Chapter 39

Romance Completed 19927

Bab 39

“Cepatlah! Mana fail dia?!” lembab betul! Hesy! Buang masa aku je!

“Maaflah…fail dia tak ada…” jawab Ravi.

“Apa maksud kau?!” soal Denny sambil merenung tajam wajah Ravi yang dalam ketakutan itu.

“Sebenarnya Puan Naurah belum mati lagi…” sorry Doktor Ri! Bukan niat saya nak bocorkan rahsia tapi saya terpaksa.

“Apa kau cakap?! Tak mati lagi! Aku tak percaya! Aku nak senarai list nama kematian 3 tahun lepas! Cepat!”

“Ok…” Ravi mengeluarkan fail tebal yang mengandungi list nama pesakit yang meninggal 3 tahun lepas.

Denny check list nama kematian itu. Diperhati betul-betul list itu. Memang sah tak ada!

“Kau sure?!” soal Denny sekali lagi.

“Saya sure seratus peratus sebab saya yang handle pangkal data kematian.”

“Ok…terima kasih atas kerjasama kau tapi! Aku nak bawak fail ni boleh?” Ravi terus mengangguk. Denny menyimpan fail itu di dalam beg sandangnya lantas beredar keluar. “Jangan bagitahu orang!” Ravi mengangguk.

Ravi menarik nafas lega. Fuh! Selamat nyawa aku…

Denny menuju ke bilik Doktor Ri. Dirempuh masuk begitu sahaja. Jelas Doktor Ri terkejut dengan kehadiran dirinya.

“Apa yang you buat dekat sini?!” marah Doktor Ri. Mamat ni!

“Well, let say I’m win now!” ujar Denny sambil tersenyum sinis.

“Apa yang you win nya?” Doktor Ri blur. Dahlah masuk tak bagi salam lepas tu nak kata dia win? What the….???

Denny duduk di kerusi berhadapan dengan Doktor Ri lalu zip beg sandangnya dibuka. Satu fail tebal dibawa keluar.

“List nama kematian pesakit 3 tahun lepas…”

Dup dap! Dup dap! Dup dap! Oh gosh! Dari mana dia dapat?!

“And the best things is nama Naurah tiada dalam senarai ni. Can I know why?” Denny memandang wajah Doktor Ri yang seperti roti basi itu.

“Where did you get it from?”

“Bilik penyimpanan laporan kematian pesakit…”

“Macam mana you boleh masuk sedangkan tempat you ialah tempat larangan?!” mustahil Ravi kalah dengan Denny!

“Adalah cara I! You nak tahu cara apa I guna?” Doktor Ri hanya memandang. Denny mengeluarkan pistol daripada beg sandangnya.

“I guna cara ini!” pistol diacukan tepat pada muka Doktor Ri. Doktor Ri mula ketakutan.

“Y…you nak b…buat apa ni?”

“Now, I nak tahu satu benda je. Mana Naurah? Kalau you tak cakap or you bohong lagi…I akan tembak you. Bersepai! Well, dekat hospital ni! Senanglah nak uruskan mayat you!” Denny tersenyum jahat.

“Denny…”

“Cakap! Mana Naurah?!” Doktor Ri mengetap bibirnya. Mustahil akan kantoi sekarang ni!

NURIN membawa Vincent jalan-jalan di taman. Dia hendak pastikan kaki Vincent boleh berjalan seperti sediakala. Dah diurut, dipraktis jalan…Insha-Allah akan sembuh kaki dia.

“Jom! Bangun!” Nurin memegang lengan Vincent. Vincent cuba bangun namun tiada rasa di kakinya membuatkan dia hendak terjatuh.

“Rileks! Slow down ok?” Vincent hanya mengangguk. Dia cuba menggerakkan kakinya namun rasa macam berat. Setapak berjaya.

“Yeah…you can do it. Come on!” Nurin terus menyokong Vincent. Vincent bersemangat untuk melakukan ujiannya kali ini. Aku tak boleh menyerah kalah!

“Yeah!” jerit Nurin apabila Vincent melangkah setapak lagi. “Go Vincent!” Vincent menggagahkan dirinya lagi.

Tiba-tia telefon bimbitnya berbunyi. Vincent menyeluk poket seluarnya lalu memandang skrin telefon. Denny?? Kenapa dia call aku?

“Yes?”

“Nak jumpa aku? Hmm ok! Malam ni ok?”

“Ok…bye!” telefon disimpan kembali.

“ADA apa kau nak jumpa aku ni?” soal Vincent apabila dirinya sudah sepenuhnya duduk di kerusi.

“Aku dah dapat info baru dan aku rasa kau mesti tak percaya! Aku dapat sendiri daripada Doktor Ri!”

Vincent mengangkat keningnya. “Apa yang kau dapat?”

“Actually Naurah tak mati lagi!”

Bagai petir sambar di badannya, begitulah Vincent rasa. Sakit seluruh badannya mendengar. “Naurah tak mati lagi? Kau serius!”

“Seriously…and aku nak bagi kau ni!” Denny mengeluarkan list nama kematian pesakit 3 tahun lepas.

“Yang bestnya nama Naurah tak ada pun dalam ni!”

“Gila kau! Banyaknya list name! Takkan kau check satu-satu?” Denny mengangguk.

“Kau cuba check…” Vincent memerhati setiap nama tersebut and…

“Memang nama dia tak ada! Ya Allah!” my wife still alive! Happy nya tapi… “Naurah dekat mana?”

“Entahlah…kata Doktor Ri Naurah sekarang ada dekat overseas and dia tak bagitahu pulak dekat mana!”

“Overseas?! Gilalah! Kenapa tak tanya dulu dekat mana Naurah duduk??”

“Aku lupa…sorry!” Denny tersengih. “Tapi kau jangan risau. Aku dah suruh geng-geng aku cari dia di setiap negara.”

“Ok…but what if…” telefon Vincent berbunyi. Vincent mengeluarkan telefonnya lalu memerhatikan nama pemanggil. Nurin?

“Hello Nurin…”

“Waalaikumussalam…” tiba-tiba Vincent terasa malu.

“Janganlah nak perli sangat! Ada apa awak call saya?”

“Awak dekat mana? Aunty risau pasal awak…”

“Saya ada dekat luar dengan kawan. Don’t worry, I’m fine.”

“Hmmm…yelah! Aunty pesan balik awal! Ok, bye. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam…” Vincent menyimpan kembali telefonnya ke dalam kocek seluar.

“Oh ya…what about Nurin? Dia ada kena mengena tak dalam kes ni?”

“Doktor Ri tak cakap punlah walaupun aku dah acu dia dengan pistol tadi. Aku rasa Nurin memang tak ada kena mengena dengan kes Naurah walaupun dia duduk sekali dengan Doktor Ri…”

“Mungkin…” Vincent mengeluh. Memang betul ke Nurin tak ada kena mengena dengan kes ni? Aku tak percayalah! Duduk serumah! Mustahil tak tahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience