Bab 6 - Cemburu Ke Tu?

Romance Completed 27688

"50,000 ringgit?! "

"Tiga bulan?! "

Awdra yang menyarung kemeja putih di bahagian dalam dengan sweater hitam di bahagian luar itu mengangguk. Kaki yang tersarung seluar palazzo hitam kosong itu disilang.

"Jujur aku kata, Awdra. Belum pernah lagi aku jumpa lelaki segila Tengku Cairel tu. " luah Arisa.

"Aku pun. Tak sangka wujud lagi spesies lelaki macam tu, " sambung Umirah.

"Spesies macam mana? " soal Awdra.

"Spesies melodrama. Ingat ini macam drama tipikal Melayu ke? Agreement bagai. Ei, old school betul. " kritik Arisa.

"Tapi kan, mana dia tahu pasal number aku dengan Ris? " soal Umirah.

"Dia kata dia ada informer, "

"Uish, ada informer! Gempak gila Tengku ni. So, bila kau nak jumpa family dia? " soal Arisa pula.

Awdra kerut dahi. Pelik kerana Arisa tiba-tiba menyoal. Biasanya yang mengeluarkan statement ialah Arisa dan yang rajin bertanya pula Umirah. Sekarang, terbalik pula. Ah, apa saja lah.

"Minggu depan, "

"Minggu depan tu esok, Awdra. Kau dah ready ke? " soal Umirah.

Ya tak ya lah. Minggu depan tu esok. Tapi mungkin juga hujung minggu. Sedia sajalah.

"Redah aje lah, "

"Ish, mana boleh redah je. Yang kau nak jumpa ni family dia tau. Bukan pak guard rumah dia. Kau nak jumpa mak dia, jumpa nenek dia. "

"Mana kau tahu pasal dia ni? " soal Awdra.

Arisa tiba-tiba sengih. Tersenyum simpul seperti kerang busuk. Muka mintak penampar betul!

"Aku tanya kawan dia, Hud. "

"Hud? "

"Ha'ah. Hud cerita yang Tengku Cairel tu minta dia carikan detail pasal kau. Lepastu dia dapat number aku then bagi kat Tengku Cairel. Tengku Cairel pun message aku, " cerita Arisa.

Awdra mencebik. Ini ke informer dia yang konon ramai tu?

"Hari ni cuti kan? Apa kata kita shopping? Beli baju untuk Awdra. Awdra kan nak jadi tunang orang, " usik Umirah.

Mendengar jenaka Umirah, terus Arisa ketawa berdekah bersama Umirah. Awdra mencebik. Suka sangat kenakan orang.

"Korang ni! Jahat! "

*****

Awdra melangkah ke ruang lobi utama New World Hotel yang nian luas itu. Seperti biasa kaunter receptionist diterpa terlebih dahulu.

"Hai, "

"Eh, Cik Awdra. Lama tak jumpa, " sapa Nabihah.

"Tu lah. Saya datang ni nak jumpa Pak Lang. "

"Cik nak manage hotel eh? " teka Nabihah.

"Nope, "

"Alaaa, "

"Tak ada alaa alaa. Sekarang ni, saya nak jumpa Pak Lang. Dia ada ke tak? "

"Kejap, kejap. "

Awdra geleng kepala. Semua orang sekarang sibuk menyuruh dia ambil alih pengurusan hotel. Sampai rimas jadinya.

Dia hanya memandang Nabihah yang sedang berbual melalui telefon. Sesekali gadis itu kelihatan ketawa dan tersenyum. Mungkin sedang berbual dengan pembantu peribadi Tuan Fudhail.

"Cik, "

"Hm? "

"Mukmin cakap Tuan tak ada apa-apa meeting. So, Cik boleh lah nak jumpa Tuan. " ujar Nabihah.

"Okay, thank you, Bihah. "

"Sama-sama, "

"Naik dulu ya? "

"Jumpa lagi! "

Awdra hanya melambai kecil. Butang lif ditekan. Sebaik saja pintu lif terbuka, terus dia melangkah masuk. Butang nombor 11 ditekan.

Seminit dua pintu lif terbuka. Tanda dia sudah sampai ke tingkat 11. Dia melangkah keluar dari lif lalu meneruskan langkah disepanjang laluan yang dilapisi karpet tebal itu.

Dia berhenti melangkah tatkala terlihat seorang lelaki yang duduk di meja pejabat sedang leka memandang monitor komputer.

"Assalamualaikum, Mukmin. "

Mukmin angkat wajahnya. Serta-merta dia bangkit. Songkok di kepala dibetulkan.

"Wa'alaikumussalam.Cik nak jumpa Tuan eh? "

Awdra mengangguk.

"Jap, saya inform Tuan dulu. "

Butang interkom ditekan.

"Tuan, Cik Awdra dah sampai. "

"Let her in, "

"Baik, Tuan. "

"Cik, boleh masuk. " ujar Mukmin.

Awdra mengangguk. Pintu kaca pejabat bapa saudaranya itu ditolak masuk ke dalam. Wajah tegang Tuan Fudhail yang sedang sibuk meneliti fail menyapa pandangan.

"Amboi, Pak Lang. Stressnya muka tu, " usik Awdra.

"Eh, Awdra. Duduk dulu. Tinggal sikit je ni. Pak Lang suruh Jas hidang air, okay? "

"Boleh, Pak Lang. "

"Kejap, Awdra datang ni ada apa? Tak bagitahu Pak Lang pun? "

"Oh, Awdra lupa. Awdra datang ni nak cakap pasal hotel. "

Terus helaian kertas di tangan Tuan Fudhail terlucut. Dia memandang Awdra tidak percaya. Serta-merta dia bangkit lalu duduk di ruang sofa sudut pejabat. Setentang dengan Awdra.

"Awdra dah fikir masak-masak pasal ni? "

"Eh, Pak Lang ni. Bukan Awdra nak manage hotel. Awdra kalau boleh nak start dari bawah. Ya lah, Awdra mana tahu apa-apa. "

"Boleh, boleh. Tak ada masalah. Awdra nak jawatan apa? Vice Chairman? President? Vice president? Board Director? Head Executive? Name it, Awdra. Please, "

"Pak Lang ni, tak menyempat betul. "

"Pak Lang bukan apa. Pak Lang ni dah tua tau. Nak lah juga merasa berdating, "

"Eleh, eleh. Pak Lang ni. Awdra datang ni nak cari kerja. Sebab Awdra perlukan duit untuk kos pembedahan Mama. "

"Awdra, cakap aje Awdra nak berapa. Pak Lang boleh bagi. Mak Ngah pun boleh tolong. Tak payah susah-susah kerja part-time kedai itu, part-time kedai ini, despatch lagi. Cakap je berapa Awdra nak, "
"Pak Lang, ni bukan sebab duit. Awdra nak usaha. Macam arwah Papa. Macam mana dia usaha untuk bina hotel macam sekarang ni, macam tu lah Awdra nak usaha. "

Tuan Fudhail mengeluh perlahan. Tangan kanan naik memicit dahi. Pening kepala dengan sikap degil anak saudaranya seorang ini. Sama seperti bapanya.

"Okay, Pak Lang terima syarat Awdra. Uncle Munir haritu dah bersara. So, Awdra boleh take over jawatan pengarah urusan. "

"Boleh, boleh. Awdra okay, "

"So, bila nak mula? " soal Tuan Fudhail.

"Isnin esok? "

"Esok? Awalnya, "

"Memang lah awal. Lagi awal lagi bagus, " seloroh Awdra.

Tuan Fudhail geleng perlahan kepalanya.

"Macam-macam lah Awdra ni, "

*****

Awdra dari tadi duduk di bangku taman sendirian. Kejap-kejap dia menoleh kanan, kejap-kejap dia menoleh kiri. Sedang menanti kehadiran Tengku Cairel.

Haa, ni lah dia. Janji Melayu. Kata pukul lima, tapi ini dah pukul enam. Memang janji Melayu. Susah-susah aku datang awal.

Bayangkanlah macam mana cuaknya Awdra bila menerima pesanan ringkas dari diktator Tengku Cairel. Usai saja solat Asar, terus dia bersiap dan bergegas ke sini. Serupa tak cukup tanah dia berlari tatkala jam di tangannya hampir menginjak jam 5 petang. Namun segalanya sia-sia bilamana kelibat Tengku Cairel langsung tak kelihatan. Lewat satu jam!

Tiba-tiba bahunya terasa disentuh. Pantas dia menoleh.

"Mak Melayu awal! " latahnya.

Tengku Cairel yang menyarung kemeja-t putih berjenama Polo dengan seluar jeans itu ketawa. Ketawa hingga memegang perut dek menahan senak.

Awdra mencebik. Kelakar sangat...

"Nak gelak je ke? Kalau nak gelak je, baik saya balik. Bazir masa je tengok awak gelak macam tak ada pedoman, "

"Eh, kejap kejap. Nanti dulu, petang-petang kat taman tasik macam ni best makan aiskrim. Kejap, aku pergi beli. "

Awdra hanya melihat Tengku Cairel yang sudah berjalan ke arah motor penjual aiskrim di tepi pagar pintu masuk taman. Tak lama kemudian lelaki berjalan sambil memegang dua ais krim kon dengan kedua belah tangan.

"Nah, "

"Thanks, "

Tanpa diundang selamba saja Tengku Cairel duduk di sebelah Awdra. Dia mengerling Awdra yang berbaju t-shirt hitam lengan panjang berseluar track-suit hitam garis putih di tepi itu sedang menggigit aiskrim.

"Tak ngilu ke kau gigit-gigit ais krim tu? " soal Tengku Cairel.

"Tak, saya dah biasa. " Awdra senyum nipis.

"Ada apa nak jumpa ni? " soal Awdra.

Mustahil lah tak mahu tanya kenapa. Sampai sekarang masih terasa cuaknya. Tengok lah sekarang, relax je mamat ni. Kalau tahu macam ni, baik balik rumah!

"Haa, jap. "

Bahu Tengku Cairel menyendeng sedikit ke kiri sambil tangan kanan cuba mengeluarkan dompet dari dalam saku seluar. Dompet dibuka lalu kad pengenalan Awdra dikeluarkan. Kad itu kemudian dihulur kepada Awdra. Serta-merta mata Awdra terbeliak.

"Biar betul! Awak bagi saya balik? "

"Ya lah, buat apa nak simpan lama-lama? Banyak lagi kad lain yang boleh disimpan dalam dompet aku ni, "

Awdra mencebik. Kad lain konon. Piiraaaaah!

"Jumpa semata nak bagi IC je? " giat Awdra.

"Saja ajak jumpa. Kenapa? Tak salah nak ajak girlfriend sendiri keluar kan? " giat Tengku Cairel pula.

Awdra merengus. Pandai je pusing-pusing ayat orang!

"Macam yang Tengku Cairel Iman Tengku Zachary Izzuddin kata, kita dua ni.. olok-olok je, "

"Tak ada lah. Aku saja je ajak jumpa. Ya lah, duduk rumah bukan buat apa pun. Tak salah kan, Awdra Fitri Farouqi? "

"Eleh, tak salah konon. "

"SPM hari tu Amir dapat berapa A? "

"Mana awak tahu? "

"Hud, "

Hud. Informer tersohor kononnya.

"Macam mana result SPM dia tahun lepas? Okay? " soal Tengku Cairel.

"Alhamdulillah, okay. Dapat straight A's. "

"Wow, so adik kau nak ambil course apa? "

"Entah lah, dia kata nak ambil course hospitality. Macam yang arwah Papa suruh, "

"Isnin nanti aku akan ambil dan hantar kau pergi kerja, "

"Kenapa pulak? Tak payah lah, buat penat je. " tolak Awdra.

"Aku tak nak kau bazirkan duit yang aku bagi tu untuk bayar teksi, " ujar Tengku Cairel dengan nada sarkastiknya.

Awdra merengus. Kerek betul!

"Tak ada apa-apa dah kan? Saya nak balik dulu lah, "

"Eh, jap. Tunggu lah, "

"Ish, apa lagi? " getus Awdra.

"Malam sabtu nanti aku akan bawak kau jumpa nenek aku esoknya Mum aku. Aku akan bagi detail tempat nanti. But make sure, don't wear black. Kau nak jumpa family aku, bukan jumpa jenazah. "

"Suka hati lah, " Awdra mencebik.

"Ei, macam itik Tok Wi. " kutuk Tengku Cairel.

"Ish, awak ni! "

"Apa? Apa? Aku ambil balik IC kau tu,
baru tahu! "

"Huh! "

Tengku Cairel mencebik. Macam budak-budak!

"Dah, aku nak balik. Kau nak aku hantar tak? " Tengku Cairel bangkit. Tangannya sibuk menepis habuk di seluar.

"Saya naik teksi, "

"Teksi, teksi. Aku suruh kau kahwin dengan pak cik teksi tu nanti baru tahu. Jangan macam-macam, aku hantar kau balik. "

Awdra menjeling tajam ke arah Tengku Cairel. Riak tidak puas hati dipamer.

"Naik teksi lagi bagus! "

"Ingat, kalau kau langgar perjanjian tu, kena bayar balik semua duit tu. " ujar Tengku Cairel tersirat peringatan dan amaran.

"Ya lah, ya lah! " Awdra mencebik.

"Eh, buat muka pulak kau. Kau nak aku dukung kau masuk kereta? Cepat! "

"Ish, sabar lah ! "

*****

Awdra membuka pintu rumah. Sneakers slip-on bercorak checker board diletak ke dalam almari kasut. Terus dia ke meja makan mengambil satu cawan gelas kaca. Kemudian dia mengisi air dari dalam jag plastik di tepi susunan gelas-gelas itu.

Kerusi ditarik lalu dia duduk. Air diteguk rakus. Sesudah habis, gelas diletak atas meja. Tercungap-cungap dia bernafas.

Punyalah dia merayu bagai nak rak tadi. Tengku Cairel memang dah sewel. Dah lah kereta yang dibawa Tengku Cairel tadi kereta Ferrari C8 Corvette, lepastu bawa laju-laju.

Huh, nasib aku tak ada sakit jantung tahu tak? Silap-silap tak sempat aku jumpa nenek dengan Mum dia ni. Innalillah dulu punya pasal.

"Eh, akak dah balik? "

Awdra menoleh. Dia hanya berdehem perlahan.

"Akak pergi mana tadi? " soal Amir.

"Jumpa kawan, "

"Ya ke? "

Kerusi setentang dengan Awdra ditarik lalu dia melabuhkan punggung. Kedua tangan di atas meja menongkat dagu memandang Awdra dengan bibir yang sengaja dimuncungkan.

"Apa pandang-pandang? Tampar nak? " getus Awdra. Tapak tangan sudah ditayang di udara.

"Akak jumpa boyfriend eh? " giat Amir.

Terus Awdra menjeling tajam Amir. Giginya diketap tanda geram. Rimas dengan sikap busy body adiknya. Macam makcik bawang. Penyibuk hal orang!

"Sibuk lah, "

"Cakap je lah jumpa boyfriend. Boleh tahan kaya juga eh boyfriend akak? Siap ada ferrari merah lagi. Ternganga mulut Kak Siti kat rumah sebelah tu, " seloroh Amir.

Terus Awdra ketawa. Kenal sungguh dengan sikap Kak Siti, jiran sebelah mereka. Kak Siti terkenal dengan sikap suka jaga tepi kain orang dan suka mencanang cerita satu kawasan. Mama selalu berpesan, jangan contohi Kak Siti.

"Eh, gelak pulak dia. Tadi marah, "

"Akak jumpa kawan lah. Kau jangan nak cerita macam-macam kat Mama eh? Aku tampar muka kau nanti, "

"Ya lah... "

"Anyway, siapa kawan akak tu? " soal Amir busy body.

Awdra merengus. Bola mata dijeling ke atas. Datang sudah aura mak cik bawang ni.

"Kawan biasa je. Nama dia Cairel. "

"Cairel? Macam pernah dengar lah Kayra sebut nama tu, "

Gulp! Pernah dengar? Habis lah aku.

"Haa! Amir ingat. Kayra pernah cerita pasal satu company ni. Dia company bersama satu couple ni. Tan Sri Tengku Razaleigh Khairuddin dengan Puan Sri Tengku Soelihah Khomalasari. Rasanya lah, "

"Cairel cucu Nenda Soelihah?! " mata Awdra terbeliak.

Mati nak, mati. Mustahil lah Tengku Cairel cucu Tengku Soelihah. Jangan-jangan Mum Cairel tu.. Tengku Adeline? Argh... simpang malaikat 44!

"Eh, akak gelabah semacam ni kenapa? Kawan akak tu cucu Nenda Soelihah eh? " teka Amir.

Pantas Awdra menggeleng laju. Cuba menafikan soalan Amir. Kenapalah dia tak pernah terfikir pun sebelum ni?

"Akak naik dulu. Nak mandi, "

Cepat-cepat Awdra bangkit dari kerusi. Serupa lupas kudung dia berjalan ke biliknya.

"Eh, akak. Kejap lah! Amir tak habis cerita lagi ni! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience