Chapter 20

Romance Completed 19927

Bab 20

“Adik ok ke?” soal Saiful. Dia sedikit gusar dengan perasaan adiknya. Takut adik dia tak dapat kawal perasaan. Apatah lagi baru lepas ziarah kubur mak dan ayah.

“Adik ok je. Apa? Nampak muka adik ni macam ada big problem ke?” tanya Naurah kembali.

“Taklah…” balas Saiful.

“Naurah…Naurah betul ke nak kahwin dengan Vincent?” tanya Diniy. Naurah hanya mampu tersenyum. Dah lali dengan soalan jenis ni.

“Betul…takkanlah Naurah nak tipu pulak?” Naurah menjongketkan keningnya.

“Adik…abang tak surelah yang dia boleh jaga adik! You know like how he’s right?”

“Ya tapi nak buat macam mana? Ini je jalan yang kita ada…” balas Naurah perlahan.

Saiful dan Diniy hanya keluh kecil.

HARI ini hari pertunangan Naurah dengan Vincent. Naurah mengeluh kecil. Betul ke apa yang aku lakukan ini? Aku sendiri sebenarnya tak yakin! Huh… Yang menggantikan tempat mak dan ayah ialah mak lang dan pak lang. Depa dah on the way dari Penang.

“Naurah…” panggil Soo sambil melangkah tersenyum ke arahnya. Naurah membalas senyumannya.

“Gentar ye? Rilekslah! Ini baru nak bertunang kot!” gurau Soo. Naurah ketawa kecil.

“Naurah tahu yang Donnie suka dekat Naurah?” soal Soo sambil memandang Naurah yang cantik dalam gaun merah hati berserta shawl berwarna peach terlilit di kepalanya.

“Donnie? Kak Soo cuba nak buat lawak ke ni?” tak mungkin Donnie sukakan aku!

“Yes! Donnie sukakan Naurah since he met you!”

“Kak Soo…”

“Naurah…dia tahu jodoh Naurah bukan dengan dia tapi sebaliknya dengan Vincent. So, dia dah boleh terima semuanya.”

Naurah mengeluh. “Kenapa dia suka Naurah?”

“Sebab pelakuan Naurah yang sopan dan menutup aurat. Bukan seperti sesetengah orang dekat luar tu. IC je Islam tapi langsung tak menutup aurat!” kata Soo sambil mengusap bahu Naurah.

“Tapi kenapa dia tak pernah bagitahu Naurah?” Naurah memandang Soo dengan pandangan tertanya-tanya.

“Dia takut bila dia luahkan perasaan dia, Naurah akan lari dari rumah ni. Dia tak nak macam tu…”

“At least he told me his feeling to me! Not just shut up…”

“But…I’ve letters for you. From Donnie…” Soo menghulurkan surat Donnie itu kepada Naurah. Naurah mengambil surat itu.

“Bacalah…akak keluar dulu…” Soo bangun lantas meninggalkan Naurah di dalam bilik itu sendirian.

Naurah membuka surat itu. Agaknya apa yang ditulis oleh Donnie.

Assalamualaikum my Dhia Naurah Nazifa…

Saya tahu saya dah lambat nak ucapkan ini semua kepada
Naurah tapi saya harus cakap jugak supaya apa yang ada
dalam hati saya tidak merana menyaksikan apa yang bakal
berlaku tak lama lagi. Sebelum itu saya nak mintak maaf
sebab tak berterus terang dengan Naurah. Actually saya
sebenarnya sukakan Naurah. Bukan setakat suka tapi
cinta mati untuk Naurah.

Tapi saya sedar apabila awak akan bertunang dengan Vincent
hari ini. Saya sedar yang jodoh saya bukannya dengan awak.
Saya redho Naurah. Saya cuma mampu doakan supaya awak
bahagia di sisi Vincent.

Ingatlah! Walau apa pun yang terjadi, saya akan tetap ada di
sisi awak di saat awak memerlukan pertolongan daripada saya.
Saya takkan menyimpan dendam di hati saya sebab saya dah
boleh terima yang awak bakal menjadi adik ipar saya tak lama
lagi.

Kalaulah masa boleh diputar, saya akan confess perasaan saya
yang sebenarnya dekat awak Naurah but I late. It’s okay. Just
forget it. Saya tahu banyak perempuan yang baik dan cantik macam
awak di luar tu masih ada untuk saya.

Apa pun saya nak cakap satu je…apapun yang Vincent lakukan kepada
awak bila awak dah kahwin dengan dia, awak jangan terlalu berdendam
dengan dia sebab saya kenal adik saya. He’s nice person but masa lampau
yang menyebabkan dia menjadi seagresif itu. Apapun yang jadi jangan
tinggalkan Vincent because I know he needs you. He needs your help
untuk ke jalan yang benar walaupun saya tahu dia kerap kali sakitkan
hati awak dengan menghina dan mencaci awak.

Saya yakin yang Vincent akan berubah satu hari nanti. Insha-Allah kalau
diizinkan Allah untuk dia berubah. Saya harap awak dapat bimbing dia ke
jalan yang benar sebab dia dah menjadi seorang saudara baru dalam
Islam sekarang ini. Dia mesti tak tahu banyak perkara yang berkaitan
Islam. Dan saya tahu favourite food bacon dia tu memang tak pernah
berubah tapi kalau dididik maybe dia akan berubah. Saya yakin Naurah!
Awak seorang wanita yang tabah yang saya pernah jumpa dalam dunia ni.

Tak ada wanita yang mampu bertahan macam mana awak tahan dengan
perangai Vincent. Walaupun dia dah musnahkan hidup awak, tapi awak
masih sudi nak jadikan dia sebagai suami awak. Saya bersyukur dia di
jodohkan dengan awak. Dari dahulu saya selalu berangan yang dia akan
dijodohkan dengan wanita solehah tapi tak sangka wanita itu ialah awak.
Syukurlah…saya happy sangat!

Oklah Naurah, setakat ini sahaja saya tulis. Saya tak naklah menimbulkan
kesedihan di hati awak. Semoga awak tersenyum selalu. Keep smile! Ok?

Ikhlas,
Vincent…

Naurah melipat kembali kertas itu. Sebak hatinya tak terkira. Ya Allah! Sungguh aku tak sangka yang dia ada perasaan terhadap aku.

“Harap awak betul-betul redho dengan pertunangan saya dan Vincent…” kata Naurah sendirian. Dia melepaskan keluhan kecil.

Tiba-tiba pintu bilik Naurah dikuak. Muncul Vincent di depan muka pintu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik lalu pintu ditutup. Mukanya tersangat serius ketika itu.

“Hey! Kau serius ke nak kahwin dengan aku?!” soal Vincent kasar sambil memandang Naurah yang sedang bermain dengan jemarinya.

“Kenapa awak tanya?” soal Naurah.

“Manalah tahukan?? Kota da hati yang tercedera!” perli Vincent.

“Apa maksud awak?”

“Hey! Kau tak payah nak berlagak tak tahulah! Kau tahukan yang abang aku sukakan kau?!” Naurah mengangguk kecil.

“So?”

“Hah?”

“Takkan kau tak dak rasa sayang dekat abang aku?” tanya Vincent sambil keningnya dijongketkan.

“Langsung tak ada…saya cuma sayangkan dia kerana dia saudara sesame Islam saya…”

“Huh! Kau hipokrit kan! Kau sebenarnya sukakan Donnie kan?! Kau cakap jelah!”

“Kenapa awak nak kena tanya soalan macam tu..??” soal Naurah kembali merenung Vincent.

Vincent tersenyap sebelum berbicara, “aku bakal suami kau! Aku kena ambik tahu.”

“Bukan awak tak sukakan saya?” Vincent mendengus.

“Kau tahu sebab apa aku tanya?” Naurah menggeleng. Dia tersenyum sinis. “Sebab kalau kau sukakan Donnie, bila aku dera kau nanti kau mengadu dekat dia! Aku tak suka! But, glad you don’t like him!” Vincent terus melangkah keluar dari bilik itu.

Apa yang dia maksudkan yang sebenarnya? Kenapa dia perlu tanya semua soalan tu? Bukannya tak penting ke?

NAURAH dibawa ke ruang bawah bila semuanya bersetuju dengan perbincangan yang dibincangkan tadi. Jantung Naurah berdepus pantas bila Vincent dan Donnie merenung dia serentak.

Mak lang dan pak lang turut tersenyum dengan pertunangannya. Saiful, Aliya dan Zara tidak senyum dengan pertunangan adik mereka. Diniy hanya memandang.

Puan Lee tak lekang senyumannya bila sarung tunang sudah disarung ke jari Naurah.

“Aunty happy sangat Naurah!” kata Puan Lee sambil tersenyum. Naurah hanya tersenyum tawar.

Di sudut rumah, dia ternampak kelibat…Azli? Serta-merta dirinya menjadi gigil tiba-tiba.

Tak sangka Naurah! Kau reject aku sebab kau nak kahwin dengan lelaki cina kaya ni?! Kau memang mata duitan! marah Azli sambil memandang Naurah yang sedang terkaku melihat ke arahnya.

Naurah menelan liurnya dengan rasa kesat. Ya Allah…mesti Abang Azli marah dengan aku! Mesti dia fikir aku reject dia dulu sebab aku nak dengan lelaki kaya! Ya Allah…

Semua tetamu ke ruang tengah untuk menikmati jamuan tengahari. Yang tinggal hanya Naurah, Vincent dan Azli. Naurah ingin menuju ke biliknya namun tangannya direntap kasar.

“Auch! Sakitlah Abang Azli!” Naurah mengadu sakit.

“Ohhh…Naurah rasa sakit? Sakit hati abang Naurah tak kira?” soal Azli tegas.

Naurah memandang Azli dengan pandangan yang…susah nak diungkapkan! “Abang! Perkara tu dah lama berlaku dalam hidup kita! Dah nak dekat 4 tahun dah pun!” Naurah cuba melepaskan tangannya namun tak berjaya. Cengakamannya terlalu kemas.

“Memang! Memang bagi Naurah dah boleh lupa tapi abang tak boleh lupa! Jadi Naurah reject abang semata-mata nak hidup dengan lelaki kaya?! Apa?! Abang tak cukup kaya lagi ke Naurah?!”

“Sakitlah abang…” Naurah meringis kesakitan.

Vincent yang sejak tadi menjadi pendengar terus menuju ke arah mereka apabila mendengar Naurah meringis sakit. Hanya aku yang boleh sakitkan dia!

“Bro, lepaskan dia!” arah Vincent tegas. Naurah terkejut dengan kehadiran Vincent tiba-tiba.

“Kalau aku tak nak kau nak buat apa?!” cabar Azli.

“Kau…!!!” Vincent menggenggam penumbuk lalu wajah Azli ditumbuk. Genggaman pada lengan Naurah terlepas.

“Vincent! Dah! Dah! Stop it!” jerit Naurah. Vincent berhenti menumbuk Azli.

“Apa?! Kau nak bela dia?!” kemudian, Vincent mendekatkan bibirnya ke telinga Naurah yang dilapik tudung. “Hanya aku sorang saja yang boleh sakiti kau! Hanya aku!” ucapan itu diucap dengan tegas.

Vincent terus beredar. Naurah mengeluh. Tak habis-habis dengan dendam dia yang tak berkesudahan itu.

“Abang…”

“Apa?! Naurah puas tengok abang ditumbuk macam ni?!” marah Azli lalu segera meninggalkan Naurah sendirian.

“Lah…kenapa pulak ni?!” Naurah semakin pening dengan dua gelagat manusia hari ini. Isy! Serabutlah! Naurah segera menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience