Chapter 35

Romance Completed 19927

Bab 35

Usai sembahyang, Vincent duduk di birai katil. Nurin tarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Vincent.

“Awak sukakan Islam?” soal Nurin ingin tahu.

“Kenapa awak tanya?” soal Vincent kembali. Pelik pulak bila Nurin tanya soalan macam tu.

“Tak adalah…saya just tanya…”

“Suka…suka sangat! Cara begini saya dapat tenangkan hati saya walaupun kadang-kadang meroyan teringatkan isteri…”

Nurin menghadiahkan senyuman. “Tahu cara nak dekatkan diri dengan Allah?” Vincent hanya menggeleng.

“Senang je! Ada Al-Ma’thurat?” Vincent menggeleng lagi.

“Apa gunanya mat…mat…apa awak cakap tadi?”

“Ma’thurat! Ma’thurat ni macam cara awak nak dekatkan diri awak kepada Allah! Dari ma’thurat itulah kita berzikir kepada Allah…ia juga melindungi benteng daripada didorong nafsu kejahatan dan nafsu syaitan! Dia boleh meningkatkan keimanan dan ketaqwaan awak…”

“Oh…baca dia bila?”

“Every day pun ok! Tapi dibaca hanya pada pagi dan petang! Kalau awak ada waktu, awak bacalah! Insha-Allah…awak akan rasa tenang!” ujar Nurin yakin.

“Awak tolong belikan boleh?”

Nurin hanya mengangguk. “Boleh! Berapa hengget je pun!” Vincent mengukirkan senyuman.

“NASIB baik awak ada Nurin…kalau tak saya dah terperap dalam rumah itu…” ujar Vincent ketika mereka keluar bersiar-siar.

Nurin hanya tersengih. “Yeah…lagipun saya pun boring duduk rumah je! Well, tak salahkan kalau sekali-sekala kita hirup udara yang segar macam ni. Betul tak?” Vincent hanya mengiakan sahaja. Nurin memandang Vincent yang sedang memerhati manusia bermain layang-layang.

Kau dah berubah Vincent! Tak macam dulu! Kau dah banyak berubah daripada tak suka solat kepada yang tiap-tiap hari menunaikan solatnya tanpa tinggal sekalipun. Berbeza dengan Vincent yang dulu yang suka menghina dan mencaci agama Islam. Sangat berbeza!

Kenangan lama Vincent terimbau kembali…di mana dia memaksa Naurah memakan kepingan daging khinzir.

“Aku cakap makan, makanlah!” marah Vincent sambil mencengkam pipi Naurah.

“Saya mana boleh makan Vincent! Haram!”

“Ada aku kisah??! Hey! Dari kau merungut lapar…baik kau makan benda ni sebelum aku yang sumbat untuk kau!”

Naurah menggeleng lagi. Aku takkan makan benda tu walau macam mana sekalipun! Walaupun terdesak nak makan sekalipun!

“Kau degil kan?!” Vincent mengambil kepingan daging khinzir tu lalu disuakan ke mulut Naurah.

Naurah mula menjerit kegelian. “Tak nak Vincent!” di matanya, seperti ternampak banyak ulat yang bersarang di daging kotor itu.

“Kau degil kan?!” terus daging itu disumbat ke dalam mulut Naurah. Naurah menjerit kegelian!

“Puas hati aku! Makan lagi!” 2 keping lagi diletak dalam mulut Naurah dan memaksa Naurah memakannya.

“Vincent! Vincent! Hey! Are you okay? Kenapa awak menangis?” Vincent segera menghapuskan air matanya.

“Tak ada apa-apalah…”

“Hey…” Nurin bercangkung depan Vincent. “Cuba bagitahu? Dah ada masalah tak nak cerita. Nak simpan jugak! Kalau meroyan nanti, kan susah?” pujuk Nurin.

“Hmmm…” Vincent melepaskan keluhan beratnya. Dia memandang Nurin.

DENNY mengekori gerak geri Doktor Ri. Ke mana agaknya doktor ni nak pergi erkk?? Dia mengekori Doktor Ri sehingga tubuh itu sudah hilang dari pandangan.

Denny menghampiri bilik yang diduduki oleh Doktor Ri. Kemudian, dia terdengar Doktor Ri bercakap sesuatu.

“I can’t Naurah! I can’t! Denny kerap ikut akak. Akak nak kena buat apa lagi Naurah? Akak dah buntu…!”

Naurah?? Dia cakap dengan Naurah?? Maknanya Naurah masih hidup?

“Naurah…please tamatkan semua game ni sekarang! Akak dah tak sanggup setiap hari asyik diekori oleh Denny!”

Ting! Maknanya Naurah masih hidup! Oh damn…kena bagitahu Vincent ni tapi…tak apa! Aku akan cari bukti lagi!

“Ok Naurah…akak akan try…”

Aku kena ke bahagian yang menjaga list mayat! Ya! Aku kena cari! Aku kena ambik tahu sama ada nama Naurah terdapat dalam list mayat hospital ni ke tak! Ya! Aku kena!

“JADI, awak rasa bersalah?” Vincent mengangguk lagi dengan pertanyaan Nurin.

“Alah…saya yakin isteri awak dah maafkan awak sebelum dia pergi…” Nurin turut menangis dengar cerita Vincent. Rasa sebak pulak.

“Thanks sebab sudi dengar…”

“No thanks Vinc! Kalau awak nak luah apa-apa, awak just bagitahu je saya ok? Saya ada untuk awak…”

“Saya ada untuk awak…” ayat itu! Ya! Ayat itu pernah diucap oleh Naurah semasa dia sakit demam panas dahulu.

“Kau tak payahlah susah-susah nak jaga aku!” marah Vincent ketika Naurah cuba meletakkan tuala basah ke dahinya.

“Tak apalah…kalau awak pengsan macam tadi, siapa nak tolong?” Naurah tetap berdegil.

“Hesy! Aku kata tak payah, tak payahlah!”

“Tak apa…” Naurah meletakkan tuala basah ke dahi Vincent.

“Sejuklah!” Vincent ingin membuang tuala itu namun ditegah oleh Naurah.

“Janganlah buang! Nanti susah nak kebah! Macam mana awak nak jumpa Rihanna?” akhirnya, Vincent hanya membiarkan. Dia menutup mata.

“Saya ada untuk awak…” ucap Naurah.

“Hey! Boleh pulak dia mengelamun!” Vincent tersedar bila Nurin memetik jarinya di hadapan mukanya.

“Sorry…”

“Tak apa…saya tahu awak rindukan isteri awak!” Vincent hanya memandang dengan pandangan kosong. Entah kenapa setiap kali dia berdamping atau dekat dengan Nurin, dia akan rasa Naurah berada dekat di sisinya saat itu.

Apa Naurah ialah Nurin?? Eh! Tak mungkinlah! Tak mungkin! Muka tak sama! But…oh come on! Sekarang zaman moden kot! Boleh buat pembedahan plastik! Isy! Mustahil Naurah mampu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience