Chapter 17

Romance Completed 19927

Bab 17

Vincent meneguk air haram itu lagi. Dia mula mabuk. Mabuk teruk. Arghh!!! Aku dah tak kisah dad nak marah aku ke apa janji aku nak enjoy habis sehabisnya malam ni! Janji aku puas! Puas sepuasnya!

Alex masuk ke dalam kelab bersama Ricky. Mereka menggeleng melihat keadaan Vincent yang mabuk teruk itu. Mereka menuju ke arah Vincent.

“Vincent!” Alex menepuk bahu Vincent. “Vincent!” Vincent menoleh.

“Oh!!!! Hell boy! Why you both coming here? Are you guys wanna have fun?? Oh come on! It’s the best thing you know drink this thing!” Vincent tersengih dalam keadaan mabuk.

“We didn’t come here for this drink! We want brought you back to home!” Alex menarik tangan Vincent keluar dari kelab malam itu.

“Alex!!!! Let me go!!!” marah Vincent.

“Should I say you bangang??!” marah Alex.

“Come on Alex! Chill! You know what? I stress! That’s why I come here. My dad keeps pressuring me to get marry with Naurah! Oh damn!”

“Naurah Nazifa?” tanya Rizky pula.

“Yes! That useless woman!” Vincent kadang-kadang tersedu.

“Better than Rihanna!” kata Alex. Mencemuskan Rihanna.

“Apa kau cakap?!” dalam keadaan mabuk pun dia boleh tangkap apa yang Alex cakapkan pasal Rihanna.

“Better than Rihanna! Hey! Apa yang bagusnya Rihanna tu hah sampai kau puja dia sangat? Aku rasa Naurah tu lagi bagus!” tambah Alex lagi.

Vincent mengetap bibirnya. “Kenapa semua orang asyik memuji dia hah?!”

“Sebab dia bagus! Rihanna tu ada apa setakat body ketot dia tu??” Alex menjuihkan bibir.

“Alex! Kau cakap biar berlapik erkk! Dia tu girlfriend aku tau!” marah Vincent lagi. Amboi! Sedapnya dia kutuk awek aku!

“Man…you know what? Perempuan macam Rihanna tu bila-bila je dia boleh petik macam ni…” Alex buat gaya memetik jari. “And berpuluh laki nak tambah-tambah lagi dekat overseas sana tu! Kau boleh percaya ke yang Rihanna tu takkan tidur dengan mana-mana lelaki dekat sana?” Alex cuba menguji Rihanna.

Dia tahu gerak-geri Rihanna sekarang ini sebab dia baru sahaja pulang dari overseas. Dia tahu apa yang Rihanna buat dekat overseas! Dia ada gambar Rihanna berpelukan sakan dengan mat saleh dekat sana! Dia juga ada rakaman CD CCTV yang diambil macam mana keadaan Rihanna di dala bilik dengan lelaki itu. Sengaja dia mintak bantuan dari pihak hotel supaya letakkan CCTV di bilik yang Rihanna dan lelaki lain selalu duduki.

“Kau cakap macamlah kau tahukan Rihanna tu macam mana!” bantah Vincent.

“Well, aku tak kata yang aku kenal dia lebih macam kau kenal dia. Apa yang dekat sini aku just nak cakap beware dengan Rihanna! Aku takut kau patah hati!” tunggu masa Vincent kau nak rasa menyesal! Cuma, sekarang ni aku nak tengok game Rihanna macam mana!

“Enough Alex! Aku malas nak dengar! Kau kalau setakat datang nak kutuk Rihanna, you better get lost!”

“Ok…aku balik! Tapi, ingat apa yang aku cakap!” Alex dan Ricky segera meninggalkan Vincent.

Vincent memerhati kawan-kawannya itu beredar pergi. “Sial!”

SAIFUL membawa nasi ayam pesanan adiknya. Katanya, teringin nak makan nasi ayam. Hmmm…orang sakit punya tekak kan? Kenalah ikut! Kalau tak, merajuk pulak!

“Yeah! Abang bawak nasi ayam! Thanks abang!” Naurah menarik senyuman. Saiful turut tersenyum.

“Abang! Mak dan ayah mana? Kenapa 3 hari mereka tak lawat adik!” Saiful terdiam dengan pertanyaan adiknya.

“Abang? Kenapa abang dia je ni? Abang ada sorok apa-apa dari adik ke?” Naurah mula syak sesuatu.

“Ok, ok. Tapi abang nak adik rileks dengan apa yang abang nak cakapkan ni ok?”

“Apa abang ni? Tolonglah jangan buat suspen! Cepatlah bagitahu!”

“Ok…sebenarnya mak dan ayah dah tak ada adik. Mereka dah meninggal. Mereka kena langgar dengan lori balak masa mencari adik…”

“Abang tipu kan?” mata Naurah mula bergenang air mata.

Saiful duduk di sisi adiknya. Mengusap bahu adiknya. Dia tahu adiknya pasti berat nak terima keputusan semua ni. “Abang tak tipu adik. Buat apa abang nak tipu pasal hal mati-mati ni?”

Tanpa dipinta, air mata Naurah mengalir keluar. Ya Allah! Berat sungguh ujianMu ini ya Allah! No Naurah! Ingat! Allah bagi ujian dekat kau sebab dia sayangkan kau!

“Tak apalah abang…nak buat macam mana kan? Dah tiba masa mak dan ayah nak pergi tanpa sempat Naurah mintak maaf mintak ampun apa semua…”

“Syuhhh…janganlah cakap macam tu! Adik kan anak yang baik? Lagipun kalau adik ada buat silap ka apa ka…abang yakin yang mak dan ayah dah ampunkan adik…”

Naurah memeluk erat abangnya. Walaupun dirinya nampak tabah, tapi didalamnya tak setabah yang di luar. Di dalam dirinya hanya muncul perkataan menangis! Ya! Sedih semuanya ada!

Tanpa mereka sedar, ada mata-mata yang memandang dengan sayu. Turut terkesan dengan kata-kata Naurah.

“Saya sedih tengok dia…” kata Puan Lee sambil mengelap air matanya yang mengalir.

“Saya pun sama…dia sudahlah kehilangan hidupnya malah dia turut kehilangan orang yang dia sayangi. Kalau sayalah jadi macam dia, saya tak rasa saya mampu tanggung! Sesungguhnya dia memang manusia yang tabah…” puji Mr Lee sambil tersenyum kagum dengan kehebatan dan ketabahan Naurah mengharungi hidupnya.

“Abang…” panggil Naurah.

“Ya?” Saiful memandang adiknya. Adiknya tayang muka lapar. “Oh...lapar erkk??” Naurah mengangguk sambil tersenyum comel.

“Hahaha…” Saiful mencubit pipi adiknya. “Comellah!” Saiful membuka bungkusan nasi ayam lalu mencampur adukkan sup dan sos bersama kicap.

“Bismillah…” ujar Naurah sebelum nasi ayam itu masuk ke dalam mulutnya.

“Sedap?” tanya Saiful sambil mencedok ayam dan nasi.

“Mestilah sedap! Alah! Nasi ayam warung Kak Jah! Mestilah sedap!” tutur Naurah sambil tayang muka bagus.

“Eleh!” Saiful mencebik.

“Assalamualaikum!” ujar Puan Lee sambil masuk dengan suaminya.

“Eh? Puan Lee, Mr Lee?? Waalaikumussalam!” Naurah tersenyum meihat Puan Lee dan Mr Lee masuk ke dalam wadnya.

“Amboi! Sedapnya makan bersuap ya?” usik Puan Lee. Saiful dan Naurah hanya tersenyum.

“Dah lama tak bermanja aunty…” kata Saiful sambil menyuap nasi ayam ke dalam mulut adiknya.

“Oh…patutlah! Eh? Diniy mana? Tak datang sekali?”

“Tak…dia kata dia ada nak buat kerja sikit. Yelah, diakan fashion designer.” balas Saiful sambil menyuap adiknya lagi.

“Hmmm…baguslah kalau bini pun bekerjaya! Bolehlah bantu kita sikit-sikit…” balas Puan Lee.

“Naurah…Saiful…sebenarnya tujuan kami berdua datang ni ada hal nak bincangkan sikit.” ujar Mr Lee tiba-tiba. Kata-kata Mr Lee itu mengundang perhatian mereka berdua.

“Apa uncle?!” sahut mereka berdua serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience