Bab 33 - Kembali II

Romance Completed 27688

"Sampai hati dia tak datang majlis nikah aku! Awdra kejam! Kejam! " rengek Arisa.

Umirah geleng kepala. Rayyan yang sedang mengantuk di pangkuan ditepuk perlahan.

"Auntie Ris ni macam budak-budak lah. Bising betul! Kasihan Ayyan nak tidur! " getus Raisya.

Terbeliak mata Arisa. Serta-merta dia mencuit pipi gebu anak kecil itu.

"Ei, siapa ajar kutuk orang macam ni hah? Tak baik tau. Auntie punya suka lah nak buat apa pun. Huh! "

"Macam budak-budak! "

"Weh, Umi. Tengok Raisya ni. Mana ada aku macam budak-budak. Dia yang budak-budak, tak sedar diri! " rengek Arisa.

"Hey, hey. Sudah lah! Dengan budak-budak pun kau nak bergaduh ke? Tak matang betul, "

Arisa ketap bibir. Bertambah geram bila melihat Raisya galak mentertawakannya. Lagi-lagi Umirah mempertahankan anak kecil itu.

"Tak sporting lah kau ni, Umi! "

"Aku cakap benda betul, "

Arisa mendengus. Telefon yang dari tadi berbunyi minta diangkat dikeluarkan dari dalam beg tangan. Skrin telefon ditekap ke telinga.

"Hello? "

"Hai, "

Arisa terus kerut dahi. Suara ni macam kenal. Tapi takkanlah....

"Ni.. siapa? "

"Ai, takkan tak kenal? Tak ingat dah kawan kau ni? "

Terkebil-kebil Arisa memandang skrin telefonnya. Rasanya dia tak salah dengar tadi.

"A... Awdra? "

******

Bangku kayu setentang dengan tasik Titiwangsa ini sekali lagi menjadi tempat kunjungan Tengku Cairel. Suasana petang ini nyaman dan menenangkan. Angin bertiup lembut seiring dengan pergerakan lemah gemalai dedaun merimbun.

Hari ini masuk hari ketiga dia tidur di pejabat dan tidak pulang ke rumah. Sungguh dia tak mahu bertentang mata dengan Tengku Adeline. Lebih keadaan begini. Tiada amarah yang perlu dia lepaskan.

Sama dah pelbagai usaha dia lakukan untuk menjejaki Awdra. Namun semuanya menemui jalan buntu.

Entah apalah khabar gadis itu sekarang. Mungkinkah sudah punya kerjaya kukuh dan sudah ketemu seseorang yang mampu membuat gadis itu melupakan dirinya? Tidak! Mustahil Awdra melupakan dirinya.

"Awdra.. I miss you, "

Tengku Cairel pejam matanya. Dia bersenandung bersama irama angin dan bunyi kocakan air tasik. Dia jadi tenang.

"Ais krim! Ais krim! "

Tengku Cairel menoleh belakang. Kemudian dia kembali membuang pandang ke tasik. Kanak-kanak yang menjual ais krim bersama bapanya itu kurang menarik perhatiannya.

Melihat kanak-kanak yang menjual ais krim itu sedikit sebanyak mengingatkan dia kepada Awdra. Gadis itu gemar mengunyah ais krim sambil melihat manusia-manusia yang pelbagai ragam menjalankan aktiviti masing-masing di taman tasik ini. Ya, kunyah ais krim. Dia juga kagum dengan bakat Awdra. Dia sendiri pun tak mampu mengunyah ais krim. Gadis itu selamba saja mengunyah ais krim seperti mengunyah biskut.

"Tengku Cairel.. tak nak beli ais krim ke? "

Serta-merta mata Tengku Cairel terbeliak besar. Pantas dia bangkit lalu menoleh.

"A... A... Awdra? Awak Awdra kan? " soalnya tidak percaya.

Gadis yang wajahnya mirip Awdra itu ketawa kecil dengan lesung pipit yang kelihatan jelas di kedua belah pipi. Gaya pemakaiannya juga mirip Awdra. T-shirt hitam lengan panjang hitam belang putih dengan seluar slack hitam. Rambut ditocang kuda dengan kaki tersarung sneakers bertali putih.

"Ai, baru berapa minggu tak jumpa takkan dah lupa muka saya? Kelakar lah awak ni, Cairel. " Gadis itu ketawa lagi.

Tengku Cairel tiba-tiba memandang Awdra tajam. Dia duduk kembali di atas bangku lalu menyilang tangan. Wajahnya bertukar masam.

"Eh, kenapa ni? Takkan tak suka jumpa saya? " soal Awdra.

"Awak kejam, "

Terkebil-kebil Awdra memandang lelaki itu. Dia kurang dengar.

"Apa dia? "

"Kejam. Awak kejam! Sampai hati awak buat saya macam ni? Saya rasa macam separuh nyawa saya hilang awak tahu tak? " luah Tengku Cairel. Matanya tiba-tiba saja jadi berkaca.

Awdra senyum nipis.

"Saya minta maaf. Saya betul-betul tak bermaksud nak buat awak macam tu, "

"Saya faham. Saya dah baca dah surat awak, "

Awdra mengerdipkan mata beberapa kali. Terus dia menggigit bibir. Teringat pula surat yang dia tulis untuk Tengku Cairel.

Argh....!

Malu! Malu! Dah lah aku buat luahan cinta sendu dalam tu! Malu! Mana nak letak muka ni??!!

"Awak pergi rumah Kak Siti? " soal Awdra.

"Saya cari awak, Awdra. Merata tempat. Kak Siti bagi saya telefon dengan surat awak masa saya cari awak dekat rumah awak. " jawab Tengku Cairel.

Awdra mengangguk faham. Kemudian dia memandang ke arah tasik yang terbentang luas. Rasa tenang.

"Awdra, why not kita kahwin lari? " cadang Tengku Cairel.

Terbeliak mata Awdra. Terus dia memandang Tengku Cairel.

"Awak gila ke? Awak nak Mum awak lagi benci saya? " giat Awdra.

Tengku Cairel lantas mengeluh. Dia memandang tanah. Mata dipejam rapat-rapat. Betul juga kata Awdra. Kalau mereka kahwin lari, tentulah Tengku Adeline lebih berang.

"Kita ada adat, Cairel. Bawa keluarga awak datang rumah saya, "

Eh? Tengku Cairel terus memandang Awdra. Gadis itu beriak selamba sambil bersenandung perlahan. Siapa yang gila sekarang ni? Dia atau Awdra?

"Maksud awak? "

"Mum awak call saya tiga hari lepas. Dia minta maaf dan minta saya terima awak semula. Dia izinkan kita kahwin, "

"Bi... biar betul? Mum cakap macam tu? " soal Tengku Cairel terkejut.

Awdra mengangguk.

"Apa kata kita pergi rumah saya? Ada banyak benda saya nak cerita dengan awak ni. Jom? " ajak Awdra. Dia bangkit sambil tersenyum nipis ke arah Tengku Cairel.

"Jom! "

*****

Dulang berisi dua cawan serta satu teko teh diletak atas meja kopi. Teh dituang berhati-hati ke dalam cawan.

"Jemput minum, Cairel. " pelawa Puan Asiah.

"Terima kasih, Aunty. " ucap Tengku Cairel.

"Sama-sama. Aunty pergi dapur sekejap eh? Cairel berbual lah dulu dengan Awdra, " Puan Asiah senyum nipis.

Tengku Cairel hanya mengangguk. Matanya mengiringi Puan Asiah ke dapur. Kemudian dia menyisip sedikit teh buatan Puan Asiah.

"Selama sebulan ni, awak tinggal dekat mana? Merata tempat saya cari. Pak Lang kata awak dekat Jakarta. Tapi bila saya check passenger dalam flight, tak ada nama awak, Aunty dengan Amir. "

Awdra senyum. Senyum seribu makna.

"Kalau saya bagitahu awak, awak mesti terkejut. "

Tengku Cairel kerut dahi. Mengapa harus dia terkejut?

"Sebab? "

"Saya dekat Port Dickson, "

Kejap, kejap. Port Dickson? Kenapa dia harus terkejut jika Awdra berada di Port Dickson? Port Dickson.... jangan-jangan....

Terus Tengku Cairel memandang Awdra. Sengaja dia mengerut dahi. Ingin jawapan.

Awdra kemudian mengangguk. Seolah-olah mengetahui persoalan Tengku Cairel.

"Jadi selama ni awak dekat vila family saya dekat Post Dickson? " soal Tengku Cairel ingin kepastian.

"Dini. Adik awak yang sembunyikan saya, Mama dengan Amir dekat sana. Dia kata lagi bagus saya tinggal dekat sana daripada saya pergi Jakarta. Asalnya saya nak pergi kampung Tok Ma dekat Perlis, tapi dia offer nak duduk dekat sana, saya setuju je lah. Susah tau nak pujuk Mama, "

"Maaf. Semua salah saya. Kalau bukan sebab saya awak tak perlu pun pergi jauh sampai ke Port Dickson, "

"Cairel, awak buat saya rasa bersalah setiap kali awal ungkit pasal semua ni salah awak. Ini takdir, Cairel. Bukan kesilapan awak, "

Tengku Cairel mengangguk perlahan. Dia membalas senyuman Awdra dengan senyuman nipis.

"Jadi, pasal pernikahan saya dengan Sai yang tak jadi tu.. awak tahu? "

Awdra mengangguk. Teh disisip perlahan.

"Habis tu, kenapa awak tak halang? " soal Tengku Cairel semacam marah.

"Awak nak saya buat apa? Bawa penyapu lepas tu buat kecoh? Macam tu? " giat Awdra pula.

Tengku Cairel ketawa. Betul juga. Takkan Awdra mahu datang buat kecoh?

"Saya anggap awak dengan saya tak ada jodoh kalau awak jadi nikah dengan Sai. Siapa lah saya ni nak lawan takdir kan? "

"Awdra, I promise. I'll never let you hurt anymore. "

Awdra senyum nipis. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Assalamualikum, "

Pantas Awdra dan Tengku Cairel menoleh memandang pintu utama rumah. Serta-merta mereka berdua bangkit dengan wajah terkejut.

"M... Mum? " Mata Tengku Cairel terbeliak.

Puan Asiah yang mendengar terus bingkas melangkah ke ruang tamu. Wajahnya berang. Nafasnya mula tidak teratur.

"Siapa benarkan kamu datang sini?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience