Chapter 10

Romance Completed 19927

Bab 10

Naurah terjaga dari tidurnya pada jam 5.30 petang. Ya Allah! Macam mana aku boleh terlelap sampai begitu dahsyat? Astaghfirullahalazim! Naurah meraupkan mukanya lantas bangun menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

Usai solat Asar, Naurah keluar dari biliknya dengan bertudung. Dia turun ke bawah lalu menghampiri Puan Lee secara senyap-senyap.

“Hah!!!” Puan Lee mengejutkan Naurah. Naurah yang terkejut.

“Oh…nak kenakan aunty erkk?? Ingat aunty tak tahu?” kata Puan Lee sambil tersenyum.

“Ok…” Naurah tarik muka.

“Mom!” laung Vincent. Naurah terkaku. Vincent?? Puan Lee memandang Naurah dan Vincent bersilih ganti.

“Apa Vincent?”

“Mom…that car yang parking di lot belakang tu sapa punya?” tanya Vincent ingin tahu.

Di telinga Naurah jelas nyata derap kaki Vincent menghampiri mereka. “And, who’s this woman in hijab?” alamak! Dia tanya pasal akulah pulak?

“Errr…” nak bagitahu ke dak?

“Mom…you can leave just two of us here…” kata Vincent tiba-tiba.

“Tapi…” Puan Lee berat hati memandangkan Naurah meminta bantuan darinya.

“Mom! I said just leave us here. I don’t like to repeat same word in a time!” ujar Vincent tegas.

“Alright…” Puan Lee dengan berat hati meninggalkan Naurah dan Vincent berduaan. Lirik mata Naurah jelas merayu jangan tinggalkan dia dengan Vincent tapi Puan Lee terpaksa.

“Can I know you better young lady?” tanya Vincent.

Naurah mengetap bibirnya. Ya Allah! Bantulah aku!

“Miss? Hey…! When I talk with you, please face to face with me! Turn back!” arah Vincent.

“Must I?” tanya Naurah perlahan.

“What kind of question miss? Aku bercakap dengan kau! Bukannya bercakap dengan tiang elektrik depan kau tu!”

“I don’t think if you know me you can like me!”

Vincent mendengus marah. Dia memegang bahu gadis itu lantas dipusingnya. “I don’t think if you know me you can like me!” serta-merta ayat yang gadis itu ucapkan tadi tersirat di kepalanya. “Naurah?” Vincent tidak percaya di hadapannya adalah Naurah.

“As I said right? Awak tak suka tengok saya kan??” Naurah bertutur dengan Vincent.

“What are you doing here?!” serta merta Vincent berkata dengan nada marah.

“Because of your mother…”

“Apa kena mengena?!”

“Your mom suruh saya datang sini and stay sini sampai hari Khamis and weekend saya balik rumah parents saya.”

“Apa tujuan kau hah?!”

“Saya tak ada tujuan apa-apa. Saya datang sini pun hanya ada satu tujuan sahaja. Saya datang atas permintaan mak awak untuk mengajar dia mendalami agama Islam…”

“Islam?!” Vincent naik angin. “What kind hell of Islam?! Hey! Islam ni agama yang paling bodoh aku pernah jumpa!”

“Vincent! Kalau awak tak suka agama Islam, awak tak berhak nak caci dan hina agama Islam!” tegas Naurah menegur.

Vincent ketawa kuat. “Kau buat lawak ke Naurah?! Islam ni tak bebas seperti agama lain! Kalau aku ajak kau buat seks, kau nak tak?!”

Naurah terkejut dengan soalan Vincent. Seks?? “No!”

“See?? Huh! Kau tahu tak Naurah?? Bagi aku, Islam serupa tahik anjing je! Tak pun aku pijak-pijak macam aku pijat kasut aku yang mahal sekarang ni!”

“Ya Allah…” Naurah bersuara perlahan.

“What did you say? Allah??! Hahahahaha!!!! Allah??! Hey! Kalau aku buat something dekat kau pun, Allah tu takkan mampu nak lindungi kau!” Vincent tersenyum sinis.

Sesungguhnya, orang kafir memang di jalan yang sesat! Naurah segera meninggalkan Vincent. Kalau lagi lama dia layan Vincent, lagi banyak Vincent akan menghina Islam.

“Naurah! Naurah! Aku tak habis cakap lagilah dengan kau! Woi!!!” jerit Vincent namun Naurah hanya buat bodoh. Ya Allah…sesungguhnya hati Vincent tersangat keras untuk mengubahnya ke jalan yang benar.

NAURAH keluar dari biliknya setelah selesai bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan abangnya. Resepsi bahagian perempuan dahulu. Hari ini abangnya akan diakad nikahkan.

Baju biru lembut beserta shawl yang dililit berwarna biru lembut menyerahkan seri wajah Naurah.

“Cantiknya Naurah!” puji Puan Lee.

“Betul!” sokong Mr Lee.

“Isy…aunty and uncle ni…Naurah taklah cantik mana pun! Biasa je.” tanpa mereka sedar, Vincent sedang memerhati Naurah dari atas.

Cantik jugak minah ni! Vincent tersenyum sinis. One day you’ll be suffering Naurah! Soon!

“Naurah pergi dulu aunty, uncle…” Naurah segera beredar keluar. Vincent berlari turun dan keluar mengikut pintu belakang dan menghampiri Naurah.

“Naurah!” panggil Vincent. Naurah mengeluh. Apa lagi Vincent ni?

“Apa?” Naurah menoleh. Vincent memerhati Naurah. Dia memerhati Naurah dari atas hingga ke bawah. Cantik! Serta-merta nafsu Vincent menggeledak.

Naurah berasa gentar. Lelaki boleh membogelkan wanita hanya dengan pandangan mereka walaupun kita berbaju. Naurah segera masuk ke dalam keretanya lalu pintu dilock. Fuh! Naurah terus meletak gear pada huruf R. Di luar rumah, Naurah meletak gear pada D dan segera memandu ke Masjid Negara.

Sampai di Masjid Negara, Naurah segera melangkah masuk. Fuh, nasiblah majlis tak mula lagi. Naurah duduk di tepi bakal kakak iparnya. Mereka berdua tersenyum manis. Kemudian, majlis turut dimulakan. Giliran abangnya hendak melafazkan akad nikah.

“Aku terima nikah Nur Diniy Al-Humaira bt. Mohd Al-Amin dengan mas kahwinnya 800 ringgit tunai…”

“Sah?” tanya tok kadi itu. Sah! Alhamdulillah…

Usai mengaminkan doa, kedua-dua mempelai itu melakukan sujud syukur sebelum upacara pembatalan air sembahyang.

Usai upacara pembatalan air sembahyang, mereka keluar dari masjid tersebut. Naurah menuju ke arah kakak iparnya.

“Akak…akak nak kena balik hotel kan?”

“Ya…” ujar Diniy agak malu-malu.

“Jomlah naik dengan Naurah! Naurah naik sorang-sorang je. Bosanlah…”

“Boleh ke?”

“Apa yang tak bolehnya? Kalau tak boleh, Naurah tak ajaklah akak naik sekali dengan Naurah. Jom!” Diniy hanya mengikut Naurah ke kereta.

Mereka menuju ke Hotel Hilton. Naurah dan Diniy menuju ke bilik yang sudah ditempah khas. Kebetulan kata kakaknya, Dhia Aisyah Rania atau nama singkatannya Kak Ecah baju salin Naurah ada di hotel tersebut. Sama dengan bilik Kak Diniy.

Sebenarnya lah kan…dalam begnya ada kamera. Nak tahu kenapa? Sebab aku ni kena jadi fotografer tak bertauliah kepada abang aku! Resepsi bini dia dan dia aku yang kena ambik gambar! Tapi dia kata dia janji akan bayar aku sebanyak 500 ringgit! Fuh! Kaya! Kaya!

“Naurah...akak nak tanya. Naurah nama penuh apa?” tanya Diniy ingin tahu.

“Emmm…tak lah sedap macam nama akak. Dhia Naurah Nazifa…”

“Ish! Sedaplah nama tu! Akak suka…well, Naurah kena ambik gambar kan?”

“Yep!”

“Berapa abang bayar dekat Naurah? Akak tahu mesti abang Naurah paksa kan?” Diniy tertawa.

“Memang pun! Suka memaksa! Tahulah masa dekat Uni dulu Naurah ni student fotografi. Tapi dia bayar dekat Naurah RM 500! Oklah tu…” ujar Naurah.

“Hmmm…sebenarnya abang Naurah tu macam mana erkk perangai dia? Kadang-kadang akak tengok happy semacam. Kadang-kadang akak tengok dia joyful semacam!” Diniy tersenyum.

“Hmmm…sebenarnya abang ni dia sangat caring tau! Dia penyayang. Setiap adik-adik dia kan mesti dia akan tolong kalau dalam kesusahan! Akak tengok je muka dia serius! Tapi, bila akak dah dengan dia selalu, barulah akak tahu yang dia tu memang….umphhh!” Naurah angkat thumbs up.

Naurah melilitkan shawl berwarna koko. Tema untuk keluarga lelaki berwarna koko. Manakala perempuan pula berwarna pink. So, dapat bezalah yang mana keluarga pengantin lelaki dan perempuan.

“Naurah…”

“Ya?”

“Naurah pandai make up sebab akak ni tak pakai benda-benda ni semua. Tebal-tebal…rimas!”

“Emmm akak! Sebenarnya Naurah pun tak pakai semua ni but I will try untuk mekap akak!”

“Boleh ke Naurah? Kalau tak boleh, tak apa. Akak akan buat sendiri…”

“Tak apa…Naurah try. Lagipun Naurah pernah hadir kusus make up ni segala…” Naurah mencapai bedak compact lalu disapukan di serata wajah Diniy. Foundation, lip gloss, eye liner, blusher, eye shadow, mascara…

Hanya solekan tipis dikenakan pada wajah Diniy. Fuh! Harap-haraplah elok! “Akak…kawan-kawan akak tak datang ke?”

“Tak Naurah! Sepatutnya kawan-kawan akak kena make up akak sekarang tapi mereka ada urgent things yang perlu diselesaikan. Akak pun tak prepare orang make up awal-awal. Nasib baik Naurah ada…”

“Ok…siap! Tak tahulah cantik ke tak??” Diniy membuka matanya. Wow!

“Akak…kenapa muka macam tu? Tak elok ke? Sorry erkk?? Kita ada masa lagi nak cuci mekap!”

“No! It’s okay. Gorgeous! Solekan tipis akak suka…” Diniy tersenyum.

“So, kiranya akak sukalah ni?” Diniy mengangguk. Naurah memanjat syukur dalam hati.

“Jomlah akak…we should leave now! I don’t want we arrive late!”

“Ok…jom!” mereka berjalan keluar.

Nampaknya ahli keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan sudah menunggu kehadiran mereka di luar.

“Sorry we late!” pinta Naurah. Mereka semua menoleh. Saiful of course lah kan? Of course terkaku dengan penampilan Diniy.

“Cantik! Sapa mekap ni?” tanya ibu Diniy.

“Naurah ibu…” balas Diniy.

“Tak sangka kau pandai mekap!” Dhia Aliya Maizara atau lebih senang call me Zara menyampuk.

“Sibuk je!” balas Naurah sambil menjeling.

“Ok let’s go!” ujar abah kepada Diniy.

Diniy naik kereta sama dengan Naurah menuju ke majlis makan di rumah ibu bapa Diniy sendiri. Buat di rumah lebih save cost berbanding buat di dewan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience