Chapter 49

Romance Completed 19927

Bab 49

Vincent memerhatikan jam di tangannya. Ya Allah! Dah nak dekat pukul 6 petang! Aku tak sembahyang lagi! Vincent segera menuju ke surau yang disediakan di pejabatnya.

Usai menunaikan solatnya, dia membelek telefonnya. Ada satu mesej dari Naurah. Dia membuka mesej tersebut.

Assalamualaikum…awak saya hari ni tak

bukak puasa dekat rumah. Saya bukak

puasa dekat luar dengan kawan2.

Vincent menaipkan mesej untuk kepada isterinya.

Waalaikumussalam…hmm tak apalah.

Sebenarnya saya cadang nak ajak awak

bukak puasa dengan saya dekat luar sebab

saya banyak kerja sangat sekarang ni.

Takut tak sempat nak berbuka di rumah…

Tak lama kemudian, mesejnya dibalas.

Ok kalau macam tu…errr awak tak kisah kan

kalau saya ajak awak berbuka dengan kawan2

saya sekali?

Vincent mengerutkan dahinya. Aku nak berbuka dengan kawan-kawan dia? Isy! Seganlah pulak!

Seganlah…

Apa yang nak disegannya? Kawan saya kawan

awak jugak kan?

Tak apalah awak…lagipun saya baru teringat yang

Alex ajak saya berbuka di luar. Hampir lupa! 

Oh…gitu pulak?? Hmmm oklah!

Ok…bye! 

Vincent menghembuskan nafas beratnya. Nak berbuka dengan bini, bini nak makan-makan dengan kawan-kawan dia pulak! Hmmm…apa kata aku try call Alex! Mana tahu dia memang betul-betul free!

“Assalamualaikum Alex!”

“Waalaikumussalam bro! Apa kes kau call aku?”

“Amboi! Takkan aku nak call member aku sendiri tak boleh?” peril Vincent.

“Tak delah sampai macam tu. Cuma aku pelik tiba-tiba kau call aku. Hah ada apa?”

“Aku nak ajak kau berbuka dekat luarlah…kau free tak? Ajak geng sekali! Aku belanja!”

“Aku free je…Ricky dia free selalu macam mana pun tapi Michael dia ke overseas ada kerja sikit…”

“Hmmm…kalau macam tu oklah! Kira on lah ni?”

“On lah! Tunggu lagi. Tapi mana bini kau? Asal tak berbuka dengan bini kau?”

“Bini aku dia SMS aku nak berbuka di luar dengan kawan-kawan dia. Takkan aku nak join pulak kan? Seganlah aku!”

“Oh…oklah kalau macam tu!”

“Kira on ni?”

“Ya!”

“Oklah…aku nak buat kerja sikit. Nanti kita jumpa dekat restoran biasa ok?”

“Ok!”

“Bye!” Vincent memutuskan taliannya. Fuh! Nasib baiklah Alex dengan Ricky free!

“MACAM mana? Laki kau nak join sekali tak?” soal Fira.

“Taklah…katanya segan!”

“Segan??” mata Fira terkebil-kebil. “Bila masa dia pandai segan?”

“Entahlah…tak apalah asalkan dia bagi aku permission untuk berbuka dengan korang semua!”

“Yeah!” El sorak keriangan. Macam budak kecik! Tak padan nak jadi bini orang dah!

“Jomlah pergi sekarang! Kita booking siap-siap tempat!” mereka hanya bersetuju lalu segera menuju ke restoran jenis masakan arab. Fira menaiki keretanya sendiri manakala El menumpang Naurah dan Fifi pula mestilah sekereta dengan Huzaifi.

Sampai sahaja dia restoran masakan arab tersebut, mereka memilih untuk duduk di bahagian hujung yang menempatkan kerusi panjang dan juga kerusi biasa. Huzaifi memesan makanan mereka. Dah cukup hafal dengan makanan favourite kawan-kawan dia. El, dia dan Naurah suka makan daging kambing manakala Fira dan Fifi lebih refer kepada daging ayam.

Lagi 5 minit waktu berbuka dan makanan yang dipesan sudah disediakan depan mata mereka. El dan Naurah dah terbeliak melihat makanan itu. Nampak sedap untuk dimakan! Al-maklumlah kita orang kan cuti!

Kemudian, mata Naurah menangkap satu kelibat yang baru memasuki restoran makanan arab ini. Vincent???! Aduh! Macam manalah dia boleh makan dekat sini?!

Vincent pula hanya memerhati Naurah dari jauh. Dia pun makan dekat sini jugak?? Hmmm…memang jodoh aku dengan dia ni panjang!

“Hoi! Apa yang kau usya tu?? Duduklah!”

“Aku usya bini akulah! Sibuk je kau ni!” gerutu Vincent. Aku nak usya apa-apa pun mesti terganggu.

“Eleh! Kalau rindu sangat, sambung dekat rumah! Dah! Jom baca doa makan!” Michael mengangkat tangannya untuk membaca doa. Vincent dan Alex hanya menurut.

“Weyh! Tu bukan ke laki kau?!” ujar El sedikit tinggi. Naurah hanya buat don’t know.

Semua kawan-kawan Naurah menoleh ke belakang. Vincent pula mengerutkan dahinya.

“Dah kenapa dengan kawan-kawan dia ni…” gumam Vincent perlahan. Dia tayang senyuman.

“Oh my! Melted gila aku tengok senyuman dia!”

“Ye ke? Aku tak rasa apa-apa pun!” ujar Naurah selamba sambil memakan nasi beriyani tersebut.

“Kau memang tak ada perasaan!” cemuh Fira.

Naurah hanya buat bodoh. Lantaklah korang nak usya dia sampai tertembus pintu pun tak apa janji perut aku kenyang! Malas aku nak layan!

“Weyh…laki kau perhatikan kaulah!” Naurah mengangkat muka memandang Vincent. Memang dia tengah usya pun!

“So?” Naurah kembali menyambung makan makanannya.

Tiba-tiba hensetnya berbunyi tanda ada mesej masuk dari what’s app.

Vincent: Amboi! Makan sampai tak nampak suami kan?

Ek eleh! Kerek betullah!

Naurah: Biarlah…saya lapar ok! Yang awak usya saya buat apa?

Vincent: Takkanlah nak usya bini sendiri pun tak boleh?

Naurah: Bukannya tak boleh tapi isy! Rimaslah…kawan-kawan saya kira sakat saya! Dahlah!

Vincent: Ok ok…makan sampai kembung! [evil face]

Naurah: Apa-apa jelah…

Naurah kembali menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan lalu menyambung makan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience