Chapter 53

Romance Completed 19927

Bab 53

Akhirnya, mereka tiba juga di London. Heathrow International Airport…bapak punya besar! Naurah pula ikut rapat di belakang suaminya. Takut sesat! Dahlah ramai manusia di lapangan terbang ni.

Ketika mereka keluar dari lapangan terbang itu, ada sebuah kereta mewah dan seorang lelaki sedang menunggu kehadiran mereka.

“Eric, take us to usual place…”

“Alright Mr Vincent!” Eric membuka pintu kereta kepada mereka. Vincent mempersilakan Naurah masuk dahulu. Naurah tanpa banyak tanya dia terus masuk. Vincent duduk di sebelahnya manakala Denny duduk di sebelah driver.

Perjalanan lebih kurang dalam 30minit macam tu, mereka tiba di sebuah destinasi. Sebuah rumah yang bak istana. Subahnallah! Rumah siapa ni?

“Awak…rumah siapa ni?” tanya Naurah.

“Rumah mom dan dad…jomlah!” Vincent keluar dari kereta begitu juga dengan Naurah.

Dia memerhati sekeliling rumah itu. Cantik! Memang besar! Naurah tersedar apabila Vincent menarik tangannya menuju ke rumah itu.

“Assalamualaikum!” suara Vincent memberi salam. Tak lama kemudian, pintu rumah itu dibuka.

“Waalaikumussalam!” Puan Lee dan Mr Lee menyambut kedantangan mereka. Vincent dan Naurah menyalami tangan Puan Lee dan Mr Lee.

“Naurah!” terus tubuh Naurah dibawa ke dalam pelukan Puan Lee. “Mom rindu tau dekat Naurah!”

Naurah mengukir senyumannya. “Naurah pun rindu dekat mom…”

“Habis tu? Kenapa Naurah tinggalkan mom?” Puan Lee merungkaikan pelukannya lalu memandang wajah Naurah.

“Mana ada tinggal mom! Naurah just…”

“Mom…boleh tak sambung nanti? Can you leave us to rest?” pinta Vincent. Sebenarnya ada benda bermain dekat otaknya.

“Sorry…mom excited sangat jumpa Naurah! Tak apalah…kamu berdua pergilah berehat!” Vincent menarik tangan Naurah ke bilik. Dia menyimpan begnya ke dalam almari.

“Awak…saya tak ada baju! Saya nak pakai baju apa nanti?” tanya Naurah. Baru sedar…

“Tak payah pakai baju…” jawab Vincent selamba. Mata Naurah terus membuntang.

“Hesy! Tak naklah!”

“Come on sayang…kita dah pernah pun! Apa sayang nak malu dengan saya ni?” Vincent mengukir senyuman nakal.

Seram! Itulah apa yang dirasakan oleh Naurah. Hesy!

“Jom sambung? Tadi dalam flight tak boleh nak berdramalah sebab sempit…”

“Tak naklah! Penat…” Naurah terus rebahkan badannya di atas katil. Nikmatnya kalau tidur ni! Ibaratnya dia dah masuk kandang harimau!

Terus Vincent menghempap tubuh Naurah. Naurah terkejut dengan perlakuan Vincent. Amboi! Main gusti pulak?

“Apa ni?? Beratlah!” Naurah cuba menolak badan Vincent namun pergerakan tangannya sudah dikunci erat. Vincent mencium dahinya.

“Awak! Tak naklah! Saya penat…” Vincent buat bodoh. Turun ke hidung dan last ke bibir.

Vincent tidak melepaskan bibir Naurah. Naurah melepaskan ciuman Vincent apabila terasa sesak dan menoleh ke arah lain. Akibatnya, bibir Vincent melekap di tengkuknya. Naurah berasa geli.

“Isy! Janganlah…”

“Menggoda erk?” mata Vincent menatap mata Naurah.

“Mana ada!” Naurah mengetap bibirnya. Vincent tidak mempedulikan Naurah lantas menyambung keinginannya yang terbantut.

NAURAH turun ke bawah. Perutnya terasa lapar. Yelah…dia hanya menjamah sandwiches sahaja ketika dalam flight. Ketika dia tiba di ruang makan, ahli keluarga suaminya sudah berkumpul di meja makan.

“Naurah! Marilah sini! Makan dengan mom dengan dad!” Denny, Doktor Ri, Soo dan Donnie turut ada di ruang makan itu. Naurah hanya menghadiahkan senyuman.

“Makanlah Naurah…” ujar Puan Lee sambil mencedokkan rendang ayam buatannya ke pinggan Naurah.

“Naurah…tak dapatlah akak makan rendang ayam dengan ketupat yang Naurah buat tu!” Doktor Ri menarik muncungnya.

“Nak rasa macam mana akak?? Baru je nak keluar dari masjid, kita dah diculik!” sengaja Naurah mengenakan Denny. Denny tayang sengih. Hehehe…

Tak lama kemudian, kelibat Vincent turun dengan hanya berbaju dan berseluar pendek menyapa pandangan mereka.

“Sedapnya bau! Mesti mom masak kan?” Vincent mengambil tempat di sebelah Naurah.

“Of course! Siapa lagi nak masak macam ni waktu hari raya?”

“Naurah!” semua bersepakat meneybut nama Naurah.

“Errrr…” Naurah hanya tayang wajah blur.

“Betul! Naurah boleh masak macam-macam! Mewarisi mak dia. Hari tu masa dia duduk dengan Ri, dia masak rendang ayam dan perghh! Sedap!” puji Doktor Ri.

“Kembanglah orang sebelah Vinc ni…” sengaja Vincent mengenakan Naurah.

“Biarlah…” gumam Naurah lalu menyuap nasi impit dengan rendang ayam itu ke dalam mulutnya.

Vincent mencebik. Dia mengambil nasi impit dalam pingganNaurah lalu dicicah dengan rendang ayam dalam pinggan Naurah juga.

“Emmmm!!! Apa ni?! Kalau nak, ambiklah pinggan lain!” Naurah membawa lari pinggannya.

“Eiii! Kedekutnya! Macamlah makanan tu untuk dia sorang je!” leter Vincent.

“Memanglah! Mom cedokkan khas untuk saya tau! Tak ada pun dia suruh share dengan awak!” Naurah buat muka pinggan ni aku punya.

“Ok…tak apa! Tak apa…nak kedekut sangat kan?” Vincent mengambil pinggan berisi nasi impit dan mangkuk yang dipenuhi oleh rendang ayam itu lalu dibawa ke ruang tengah untuk makan.

“Awak!!! Mana aci!!!” Naurah menegah Vincent daripada membawa pinggan nasi impit itu dengan mangkuk rendang daging itu ke lain. Mana aci dia banyak!

“Bluekk!! Tak boleh! Ini saya punya! Sayang pergilah makan yang ada dekat pinggan sayang tu!” Vincent meneruskan langkahnya.

“Tak aci!!!” Vincent menjelirkan lidah kepada Naurah. Mereka hanya ketawa dengan gelagat suami isteri itu. Macam-macam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience