Chapter 24

Romance Completed 19927

Bab 24

“Naurah…” sapa Puan Lee.

“Ye aunty?” Naurah memandang Puan Lee.

“Aikk?? Kenapa panggil mom dengan panggilan aunty. Naurah kan dah jadi menantu mom. So, panggilah aunty ni mom…”

Naurah tersengih. “Errr….sorry aunty! Eh, I mean mom…”

“Good! Well, tadi kenapa abang Naurah terburu-buru balik? Ada urgent matters ke?” pelik jugak bila tengok Saiful menarik tangan Diniy dan berlalu dengan cepat.

“Abang Saiful tu gaduh dengan Vincent…sebab tulah dia tak boleh stay dekat situ lama-lama…” cerita Naurah.

“Ya Allah…habis tu?”

“Vincent hina Islam then abang tunggu apa lagi? Teruslah dia tumbuk Vincent. Lagipun, abang ni dia sensitif bila hina pasal agama macam ni…” tambah Naurah lagi.

“Ya Allah! Mana Vincent?” tanya Puan Lee cemas. Naurah hanya menunjuk ke arah pintu yang bertutup rapat dan tuan punya gerangan tidak keluar langsung sejak tadi.

Puan Lee terus memanjat tangga menuju ke bilik Vincent. Pintu bilik Vincent diketuk.

Tiada respons. Diketuk lagi. Sama juga.

“Vincent! Open this door please! I need a talk with you!” pujuk Puan Lee lagi.

“Mom…I don’t want meet with anybody even you mom!” balas Vincent tegas di dalam.

“Vincent! I said open this door or else I will ask dad to over you!” ugut Puan Lee.

Tak lama, pintu bilik itu dibuka. Vincent masih berpakaian akad nikahnya tadi.

“Oh gosh! Your face!” Puan Lee membelek wajah anaknya.

“Mom! Don’t touch it! Sakitlah!!” Vincent menepis tangan Puan Lee.

“Dah sendiri yang mintak bala!” balas Puan Lee selamba.

“Oh…mom pun nak backup dioranglah?! Habis tu? Sapa yang nak backup Vinc?? Ada sapa-sapa pernah rasa apa yang Vinc rasa?!” Vincent tak berpuas hati dengan mamanya sendiri. Dia bela diorang tu? Habis? Aku campak mana?!

“Bukan pasal backup Vincent tapi ini pasal cara Vinc bercakap! Kalau ye pun benci dengan agama ni, tapislah bila nak berkata!”

“Whatever lah mom! Vinc malas nak dengar lagi! Semua ni mengarut!” Vincent menghempas badannya ke atas katil.

Naurah yang mendengarnya hanya mampu menahan di hati. Memang benci betul Vincent dengan agama Islam! Ya Allah! Macam mana caranya aku nak ubah perangai si devil ni??

“Kalau macam ni teruk muka Vinc…mom akan batalkan resepsi kita! Nanti bila muka tu dah surut, baru kita buat!” Puan Lee keluar dari bilik Vincent lantas menutup pintu.

Puan Lee terkejut dengan kehadiran Naurah. “Bila masa Naurah ada dekat sini? Mom tak perasan pun?”

“Sejak tadi lagi mom. Mom…nampaknya Naurah tak mampu nak robohkan pintu hati dia yang keras tu…” ujar Naurah lirih. Entah sanggup ke tak aku nak hadapi ego dia tu.

“Naurah…Naurah jangalah cakap macam tu. Mom yakin yang satu hari Naurah akan hidup bahagia dengan Vincent! Percayalah cakap mom…”

“Entahlah mom! Dia terlalu keras!”

Puan Lee mendakap erat tubuh Naurah. Dia tahu Naurah keliru dengan semua yang dilaluinya. Dia tak mahu Naurah keliru lagi dalam hidupnya.

MALAM itu Naurah menuju ke dapur. Tiba-tiba pulak tekak ni haus. Naurah menuang air dalam gelas lalu diminumnya.

Tiba-tiba terasa pinggangnya dipeluk. Nak tersedak di buatnya. Isy! Dia memandang wajah yang memeluknya.

“Aw…awak buat apa ni?” soal Naurah gugup.

“Nothing…just hugging you…” ujar Vincent menggoda. Leher Naurah dicium. Naurah menggeliat kegelian.

“Lepaslah…saya tak selesa.” Vincent enggan. Nafsunya memuncak. Sudah lama agaknya dia tak merasa tubuh Naurah.

“No…” sebenarnya niat Vincent datang untuk minum air juga tapi bila ternampak tubuh Naurah yang sedang minum air, serta merta niatnya terbantut.

“Vincent! Please…nanti mom nampak! Lagipun saya mengandung!” bentak Naurah sedikit.

“Apa?!” serta merta rangkulannya dilepaskan. “Kau tak gugurkan lagi kandungan ni?! Hey! Kan aku dah cakap yang aku tak nak anak dalam perut kau tu! Rihanna pun aku paksa gugur! Kenapa kau susah sangat nak dengar?!” marah Vincent. Tersangatlah gerun mukanya sekarang ini.

“Anak ni anak saya…” jawab Naurah.

“Hey!” Vincent mencengkam rambut Naurah. “Ada aku kisah anak sapa pun?? Yang aku nak kau gugur! Kalau aku cakap gugur, gugurlah!!!” ditolak tubuh Naurah tepat kena pada dinding. Terhantuk kepalanya. Naurah memegang kepalanya yang terasa berdenyut.

“Kau faham tak?!” Vincent mencengkam mukanya pula.

“Vincent…sampai bila awak nak seksa saya macam ni?” rintih Naurah dalam kesakitan.

Vincent melepaskan cengkamannya. Dia tersenyum devil. “Aku akan seksa kau sampai bila-bila! Sampai aku puas Naurah! Sampai aku puas!”

“Vincent…tolonglah Vincent! Saya dah penat dengan segala kesakitan yang awak bagi pada saya…”

“Kau jangan ingat aku nak makan pujuk rayu kau tu! Sampai bila-bila pun aku takkan dengar cakap kau!” Vincent merenung Naurah dengan pandangan tajam. Kau jangan harap aku akan berhenti seksa kau Naurah! Never and ever!

“Terserahlah awak nak buat apa dekat saya Vincent cuma satu saya pinta…awak jangan sesekali marah parents awak semata-mata pengIslaman mereka.”

“We will see…tengoklah macam mana!” Vincent segera beredar keluar dari ruang dapur.

Naurah mengeluh. Sampai bila aku nak kena hidup dalam neraka ciptaan Vincent? Aku memang tak sanggup lagi.

“Dan kau jangan ingat yang kau akan terlepas dari neraka aku!” sambung Vincent sambil beredar keluar dari ruang dapur.

“Apa lagilah yang Vincent nak buat?” Naurah memicit-micit kepalanya. Terasa berdenyut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience