Chapter 29

Romance Completed 19927

Bab 29

“Naurah! Naurah! Kau nak ke mana?!” Vincent melihat Naurah sedang berjalan ke arah satu taman bunga yang cantik dihiasi dengan taman air dan pelbagai jenis bunga. Wajah Naurah ketika itu juga turut berseri-seri dan tampak manis dengan baju berwarna putihnya serta tudung putih di kepalanya.
“Saya nak ke situ je sayang…saya akan pergi jauh dari awak. Saya tak boleh hidup dengan awak. Lagipun, awak mesti gembirakan sayang bila saya dah tak ada? Awak boleh hidup dengan pasangan baru awak…”
“Naurah…please jangan tinggalkan aku Naurah! Aku…aku sayangkan kau Naurah!”
“Saya pun sayangkan awak sayang tapi saya ada je dekat sini…Insha-Allah kita akan hidup bahagia ya?” Naurah berjalan pergi meninggalkan Vincent sendirian di belakang.
“Aku nak ikut kau Naurah! Jangan tinggalkan aku!” Vincent berlari ke arah Naurah.
“Naurah! Please jangan tinggalkan aku! Aku sayangkan kau Naurah! Aku tahu aku banyak dosa dengan kau selama ni! But please bagi aku peluang untuk berubah! Naurah!!!” langkah Naurah terhenti. Naurah berpaling ke arah Vincent sambil tersenyum.
“Awak janji yang awak takkan menyakiti diri saya lagi?” Vincent mengangguk. Naurah menghulurkan tangannya. Vincent menyambut. Mereka berdua tersenyum.
“Aku sayangkan kau Naurah…sangat-sangat!”
“Vincent?? Vincent! Bangun Vincent!” tiba-tiba suara Puan Lee kedengaran. Terus mata Vincent terbuka. Dia memandang sekeliling? Bilik?? Tadi bukan ke dia…berada di taman bersama Naurah?
“Mom!”
“Yes Vincent! Mom ada di sini! Kenapa Vincent? Vinc mimpi apa tadi sampai sebut nama Naurah ni?”
“Mom! Vinc nak Naurah mom! Vinc tahu Naurah masih hidup!” Vincent mula tak keruan.
“Vincent! Listen here. Naurah dah tak ada sayang…dia dah pergi tinggalkan kita semua…”
“No! Dia tak mati lagi mom! Dia ada lagi! Percayalah! Dia dah janji dengan Vinc dia nak hidup dengan Vinc sampai akhir hayat!”
“Vinc…”
“Mom! I don’t care mom! Apa yang Vinc nak sekarang ni ialah Naurah mom! Naurah!!!”
“Vincent…Vincent tak ingat ke apa yang Vinc dah buat dekat dia?” serta –merta ingatan Vincent tertumpu di mana malam dia mendera Naurah habis-habisan. Merogol Naurah. Dia menangis.
Puan Lee mendakap tubuh anaknya. Ya Allah! Begitu terseksa anakku dengan kepergian Naurah.
“Esok mayat Naurah akan dikebumikan. Vincent nak pergi?” Vincent hanya mengangguk.
“Mom…kenapa Vinc tak rasa apa-apa bila gerakkan kaki Vinc??” soal Vincent pelik apabila dia tak merasa apa-apa pada kakinya.
“Vinc…harap Vinc bersabar ya? Apa yang mom nak cakap ni mungkin akan membuatkan Vinc tak keruan.”
“Apa dia mom?”
“Sebenarnya Vinc lumpuh buat sementara waktu ini. Vinc tak mampu bergerak ke mana-mana kecuali dengan kerusi roda…”
“What mom?! Vinc tak boleh jalan!! Mom! Kenapa Vinc kena terima semua ini mom?! Adakah ini balasan atas apa yang Vinc lakukan kepada Naurah?!”
“Tak Vinc…Allah test Vinc sebab dia sayangkan Vinc. Dia nak Vinc berubah sayang…”
“Mom…Vinc rindukan Naurah…Vinc rindukan belaian dia…Vinc rindukan sapaan lembut dia…”
Ya Allah…kau kuatkanlah hati anakku Ya Allah! Kau tenangkanlah hati anakku…

MR Lee menolak kerusi roda yang diduduki oleh Vincent menuju ke Tanah Perkuburan Islam. Hari ini Naurah akan dikebumikan. Vincent memandang tubuh yang sudah dibaluti oleh kain berwarna putih itu diletakkan di liang lahad.
Naurah…saya rindukan awak. Saya tahu dan saya akui yang saya banyak lukakan dan sakitkan hati awak tapi percayalah Naurah…kalau saya boleh putarkan masa…saya akan belai awak dan manjakan awak seperti mana isteri lain mendapat layanan yang baik dari suaminya.
“Vinc…are you okay?” tanya Soo apabila melihat ada mutiara jernih mengalir di pipi Vincent.
“I’m okay…just…” ayat Vincent terhenti di situ. Kenapa bila aku dah kehilangan Naurah, aku baru sedar yang aku betul-betul mencintai dirinya.
“Just let her go in peace Vincent…”
“I try Soo but I can’t!” Vincent menggenggam tangannya. Selepas membaca Yasin dan doa…orang-orang lain segera beredar kecuali Vincent, Saiful dan Kak Diniy.
“Vincent…” Saiful menghampiri Vincent yang duduk di atas kerusi roda.
“Saiful…I’m really sorry. Akulah penyebab adik kau pergi…” Vincent mencium tangan Saiful sebagai tanda minta ampun.
“Nak buat macam mana Vinc…dah tiba masanya dia kena pergi…” balas Saiful. Nampak sangat Vincent terskesa dengan kepergian Naurah.
Saiful dan Kak Diniy pergi meninggalkan Vincent sendirian di tanak perkuburan itu. Dia memandang tanah yang masih merah itu.
“Naurah…” Vincent perlahan-lahan mengukir nama Naurah.
“Kenapa awak pergi awal sangat? Awak tahu tak yang saya sayang awak?” dari kejauhan ada mata yang memandang Vincent dnegan pandangan sayu.
“Saya sayang awak Naurah. Hakikatnya memang saya menyakiti awak tapi perasaan saya…siapa yang tahu? Saya cintakan awak Naurah…saya tahu saya terlambat tapi saya harus ungkapkan juga supaya awak tahu.”
“Saya tak bohong Naurah. Buat apa saya berlakon di sini semata-mata nak raih simpati? Saya sebenarnya kalau boleh nak awak ada di sisi saya. Saya accident Naurah. Saya lumpuh! Saya nak sangat jadi macam dulu! Awak selalu ada di sisi saya saat saya susah…” Vincent mengelap air matanya.
“Vincent! jom! Kita kena balik ke hospital…” Donnie menghampiri Vincent.
“Naurah…saya balik dulu ye? Nanti saya datang lagi…” Donnie menolak kerusi roda Donnie keluar dari tanah perkuburan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience