Bab 34 - Kemalangan

Romance Completed 27688

"Mama tak setuju! Mama tak sokong! "

Awdra menoleh memandang Tengku Cairel. Lelaki itu sudah menepuk dahi sendiri. Dia menggigit bibir.

Ah, sudah. Mula-mula Mum Cairel. Sekarang Mama dia pula. Kan bagus ikut plan Cairel kahwin lari je tadi?

"Mama tak sokong! Awdra, dia orang ni dah buat macam-macam dekat Awdra. Dekat Mama, dekat Amir. Awdra nak juga kahwin dengan Cairel? Tak, Mama tak benarkan! " tegas Puan Asiah.

"Akak, tolonglah. Kita lupakan perkara yang lepas. Saya dah tak peduli dah apa orang nak cakap. Yang penting anak saya dapat bersama dengan orang yang dia cinta. " rayu Tengku Adeline.

"Betul tu, Asiah. Sanggup ke kamu nak pisahkan mereka berdua lagi? Jangan kerana amarah, mereka yang jadi mangsa. " pujuk Tengku Soelihah.

Puan Asiah merengus perlahan.

"Dira, suruh mereka semua balik. Mama tak nak mereka berlama-lama dekat sini. " arah Puan Asiah lantas melangkah masuk ke dalam biliknya.

Awdra memandang Tengku Soelihah dan Tengku Adeline kemudian dia memandang Tengku Cairel. Dia senyum kelat sambil mengerdipkan mata beberapa kali.

Memang kena kahwin lari ni!

"Nenda.... "

"Tak apa, Nenda faham. Jom, Lin. Kita balik. Awdra, tolong berbincang dengan Mama ya? Nenda harap sangat Mama Awdra setuju, " ucap Tengku Soelihah tersenyum.

"Insha Allah, Nenda. "

******

"I've told you, Awdra. Patutnya kita kahwin lari, "

Awdra memandang Tengku Cairel. Dia tayang muka bosan.

"Cairel.. "

"Ya, ya. Saya tahu. Tak lawak, kan? Saya saje je gurau. Saya tahu awak stres, "

Awdra tiba-tiba senyum. Nampak lucu pula melihat Tengku Cairel menarik muncung begitu.

"Cute lah, "

"Hah? What do you say? Come again? " Tengku Cairel kerut dahi sambil tersengih-sengih. Teruja dengar Awdra kata dia 'cute'.

"I will try my best untuk pujuk Mama. Don't worry, " janji Awdra.

"Apakat kita jangan stres sangat? Tak suka lah asyik fikir negatif ni, " omel Tengku Cairel.

"Jom, "

Awdra bangkit diikuti Tengku Cairel. Mereka mula melangkah bersama ke arah kereta Tengku Cairel.

"Banyaknya kereta kan? "

Tengku Cairel mengangguk. Mengiyakan telahan Awdra.

"Jom, tak ada kereta dah. " ajak Tengku Cairel.

Awdra pantas menyeberang jalan sambil tangannya menarik tangan Tengku Cairel. Tengku Cairel senyum sendiri. Suka melihat Awdra yang seperti keanak-anakan itu.

Pin! Pin!

Tengku Cairel menoleh memandang sebuah kereta SUV yang sedang meluncur laju ke arah mereka. Matanya terbeliak. Dia memandang Awdra.

"Awdra! Tepi! "

Terus dia menolak Awdra ke bahu jalan. Gadis itu jatuh tersungkur lalu menoleh dengan wajah terkejut.

"Cairel! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience