Chapter 41

Romance Completed 19927

Bab 41

Nurin melangkah ke bilik Vincent. Agaknya mamat ni dah siap ke belum? Nurin berdiri di hadapan pintu bilik Vincent lantas mengetuk.

Vincent menghampiri pintu lalu pintu dibuka. Nurin tercegat di hadapannya. Nurin sedang tersenyum ke arahnya.

“Hensem awak hari ni!”

Vincent tergelak. “Ada-ada jelah awak ni! Jomlah! Excited ni!”

“Hek eleh! Mentang-mentang kita yang jadi drivernya!” Nurin mencebik. Dia segera menyorong kerusi roda Vincent keluar dari bilik.

“Hmmm..dah nak keluar la ni?” soal Puan Lee sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

“Dah aunty. Anak aunty ni tak sabar-sabar nak jalan! Hujung minggulah katakan!” Nurin memerli Vincent. Vincent menoleh ke belakang lalu membuat isyarat tak puas hati!

“Ikut sedap dia je nak kata dekat orang! Yelah…dia tu mana lumpuh macam kita ni yang lumpuh tak boleh nak gerak ke mana-mana!”

Nurin sentap. “Isy! Janganlah cakap macam tu! Orang melawak je! Kenapa nak sentap lebih ni??”

“Yelah…dah kata orang excited nak berjalan! Tahulah kita ni tak boleh nak gerak banyak pun!” Vincent buat muka merajuk.

“Hesy! Apalah Vinc ni! Yang tu pun nak merajuk! Si Nurin ni melawak je pun! Kan?” Puan Lee menyampuk. Nurin buat muka tanda betul.

“Lecehlah!” Vincent memeluk tubuhnya.

“Hey! Macam budak-budak! Dahlah Nurin. Bawaklah baby tua ni jalan-jalan! Kang kempunan pulak!” sindir Puan Lee. Sempat lagi.

“Mom!” Nurin hanya tertawa.

“Oklah aunty. Saya bawak baby tua aunty ni jalan-jalan dulu ya?” Nurin mengucup tangan Puan Lee lantas membawa Vincent ke luar. Dia memapah Vincent masuk ke dalam kereta. Kerusi roda dilipat lalu diletakkan dalam bonet kereta.

Dia masuk ke dalam kereta lalu memandu kereta itu pergi. Ketika dalam kereta, suasana hanya krik krik. Tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka berdua.

“Ehem!” Vincent berdehem. Nurin melihat ke arah Vincent sekejap sebelum matanya tertumpu kembali ke arah jalan raya.

“Seronoklah kenakan saya?” soal Vincent.

“Seronok! Hahaha…tak sangka awak ni stail merajuk kan? Lawaklah! Awak tu lelaki tau!” seloroh Nurin. Nak tergelak dibuatnya melihat Vincent merajuk tadi.

“Apa? Ingat perempuan je boleh merajuk? Lelaki pun boleh!”

“Yelah…tapi tak macho lah bro!” balas Nurin sambil mengukirkan senyuman. Vincent di sebelahnya sekarang ialah Vincent yang baik dan bukannya devil macam dulu.

“Macho tak macho! Dahlah kenakan kaw kaw punya! Mana aci!”

“Aci dekat Indialah bro…” Nurin mengenakan Vincent lagi.

“Tengok tu! Malas nak cakap!” Vincent merenung ke arah tingkap lain.

“Alolo comelnya! Hahahaha…”

Akhirnya mereka tiba di Esplanade Alamanda, Putrajaya. Nurin keluar dari kereta. Vincent membuka pintu kereta. Kakinya dengan mudah keluar dari kereta dan menjejak jalan. Dia berdiri.

Nurin yang melihatnya melopong terus. Dia mendekati Vincent. Vincent pula memandang dengan pandangan pelik.

“Mana kerusi roda saya?” tanya Vincent.

Nurin menunjuk ke arah Vincent. Vincent tertoleh-toleh. “Mana?”

“Look at you…you can stand by yourself now!” ujar Nurin.

“Hah??” jari telunjuk Nurin menunjuk ke arahnya dari atas hingga bawah.

Vincent memandang ke arah dirinya. “Nurin!!!” Vincent menjerit kegembiraan. “Saya dah boleh berdiri sekarang! Saya tak mimpikan??!” ujar Vincent teruja.

“Yes! Awak tak mimpi! Awak memang dah boleh berdiri! Cuba jalan!” Vincent memulakan dengan langkah setapak dan akhirnya 2, 3 dan selebihnya.

“Yes!!!! Akhirnya! Terima kasih Ya Allah!” tanpa Vincent mahupun Nurin sedar, mereka berdua berpelukan.

“Errr…” Nurin mula sedar. Vincent turut begitu. Akhirnya, Vincent merenggangkan pelukannya.

“Sorry…happy sangat tadi. Sebab tulah terpeluk.”

“It’s okay. Saya tahu awak happy gila! Kalau Naurah ada, mesti awak akan peluk dia jugak kan??” Vincent memandang Nurin dengan senyuman hambar.

“Yeah…well jomlah! Excited nak berjalan ni! Jom!” Vincent segera menarik tangan Nurin ke mall tersergam indah itu. Nurin hanya mengikut memandangkan mood Vincent dalam keadaan baik ketika ini.

Di dalam mall itu…mereka hanya mencuci mata sahaja. Niat nak beli barang? Hmmm…tak ada apa yang diminati. Kecuali satu sahaja…penjualan IPhone6s. Fuh! Memang cantik arr!

Ketika mereka melihat barang-barang berjenama, tiba-tiba pulak Nurin rasa nak terkucil.

“Awak…saya nak toilet kejap!”

“Ok…” Vincent hanya membenarkan.

“Awak! Awak tolong jaga beg saya ya? Saya takut beg saya hilang!”

“Ok…” peluang cerah lagi! Nurin segera lari ke tandas.

Zack yang memerhati mereka dari jauh segera menuju ke arah Vincent apabila dia menerima isyarat tangan dari Vincent.

“Nah!” Vincent menyerah dompet Nurin kepada Zack. “Balik kau check kesemua kad kredit dan IC dia! Then, inform aku!”

“Ok…tapi sekarang ni kau dah boleh berjalan?”

“Alhamdulillah…berkat orang yang jaga aku and Allah! Dah! Baik kau pergi cepat!”

“Ok!” Zack segera beredar pergi. Tak lama kemudian, kelibat Nurin kelihatan. Dia hanya tersenyum ke arah Nurin.

“Nah…” dia menyerah kembali beg tangan kepada Nurin.

“Thanks sebab jaga!” Nurin tanpa ragu-ragu mengambil kembali beg tangannya.

“Jom!” ajak Nurin. Vincent hanya mengikut. Tak lama lagi, identity Nurin akan didedahkan!

NURIN menggeledah beg tangannya. Aduh! Mana beg dompet aku ni?! Manalah aku letak! Mustahil aku tinggal dekat rumah Puan Lee sebab lepas aku hantar Vincent balik, aku terus balik ke rumah! Mustahil aku tercicir beg dompet aku sendiri dekat mall sebab tadi Vincent yang tolong pegangkan!

“Apa yang awak geledahkan tu Nurin?” tanya Doktor Ri lalu duduk di birai katil Nurin.

“Saya cari dompet sayalah doktor. Dompet saya tak ada! Mustahil tercicir!”

“Awak letak mana dompet awak?” Nurin menggeleng.

“Saya tak ingatlah tapi yang saya tahu saya bawak dan saya tak usik pun dompet saya!”

“Lah…habis tu macam mana awak boleh kehilangan dompet awak?” Doktor Ri turut bingung dengan kehilangan dompet Nurin.

“Entahlah! Saya tanya Vincentlah esok! Kot dia ternampak dompet saya…”

“Hmmm yelah kalau macam tu! Saya masuk tidur dululah…”

“Ok…” Doktor Ri segera beredar keluar.

Nurin terus mencari dompetnya. Bawah katil turut di check. Tak adalah pulak! Hesy! Mana aku letak ni! Nurin menggaru-garu kepalanya sehingga rambutnya menjadi kusut.

Tiba-tiba terniat di hatinya untuk menelefon Vincent. Dia mengambil telefonnya lantas menghubungi Vincent.

“Assalamualaikum Vincent!”

“Waalaikumussalam…ada apa call malam-malam ni?”

“Saya just nak tanya…awak ada nampak dompet saya tak?”

“Kenapa dengan dompet awak?”

“Dompet saya hilanglah!”

“Oh…tak apa! Esok awak datang rumah ok? Dompet awak ada dekat rumah saya! Tadi awak tercicir masa hantar saya balik rumah. Tak dan nak bagi dekat awak, awak dah balik.”

Nurin terasa pelik. Aku tercicir?? Hmmm…apa-apa jelah! “Hmmm ok! Esok saya datang ambik!” janganlah Vincent check dompet aku! Nurin terus memutuskan talian.

“Macam mana aku boleh tercicir dompet aku?” fikir Nurin. Pelik-pelik! Tak usik tapi boleh hilang?

VINCENT bertemu dengan Denny malam itu. Dia ingin tahu siapa sebenarnya identity Nurin yang sebenarnya.

“What’s up? Apa yang kau dapat?” soal Vincent apabila sudah menduduki kerusi.

Denny memandang Vincent dengan pandangan yang tak percaya. “Kau dah boleh berjalan ke?”

“Yep!”

“Bila?”

“Baru je pagi ni! Dah! Aku tak nak bincang pasal kaki aku! Yang penting sekarang aku nak tahu identity Nurin dan apa yang kau dapat?”

Denny memandang Vincent sambil mengeluarkan dompet Nurin. Vincent mengeluh apabila Denny mendiamkan diri.

“Look Denny! Cakaplah! Who is she truly?”

Denny mengetap bibirnya. “Actually, she is…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience