Chapter 34

Romance Completed 19927

Bab 34

“By the way, apahal you nak jumpa I Denny?” soal Doktor Ri lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Denny.

“First at all, thanks sebab sudi datang and secondly I ada something nak tanya you…”

Doktor Ri mengerutkan dahinya. Ini mesti pasal Naurah! “Apa dia yang you nak tanya?”

Denny membetulkan kedudukannya. “I nak tahu sama ada Naurah hidup atau tak lagi. Simple question isn’t?”

“Kenapa you nak tahu?” Doktor Ri cuba bermadah.

“Sebab dia isteri kepada Vincent and itu hak Vincent nak tahu sama ada isteri dia dah betul-betul mati atau…disorokkan!” Denny memandang Doktor Ri dengan wajah riak curiga.

Doktor Ri berpura-pura membetulkan rambutnya. “Apa? You ingat I sorokkan Naurah? Hey! Dah terjelas kot hari tu dia dah mati! Apa? You ingat I ni sanggup ke nak berdrama semata-mata nak tutup kenyataan yang Naurah tu dah mati?” hesy! Nak luruh jantung aku!

“Well, I think so.”

“Denny! Look! I’m a doctor okay and I’ve to efficient with my work. I tak ada masa nak guna mati-mati ni!” jawab Doktor Ri tegas. Dia memandang ke arah lain. Kau kena berlakon Ri! Kalau kau silap langkah, kau akan terbocor rahsia! Tak pasal-pasal Naurah betul-betul bunuh diri dia!

“Well, it’s okay if you not gonna tell me the truth, I’ll found out myself! And if apa yang you cakap tu langsung tak betul and I dapat bukti yang lain, tahulah nasib you! You bukan main dengan I Ri tapi you bermain dengan Vincent! Kim Vincent Khoo and you tak kenal dia siapa lagi…” Denny memberi amaran lalu segera bangun meninggalkan Doktor Ri.

Doktor Ri mengeluh. Tak pasal-pasal aku terlibat sekali dalam kes ni! Huhuhu…Doktor Ri menekup mukanya. Buntu!

NAURAH memerhati gambar di hensetnya. Dia mengusap-ngusap wajah yang terpampang di skrin telefon bimbitnya.

“Sorry…” ujar Naurah sendirian. Air matanya gugur. “Bukannya saya tak sayangkan awak tapi awak dah seksa hidup saya. Saya nak ketenangan dahulu…”

“Kalau saya dah sedia, saya akan balik sediakala dekat awak…saya janji!” Naurah menutup telefon bimbitnya lalu diletakkan ke tepi.

Ya Allah…aku tahu aku dah berdosa kerana meninggalkan suami ku begini dalam keadaannya lumpuh tapi aku inginkan ketenangan dahulu…

“WHAT?! Habis tu?? Akak bagitahu tak dekat mana Naurah?” tanya Nurin cemas. Takut rahsia Naurah terbongkar.

“Tak…tapi akak takutlah. Denny ugut akak…dia kata akak belum kenal lagi siapa Kim Vincent Khoo.”

“Akak jangan takut errk?? Insha-Allah tak ada apa-apalah! Macamlah akak tak tahu? Orang yang terdesak ni suka sangat main ugut!” balas Nurin sambil meneguk air kosong di tangannya.

“Itulah…tapi apapun akak tetap takut! Yelah…akak kan dah bersubahat! Tak mustahil satu hari akak kena dengan Vincent sebab sorokkan Naurah!”

Nurin hanya mengeluh. Dia mula memikirkan rancangan untuk melindungi Doktor Ri sekaligus dengan Naurah.

“I miss you so much sayang…saya tahu awak masih belum mati!” ujar Vincent sambil memandang gambar Naurah yang lengkap berbaju kurung warna putih ketika majlis akad nikah dahulu.

“Saya sayangkan awak…awak dekat mana? Awak baliklah! Saya tahu mimpi itu ialah satu petunjuk dari Allah untuk saya…tapi untuk saya mencari awak macam dulu…saya tak mampu! Saya dah cacat!” air mata Vincent gugur lagi.

“Kalau saya tak seksa awak malam tu, mesti semua ni tak jadi kan?” gambar tu didakap erat.

“Saya sayang awak…baliklah. I need you in my life! Not that bitch woman!”

Tok! Tok! Tok! pintu bilik Vincent diketuk. Vincent memandang ke arah pintu. “Mom…” Vincent kembali memandang wajah Naurah di dalam frame itu.

“Vincent…” Puan Lee duduk di sisi katil anaknya. “Janganlah macam ni…Naurah dah tak ada…you have to learn accept this…”

“No mom! Dia tak mati lagi! Vinc tahu dia masih! Dia masih hidup!” balas Vincent tegas. Tak mungkin Naurah mati lagi!

“Vinc…dengar cakap mom! Vinc kena kuat! Kena ingat Allah! Kalau rindukan Naurah, sedekahkan al-Fatihah kepada dia…”

“No mom! Dia tak mati lagi! Tak faham ke?! I know Nurin trying to hide something from me!”

“Apa kena mengena dengan Nurin?” Puan Lee mengerutkan dahinya.

“You know nothing mom…I’m the one who can feel it.”

“Vinc nak kata yang Nurin tu ialah Naurah?” Vincent mengangguk.

“Vinc!!!” Puan Lee memandang anaknya geram. “Vinc tak boleh nak kata yang Nurin tu ialah Naurah! Kan kita dah tengok mayat Naurah!”

“Her eyes…her voice…her food and drink taste…sebijik macam Naurah yang buat…”

“Vinc…”

“You just go mom…Vinc nak seorang diri sekarang ini…” Vincent membelakangi Puan Lee.

Puan Lee memandang anaknya sayu. Sampai bila Vincent nak terima hakikat yang sebenarnya Naurah dah pergi? Puan Lee segera bangun dan beredar keluar.

“ASSALAMUALAIKUM my hubby…” Vincent tertoleh-toleh. Dia mencari suara itu dan ternampak kelibat seorang wanita yang anggun sedang tersenyum ke arahnya.

“Waalaikumussalam…Naurah!” Vincent memeluk tubuh Naurah.

“Rindu saya ke?” soal Naurah. Pelukan dileraikan.

“Gila ke apa saya tak rindukan awak?? I miss you damn much sayang! Sayang…balik ke pangkuan saya? Kita bina hidup baru? With our future kids…saya janji yang saya tak akan sakiti awak lagi…”

“Ye ke?” soal Naurah sambil tersenyum.

Vincent memandang wajah Naurah. Dia memegang pipi Naurah lembut. “Betullah…takkan saya nak tipu pulak?? Ada nampak muka saya macam tipu?” Naurah menggeleng.

“So, ikut saya?” pinta Vincent. Dia memandang Naurah dengan pandangan mengharap.

“Ok…tapi kalau awak buat lagi macam dulu…awak takkan jumpa saya betul-betul lagi dah!”

“Janji!” mereka berpegangan.

“Naurah!!!” Vincent terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Arghh!!! Aku ingat betul tadi! Dia memandang ke arah jam. Dah pukul 7.30 malam. Aku tak sembahyang Maghrib lagi!

Vincent segera mencapai tongkatnya untuk berdiri. Tergetar-getar kakinya untuk bangun dan cuba berpaut pada kerusi roda namun terjatuh.

“Eh awak!” Nurin segera berlari ke arah Vincent. “Kenapa tak panggil saya? Tengok! Kan dah jatuh!” Nurin cuba membantu Vincent namun nasib dua-duanya jatuh tergolek.

“Aduh!” Nurin mengusap pinggangnya. Lama-lama cramp terus! Wait! Kenapa berat? Nurin memandang ke atas.

“Arghhh!!!!” Nurin segera menolak tubuh Vincent yang duduk di atasnya lalu menuju ke tepi. Jauh sikit dari Vincent.

“See? Awak pun tergolek!” kata Vincent sambil mencebik.

“Eleh! Awak tu yang berat! Saya ni manalah kuat macam tenaga kuda awak tu!” perli Nurin kembali. Dia mengusap-usap pinggangnya. Nasib baik tak patah! Kalau tak, arwah terus!

“Salahkan kita pulak!” Vincent mencebik kembali.

“Awak nak buat apa tadi?” tanya Nurin.

“Saya nak pergi ambik air sembahyang. Nak sembahyang Maghrib…”

“Oh…” Nurin bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri Vincent. Dia memegang tangan Vincent.

“Awak nak buat apa?! Nak raba saya erkk??!” Vincent buat gaya seram.

“Hey!” Nurin mengetuk kepala Vincent perlahan. “Otak kuning! Awak ingat saya hengen sangat nak raba awak?! Saya nak tolong awak ke tandas lah! Tadi kata nak sembahyang kan?”

“Oh…manalah tahukan??” Vincent hanya membenarkan sahaja. Dia turut menggunakan tenaganya untuk bangun dan mengawal dirinya. Nurin memapah Vincent hingga ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience