Chapter 28

Romance Completed 19927

Bab 28

“What are you doing Vincent?! You kill her?!” marah Mr Lee. Puan Lee menangis teresak-esak di belakang sambil dipujuk oleh Soo. Donnie hanya terdiam dengan perkhabaran terbaru ini.
“Vincent!!!!” jerit Saiful sambil matanya berair. Baju Vincent dicengkam. “Kau buat apa dekat adik aku?! Kau buat apa!!!!!!” satu tumbukan padu dilepaskan pada Vincent.
“Kau tahu tak! Selama ni adik aku layan kau dengan baik!!! Tak cukup ke kau dah buat mak dan ayah aku mati sampai adik aku pun kau nak matikan! Kau memang syaitan!!!! Syaitan!!!!” muka Vincent ditumbuk lagi.
“Abang! Sudahlah! Ini hospital!” Diniy meleraikan pergelutan suaminya dan Vincent.
“Sampai mati aku takkan maafkan kau Vincent! Sampai mati!” Saiful dibawa oleh Diniy ke kerusi duduk. Saiful beristighfar dalam hati. Sungguh sedih hatinya mengenangkan adiknya pergi meninggalkan mereka selepas kepergian mak dan ayahnya.
“Abang sedih sayang…adik abang yang kita baru jumpa petang tadi dah pergi meninggalkan kita…” ujar Saiful sambil memeluk isterinya. Diniy hanya mampu menahan. Dia tak nak air matanya menyebabkan suaminya bertambah lemah.
“Kau memang tak guna Vincent! Menyesal aku restu kau dengan adik aku!” marah Kak Echa pula. Kak Zara pula sudah menangis teresak-esak.
Vincent tak tahan dengan cacian dan kemarahan yang dilempar kepadanya, dia segera keluar dari hospital dan menuju ke pub. Dia perlu minum supaya stresnya hilang!
Saiful, Diniy, Kak Echa dan Kak Zara menuju ke rumah mayat. Mereka menuju ke arah Doktor Ri yang sedang bercakap dengan beberapa orang yang akan menguruskan jenazah Naurah.
“Boleh kami tengok dia for the last time?” Doktor Ri hanya mengangguk.
Saiful menarik selimut yang menutupi tubuh mayat adiknya. Dia menahan tangisannya daripada gugur melihat wajah lebam dan pucat adiknya. Saiful segera memeluk tubuh adiknya yang kaku dan sejuk itu.
“Abang mintak maaf sebab tak dapat jaga adik…semoga adik tenang di sana…”
Giliran Kak Echa dan Kak Zara pula yang memeluk adik mereka buat kali terakhir.
“Akak pun mintak maaf jugak sebab jarang berbual dengan adik…luang masa bersama adik-adik…akak mintak maaf ya?” Kak Echa mengalirkan air matanya.
“Kak Zara pun sama jugak…selalu buat tak endah je dekat adik…” Kak Zara pula yang mengalirkan air matanya.
“Kak Diniy pun sama Naurah…walaupun beberapa bulan je kita menjadi keluarga tapi akak bangga dapat adik ipar macam Naurah!” Kak Diniy turut menangis.
“Jomlah keluar…biar adik berehat dengan tenang…” ajak Saiful. Mereka beredar keluar. Semua pengurusan jenazah dilakukan oleh pihak hospital.
Sementara Vincent pula…
Wiski diteguk lagi. Dia betul-betul ingatannya tentang Naurah dihilangkan serta-merta! Dia tak nak ingat lagi tentang Naurah! Rihanna yang berada di tepinya juga dibuat tak endah! Yang janji, dia akan hilang ingatan tentang Naurah!
“Baby…banyaknya you minum??” Rihanna melingkarkan tangannya di tengkuk Vincent.
“You sibuk apahal?!” Vincent menolak tangan Rihanna yang melingkar di tengkuknya.
“Baby…I miss your…”
“Stay away from me!” Vincent terburu-buru keluar dari pub dengan keadaan terhuyung-hayang. Dia tak sedar yang dirinya sudah ke jalan raya.
Yang dia dapat tangkap hanya hon sebuah kereta sebelum dirinya melambung menyembah bumi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Vincent!!!!!” Rihanna meluru ke arah Vincent. Darah terpancut keluar dari mulut Vincent.
“Baby! Wake up! Please don’t leave me! Help! Tolong bawak dia ke hospital! Cepat!”
Orang ramai mengangkat tubuh Vincent lalu dibawa ke hospital. Rihanna turut ikut.
Sampai di hospital yang sama dengan Naurah dirawat dahulu, tubuh Vincent terus ditolak ke wad ICU. Puan Lee dan Mr Lee serta yang lain melihat ke arah doktor yang kelam kabut menuju ke wad ICU.
Rihanna duduk di kerusi yang tak berapa jauh dari Puan Lee dan Mr Lee. Puan Lee melihat ke arah perempuan yang sedang menangis itu. Rihanna?? Serta-merta Puan Lee bangun menuju ke arah Rihanna.
“Hey! What are you doing here?!” soal Puan Lee kasar. Rihanna memandang ke arah Puan Lee yang sedang berdiri di hadapannya.
“Aunty….” Rihanna bangun dari duduknya.
“I’m asking you woman! What are you doing here and who’s in the ICU wad?!” tegas Puan Lee bertanya.
“It’s Vincent aunty…he’s having a bad drunk! Dia jalan dalam keadaan mabuk-mabuk di luar pub dan tiba-tiba dia accident dengan kereta!”
“Astaghfirullahalazim!!!!” Puan Lee dan Mr Lee mengucap panjang dengan perkhabaran yang baru ini. Sudahlah khabar baru Naurah pergi meninggalkan mereka ditambah lagi dengan perkhabaran Vincent kemalangan.
“Siapa yang accident aunty?” tanya Saiful apabila melihat Puan Lee menitiskan air mata.
“Vincent Saiful! Ya Allah!” Saiful turut istighfar. Apakah makna disebalik semua ini?
“Aunty rasa ini semua adalah balasan untuk Vincent!” kata Puan Lee.
“What do you mean aunty?” Rihanna pula bertanya.
“Vincent menyebabkan Naurah meninggal dunia! She’s gone!”
“That’s great aunty! Tak payahlah I dengan Vincent nak bermadu kasih!” kata Rihanna gembira.
“Watch your word Rihanna!” marah Donnie. Rihanna hanya buat bodoh. Ada aku kisah?

SETELAH lama menunggu, akhirnya lampu wad ICU terpadam dan beberapa orang nurse dan doktor keluar dari bilik ICU itu. Puan Lee, Mr Lee dan Rihanna menuju ke arah doktor itu.
“Macam mana keadaan dia doktor?” tanya Mr Lee. Mereka yang berada di belakang hanya menunggu keputusan dengan sabar.
“Dia mengalami kecederaan yang teruk sehinggakan kakinya patah dan sarafnya gagal berfungsi. Ini bermakna yang dia lumpuh.”
“Astaghfirullahalazim!”
“Maknanya dia akan lumpuh seumur hidup dia ke doktor?” tanya Puan Lee pula.
“Tak selamanya…bergantung kepada tahap kekuatannya untuk pulih. Kalau dia hanya duduk di atas kerusi roda tanpa melakukan pergerakan atau apa-apa sahaja aktiviti yang disarankan, dia akan lumpuh selamanya!” macam amaran je!
Lumpuh?? Oh no! Please! Better aku beredar! Tak naklah aku dengan orang lumpuh! Menyusahkan je! Rihanna mencebik. Dia dah lumpuh! Aku tak suka orang yang menyusahkan aku! Rihanna segera meninggalkan hospital itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience