Bab 15 - Mana Dia

Romance Completed 27813

"Aunty Umi! "

Umirah terus tersenyum memandang Raisya dan Rayyan yang sedang berlari ke arahnya. Tak jauh di belakang, Adriz sedang berjalan perlahan.

"Aunty Umi, Mama sihat ke? " soal Raisya.

Umirah masih senyum. Dia tahan tawa tatkala terlihat tocang rambut Raisya yang serabai hanya Tuhan saja yang tahu. Pasti kerja Adriz. Raisya didukung lalu getah rambut merah jambu anak kecil itu ditarik.

"Come, duduk sini Rayyan. " ajak Umirah.

Rayyan hanya menurut. Bertatih anak kecil itu cuba memanjat tempat duduk kosong di sebelah Umirah.

"Mama okay. Tapi sekarang Mama tengah tidur. Raisya dengan Rayyan jangan kacau eh? Biar Mama rest, "

"Okay, Aunty! "

"Umi, "

Umirah angkat wajah. Adriz yang berdiri tegak di depannya dipandang.

"Ya? "

"Maira macam mana? Okay? "

Umirah senyum. Rasanya baru tadi dia sudah dengar dan jawab soalan ini.

"Okay, Alhamdulillah. Kami dah bagi dia IV. Dia tengah tidur. Jangan kacau eh? Biar dia rest, "

Adriz hanya mengangguk. Dia lantas duduk di ruang kosong sebelah Rayyan yang sedang lena. Kepala anak lelakinya itu dibawa atas paha.

"Saya rasa saya nak buat test untuk derma hati dekat Maira, " utara Adriz.

Umirah yang sedang menocang rambut Raisya itu pantas menoleh. Dahi naik berkerut.

"Awak nak buat? "

"Anything, saya sanggup demi isteri saya. "

Ya Allah, kasihnya lelaki ini pada isterinya. Mengapa lelaki sebaik ini diduga demikian rupa. Benarlah, tiap-tiap manusia itu akan diuji tahap keimanannya.

"Tak perlu, "

"Eh, kenapa pulak? " Adriz kerut dahi.

"Saya yang akan derma untuk Maira, "

Terbeliak mata Adriz.

"Biar betul? "

*****

"Awdra jangan main-main dengan Pak Lang, "

Awdra mengeluh. Dahi lantas diurut lembut. Susah sebenarnya mahu berkompromi dengan Tuan Fudhail ni.

"Betul, Pak Lang. Takkan Awdra nak main-main? Mama dengan Mak Ngah dah setuju pun, "

"Amir? "

"Amir dah tentu-tentu lah setuju, "

Tuan Fudhail bersandar di kerusi pejabatnya. Kedua tangan disilang. Kerutan juta terlihat di dahi tuanya.

"Marriage life is not like what you think, Awdra. " ujarnya memberi peringatan.

"I know, "

Awdra senyum nipis. Come on. Marriage life? Tunang tiga bulan je hoi. Tu pun berlakon kalah ABPBH.

Ni nasib tak cakap pasal plan tu. Kalau tidak, memang mampus aku kena balun dengan Pak Lang ni.

"Awdra dah fikir masak-masak? " soal Tuan Fudhail.

"Dah, Pak Lang. Kalau tak, takkan Awdra sampai sanggup jauh-jauh datang sini. "

"Awdra, Awdra naik lif bukan tangga. "

Awdra sengih lalu mengangguk. Set-set lawak hambar!

"Keluarga Cairel tak datang merisik? "

"Eh, datang! Takkan tak datang? "

"It's up to you. But think about it wisely, Awdra. You're dealing with your future. "

"Baik, Pak Lang. "

Tuan Fudhail hanya senyum hambar. Kemudian dia bangkit. Kot hitam yang tersangkut di sebuah kayu tinggi dicapai lalu disarung.

"Aik, Pak Lang nak pergi mana? "

"Laa, jumpa Tengku Soelihah lah. Awdra nak tunang dengan cucu dia kan? " giat Tuan Fudhail.

Awdra senyum kelat. Mata hanya memandang Tuan Fudhail yang melangkah dari pejabat masuk ke dalam lif.

"Laa, aku ingat Pak Lang tak bagi. Ni beria pulak jumpa mamat terlebih cuka tu. Pak Lang, Pak Lang. "

*****

"Wah wah wah, Awdra. Cantik-cantik ni nak ke mana? " tegur Kak Siti.

Awdra yang sedang mengikat tali kasut lantas mengangkat kepala. Dia senyum nipis ke arah Kak Siti yang sedang menjegulkan kepala di pagar pembahagi rumahnya dengan rumah Kak Siti.

Ni laa Kak Kiah kawasan. Kaki canang.

"Akak tengok sejak demenjak ni Awdra asyik keluar dengan sorang lelaki ni. Kaya eh siap bawak ferrari dengan porsche lagi? " ujar Kak Siti sengaja memprovokasi.

Awdra hanya diam. Kata-kata Kak Siti hanya dibalas dengan senyuman nipis.

"Awdra kena hati-hati. Zaman sekarang ni lelaki yang nampak baik pun ada yang perangai macam syaitan. Lelaki tu mungkin nampak je macam minat kat Awdra. Tapi sebenarnya ada agenda lain tu. Jangan sebab nak jadi kaki kikis, sanggup gadai maruah, "

Fuh... panas! Panas! Panas!

"Akak, "

Awdra bangkit. Pleated skirt hitam yang tersarung dikebas-kebas menghilangkan habuk halus. Dia pura-pura kepada Kak Siti.

"Kita ni hidup jangan suka jaga tepi kain orang sangat. Memang lah kubur lain-lain. Sebab tu saya rasa akak sebelum nak sibuk hal kubur saya, sibuk hal kubur akak dulu. Kita ni hidup sekejap je, esok-esok mati. Ya tak? " sindir Awdra.

Pin! Pin!

Awdra memandang ke arah pagar. Kereta Ferrari 458 warna kuning sudah tersadai di depan pagar. Awdra kerut dahi.

Siapa pulak ni?

"Haa, kak. Awdra jalan dulu eh? Apa-apa pun Awdra nak nasihatkan lah, jangan ditambah dosa sedia ada tu. Assalamualikum, "

Awdra berjalan keluar dari halaman rumah. Pagar besi dibuka lalu dikunci kembali. Geli hatinya melihat Kak Siti yang berwajah cemberut itu sedang mengetap bibir menahan geram.

Padan muka! Lega sikit marah aku ni.

Tingkap kereta Ferrari kuning itu diketuk perlahan. Sekali dua ketuk terus cermin tinted gelap warna hitam itu diturunkan ke bawah oleh si pemandu.

"Hai, "

"Tengku Fai?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience