Chapter 43

Romance Completed 19927

Bab 43

“Thanks sebab jaga dompet saya! Saya mati-matian ingat hilang tau!” Nurin mengucapkan kesyukuran.

Vincent hanya tersenyum tipis. Kenapa dia mesti berlakon lagi sekarang ini? Kenapa dia tak cuba berterus terang dengan aku?

“Kenapa ni? Monyok je?” soal Nurin ingin tahu.

“Awak ada sorok apa-apa ke dari saya?” soal Vincent inginkan kepastian.

Nurin menelan liurnya. “Kenapa awak tanya macam ni? Mana ada saya sorok apa-apa dari awak!” Nurin sedikit gelabah.

“Tak apalah…saya just nak kepastian je! Manalah tahukan awak ada sembunyikan apa-apa dari pengetahuan saya!” Vincent memerhatikan wajah itu lama. Saya rindukan awak Naurah! Tolonglah hentikan lakonan awak sekarang!

“Oh ya! Memandangkan esok hari pertama awak berpuasa…saya nak treat awak dekan masakan special…nak??”

Vincent tersenyum. “Awak nak masak apa?”

“Emmm…awak suka makan apa?”

Mustahil dia lupa makanan kesukaan aku selain bacon! Bacon tu dah dibuang dari senarai favourite food! Oh ya! Dia mestilah kena buat-buat tak tahu!

“Emmm…sambal tumis udang dengan kari daging!”

“Oh ya?? Ok…saya akan masak untuk maghrib nanti. Tapikan, malam ni kita pergi terawih tau!”

“Apa dia??”

Nurin tergelak kecil. “Terawih!”

“Apa benda tu?”

“Solat yang dilakukan setiap umat Islam pada bulan Ramadhan! Kalau ikut calendar Islam, maghrib nanti dah masuk hari seterusnya!”

“Oh…so saya pun kena pergilah ni?”

“Yep! Itupun kalau awak naklah!”

“Mestilah nak! Nak jugak tahu macam mana sembahyang tawarih tu!”

Tiba-tiba Nurin tergelak kuat. “Apasal?” tanya Vincent.

“Awak sebut apa tadi? Tawarih?! Hahahaha!!!” Nurin gelak lagi.

“Oh…mentang-mentang saya tak pandai sebut, awak nak ketawakan saya?! Mai sini saya bagi awak gelak lagi!” Vincent bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah Nurin lalu pinggang itu digeletek. Dia tahu Naurah cukup sensitif di bahagian pinggang.

“Vincent! Apa yang awak buat ni?! Berhenti! Gelilah!!!”

“Dah nak gelak sangat kan?!” perlakuan mereka mengundang senyuman di bibir Puan Lee dan Mr Lee serta Soo. Donnie sekarang ada di overseas.

“Seronok saya dapat tengok dia gelak macam tu! Kehadiran Nurin membuatkan dia lebih bersemangat!” kata Puan Lee.

“Betul!” sokong Soo dan Mr Lee serentak.

“Entahlah…kadang-kadang bila tengok si Nurin tu, teringat dekat Naurah. Perlakuan dia memang serupa dengan Naurah.”

“Mom…” tegur Soo. Dia tahu momnya masih merindu Naurah.

“Bukannya apa Soo…mom just rindukan Naurah…” Puan Lee tersenyum hambar. Mr Lee hanya memandang isterinya dengan pandangan yang sama dengan Puan Lee. Turut merindui Naurah.

“Vincent!!! Dahlah! Saya geli!!! Tak larat!!!” Nurin cuba menepis tangan Vincent yang sedang menggeletek pinggangnya namun tak mampu! Lenguh habis segala sarafnya akibat banyak ketawa.

“Tadi nak gelak sangat!” Vincent masih menggeletek pinggan Nurin.

“Ok…ok…sorry!” Vincent berhenti menggeletek pinggang Nurin. Kang terkencing pulak!

DENNY berpeluh-peluh dalam tidurnya. Dia bermimpi yang aneh.

“Please let me go!” bentak wanita itu.

“No! I won’t! You’re mine! Not that damn man!!!” jerit Denny lantas menghempas tubuh itu ke atas katil.

“Denny…please! Lepaskan I Denny! Tolong jangan buat macam ni! I just berkawan dengan dia!”

“Setan semua tu!!!” Denny membuang baju dan seluarnya lalu dilempar ke atas lantai. Baju wanita itu dikoyak rakus lalu bibirnya mencium segenap leher wanita itu.

“Denny! Please don’t do this! I’m begging you!”

“Keep begging me honey! I want hear it! It sounds like you’re moan for me!” Denny mencium bibir wanita itu pula.

Wanita terus menangis teresak-esak. Lagipula, Denny berada dalam keadaan mabuk sekarang ini. Dia tahu Denny lakuakan perkara ini sebab salah tafsir.

“Denny!” jerit wanita itu apabila terasa perit menjalar seluruh tubuhnya. Daranya! Sudah dipecahkan!

“I love you…” ucap Denny sebelum dia menyeksa lagi wanita itu.

“Astaghfirullahalazim!” Denny terjaga dari mimpinya yang ngeri itu. Aku?? Ri???

“Apa maksud semua ini? Aku kena cari bukti!!!” Denny segera menuju ke arah almarinya lalu seluruh almarinya digeledah. Fail yang mengandungi segalah maklumat penikahannya sudah menjadi barang terbiar di dalam almari.

Satu fail berwarna putih dijumpai lalu Denny mengambil fail tersebut. Dia menyemak segala sijil nikahnya. Kad nikahnya turut diambil. Ri?? Tapi kenapa dalam sijil dan kad nikah aku dia tulis nama Siti Sarah?? Apa pelanduk dua serupa? Atau kelahiran semula?

Dia segera menghubungi nombor telefon Doktor Ri namun tak berangkat. Panggilannya di reject.

“Argh!!! Ri! Angkatlah!” Denny cuba menghubungi lagi namun hampa. Tidak diangkat.

“Tak apa…aku akan jumpa dia dekat hospital esok!” Denny kembali membaringkan badannya. Fail diletak di meja sisi katil lalu menutup matanya.

NURIN bangun pada pukul 4 pagi. Tujuan dia adalah hendak memasak! Hahaha…hari ni first day Vincent berpuasa and aku nak masak something special untuk dia! Aku nak masak makanan kegemaran untuk dia.

Bila dia menuju ke dapur, bibik sudah pun bangun dan sedang menyiapkan bahan untuk memasak.

“Pagi bik!” ujar Nurin ceria.

“Eh? Cik Nurin dah bangun? Awalnya! Bibik tak masal lagi ni…”

“Taklah bik. Saya bangun awal ni pun sebab saya nak masak!”

“Eh! Tak payahlah! Biarlah bibik yang masak!”

“Tak apa bik…biar saya yang masak. Lagipun saya masa untuk Vincent. Saya dah janji dengan dia semalam yang saya nak masakkan makanan kegemaran dia!”

“Oh…ye ke? Hmmm…oklah jugak! Adalah jugak bibik peneman di pagi hari!” seloroh bibik. Nurin pun tanpa menunggu lagi terus menyediakan bahan untuk dimasak. Sambal tumis menjadi menu untuk Vincent. Kari daging time buka puasalah!

Udang yang baru dibawa keluar dari peti ais dibasuh dahulu. Kang tak basuh, ada pulak yang sakit perut!

Sambal yang sudah dikisarkan bersama bahan-bahan yang lain ditumis di dalam kuali. Aromanya mula naik. Tak lama kemudian, udang dimasukkan.

Nurin terlupa hendak mengambil garam. Dia menoleh ke belakang lalu buk! Dia terlanggar tubuh sasa yang berada di belakangnya.

“Aduh…!” Nurin menggosok mukanya. Nasib baik tak penyet hidung! Dia memandang gerangan tubuh sasa itu.

“Vincent? Awak buat apa dekat dapur pagi-pagi ni? And…awal awak bangun?” dia mengerling jam di dinding. Baru pukul 4.30 pagi!

“Saja…nak tengok awak betul-betul tak tunaikan janji awak! And…bau sambal tumis ni sedaplah! Tak sabar nak makan!”

“Sebab tu je? Hmmm…baik tak payah!” Nurin mencapai botol garam di kabinet sebelah.

Vincent hanya memandang gerak-geri Nurin ataupun yang sebenarnya adalah Naurah! Rasa macam hendak dipeluk saja tubuh itu! Rindu yang amat tak dapat ditanggung lagi! Tapi…aku tak boleh! Tak boleh! Kau kena tahan Vincent! Tak lama lagi identity dia akan terdedah! Sabar…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience