Chapter 19

Romance Completed 19927

Bab 19

Naurah dalam keadaan mukanya lebam mengikut Soo membuat fitting baju kahwinnya. Naurah hanya mengikut. Vincent? Of course not! Dia mana minat hal-hal kahwin! Lagipun, hari ni dia ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftarkan diri atas nama Islam sekaligus melafazkan kalimah suci Allah itu untuk dia menjadi seorang Islam.

Memandangkan ini butik kepunyaan Soo sendiri, jadi Naurah tak berasa segan dengan mukanya yang lebam itu untuk fitting baju. Lagipun kedai Soo belum ada pelanggan.

“Nice! This pink clothes suits to you Naurah!” kata Soo sambil memuji kecantikan Naurah di dalam gaun pengantin itu.

“Ye ke Kak Soo? Entah-entah Naurah macam badut sarkas tak?” Naurah sengaja ingin bergurau. Dia turut memerhati baju itu. Memang design nya elok dan mampu menarik minta pembeli!

“Ish Naurah ni! Orang puji dia betul-betul, dia main-main pulak! Seriously perfect!” Naurah hanya tersenyum. Namun, kepalanya merewang ke arah lain.

Memikirkan masa depannya bersama Vincent. Argh! Bolehkah aku menjalani hidup aku dengan dia? Aku rasa aku tak mampu! Lagipun dia tak tahu tentang kandungan aku ni!

“Hey Naurah! Are you okay?” Soo memetik-metik jarinya di hadapan Naurah. Naurah hanya mengangguk.

“Naurah ok…”

“Oklah kalau macam tu. Naurah pergi salin baju and this baju khas untuk Naurah! The latest tau! Naurah orang first yang pakai!” puji Soo.

“Hmmm…” Naurah ke fitting room. Dia menyalin pakaiannya.

“ALHAMDULILLAH…” akhirnya, Vincent menjadi saudara Islam yang baru. Vincent berasa menyampah. Hanya melalui hatinya.

Ingat aku hengen sangat nak masuk Islam?! Aku terpaksalah! Aku tak suka agama ini! Huh!

“Tahniah…awak dah menjadi saudara baru Islam. Nama baru awak ialah Muhd Badrul Farhimi. Sesungguhnya orang macam awak ni memang mulia kerana mahu masuk ke agama Islam ini…” kata pak cik itu.

Mulia? Apa? Ingat aku ni yang berhormat ke?! Tolonglah! Dalam hati aku ni langsung tak terlintas nak masuk agama yang bodoh ni! Agama yang sangat bodoh aku pernah rasa! Nak kena solat 5 waktu! Arghh! Itu semua time aku tidur! Tidur dan berasmara dengan Rihanna!

Vincent hanya tayang senyuman palsu kepada pak cik itu. Puan Lee dan Mr Lee tersenyum gembira. Akhirnya, anaknya yang degil tahap gunung ni masuk jugak agama yang suci ini.

Selepas menandatangani laporan apa entah…mereka keluar dari pejabat agama tersebut. Vincent membuang songkok di kepalanya lalu dibaling kepada Donnie yang berada di luar pintu pagar pejabat agama itu.

“Hoi! Biadap betul!” marah Donnie. Dia baling songkok ni?

“Lantak arr! Semua ni bukannya kemahuan aku! Islam? Huh! Bullshit!” Vincent meloloskan dirinya dalam kereta lalu memecut laju meninggalkan mereka.

Puan Lee dan Mr Lee hanya menggeleng. Ya Allah! Sikap budak ni memang tak pernah lembut! Keras macam tu jugak!

“Mom, dad, jom! Let him be!” kata Donnie lalu masuk ke dalam kereta. Puan Lee dan Mr Lee masuk ke dalam kereta. Donnie memandu kereta ke butik Soo.

Vincent memandu dalam keadaan geram. “Arghhhhh!!!!!” dia menjerit sekuat hati!

“I hate this! Aku benci!!! Aku benci!!!! Tak boleh aku menikah dengan perempuan jahanam tu dengan tak tukar agama?!” marah Vincent sambil mengetuk-ngetuk stereng keretanya.

“Arghhh!!!! I can’t stand this! I want my old religious back!!!!” Vincent mengetuk-ngetuk stereng keretanya lagi.

Dia memakai hands-free di telinganya. Dia mengambil telefonnya lalu mendail nombor Rihanna.

“Number that you had dials no in services! Thank you…” Vincent mengetap bibirnya lalu telefon iPhone6S dicampak ke seat sebelah. “Damn!”

Kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu. “Yes sis?” panggilan dari Soo.

“Oh please sis! I don’t have time to spend with that all shit programmes!”

“I said no means no!”

“Oh please sis! I’ve to go there and see that damn face?! Oh sorry, I don’t think so I wanna go there!”

Vincent mengeluh. Orang di sana mengasak lagi. Hesy! Semaklah! “Ok fine! I’m on my way go there! Just wait for 20 minutes!” talian diputuskan.

Fitting baju?? Huh! Perkara yang paling aku malas nak buat!

“GOOD Soo! Mom tahu dia akan dengar cakap Soo. Huh! Budak sorang tu je yang degil!” keluh Puan Lee. Bilalah budak ni nak berubah?!

“So? What’s his new name?” tanya Soo ingin tahu.

“Muhd Badrul Farhimi…” balas Mr Lee.

“Wow! Nice name! Oklah tu…B dengan F? Macam nama Donnie je? Kan? Mohd Basri Faril!” jelas Soo.

Donnie hanya mengangkat bahu tanda tak kisah. Well…adik beradik takkan nak berkira?

Ting tong! pintu butik Soo berbunyi tanda ada yang datang. Soo menuju ke arah pintu. Dia menarik senyuman apabila Vincent tercegat depan pintu butiknya.

“See?? Kau datang jugak kan?”

“Kalau kau tak paksa!” balas Vincent lalu masuk dan duduk si sofa butik Soo.

“Where’s that girl?” tanya Vincent. Lebih kepada Naurah.

“Dah siap fitting pun! Tunggu turn kaulah! Jom!”

“Oh please…aku tak nak! Malas! Alah! Kau ambiklah ukuran badan Donnie! Dia pun lebih kurang sama dengan aku je!”

“No! This times no excuse! Come!” Soo menarik tangan Vincent ke ruang baju pengantin.

Mereka hanya melihat gelagat adik beradik itu. Vincent tayang muka malas. Soo mula memilih baju untuk Vincent.

“Errr…aunty? Naurah nak keluar kejap? Naurah haus lah! Lapar sekali!” ujar Naurah perlahan. Vincent hanya menjeling. Lapar memanjang! Macam orang kebulur.

“Ok…take care. Please…make sure jangan buat kerja berat ok?” Naurah hanya mengangguk. Dia segera berjalan keluar menuju ke kereta Suzuki Swiftnya. Dia memandu ke area yang berdekatan untuk makan. Rasa nak makan nasi campurlah pulak! Huih!

Selepas puas makan, Naurah ingin melihat pusara mak dan ayahnya. Kata abangnya, kubur mak dan ayah nya ditanam di tempat perkuburan P. Ramlee juga di Ampang. Nama dia apa tak pasti.

Naurah memandu ke Ampang dan singgah di kubur. Banyakkan kata kubur P. Ramlee tapi kubur ni bukan dia punya. So, just kata kubur jelah erkk!

Dia menuju ke bahagian hujung. Ke arah tanah yang masih merah. Kubur mak dan ayah ditanam bersebelahan. Naurah duduk di kerusi kecil yang disediakan.

“Assalamualaikum mak, ayah…Naurah datang ni!” ujar Naurah. Hatinya mula sebak.

“Mak…ayah…Naurah mintak maaf sebab tak sempat jenguk mak dan ayah sebelum mak dan ayah pergi. Bukan Naurah sengaja tapi Naurah terpaksa mak…ayah…Naurah terpaksa.” setitik demi setitik air matanya jatuh.

Peristiwa hitamnya kembali berlegar di ruang otak. Arghhh! Aku tak nak fikirkannya lagi.

“Naurah terkilan mak, ayah sebab mak dan ayah pergi dulu tanpa Naurah sempat mintak ampun dengan mak dan ayah. Naurah banyak buat salah! Naurah tak pandai jaga diri mak, ayah…” Naurah menangis dan cuba menahan sebaknya namun tak mampu.

“Tapi tak apalah mak, ayah… Naurah tahu mak dan ayah baik kan? Mesti mak dan ayah dah ampunkan Naurah! Lagi sekali Naurah nak mintak ampun dekat mak dan ayah walaupun Naurah tahu Naurah dah terlambat!” Naurah menyeka air matanya yang bercucuran laju mengalir di pipi. Ya Allah! Tabahkanlah hati aku!

“Mak…ayah…Naurah dah nak kahwin…tapi dengan orang yang Naurah tak cinta. Dengan orang yang dah buat hidup Naurah kelam sepi pada masa hadapan! Tapi mak dan ayah jangan risau sebab Abang Saiful, Puan Lee, Mr Lee, Kak Soo dan Abang Donnie mampu jaga Naurah.” Allah…kenapalah perasaan aku terlalu berat untuk menghalang dari air mata keluar??

“Naurah sedekahkan mak dan ayah Yasin erkk??” Naurah membuka Yasin yang diambil dalam kereta lalu memulakan bacaannya. Siapa yang melihat keadaan Naurah sekarang ini pasti akan terasa sedih dan sakit sama. Siapa yan mampu menahan sebak dan sedih apabila orang yang disayanginya pergi serentak?

Usai membaca Yasin, Naurah mengusap batu nisan yang menjadi penanda kubur ayah dan maknya. Kenangan dirinya bermanja bersama mak dan ayah terimbas kembali.

“Mak…mak sayang Naurah tak?” tanya Naurah sambil terkekek ketawa.

“Isy! Mestilah mak sayang! Apa punya soalan!” Hjh Izmia menepuk lembut bahu anaknya.

“Ayah! Kalau ayah sayang Naurah kan…ayah sanggup tak pergi buat milo dekat Naurah?” sengaja Naurah ingin mengusik ayahnya.

“Sanggup!” Hj Nasir ingin melangkah ke dapur namun dihalang oleh Naurah. Dia menggeleng.

“Naurah lawak jelah! Alah ayah ni! Tu pun tak dapat detect!” mereka ketawa.

Naurah menggeleng-geleng kepalanya. No! Aku kena kuatkan semangat! Aku tak boleh lemah semangat macam ni! Naurah mengambil telefonnya apabila terasa gegaran. Ada mesej dari what’s app.

Abang Saiful: Naurah? Naurah dekat mana ni? Abang nak jumpa Naurah boleh? Nak ajak Naurah makan.

Naurah: Alah abang ni! Selalu terlepas time! Orang dah lepas makan pun tapi tak apalah! Boleh jugak! Abang pergilah dulu. Send location ya sebab Naurah dekat kubur mak dan ayah ni.

Saiful: Oh ok…abang tunggu Naurah dekat Wood&Steel ok?

Naurah: [thumbs up] ok!

Naurah menyimpan kembali telefonnya ke dalam handbag. Dia mengesat air matanya yang masih berbaki.

“Mak…ayah…Naurah balik dulu ya? Janji dengan abang Saiful nak jumpa. Nanti Naurah datang lagi ya? Assalamualaikum…” Naurah segera bangun lalu meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience