Chapter 45

Romance Completed 19927

Bab 45

“Alhamdulillah…” Vincent tersandar kekenyangan. Macam ular sawa kekenyangan lagaknya.

Puan Lee hanya menggeleng melihat anaknya tersandar kekenyangan sebegitu. “Itulah…lain kali makan setambun lagi!” perli Puan Lee.

“Alah mom ni…al-maklumlah orang baru saja puasa! Mestilah kebulur macam tadi! Fuh! Lagipun kari daging tadi tu sedap!”

“Mahunya tak sedap! Dah Nurin yang masakkan?”

Bukan Nurin mom…tapi Naurah! Dhia Naurah Nazifa yang mom sangkakan dah meninggal 3 tahun lepas!

“Bersiap cepat! Kita nak pergi sembahyang terawih! Vincent! Cepat bersiap!” arah Mr Lee.

“Dad…Vinc tak pergi kut! Dad, mom dan Kak Soo pergilah! Vinc rasa tak laratlah! Maklumlah dah makan banyak tadi!”

“Itulah kamu…orang makan sikit je! Jadi, kamu nak pergi ke tak ni?”

“Taklah dad…kang tertungging pulak dalam masjid sebab tak larat!” ujar Vincent.

“Hmmm yelah!” Puan Lee dan Mr Lee menuju ke dalam bilik.

Tak lama kemudian, kelibat Puan Lee dan Mr Lee kelihatan. Puan Lee pula comel dengan telekungnya manakala Mr Lee berbaju Melayu dan bersongkok. Kemudian, Soo pula turun menuju ke arah Puan Lee dan Mr Lee dalam keadaan bertelekung di kepala.

“Eh?? Vinc tak pergi ke?” soal Soo hairan.

“Tak…tengoklah! Perut tu dah buncit! Kang terkentut dalam masjid susah!” seloroh Mr Lee sambil diketawa oleh Puan Lee.

“Alah dad ni! Suka nak sakat orang!” geram Vincent dibuatnya.

“Janganlah nak merajuk sangat! Jom!” Puan Lee, Mr Lee dan Soo beredar keluar dari rumah.

Yang tinggal di rumah hanya Vincent, Nurin dan bibik sahaja. Mana Naurah erkk?? Lepas makan tadi, terus lesap!

Vincent bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke bilik Nurin. Dia terdengar perbualan Nurin di sebalik pintu.

“Apa dia akak?? Jadi, Denny tu suami akak??”

Denny?? Dia dah berkahwin?? Kenapa aku tak tahu? tutur Vincent dalam hati.

“Tak apalah akak…akak anggap jelah semua ini takdir yang dah ditentukan untuk akak! Naurah pun lebih kurang macam nasib akak je!”

Dengan siapa Denny berkahwin?? terdetik juga di hati Vincent ingin tahu gerangan siapakah yang menjadi isteri kepada Denny.

“Hmmm…yelah akak! Naurah off dulu ya? Assalamualaikum!” perbualan tamat. Vincent segera menjauhkan diri daripada pintu bilik Naurah.

Nurin keluar dari biliknya. Terkejut dia bila Vincent tiba-tiba tercegat di belakanganya.

“Eh? Awak tak ke masjid ke?”

“Tak…tak larat!” Vincent terus menarik tangan Nurin ke biliknya.

“Vincent! Vincent! Awak nak bawak saya ke mana ni?!” Nurin cuba merentap tangannya namun tak berjaya.

Tubuh Nurin dibawa masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup dan dikunci. Nurin mula ketakutan. Vincent memandang Nurin dengan pandangan tajam.

“Awak ni siapa sebenarnya?!” tanya Vincent.

“Saya Nurin Izzaty lah!” jawab Nurin tanpa ragu-ragu.

“Iye ke awak Nurin Izzaty?? Bukan Dhia Naurah Nazifa??” Nurin menelan liurnya. Dia dah tahu ke aku ni siapa sebenarnya??

“Jawab Nurin!!” desak Vincent.

“Saya Nurin Izzaty!” Nurin masih tidak mahu mengaku.

“Betul tak nak mengaku?!” Vincent menghampiri laci mejanya lalu purse Nurin dibawa keluar.

“Semuanya ada bukti dalam ni!” Nurin menekup tangannya. Tak mungkin! Bila masa dia ambik purse aku??

“Mana IC yang bernama Nurin Izzaty?? Mana?! Yang ada hanya IC Dhia Naurah Nazifa dan kad nikah antara Muhd Badrul Farhimi dan Dhia Naurah Nazifa! Mana dia IC Nurin Izzaty?!”

Terdiam terus Nurin dibuatnya. Habislah riwayat aku!!! Mampus!

“Jawab Naurah! Kenapa diam?!” setitik air mata Naurah mengalir juga.

“Awak tahu tak saya hampir gila bila dapat tahu yang awak dah mati! 3 tahun saya hidup dalam derita! Hidup dalam bayangan awak!!! Awak tahu tak?! Bila Denny siasat list kematian 3 tahun lepas, tak ada nama awak langsung!! Apa makna semua ni Naurah?! Kenapa awak harus lari dari saya dan menyamar sebagai Nurin Izzaty?!! Why?!” Vincent memandang tajam ke arah Naurah yang terduduk.

“Jawab Naurah!!! Jangan diam macam ni! Saya nak jawapan saya! Awak tahu luahan hati saya selama ini tapi kenapa awak tetap dengan lakonan awak?!”

Naurah menangis lagi kali ini. Kali ini semuanya sudah jelas terbukti. Vincent dah pun tahu dia adalah Naurah yang sebenarnya.

“Awak tahu saya sayangkan awak kan??”

“Awak bohong! Awak hanya nakkan tubuh saya!” balas Naurah akhirnya.

“Awak tahu mana saya nakkan tubuh awak?! Ada ke selama ni awak dengan saya kononnya awak tu Nurin…saya pernah touch awak? Pernah?!”

Naurah tak dapat bertahan lagi. Dia terus merampas pursenya lalu lari keluar dari bilik Vincent. Dia mengemas bajunya lalu segera keluar dari rumah itu. Dia menghidupkan enjin kereta. Beg baju diletakkan di seat belakang.

“Naurah!” Vincent menahan Naurah daripada pergi.

“Lepaslah!” Naurah cuba merentap tangannya namun tak boleh.

“Where are you going?! Apa yang saya nak cakap bila mom dan dad balik nanti?”

“Cakap jelah apa-apa pun! Lepaskan tangan saya! Saya nak ketenangan!”

“Ketenangan apa lagi ni Naurah?! Dah 3 tahun awak menghilang dari saya…takkan itupun tak cukup!”

Naurah merentap tangannya kuat lalu segera meloloskan diri dalam kereta. Dia segera memandu keluar dari rumah itu.

Vincent meraupkan wajahnya. Aku gelojoh sangat ke?! Arghhh!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience