Chapter 8

Romance Completed 19927

Bab 8

Hari ini Vincent akan menuju ke JB untuk membentangkan hasil kerjanya. Sebelum bertolak, dia singgah dulu di rumah mom dan dad nya.

“Hey mom!” Vincent memeluk Puan Lee.

“Vincent! Glad see you! How are you? Vinc kena ke JB hari ni kan?”

“Yes mom…well Vinc datang sebab nak suruh mom wish me luck untuk presentation nanti…”

“Of course mom akan doakan anak mom ni…” balas Puan Lee gembira.

“Mom…Vinc nak ke bilik kejap. Nak ambik document satu lagi…” Puan Lee hanya mengangguk.

Vincent menuju ke biliknya. Namun, telinganya menangkap sesuatu. Yes, sesuatu bunyi yang amat dia benci! Ayat al-Quran! Ya! Aku benci ayat al-Quran! Tapi…ni suara perempuan? Emmm maybe kak Soo kot!

Tapi…kenapa dia duduk di bilik sebelah ni? Kenapa tak baca je dalam bilik dia? Timbul rasa curiga di hati Vincent. Dia mengorak langkah menuju ke pintu sebelah. Dipulas tombol namun berkunci. Vincent mengeluh. Dia menuju ke biliknya untuk mengambil document tersebut.

Sebelum beredar ke bawah, dia memandang kembali ke bilik tersebut. Ada sesuatu yang menarik hati Vincent! Apa ya? Vincent segera turun ke bawah.

“Mom…siapa yang duduk di bilik sebelah Vinc tu?” tanya Vincent ingin tahu. Dia rasa lain macam tadi.

Puan Lee memandang anaknya. Mesti anaknya mendengar Naurah membaca al-Quran tadi.

“Emmm Kak Soo…dia kata saja lah nak duduk bilik tu. Bosan katanya duduk bilik dia tu. So, nak ubah angin pulak.” Puan Lee mencipta alasan.

“Oh…tak apalah mom. I’ve to go now…so see you after 3days!”

“Ok!” Vincent melangkah keluar menuju ke arah keretanya. Kak Soo?? Suara dia tak semerdu tu kalau membaca. Tapi, mungkin ya kot!

NAURAH keluar dari biliknya seusai membaca al-Quran yang mulia tersebut. Dia menuju ke arah Puan Lee yang sibuk menyiapkan makanan di atas meja. Dia menyapa Puan Lee.

“Aunty!” Naurah memegang bahu Puan Lee.

“Ya Allah! Naurah ni…terkejut aunty. Hmmm…dah laparlah kan kalau turun tu?” tanya Puan Lee sambil tersenyum.

“Memang pun aunty! Tengok nasi goreng cina aunty dengan ayam salai membuatkan Naurah berkeroncong!” bibik khas Puan Lee datang meletakkan ayam salai tersebut.

“Bik…jom makan sekali!” ajak Naurah. Kemudian, kelibat Mr Lee kelihatan turun dari tangga. Bibik menjadi segan.

“Tak apalah cik Naurah…cik Naurah makanlah dulu…” memang dia segan dengan Mr Lee. Bukan sebab Mr Lee tak sukakan dia tapi yelah…dia kan berada di standard yang paling bawah. Just a maid!

“Eh! Tak apalah…! Kan aunty?” soal Naurah kepada Puan Lee.

“Boleh je. Aunty dah ajak beberapa kali makan sama-sama tapi entah apa yang disegannya…”

“Kan?? Jomlah!”

“Errr…tapi Mr Lee??? Isy! Saya nikan standard bawah! Tak sesuai…” bibik itu merendahkan dirinya lagi.

“Kenapa nak segan dengan saya? Awak dah kerja dengan saya dah 6 tahun kan? Jadi, awak tahukan saya macam mana?” sampuk Mr Lee.

“Tapi tuan besar…”

“Tak apa! Jom makan sekali. Hari ni anak-amak saya tak ada. Soo dia pergi kerja and balik petang! Tengah hari dia tak balik! Sama jugak dengan Donnie. Vincent kena pergi JB atas urusan business!” ujar Mr Lee seraya tersenyum. Serlah mata sepetnya.

“Tapi…” bibik itu masih bertapi.

“Dah…duduk je,” ujar Mr Lee. Puan Lee dan Naurah memberi isyarat supaya duduk. Bibik itu duduk di hujung meja berhadapan dengan Mr Lee. First time dia makan bersama-sama dengan majikannya. Tak pernah dia jumpa majikannya yang sebaik ini.

Dulu sebelum dia menjadi orang gaji di sini, dia bekerja di satu rumah orang kaya tapi bawah sikit dari majikannya sekarang. Semuanya sombong memang masya-Allah! Nak makan beramai-ramai macam ni? Jangan harap!

“Eh? Apa yang ambik nasi tu sikit sangat?” tegur Puan Lee apabila melihat hanya satu cedok nasi saja yang diambil oleh bibik.

“Tak apalah puan besar…nanti tak cukup pulak untuk anak-anak puan besar.” balas bibik.

“Tak apa…banyak lagi dekat dapur tu! Makan! Jangan malu-malu! Nah!” Puan Lee menyerahkan dada ayam salai kepada bibik. Bibik hanya tersenyum. Dia mengambil sambil tersenyum. Naurah hanya tersenyum.

“Naurah pun makan jugak!” kata Puan Lee lagi. Naurah hanya mengangguk lantas makan. Daun salad dicapainya lalu makan bersama sos khas. Fuh! Sedap!

“Naurah…lepas makan ajar aunty baca al-Quran ya? Aunty sebenarnya tergagap-gagap and confuse yang mana satu perlu dipanjangkan ketika dalam bacaan!”

Naurah hanya mengangguk. “Boleh je aunty…”

“Uncle pun sama!” ujar Mr Lee tiba-tiba. “Tiap-tiap hari uncle baca dekat ofis selepas sembahyang Zohor tapi uncle rasa apa yang uncle baca tu macam tak kena! Bolehkan Naurah ajarkan?”

“Boleh tu boleh aunty…uncle tapi Naurah manalah handal sangat! Kenapa uncle and aunty tak ambil je ustaz? Kan lagi senang?”

“Kami memang bercadang tapi buat sementara ni biarlah Naurah yang ajar dulu. Kalau kami dah tahu sikit-sikit, senanglah kami nak belajar dengan ustaz nanti…” ujar Mr Lee sambil menyuapkan nasi dan ayam salai ke dalam mulutnya.

“Hmmm…Naurah ok je aunty!” balas Naurah sambil tersenyum.

Mereka makan sambil menceritakan pengalaman hidup masing-masing. Selepas makan, Naurah menghampiri Puan Lee yang sibuk dengan bunga-bunganya.

“Aunty…” panggil Naurah perlahan.

“Ya? Ada apa Naurah?” Puan Lee berhenti fokus kepada bunga-bunganya dan fokus kepada Naurah pulak.

“Naurah ada pertanyaan sikit je. Errr…tadikan masa Naurah baca al-Quran, siapa yang pulas tombol bilik Naurah erkk?? Aunty ke?” soal Naurah. Soal yang ingin dituju sejak tadi.

Puan Lee terdiam. Mmmm…perlu ke aku bagitahu kepada Naurah tentang kepulangan Vincent tadi?

“Aunty?” pelik pulak aunty ni.

“Errr…sebenarnya Naurah. Aunty bukanlah nak takutkan kamu ke apa tapi yang pulas tombol pintu kamu tadi tu ialah…Vincent.”

Terperanjat Naurah dibuatnya. Tak semena-mena hatinya menjadi berdebar-debar. Vincent?

“Tadi Vincent balik ke aunty?”

“Yep! Dia balik ambik document je tadi. Tapi…Naurah tak perlu risau sebab dia tak ada di KL selama tiga hari…”

3 hari je?? Oh gosh! Macam mana ni??

“Aunty…Naurah tak sedap hatilah…”

“Naurah…you’ve to believe. Tak akan ada apa-apa yang terjadi ok? Donnie, aunty dan Soo akan pantau gerak-geri dia.” ujar Puan Lee yakin.

“Hmmm…” itu sahaja yang Naurah mampu katakan. Nak kata lebih-lebih takut makan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience