Chapter 23

Romance Completed 19927

Bab 23

Naurah yang sudah siap dimekap oleh jurusolek khas itu hanya berteleku di kerusi meja soleknya. Aduh! Getar lah pulak! Dalam beberapa minit aku akan dinikahkan dengan Vincent.

“Naurah? Kenapa ni?” tanya Soo sambil berdiri di sebelah Naurah. Serlah awajah gentar Naurah.

“Tak ada apa-apalah kak…biasalah kan dah nak masuk ke alam yang lebih mencabar?”

“Hmmm…akak ingat kan Naurah sakit apalah tadi…akak keluar kejap erkk. Mom panggil pulak!” Soo segera melangkah keluar.

Ting! Telefon Naurah berbunyi tanda ada mesej masuk.

Weyh, majlis kau dah nak bermula ke?

Mesej dari Ikmal. Naurah membalas.

Belum lagi, dalam 30 minit lagi macam

tulah…

Oh…oklah kalau macam tu sebab aku tgh

on the way. Dalam 5 minit lagi aku sampai.

Hmmm…ok!

SEMUANYA sudah berkumpul di ruang tamu. Hanya Allah dan dirinya saja yang tahu betapa gentarnya dirinya sekarang ini. Melihat Vincent menandatangani suatu surat.

“Kita mulakan ya?” kata tok kadi itu. Semuanya hanya mengangguk.

“Muhd Badrul Farhimi b. Mohammad…”

“Ya saya…”

“Aku nikah akan dikau dengan Dhia Naurah Nazifa bt. Nasir berwalikan bapanya kepada ku dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai…”

“Aku terima nikah Dhia Naurah Nazifa bt Nasir dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai…”

sekali lafaz sahaja…semuanya mengucap Alhamdulillah manakala Naurah menitiskan air mata. Dia tak pasti sama ada air mata gembira atau sedih kerana sekarang ini dia tidak rasa apa-apa dengan perkahwinan ini.

Vincent menghampiri dirinya. Puan Lee pula menyerahkan cincin kepadanya. Naurah tersedar dari lamunannya apabila Vincent menarik tangannya untuk menyarung cincin. Giliran Naurah pula.

Sebagai balasan dahinya dikucup. Namun, sempat dia mendengar bicara Vincent sebelum mukanya beralih ke arah lain.

“Kau jangan ingat aku akan layan kau macam suami layan bini dia. Ingat! Aku masih sayangkan Rihanna and bila-bila yang aku suka, aku boleh kahwin dengan dia.” Naurah hanya mengangguk. Tak berdaya nak melawan. Itu hak Vincent walaupun sebenarnya dia ada hak untuk membantah.

Majlis hanya dibuat pihak lelaki sahaja. Pihak perempuan tidak dibuat atas permintaan Naurah. Jadi, semua adik beradik ayah dan mak dia akan datang ke majlis resepsi pihak lelaki.

Majlis akan bermula pada 12.00 tengahari. Ketibaan pengantin pada 2.30 petang. Sebenarnya Naurah tak nak semua itu namun ini permintaan Puan Lee jadi dia harus patuh.

“Adik…” sapa Saiful yang sedang berdiri di belakangnya.

“Ya?” Naurah melakarkan senyuman untuk abangnya. “Kak Echa dan Kak Zara tak datang?”

“Mereka on the way…baru habis show tadi…” balas Saiful sambil tersenyum kepada adiknya.

“Oh…ingatkan tak datang…” sebenarnya dia dan kakak-kakaknya tidak serapat dia dengan abangnya. Entahlah kenapa…mungkin kerana aku ni pendiam.

“Adik!!!” gema suara 2 orang wanita.

“Kak Echa! Kak Zara!” Naurah memeluk tubuh 2 orang kakaknya.

“Hmmm…dah kahwin erkk kau? Potong aku!” kata Kak Zara.

“Tulah!” sokong Kak Echa. Sebenarnya Kak Echa ni dah kahwin tapi dia dah bercerai. Orang kata kahwin mudalah. Gedik sangat nak kahwin kan? Dah 6 tahun Kak Echa menjanda. Anak belum ada lagi. Abang aku yang dah bujang terlajak ni pun tak kahwin lagi! Terlajak ke? Tak daklah terlajak pun kalau setakat baru umur 28 tahun.

Naurah cuma tayang muka meluat. Eleh! Sajalah tu nak sakat aku! Bukan tak tahu!

“Wey dik! Kau serius ke dah kahwin dengan Vincent? Kau pun tahukan yang dia berdendam dengan kau?” tanya Kak Echa. Dia sebenarnya tak suka Naurah berkahwin dengan mamat the devil tu.

“Memanglah kak tapi aku kena jugak kak…aku terpaksa. Aku mengandungkan anak dia…”

“Yelah tapi tak semestinya kau kena tunduk dekat dia! Dik! Dia tu bapak segalah evil! Tak mustahil satu hari nanti dia akan seksa diri kau tu, dik!” kata Kak Echa lagi masih tak berpuas hati.

“Kak…kau tak pelah tak ada anak lagi kak. Aku ni yang akan melahirkan dia nanti. Kau nak ke dapat anak buah haram??”

“Aku oklah asalkan kau tak kahwin dengan devil tu!” Kak Echa mencebik. Geram betullah! Aku taulah si Vincent tu macam mana!

“Betul tu dik…betul cakap Kak Echa. Aku pun tak suka kau kahwin dengan dia. Silap hari bulan, kau dibuangnya!” sokong Kak Zara.

“What are you talking about two miss??” Vincent tiba-tiba tercegat di belakang mereka. Kak Echa dan Kak Zara menoleh melihat Vincent.

“We both are talking about you devil!” balas Kak Zara. Naurah hanya memerhati. Ya Allah! Janganlah jadi peperangan Rusia dan Jepun!

“Devil? I’m devil??” Vincent ketawa sinis. Saiful melihat sahaja. Kalau melebih, aku rimbuk!

“Are you both aware what you both say? Devil…yeah…well let say your both sister who’s the one devil!” kata Vincent keras. “She’s a disaster in my family…oh nope! My life!”

“Kau nak tahu kenapa? Sebab dia ni memang jahanam! Agama Islam yang bodoh dia bawak tu membuatkan family aku sesat dengan agama yang bodoh ni!”

Bukkk!!! Saiful menumbuk muka Vincent. Aku tak kisahlah kau ni adik ipar aku ke apa tapi kau dah melebih!

“Kau janga nak kutuk agama aku erkk! Hey! Kau bersyukurlah masuk Islam sebab akhirat nanti kau taklah teruk diseksa! Daripada orang kafir macam agama kau dulu tu…huh! Campak terus dalam api neraka!” balas Saiful turut melawan.

“Oh yeah?” balas Vincent sambil memegang pipinya.

“Shit! Islam is hellllll!!!!!” Vincent menjerit.

“Kurang ajar kau!” Saiful menumbuk lagi muka Vincent. Bertalu-talu. Lebam sudah.

“Abang! Abang! Sudahlah abang!” Naurah meleraikan pergaduhan antara suami dan abangnya.

“Dia kurang ajar adik! Sorry adik tapi abang tak boleh nak terima dia sebagai adik ipar abang!” Saiful segera keluar. Diniy yang sedang bersembang dengan Puan Lee diluar segera menarik tangan isterinya agar pulang bersamanya.

“Abang! Abang! Kenapa ni?” tanya Diniy pelik. Saiful hanya diam. Tak membalas.

Kak Echa dan Kak Zara turut beredar. Turut menghantar pandangan sinis kepada Vincent. Padan muka! Cari pasal depan-depan dengan Saiful! Memang kau kenalah!

“Awak ok?” tanya Naurah. Dia mengelap darah yang mengalir di bibir Vincent menggunakan jarinya.

“Kau tanya aku ok ke tak?!” Vincent terus bangun. “Kau pergi jahanam dengan abang kau yang sial tu! Fuck!” Vincent terus menuju ke biliknya. Pintu dihempas kuat.

Naurah menggigit bibirnya. Duh! Dua-dua marah! Isy! Suka sangat nak sentap! Tak faham aku! Macam ni lelaki selesaikan masalah mereka?

“Abang? Abang kenapa ni? Kenapa balik terus macam tu jr?” tanya Diniy ingin tahu. Kenapa suaminya berangin semacam je ni?

“Tak ada apalah…” malas dia nak bercerita dengan Diniy. Lagipun ini hal keluarga dia, jadi biarlah dia saja yang selesaikan.

“Abang…apa gunanya Diniy jadi isteri abang kalau Diniy tak boleh nak tolong abang?” Diniy masih memujuk. Mesti ada something dalam rumah Puan Lee tadi.

“Just masalah kecik je…” Diniy hanya mengeleuh. Tak nak memaksa. Kalau memaksa lebih, kot diri kita yang kena marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience