Bab 32 - Mana Dia II

Romance Completed 27688

"Dapat juga Mama bermenantukan Cairel kan, Sai? " usik Tengku Adenine tersenyum.

Saidatul senyum hambar. Dia memandang pantulan wajahnya yang disolek nipis di cermin. Bukankah ini yang dia mahukan sejak kecil? Berkahwin dengan Tengku Cairel. Tapi, mengapa dia langsung tidak berasa gembira?

"Eh, Sai dah siap? " Tengku Adeline menolak perlahan daun pintu.

Saidatul menoleh. Dia mengangguk perlahan.

"Jom, Rel dah siap dah. " ajak Tengku Adeline.

Saidatul hanya menurut. Perlahan-lahan dia bangkit. Nafas dihela dalam-dalam. Semoga dapat meniupkan kekuatan dalam dirinya.

Dingin kakinya melangkah menuruni tangga marmar ke ruang tamu. Ruang tamu keluarga Tengku Cairel itu penuh dengan para tetamu. Dari jauh, kelihatan Tengku Cairel sejak menyarung sepersalinan baju Melayu putih gading dengan songkok berkerongsang bulan sabit dan bintang 14 penjuru.

Dia duduk bersimpuh tidak jauh dari tempat Tengku Cairel yang duduk bersila. Kelihatan Tok Kadi menghulur beberapa dokumen yang perlu ditanda-tangani.

"Tanda-tangan ya, Tengku. " Tok Kadi menghulur pen.

Menggeletar tangan Tengku Cairel menyambut huluran Tok kadi itu. Helaian demi helaian diselak.

Awdra, maafkan saya. Saya tak mampu pertahankan cinta kita.

Tanda-tangan diturunkan. Hampir saja air matanya menitis. Mungkin dia perlu redha. Yang dia dan Awdra tiada jodoh.

Saidatul dari jauh memandang Tengku Cairel yang sudah menanda-tangan dokumen pernikahan. Lelaki itu sudah sedia menjadi suaminya. Kini, keputusan akhir di tangannya.

Tok Kadi kemudian berjalan ke arah Saidatul. Menghulur dokumen yang sama. Pen yang sama juga dihulur. Mata Saidatul jatuh pada tanda-tangan Tengku Cairel di sebelah ruang kosong tempat dia harus menurunkan tanda-tangan.

Tiba-tiba dia duduk tegak. Dokumen itu pantas ditutup. Pen dia hulur kembali pada Tok kadi.

"Maaf, saya tak boleh teruskan pernikahan ni. "

Saidatul bangkit sekaligus menyebabkan keadaan menjadi riuh. Tengku Adeline terus mengerut dahi marah.

"Sai, Sai cakap apa ni? Bukan Sai yang nak kahwin dengan Cairel sebelum ni? " soal Tengku Adeline berang.

"Auntie, itu dulu. Sekarang Sai dah sedar. Abang Rel tak cintakan Sai dan Sai pun tak cintakan Abang Rel, "

"Sai! "

Saidatul bangkit lalu berlari keluar dari rumah agam besar itu. Tengku Cairel turut bangkit lalu mengejar Saidatul.

"Sai! Wait! "

Saidatul berhenti melangkah. Dia menoleh.

"Abang, Sai tak boleh kahwin dengan Abang. Jauh di sudut hati Sai tahu Abang menderita. Sai silap selama ni. Sai sedar Sai takkan mampu ganti tempat Awdra dalam hati Abang. Cinta Abang pada Awdra terlalu kuat. Terlalu kuat sampai Sai tak mampu tandingi. Maafkan Sai kalau buat keluarga Abang malu. "

"Tak, tak. Sai tak malukan Abang. Abang yang patut berterima kasih pada Sai sebab tak teruskan pernikahan ni. Abang terima kenyataan kalau Abang tak ada jodoh dengan Awdra. "

"Abang, abang kena cari Awdra. Cari kebahagiaan Abang. " Saidatul menghulur kunci kereta Tengku Cairel.

Tengku Cairel kerut dahi. Terkebil-kebil diamemandang kunci di tangan Saidatul. Cari Awdra? Tiba-tiba rasa mahu ketawa pula. Lucu kerana sudah hampir tiga minggu dia mencari Awdra namun langsung hilang hingga dia berjumpa jalan buntu.

"Untuk apa ni? "

"Awdra, find her. Now, Abang. Now! "

Lekas-lekas Tengku Cairel berjalan ke arah keretanya. Enjin dihidupkan lantas kereta berjalan keluar dari perkarangan rumah besar itu.

Saidatul senyum sendiri.

"Semoga Abang Cairel berbahagia, "

"Sai, "

Saidatul menoleh. Terus dia tersenyum.

"Ya, saya? "

"Pengantin lelaki dah lari. Siapa nak ganti eh? " soal Tengku Houdini.

"Hmm... apa kata awak yang ganti? " cadang Saidatul.

"Serius? " Terbeliak mata Tengku Houdini.

"Laa... ingat saya main-main ke? Jom, nanti kita explain kat Aunty Lin dengan Mama. "

******

Sudah tiga hari berlalu sejak Saidatul membatalkan majlis pernikahan. Tengku Adeline sungguh berang. Puas Saidatul dan Tengku Cairel dileter.

Dia malu. Segala persiapan terpaksa dia hentikan. Apa dia perlu jawab pada saudara mara yang bertanya? Mana dia mahu letakkan muka?

Kerana terkejut, Tengku Adenine, Mama kepada Saidatul diserang demam. Namun Tengku Soelihah tampak relaks seolah tiada apa yang jadi. Kerap kali juga wanita tua itu memerli Tengku Adeline di meja makan.

Tengku Adeline mundar-mandir di ruang tamu. Wajahnya resah. Semacam berfikir namun hingga kini tiada jawapan timbul.

"Jahanam! "

"Mum... " Tengku Houdini bangkit mengurut perlahan bahu ibunya.

"Dini, tell me. Salah ke apa Mum buat ni? Kejam ke Mum ni? Salah ke Mum nak tengok anak Mum happy? " soal Tengku Adeline bertubi.

Tengku Houdini ketap bibir. Dia garu kepala. Tak pasal-pasal dia yang kena tempias. Ni semua, Abang Rel punya pasal!

"Er.... salah tu adalah jugak. Sebab Mum terlalu mendesak kut? " ujar Tengku Houdini berhati-hati. Risau kalau-kalau dia pula yang kena hambat.

"So, Dini nak cakap Mum ni suka desak you guys? Sebab tu Fai pindah keluar? " giat Tengku Adeline.

Alamak... aku silap cakap dah! Mulut kau ni mulut!

"Eh, bukan. No.... Dini tak maksudkan macam tu. Cumanya... "

"Ah, sudah lah. Bercakap dengan Dini tambah sakit hati Mum aje! " getus Tengku Adeline lalu bingkas mendaki tangga.

Tengku Houdini tergamam.

"Masaklah aku.... "

******

Tengku Cairel melangkah longlai masuk keluar dari ruang makan. Tiada selera. Wajahnya sugul tak bermaya. Semangatnya entah hilang ke mana. Dirinya seolah tiada arah tuju.

Awdra... benar-benar sudah mengundur diri. Gadis manis berpakaian serba hitam itu sudah pergi. Pergi jauh dari dia.

Kalaulah perjanjian itu tidak pernah wujud. Kalaulah dia tidak berjumpa dengan Awdra Fitri. Kalaulah dia tidak terfikir untuk bertunang dengan Awdra. Tentu.. semua ini takkan berlaku.

Benar kata Awdra. Perpisahan ini sungguh menyakitkan. Sungguh memedihkan. Sungguh memeritkan. Sungguh memilukan.

"Rel, " panggil Tengku Soelihah.

Tengku Cairel yang mendaki tangga langsung tidak mengendahkan panggilan nendanya. Dia seolah berada di dunia lain.

Tengku Soelihah menggeleng perlahan. Dari tingkat ruang tamu kelihatan cucu sulungnya itu masuk ke dalam pintu lalu mengunci pintu bilik. Tanda dia tak mahu diganggu.

Makanan tengahari langsung tidak dijamah. Hanya dipandang kosong tanpa rasa. Ubat sakit kepala pun bukan diambil. Dibiar saja atas meja.

"Nenda, "

"Ya, Dini? "

"Abang Rel tak makan ke? Pinggan dia penuh lagi, "

Tengku Soelihah menggeleng.

"Sai risau lah, Nenda. Sejak Abang Rel balik cari Awdra semalam, muka dia macam tak bermaya je. "ujar Saidatul yang berdiri di sebelah Tengku Houdini.

"Sai dengan Dini tak payah risau okay? Tak apa, Nenda tahu lah macam mana nak ajar Mum tu. "

*****

Tengku Cairel duduk memeluk lutut tersandar di dinding menghadap balkoni biliknya. Lampu, kipas dan pendingin hawa semua dimatikan. Langsir juga ditutup. Dia lebih selesa begini. Lebih selesa melayan perasaan sedihnya sendirian.

Dia memeluk lututnya. Skrin telefon yang pernah dia berikan kepada Awdra diusap lembut. Mata dipejam rapat-rapat. Air mata mengalir perlahan menuruni pipi.

Dadanya turun naik tak mampu bernafas secara normal. Perasaan sedih sungguh menekan jiwanya. Hingga dia tak mampu menahan sebak.

'Selagi bulan masih bersinar di langit setiap malam, selagi tu saya akan cintakan awak. '

Tengku Cairel memeluk erat surat tulisan tangan Awdra erat. Kerinduan pada gadis itu.. bagaimana dia mahu ubati?

Awdra.. sampai hati awak buat saya macam ni?

*****

Tengku Fairose menutup pintu bilik Tengku Cairel dengan penuh cermat. Risau jika abang sulungnya itu terganggu dengan bunyi engsel pintu atau bukan pintu berlaga dengan tanggam di muka pintu.

"Macam mana? " soal Tengku Soelihah.

Tengku Fairose mengeluh panjang.

"Macam tu lah. Termenung sorang-sorang. Tak mandi, tak makan. Menangis tengok gambar Awdra. Nenda, Fai risau lah. Abang Rel tak pernah macam tu, "

"Siapa punca semua ni? Mum kan? "

"Tapi... "

Tengku Soelihah mendengus geram.

"Ni semua akibat perbuatan penting diri Mum kamu. Biar dia terima akibat dari apa dia buat. Biar dia rasa bersalah atas apa dia dah buat dekat anak dia, "

Tengku Soelihah melepaskan kemarahannya sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Terus Tengku Fairose garu kepala.

Aduh, lepas satu masalah, satu lagi datang. Mum ni pun satu. Tak faham betul aku. Ego sangat. Kasihan Abang Rel.

"Fai? "

Tengku Fairose menoleh.

"Eh, Kak Sai. Tak tidur lagi? " soal Tengku Fairose.

"Nope. Abang Dini nak horlicks, so Akak nak turun nak buat bancuh horlicks kat dapur. Fai nak jugak? "

"Eh, tak apalah. Horlicks tu untuk Abang Dini, bukan Fai. Tak apa, tak apa. Akak pergi buat eh? Fai nak masuk tidur, "

"Kejap, Abang Rel macam mana? Okay? "

Tengku Fairose geleng kepala.

"Macam tu lah. Macam dari tengah hari tadi sampai sekarang, "

Saidatul mengeluh panjang.

"Fai tak cuba bincang dengan Mum? "

"Mum pun angin Monsun. Macam mana nak bincang? "

"Hmm, tak apalah. Nanti Mum dah cool, try discuss dengan dia. Okay? "

"Insha Allah, " Tengku Fairose mengangguk.

*****

"Lin dah melampau! Sanggup Lin buat anak Lin macam tu? Dah macam mayat hidup Bonda tengok! " marah Tengku Soelihah.

Tengku Houdini terus menerpa ke arah nendanya. Bahu wanita tua itu diurut perlahan. Dia cuba menenangkan hati nendanya. Nendanya tidaklah sihat mana.

"Nenda, janganlah marah-marah. Nanti darah tinggi. Ya? " pujuk Tengku Houdini.

"Biar! Biar Nenda darah tinggi. Mati pun Nenda tak peduli. Nasihat Nenda pun Mum kamu tak mahu dengar, Nenda mati lagilah dia tak peduli! " bentak Tengku Soelihah.

"Bonda! Apa cakap macam tu? "

"Betul apa Bonda cakap, kan? Kalau Lin peduli dengan Rel, faham perasaan Rel, dia takkan jadi macam tu. Sudah-sudah lah, Lin. Jangan penting diri. Anak kamu yang terima akibat, bukan kamu. "

Tengku Adeline terdiam. Kata-kata Tengku Cairel terus terimbas kembali.

"Mulai hari ni anggap Rel dah mati. Maafkan Rel kalau Rel jadi anak derhaka. "

Dia terus terduduk di sofa. Air mata tiba-tiba mengalir deras. Nafasnya mulai tidak teratur.

"Ya Allah, apa aku dah buat? Cairel.. " Tengku Adeline meraup wajahnya.

Sungguh dia tidak patut pentingkan diri sendiri. Cairel sudah cukup menderita. Dan dia puncanya. Dia harus perbetulkan silapnya.

"Dini, tolong Mum. Mum tak nak Abang Rem macam tu sampai bila-bila. " rayu Tengku Adeline.

Tengku Houdini terkebil-kebil memandang ibunya. Dia menggosok-gosok belakang tengkuk.

"Please, Dini. "

"Er... sekejap eh. "

Tengku Houdini mengambil pen dan kertas dari dalam laci ruang tamu. Beberapa nombor ditulis lalu diserahkan kepada ibunya.

"Apa ni? "

"Laa.. Mum kata nak tolong Abang Rel? Ni nak call Awdra lah, "

Tengku Adeline cepat-cepat mendail nombor itu dengan telefon rumah. Gagang telefon diletak di telinga.

"Hello....? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience