Chapter 48

Romance Completed 19927

Bab 48

Naurah masuk ke dalam shopping mall. Dia perlu memberi keperluannya memandangkan barang keperluannya sudah hendak habis.

Sibuk mencari purse, dia terlanggar tubuh seseorang. Naurah menepuk dahinya. Apa ni Naurah?! Cubalah jalan dulu baru cari purse! Aduh! Kan dah tak pasal-pasal langgar orang!

“Sorry miss…saya tak sengaja!” ujar Naurah. Dia memandang wajah di hadapannya.

“Weyhhh!!!!” Naurah dan El terjerit. Tak sangka mereka bertemu lagi selepas beberapa tahun tidak berjumpa.

“El!!! Cantiknya kau! Kau kerja apa?!” soal Naurah apabila melihatkan penampilan El. El sejak saman Uni memang tak pakai tudung.

“Aku jadi pramugari. Alhamdulillah Naurah! Rezeki aku nak jadi pramugari…”

“Good for you!”

“Kau macam mana Naurah? Rumah tangga kau macam mana? Ok?” Naurah mengerutkan dahinya.

“Macam mana kau tahu?” pelik pulak Naurah rasa bila El dapat tahu yang dia dah kahwin. Dari mana dia tahu?

“Aku dapat tahu dari Ikmal! Kan dia ada jumpa kau beberapa tahun yang lalu?”

Naurah cuba mengingati kembali saat dia terjumpa dengan Ikmal. Oh ya! “Oh…amacam dengan kawan-kawan kita sekarang ni?”

“Ok je…Huzaifi dengan Fifi dah dapat anak ke-3 sekarang ni. Lelaki. Fira pulak baru je kahwin bulan lepas dan aku…hehehe…” El tersengih gedik.

“Hmmm…kau ni mesti nak kahwin dah kan???” El hanya mengangguk.

“Akhirnya tercapai jugak cita-cita kau waktu uni dulu kan?” Naurah tertawa kecil.

“Beb…apa kata kita pergi minum-minum?” ajak El.

“Woi! Kau dah lupa ke?! Sekarang ni bulan puasa kot!” Naurah menampar lengan El.

“Ha arr lah! Aku lupalah pulak! Maklumlah tengah PMS ni!” kihkihkih…El tergelak.

“Samalah dengan aku!” kata Naurah juga.

“Oklah macam ni. Apa kata kita lepak dekat butik Fira? Tadi Fira ada call aku ajak lepak dekat sana. Alang-alang dah jumpa kau, jomlah sekali!”

“Hmmm boleh!” Naurah hanya bersetuju. Lagipun kalau dia balik rumah mom, dia akan kebosanan juga.

“Kau naik kereta ke LRT?” soal El.

“Aku naik keretalah!”

“Kalau macam tu, boleh tak aku nak tumpang sekali?” El tayang muka bajet comel.

“Eleh! Tayang muka beruk pulak! Takkanlah sampai sekarang kau fobia nak bawak kereta?” El hanya mengangguk. Gilalah kalau aku bawak kereta balik! Memang aku nervous tahap gunung!

“Hmmm yelah! Jom!” mereka berdua menuju ke arah kereta.

“Comellah kereta kau!” puji El. Kereta Suzuki Swift yang cukup diminatinya. Walaupun kecil tapi sesuailah untuk orang perempuan macam dia guna.

“Hmmm…ini pun untung aku dapat daripada abang aku tau! Kalau nak mengharapkan duit aku memang hampeh lah nak beli kereta mahal ni!” balas Naurah.

“Baiknya abang kau kan?? Kalau abang aku, huh tak adanyalah dia nak beli aku kereta! Tambah-tambah lagi kereta macam ni! Yang aku tahu dia tolong bayarkan kereta Myvi aku yang rosak teruk tu! Fuh! Lepas daripada tu, aku dah berani nak drive!”

“Kau kena try lah El! Lagipun kau kan kerja pramugari. Habis tu, selama ni siapa yang hantar dan ambik kau dekat airport tu?”

“Tunang aku lerr…”

“Ohh…”

Sampai sahaja di depan butik milik Fira, mereka berdua terus menuju ke dalam butik tersebut.

“Fira!!!” jerit El. Gaya macam lama tak jumpa walhal baru je semalam jumpa!

“El! Weyh, aku ingatkan kau tak jadi datang! Duduklah, Huzaifi dengan Fifi pun ada dalam tu…”

“Weyh!” El menarik tangan Fira menghampirinya. “Guess what?? Siapa yang aku bawak?”

“Sapa?” Fira memandang muka El.

“Taraaa!!!” El menunjuk ke arah pintu. Fira memandang tubuh itu.

“Weii Naurah!” Naurah masuk ke dalam butik lalu berpelukan dengan Fira. “Kau macam mana? Makin berseri aku nampak! Sampai hati kahwin tak ajak!” Fira tayang muka sedih.

“Kau pun apa kurangnya? Kahwin tak bagitahu!” bidas Naurah kembali.

“Hehehe…bukan aku tak nak bagitahu tapi aku lost contact lah!” alasan! “Memandangkan kau yang kahwin dulu kan Naurah…tunjuklah gambar laki kau!”

Naurah mencebik. “Eleh! Sengaja kan?! Cakap baiklah konon! Tapi, sebenarnya nak korek rahsia!”

“Takkanlah kau tak kenal aku kan?” Fira menjongket-jongket keningnya.

“Hello my fierce friend!” tiba-tiba suara Huzaifi kedengaran. Di tangannya, ada anak-anaknya.

“Woi! Hensem arr kau! Anak-anak kau semuanya comel! Geramnya aku!” Naurah menghampiri anak-anak Huzaifi. Pipi anak perempuan Huzaifi dicuit.

“Nama apa?” tanya Naurah.

“Ara…” jawab budak comel itu.

“Ara?? Sedap nama Ara! Comel!” Naurah tersenyum.

“Weyh Naurah!” suara Fifi kedengaran. Dia menggendong seorang bayi lelaki yang mungkin dalam lingkungan 4 bulan macam tu.

“Fifi! Kau dah up beb! Dah tembam sikit!”

“Tengoklah aku dah ada anak berapa? Anak 3 dah kot!” balas Fifi sambil tersenyum. Naurah mengambil anak di gendongan Fifi. Baik! Budak tu tak menangis pun.

“Nama apa?” tanya Naurah ingin tahu. Muka nak macam Huzaifi sikit.

“Muhd Adrian…”

“Eloklah! Nama comel macam budaknya! Geram pulak aku! Nak ambik boleh tak?!” Naurah mencubit perlahan pipi si comel itu.

“Eh! Mana boleh!” Huzaifi menegah. “Nak anak, mintaklah dengan suami kau! Apahal pulak anak aku yang jadi mangsa?!”

Naurah mencebik. “Kedekut betullah kau ni!”

“Weyh! Tunjukklah gambar laki kau!” desak Fira dan El serentak.

“Isy dua ekor beruk ni pun! Sibuk betul nak tahu muka laki aku! Tak hensem pun!”

“Alah…tunjuklah!”

“Tak payahlah…”

“Nak jugak!”

Naurah mendengus. Kalau tak tunjuk, makin bermasalah budak ni! Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu gambar Vincent dibuka.

“Nah!” Naurah menghulurkan telefon bimbitnya kepada kawan-kawannya. Semuanya pakat melopong.

“Gila kau Naurah! Kau kata laki kau tak hensem?!” El memuji ketampanan suami Naurah.

“Dia muallaf je pun!” balas Naurah sambil bermain-main dengan anak Fifi dan Huzaifi.

“Muallaf pun tapi berdarah cina kot! Ya Allah! Hensemnya! Kalau kau dapat anak, mesti anak kau sehensem ataupun muka cina macam laki kau!” puji Fira.

“Kau tu tahap imaginasi melangit sangat!”

“Naurah…takkan kau tak terfikir nak dapat anak yang berdarah campuran dan mesti hensem punya ataupun cantik macam kau?” soal Fifi.

Naurah hanya terdiam. Aku? Anak?? Entah bilalah aku boleh merasa. Yang satu pun aku dah keguguran.

“Naurah…hey kenapa dengan kau? Kenapa kau moody tiba-tiba?”

“Tak ada apa-apalah…cuma harapan untuk dapat anak tu aku rasa macam…entahlah.”

“Kenapa? Kau tak boleh mengandung ke?” soal Fira pula.

“Bukanlah…tahulah kan? 3 tahun lepas aku keguguran.”

“Naurah…itu bukan alasan untuk kau putus asa! Kau kena cuba dan cuba!” satu semangat diberikan oleh Fifi.

“Kejap! Bukan ke laki ni yang kejar kau masa uni dulu? Yang sapa kau tiba-tiba tu?” tiba-tiba suara El kedengaran. Mereka semua menoleh ke arah El.

“Apa yang kau cakap ni El?” sampuk Fifi.

“Laki nilah yang sapa Naurah masa zaman uni dulu. Betul kan Naurah?”

Wow! Kuat betul ingatan si El ni! Tak sangka dia boleh cam Vincent dengan senang!

“Ya…”

“Oh gosh! Kau kahwin dengan dia?! Macam mana berlaku?”

“Eh kejap! Mamat ni sapa Naurah masa zaman uni?” Fira blur walhal dia ada sama masa tu.

“Apa kau lembab sangat ni?! Kau tak ingat ke waktu kita jalan balik dulu, ada sorang mamat panggil nama Naurah!”

Fira cuba kembalikan ingatan memorinya. Aduh! Kenapalah otak aku ni lambat sangat nak proses. Namun tiba-tiba…

“Ya! Aku dah ingat! Oh…tapikan Naurah macam mana kau boleh sangkut dekat mamat ni? Bukan ke dia tu dev…” El terus menyiku lengan Fira sebelum dia menyebut perkataan devil itu.

Fifi dan Huzaifi hanya melihat. Tak berniat nak ambik tahu. Tapi, kalau nak bagitahu pun tak apa. Hehehe…

“Panjang ceritanya beb. Tapi, aku tak nak cerita sebab dia berkaitan dengan aib suami aku.”

“Hmmm…itu hak kau Naurah. Kami tak memaksa untuk kau bercerita.” El hanya memahami hati kawannya. Dia tahu mesti ada masa lampau yang buruk yang pernah terjadi antara dia dan mamat Cina itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience