Bab 26 - Keliru

Romance Completed 27688

"Hati-hati, Ma. "

Awdra menoleh. Dia tersenyum nipis. Alhamdulillah, Puan Asiah sudah dibenarkan pulang. Dia kembali memandang hadapan. Matanya mengecil sedikit dek silau.

"Terima kasih sebab tolong hantar Mama balik. Nanti ada masa saya belanja awak makan, " ucap Awdra.

"You're welcome. Pasal nak belanja tu tak payah lah kot. Simpan je duit kau tu. Banyak lagi benda penting yang kena guna duit tu kalau nak dibandingkan dengan aku ni, "

Awdra kerut dahi. Dia pelik dengan kata-kata Tengku Cairel. Meladrama semacam. Banyak benda lagi penting banding dengan aku? Wah, madah pujangga betul.

"Saya masuk rumah dulu eh. Hati-hati drive, " Awdra kemudian berpaling lalu mula melangkah.

"Kejap, Awdra! "

Awdra merengus perlahan. Tak suka betul macam ni. Putus lah urat tengkuk kalau asyik asal nak masuk rumah je masa tu lah nama kena seru.

"Ya, saya? "

"Malam ni jom pergi teater? " ajak Tengku Cairel.

Terangkat sebelah kening Awdra. Macam Ziana Zain gitu. Sebenarnya dia pelik. Buat apa pergi tengok wayang malam Isnin? Tak betul ke apa? Isnin nak kerja kan? Lain lah mamat ni, mamat ni yang bos.

"Tak apa lah. Saya nak rehat. Sorry, " Awdra senyum kelat.

"Kalau pergi makan aiskrim tepi tasik esok petang? "

Kejap, kejap. Apahal dengan mamat ni? Bersungguh-sungguh betul nak ajak aku jalan-jalan. Setahu aku lah, mamat ni berlambak kerja kat office dia. Ada pula masa nak jalan-jalan? Kalau aku lah.. fuh penat hoi. Ke dia ni tak tahu penat tu apa? Pelik bin Aneh.

"Awak ni dah kenapa sebenarnya? Nak ajak keluar lah bagai. Robot eh tak tahu penat tu apa? " Awdra mencekak pinggang.

"I've something to discuss with you, "

Discuss lah pulak. Awdra merengus.

"Okay, fine. Malam esok, tengok movie. Esok saya free. Malam ni nak jaga Mama, "

Serta-merta Tengku Cairel senyum lebar. Akhirnya!

"Okay, set. Jumpa esok, " Tengku Cairel melangkah ke kereta sambil melambai kecil.

"Hmm, apa-apa je lah. "

Awdra geleng kepala. Kadang macam tu, kadang macam ni. Eii, boleh meletup otak dengan Tengku Cairel ni.

*****

"Studio ni masih sama macam dulu. Tak berubah, " ucap Saidatul.

"Tak ada apa yang perlu diubah, Sai. "

Saidatul senyum nipis. Dia kemudian duduk di bangku setentang dengan Tengku Houdini.

"Sai minta maaf atas apa yang jadi dulu, "

"No need apologize, Sai. Benda dah jadi pun. Dini dah terima kenyataan, "

Saidatul mengeluh perlahan. Getah rambut hitam yang mengikat rambut panjangnya dibuka lalu dia membetulkan ikatan rambutnya.

"Boleh Sai tahu, kenapa Dini pergi masa tu? " soal Saidatul.

Tengku Houdini terus bersandar di sofa dengan kedua tangan disilang. Kedua kening terangkat sedikit memandang Saidatul.

"Tenangkan fikiran maybe, "

"Bukan sebab Sai? " teka Saidatul.

"Sai, look. I loved you. But what did you do? Sai tolak cinta Dini lepastu setuju dengan permintaan Auntie Adenine untuk bertunang dengan Abang Rel. It's no use for me to stay. Sai hancurkan hati Dini, Sai. "

Saidatul terkelu. Tiba-tiba dia dihurung rasa bersalah.

"Mungkin betul apa yang Abang Rel buat tu. Mungkin itu kafarah atas apa yang Sai dah buat dekat Dini. "

Tengku Houdini bangkit. Apron yang dipakai sedari tadi ditanggalkan.

"Sai nak balik, balik lah. Pintu keluar ada kat sana. Jangan lupa kunci pintu. Dini tak nak ada pencuri masuk rumah Badriq. "

Dia kemudian melangkah naik ke tingkat atas meninggalkan Saidatul terkebil-kebil seorang diri. Saidatul terus menoleh. Dia tak mampu menghalang.

Mungkin betul kata Dini.

*****

"Abang Rel mana, Auntie? "

Tengku Adeline kerut dahi. Kemudian dia memandang ibunya. Tengku Soelihah juga angkat bahu. Tanda dia sendiri pun tidak tahu di mana Tengku Cairel.

"Dekat pejabat agaknya, " telah Tengku Adeline.

Saidatul kerut dahi. Pejabat? Malam begini? Memanglah Tengku Cairel sejenis workaholic tapi tidak pernah pula lelaki itu tidur di pejabat atau balik lewat ke rumah.

"Dini? "

"Entah. Dari semalam tak balik rumah. Pergi rumah Bad rasanya, "

Saidatul mengherot bibir. Dia kembali menyuap nasi briyani mssuk ke dalam mulut setelah menyisip jus oren. Bosan pula hanya dia, ibu saudara serta neneknya saja yang ada di sini. Makan pun rasa mengantuk.

"Lin, " Tengku Soelihah mencuit paha anaknya.

Terus Tengku Adeline memandang ibunya. Dia menaikkan sedikit keningnya. Memberi isyarat telepati.

"Sai tahu ke tak yang Rel dah bertunang? " soal Tengku Soelihah berbisik.

"How should I know? Cairel should be the one who tell her, " bisik Tengku Adeline.

Tengku Soelihah merengus perlahan.

"Susah lah cakap dengan Lin ni, "

*****

Mahmud meletakkan satu cawan kopi Nescafe 3 in 1 yang sudah siap dibancuh di atas meja kopi. Dia mengeluh perlahan melihat Tengku Cairel yang sedang lan dengan pakaian pejabat yang masih tersarung di tubuh.

"Weh, Rel. Kau cakap malam ni ada dinner penting kat rumah. Tak pergi ke? " soal Mahmud. Tubuh sahabat baiknya itu digoncang perlahan.

Tengku Cairel hanya merengus perlahan. Tanda tak mahu lenanya diganggu. Kemudian lelaki itu mengubah posisi meniarap.

"Tengok member kau ni, datang rumah aku je nak tidur. " bebel Mahmud.

"Lah, dia kan penat banyak kerja. Lain macam kau, kuli. " ujar Adriz selamba.

"Mulut kau tu kan. Aku tumbuk nak? "

Adriz hanya mendengus. Matanya kembali memandang skrin telefon. Dia menyambung aktivitinya yang tergendala seketika tadi. Game.

"Weh, Rel... "

"Apa...? "

"Bangun lah, "

"Weh, asal dengan dia ni? " soal Mahmud bengang.

"Stres, "

Pantas Mahmud menoleh memandang Adriz. Dahinya berkerut. Pelik. Pertama kali dalam sejarah kamus hidup Tengku Cairel, tak pulang ke rumah kerana stres.

"Stres? "

"Laaa takkan tak tahu? Sai dah balik Malaysia. "

Terbeliak mata Mahmud.

"Weh, bila dia balik? Aku tak tahu pun? "

"Ini ke Personal Investigator tersohor tu? Benda macam ni pun tak tahu, "

Mahmud ketap bibir. Telinga digosok laju-laju. Bernanah dengar Adriz ni bercakap. Mulut macam perempuan. Celopar!

"Macam mak mak! "

"Eh, aku mak mak? Kau yang mak mak, mak cik bawang. Jaga tepi kain orang. "

*****

Awdra duduk di birai katil. Kain telekung di atas sejadah diambil lalu dilipat. Dia berjalan ke meja belajar. Telefon diambil.

'Do you want to go sight seeing? ' -Dini.

Dia mengeluh. Kerusi meja belajar ditarik ke belakang lalu dia duduk.

'Esok saya nak jumpa orang lain. Maaf eh? '

Telefon diletak atas meja. Beberapa saat dia menyelongkar laci bawah meja mencari fail penting.

Ting!

Dia mengeluh lagi. Dia sendiri pun runsing dengan dirinya. Bila mana hati dia terbuai dengan sikap keprihatinan Tengku Cairel, tiba-tiba lelaki itu bertukar dingin tanpa sebab. Bila mana dia terbuai dengan keikhlasan Tengku Houdini, tiba-tiba dikhianati.

A atau B?

Ah, macam jawab peperiksaan pulak!

'Abang Rel kan? ' -Dini.

'Ha'ah. '

Fail dibelek-belek. Kemudian masuk lagi mesej dari Tengku Houdini.

'Kalau nak jumpa, jumpa lah malam. Pagi dia sibuk. ' -Dini.

Macam dia tak tahu betapa sibuknya Tengku Cairel.

'And you must be strong. Lagi-lagi kalau ternampak Abang dengan Sai. ' -Dini.

Terus dahi Awdra berkerut. Mesej itu dibaca beberapa kali.

Sai?

Sai bekas tunang Cairel?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience