahu aku pegang pisau?? “I tanya you! Apa yang you dah jampi dekat Vincent sampai sekarang dia tak endahkan I!”

“Saya tak adalah main jampi ke apa ke…saya goda dia secara natural! So? Who’s the winner now? Dulu awak seronok kenakan saya kononnya saya letak garam dalam air Vincent. Now, bila dia tak layan awak, awak nak bunuh saya pulak?”

Rihanna mengetap bibirnya. Perempuan ni memang mencabar aku kan?! Naurah lantas meninggalkan Rihanna sorang-sorang. Lantak kaulah nak sewel ke apa janji aku boleh barang sudah!

Rihanna mengejar Naurah sambil pisau diacu betul ke arah Naurah.

“Rihanna!!!” jerit seseorang. Rihanna tidak sempat menikam Naurah dari belakang. Pergerakan Naurah terhenti lalu dia menoleh ke arah belakang.

“Kenapa ni?” soal Naurah apabila melihat orang suruhan Vincent memegang tangan Rihanna yang sedang memegang pisau.

“Dia nak tikam you dari belakang tadi! Untung I sempat!” balas Zack.

“Tak guna you Naurah! Erghh!!! Lepaskan I lah Zack!!!” Rihanna meronta-ronta minta dilepaskan.

“Thanks Zack sebab tolong saya ya?” Zack hanya mengangguk. Naurah melangkah pergi.

“Ikut I!” Zack merampas pisau lipat di tangan Rihanna lalu disimpan di dalam koceknya. Dia membawa Rihanna ke keretanya.

“TAK puas dengan I you cuba nak bunuh isteri I pulak?!” bengang sungguh Vincent dengan Rihanna. Macam aku pulak yang nak bunuh dia sekarang ni!

“Hey! Bini you tu memang tak gunalah! Binatang!”

Pangg!!! Pipi Rihanna ditampar kuat. “Kau jangan berani nak hina bini aku! Back then, yes tapi sekarang tak akan! Kalau kau cuba sakitkan hati dia, kau memang nahas aku kerjakan!”

“Berani you tampar I kan?!” Rihannamemandang wajah Vincent dengan penuh rasa geram.

“Aku berani sebab kau hina isteri aku! Kalau kau tak hina dia, aku takkan lempang kau! Kalau dah bitch tu, bitch lah!”

“One day, you akan menyesal sebab buat I macam ni!” tutur Rihanna keras.

“Kau buatlah apa yang kau termampu! Aku tak kisah! You want the game?? The game is beginning!” Vincent terus masuk ke dalam ofisnya.

“You tak kenal I lagi Vincent!! I akan bunuh isteri you! I sumpah!” jerit Rihanna.

Vincent mencekak pinggangnya. Huh! Stres aku dibuatnya!!! Minah ni makin lama makin melampau! Aku mesti buat something. Dia menelefon Naurah.

“Assalamualaikum…” ujar suara di sana.

“Waalaikumussalam…sayang! Sayang kena beware ok?”

“Hah?? Beware?? Kenapa pulak?”

“It’s a long story. Janji sayang jaga diri okay??”

“Hmmm…ok! Jangan risaulah!”

“Ok…sekarang sayang dekat mana?”

“Saya tengah dekat Tesco ni. Nak beli barang dapur sikit. Dah nak habis! Nak masak untuk berbuka nanti…”

“Alah…best nya!”

“Tak apa…nanti saya hantar untuk family awak jugak! Jangan risaulah!”

“Ok ok…ini yang bertambah sayang ni! Hahahaha…nak cakap lama-lama pun tak boleh sebab abang ada kerja ni! Nantilah ye kita borak-borak.”

“Oklah…”

“Bye…Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam…” Vincent meletak hensetnya atas meja. Senyumannya terukir. Kemudian, dia teringat keselamatan Naurah. Dia menelefon Denny.

“Assalamualaikum Denny! Kau boleh tolong aku tak?”

“Ha arr…kau tolong persiapkan orang-orang kau dan awasi Naurah ok? Tak kira ke mana dia pergi! Aku akan bayar korang 100 ribu!”

“Ok…thanks Denny!” Vincent memutuskan taliannya. Fuh!

ALIYA dan Aisyah tiba di airport. Mereka baru habis fashion show Muslimah di Korea. Fuh! Penatlah jugak!

“Weyh..aku ada call Abang Saiful tapi dia tak angkatlah!” komen Aisyah.

“Pulak! Kak Diniy?”

“Dah! Dua-dua tak angkat! Kita ambik teksi jelah!”

“Hmmm…boleh jugak!” Aliya hanya bersetuju. Baru sahaja hendak melangkah, ada sebuah kereta Suzuki Swift berhenti di depan mereka.

“Sapa yang bawak kereta Naurah ni??” Aliya memerhati pemandunya.

“Kak Diniy kot!” balas Aisyah ragu-ragu. Kemudian, mereka melihat perempuan itu keluar dari kereta dan apabila perempuan itu menoleh…

“Naurah?!” mereka berdua terkedu. Apa makna semua ni?! Bukan ke Naurah dah tak ada di dunia??

“Kak…” panggil Naurah sambil tersenyum ke arah mereka.

“Hantu ke apa ni?” bisik Aisyah di telinga Aliya.

“Mana ada hantu Kak Aisyah. Ini betullah Naurah…” nak tergelak Naurah dibuatnya apabila Kak Aisyah menyangka dirinya adalah hantu.

“Naurah? Tapikan Naurah dah mati 3 tahun lepas?” Aliya memandang pelik ke arah Naurah. Isy! Betul ke dia ni Naurah??

“Ye akak oii! Kalau tak percaya jom Naurah bawak balik rumah arwah mak dan ayah. Dekat sana Abang Saiful dengan Kak Diniy dok tunggu Kak Aisyah dan Kak Aliya…”

Dengar nama Saiful dan Diniy disebut, barulah mereka percaya. Mereka segera menaiki kereta Suzuki Swift itu bila beg disimpan di bonet kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience