Chapter 31

Romance Completed 19927

Bab 31

Selepas solat Zohor, Nurin keluar dari biliknya dengan bertudung. Dah namanya bukan depan mahram, of course lah kena pakai tudung kan??
Dia menuju ke arah Vincent yang sedang bermain dengan telefonnya. Dia berdiri belakang Vincent.
“Errr awak…” panggil Nurin. Segan pulak nak tegur Vincent.
“Apa?” soal Vincent sambil memandang Nurin melalui skrin hitam telefonnya. Nampak sangat Nurin sedang gelisah.
“Errrr…aunty suruh saya prepare awak and ajar awak cara solat. Boleh saya lakukan sekarang?” pinta Nurin. Kalau tak buat, takut aunty marah pulak.
“Emmm…” hanya itu sahaja jawapan diberikan. Nurin mengangguk lalu membawa Vincent ke bilik. Di bilik, Nurin menyorong kerusi roda hingga ke dalam bilik air. Nasib baik pintu tu muat untuk melalukan kerusi roda.
“Awak tahu macam mana nak buat?” Vincent hanya mengangguk. Nurin membuka air paip lalu Vincent mengambil wudhuk.
“Ok…perfect!” ujar Nurin selepas melihat cara Vincent mengambil wuduk. Dia menarik keluar kerusi roda itu ke luar. Kemudian, kerusi roda itu menghadap ke arah kiblat.
“Awak tahu niat solat? Al-Fatihah…bacaan rukuq dan sujud? Bacaan duduk antara dua sujud? Kena kata apa selepas angkat takbiratul ihram?”
“Tak sangat…” jawab Vincent singkat.
“Ok…firstly, awak kena niat. Kalau niat solat Zohor, awak baca macam ni…usolli…” Vincent hanya mendengar niat yang disebut oleh Nurin.
“Boleh? Cuba awak try?” Vincent berdehem sebelum membaca niat itu.
“Oklah tu walau awak gagap sikit-sikit…Al-Fatihah??” Vincent menggeleng. Selama perIslamannya, dia tak pernah buat amal ibadah.
“Awak baca ni…” Nurin memberi hensetnya kepada Vincent. “Awak ikut saya abaca erkk?? Bismillah…” kemudian, mulut Vincent turut terkumat-kamit tanda mengikut bacaan yang disebut oleh Nurin.
“Awak boleh ingat?” Vincent menggeleng lagi.
“Oklah…kalau awak tak boleh nak ingat…saya letak henset ni atas riba awak then bila time nak baca Al-Fatihah…awak renunglah sikit ke bawah. Then, bacaan rukuq dan sujud, saya dah letak tab saya dekat bawah tu. Saya sure awak susah nak ingat kan? Awak just baca apa yang ditulis tu then apa yang perlu ditutur ketika takbiratul ihram pun ada dekat situ. Tahiyat awal dan tahiyat akhir saya akan scroll kan…ok?”
“Ok…” Vincent hanya mengikut. Dia memulakan niatnya. Lantas takbir diangkat. Bacaan Al-Fatihah direnung sedikit ke bawah supaya dia dapat membacanya. Kemudian, rukuq. Sujud. Begitulah yang dibuatnya sehingga tahiyat awal dan akhir sekali sehingga tahiyat akhir.
Usai memberi salam, Vincent meraupkan wajahnya. Itulah apa yang dibuat oleh Naurah dahulu.
“Awak tahu? Perkara ni membuatkan saya teringat kepada arwah isteri saya, Naurah Nazifa. Sehingga sekarang saya merasa menyesal sebab saya dah sia-siakan hidup dia.” ujar Vincent tiba-tiba.
Nurin yang mendengarnya berasa…entah! Kenapa nak sebak tetiba ni?
“Awak tahu? Dia dulu macam awak…dia sangat tabah melayan saya walaupun saya buat macam-macam dekat dia dahulu…”
“Awak memang tak sayangkan dia ke?” soal Nurin ingin tahu.
“Yes! Definitely yes saya tak suka dia dulu sebab kerana dendam. Tapi, bila dia tak ada sekarang barulah saya rasa sebak.” entah kenapa hati Vincent terbuka untuk bercerita dengan Nurin. Dia rasa selesa dengan Nurin.
Hati Nurin menjadi sebak. Sebak mendengar pengakuan Vincent. Memang beruntung isteri dia yang sebenarnya. Allah…
“By the way thanks Nurin sebab sudi tolong saya. Saya appreciate sangat!”
“Tak apalah Vincent…saya buat pun sebab saudara baru Islam ni nak berubah ke jalan yang benar kan?”
Ting tong! Ting tong! Loceng rumah berbunyi. Perbualan mereka terbantut. Nurin memandang ke arah pintu.
“Saya pergi tengok kejap erkk??” Nurin bangun lantas menuju ke pintu. Dia membuka pintu.
“Ye? Encik cari siapa erkk??”
“Errr…saya kawan Vincent. Vincent ada? Nama saya Denny…” ujar Denny kepada Nurin.
“Oh ada…kejap ye…masuklah!” pelawa Nurin. Baru sahaja hendak melangkah ke bilik Vincent, kelihatan Vincent sedang control kerusi rodanya ke ruang tamu.
“Hey Den!” sapa Vincent ceria.
“Vincent! Dah lama tak jumpa kau! Kau macam mana? Dah ok?” tanya Denny. Lakonan semata-mata bersama Vincent!
“Ok! Kau macam mana? Takkan single lagi kot??” usik Vincent. Lakonan!
“Macam nilah bro…aunty mana aunty? Lama tak jumpa dia!”
“Adalah dalam bilik tu…”
“Errr…saya naik atas dulu eh??” Vincent dan Denny hanya mengangguk. Nurin segera menuju ke biliknya.

“SERIUS ke ni you nak buat macam ni? Sampai bila?” soal Doktor Ri.
“Sampai bila-bila?” kata pemanggil itu.
“Please lah! You jangan nak sacrifice sangat! I tahu you banyak menderita!” bangkang Doktor Ri.
“Apapun I akan buat jugak…I nak tau dia ikhlas ke tak!” kata si pemanggil tersebut.
“Terserah dekat youlah…I cuma bantu apa yang patut je…selebihnya you handle sendiri! You selamanya tak boleh nak lari Naurah! You have to choose! Vincent or life you sendiri! I yakin yang Vincent adalah lebih penting kepada you.”
“I tahu tapi…entahlah! I tak ready lagi doktor…”
“Apa-apalah Naurah…janji you kena hadapi jugak semua ni whether you suka atau tak. Oklah…I ada patient ni! Nanti kita call lain!”
“Ok…” panggilan diputuskan.
Naurah mengeluh. Sampai bila aku kena lari macam ni?? Mesti confuse kan?? Sebenarnya Naurah tak mati lagi. Macam ni ceritanya.
Selepas rawatan itu, Naurah tersedar…dia meminta bantuan dari Doktor Ri dan suruh Doktor Ri menyatakan laporan palsu yang mengatakan dia sudah meninggalkan dunia.
“Doktor…”
“Yes Naurah?”
“Boleh tak saya mintak bantuan doktor sikit?”
“Sure…”
Naurah berdehem. “Saya nak doktor cakap yang saya dah mati…??”
“What?? Oh no Naurah! Ini sangat ridiculous! No! Saya tak nak!”
“Please doktor. I’ve my own reason why saya lakukan semua ni. Please doktor…hanya dekat doktor sahaja yang saya mampu meminta.”
Doktor Ri tayang muka risau. “Tapi…”
Naurah memegang tangan Doktor Ri. “You don’t need to worry. Please. Sekali ni saja…”
“Hmmm oklah! I bantu you tapi sekali ni saja ya?”
“Thanks doktor!” Naurah tarik senyuman manisnya.
Dan bila dia berada di bilik mayat, dia sebak apabila mendengar tangisan Vincent yang sedih itu. Sungguh-sungguh nampkanya Vincent menyesal. Luahan dari abang dan kakak-kakaknya dan juga kakak iparnya turut mengayat hati!
Selepas daripada itu, mayatnya diganti dengan mayat lain. Manakala dirinya pulang ke rumah Doktor Rid an menetap di sana. Dan sekarang, dia berada di suatu tempat yang mungkin tenang.
Naurah mengeluh. “Perlukah aku berlari sebegini??”

“AKU nak kau siasat dia. Kau dapat snap muka dia tadi?”
“Yes…ok aku akan siasat secepatnya. Kalau ada apa-apa info, aku akan lapor terus dekat kau…”
“Ok thanks bro!”
“No thanks bro…ini tugas aku kan?? Oklah…aku chau dulu…”
“Ok…” Denny melangkah keluar meninggalkan rumah Puan Lee.
Tak lama kemudian, Puan Lee turun. “Lah…mana Denny??”
“Baru je balik mom…tulah mom lambat sangat!” balas Vincent.
“Alah…tak apalah. Vincent dah solat?”
“Yes…”
“Ok…tak apalah. Mom nak masa something special untuk Vincent! Just for you…”
“Wow! Lama tak makan masakan mom! Tak sabar rasanya nak makan masakan mom!”
“Huhuhu…pandai erkk nak mengecek mom ye?”
“Mana ada!” Puan Lee menggeleng lantas menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience