Chapter 44

Romance Completed 19927

Bab 44

Denny bergegas ke hospital. Dia perlu bersemuka dengan Doktor Ri. Ya! Dia perlu! Sampai sahaja di depan pintu bilik Doktor Ri, dia terus merempuh masuk. Ketika itu patient Doktor Ri tengah dirawat.
“Den!” terjerit kecil Doktor Ri. Boleh dia rempuh masuk macam tu je?! Nasib baik aku dah habis rawat patient aku ni!
“Oklah…awak boleh jumpa saya dalam masa sebulan lagi ya?” wanita itu hanya mengangguk lantas keluar dari bilik Doktor Ri.
“Apa ni Denny?! You rempuh masuk bilik I macam tu je! Nasib baik I dah habis rawat dia tau!” marah Doktor Ri sambil mengemaskan alatan yang digunakan untuk memeriksa wanita sebentar tadi.
Tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Doktor Ri menepis tangan Denny yang sedang memeluknya erat.
“Apa ni Denny?! Ini hospitallah!” Doktor Ri cuba merungkaikan pelukan di pinggangnya namun tak boleh.
“Siti Sarah bt Abdullah Lee…” Doktor Ri tergamam. Errr…nama Islam aku!
“Am I right?” soal Denny lagi.
“How do you know?”
“You’re my wife!” ujar Denny sambil mengeratkan lagi pelukan di pinggang Doktor Ri. Nasib baik aku kunci pintu dah!
“Denny!” Doktor Ri menolak tubuh Denny jauh-jauh. “Apa yang you cuba buat sekarang ni?”
“I just nak you balik!” Denny tayang muka sedih.
“You nak I balik?? Oh come on Denny! Takkan you jilat balik ludah you hah?!” Doktor Ri mengetap bibirnya.
“Ok…I mengaku! Memang semua yang jadi salah I ok?? Can you just forgive me??”
“You nak I maafkan you? Denny! Takkan you dah lupa apa yang jadi antara kita 7 tahun yang lepas?? You buang I macam anjing kurap! You perlakukan I macam you punya bitch! Am I damn so much?!”
“Look…” Denny memegang tangan Doktor Ri kemas. “It was 7 years back but now…”
“Stop it Denny! I tahu you bukannya nakkan I sangat pun kan? You just nak body I je kan??”
“No Ri! Can you just listening me?” Doktor Ri memeluk tubuhnya. Dia memandang ke arah lain.
“I tahu masa lalu adalah kesilapan yang I buat sendiri and I pun macam Vincent! I pun buat kesilapan yang sama! Take you as a bitch! Then, married you and I let you away! I tahu ini salah I Ri but please give me one more second chance?”
Doktor Ri mendengus. “Senangkan orang lelaki cakap? Lepas dah buang, dah puas, kutip balik?? Kalau Vincent I tahu dia memang sayang separuh mati dekat Naurah sekarang ni but you…I don’t think so.”
“Ri…”
“No!” Doktor Ri ingin melangkah keluar namun ditegah oleh Denny. Tubuhnya dipeluk dari depan.
“I’m sorry…”
Doktor Ri tegamam. Jantungnya berdegup hebat.
“You’re bitch! For me, you just a place to pay my lust!” kata-kata Denny dahulu terlayang di minda.
“I ni pelacur! Untuk you, I ni tempat untuk you lepaskan nafsu!” ayat itu diucapkan balik.
“Don’t say that word!” terasa lagi erat tubuhnya didakap. Bagi Doktor Ri, isteri mana tak rasa bahagia bila dipeluk lelaki yang bergelar suaminya?? Lelaki yang hendak menjadikan isterinya tempat yang paling istimewa di hati.

VINCENT mengeluh kepenatan. Aduh! Aku lapar airlah! Huhuhu…tak boleh lagi ke?
Nurin duduk di sofa berhadapan dengan Vincent. Tersengih dia melihat wajah yang tak bermaya! Macam pokok tak cukup air!
“Nurin…saya lapar airlah…tak boleh lagi ke nak minum?” pinta Vincent sedih.
“Mana boleh lagi sayang oii! Mana sampai lagi waktu berbuka! Sabarlah!”
“Bila lagi saya boleh nak bersabar??”
“Rilekslah! Masuk azan Maghrib, kita berbukalah! Ada 5 jam lagi!”
“5 jam?!” Vincent buat gaya nak pengsan. “Matilah saya!”
“Mana boleh mati! Karutlah awak ni…saya ni ok je! Tak mati-mati pun!” seloroh Nurin.
“Ya…ya….apalah cik Nurin!” Vincent menyandarkan kepalanya lalu memejamkan matanya. First time puasa memang rasa macam azab!

AZAN Maghrib berkumandang. Semuanya mula membaca doa buka puasa. Tahu siapa yang paling gelojoh? Of course lah Vincent! Hahahaha…lapar air sangat katanya!
“Wah..kari daging! Siapa yang masak?” tanya Soo. Nurin hanya tayang sengih.
“Emmm…kalau macam ni punya warna mesti Nurin kan?” teka Soo. Nurin hanya mengangguk.
Vincent tak tunggu lagi. Lantaklah kau nak sembang ke apa! Janji aku nak makan! Lapar!
“Amboi Vincent! Tahulah masakan sedap-sedap tapi janganlah gelojoh sangat!” tegur Mr Lee.
“Tak bolehlah dad. Lapar…” sedapnya kari daging ni! Well, isteri aku yang masak kan??

“THANKS sebab sudi makan dengan I…” ujar Denny selepas mempersilakan Doktor Ri duduk di kerusi.
“I terima pun sebab I nak bukak puasa…” balas Doktor Ri singkat. Diperhati nasi beriyani daging kambing yang sudah terhidang di depan matanya.
“You puasa?”
“Yes…I puasa. Kenapa? You lupa ke sekarang ni bulan Ramadhan?” Denny memandang Doktor Ri dengan pandangan terpinga-pinga. Oh…dah bulan Ramadhan erkk??
“I guess you don’t know kan yang bulan ni bulan Ramadhan. Well, tak apalah…jom makan. I lapar…”
“Let’s…”
Doktor Ri menadah tangannya membaca doa buka puasa. Denny hanya memandang. Yang dia tahu hanya doa makan. Doa buka puasa dia tak tahu. Lagipun dia bukannya puasa pun hari ni.
Doktor Ri memulakan suapannya yang pertama manakala Denny hanya memerhati Doktor Ri makan. Kenapalah aku pernah sia-siakan perempuan sebaik dan selembut dia ni?? Akulah manusia yang paling bodoh di dunia. Nasib dia sama dengan nasib Naurah. Hmmm…
Doktor Ri memandang Denny yang belum menyentuh makanannya. “Kenapa you tak makan lagi?”
“Hah??” Denny menggaru kepalanya. Ralit sangat usya bini makan! “Errr…tengok you makan pun I dah kenyang.”
“You jangan nak mengada! Makan! Kang kena gastrik susah!” balas Doktor Ri sambil menyuap daging kambing bersama nasi ke dalam mulutnya.
Dia masih ingat yang aku ni ada gastrik?? What so lovely…
“Apa yang you menungkan lagi Denny? Cepat makan! I tahu you belum makan lagi dari petang tadi! Kalau you sakit, I tak nak ubati you!” Doktor Ri memandang Denny dengan pandangan mengancam.
“Ok…ok…I makan!” Denny menyeduk nasi dengan sudu. Doktor Ri memandang lagi. Mamat ni kalau sekali je cakap, tak jalan. Kena cakap banyak kali.
“Cepat makan Den!”
“Ok…” Denny menyuap nasi tersebut ke dalam mulutnya. Care jugak dia pasal aku.
“Well Den! Boleh I nak tanya sikit?” pinta Doktor Ri. Denny hanya mengangguk.
“Mummy macam mana?” Denny memandang Doktor Ri dengan pandangan yang sukar ditafsir.
“Why? Kenapa dengan soalan I ni? Salah ke?” pelik pula Doktor Ri melihat lakaran wajah lelaki itu.
“You makanlah dulu. We talk about this later…” Denny menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Nak lari dari soalan Doktor Ri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience