Bab 29 - Terjatuh Cinta

Romance Completed 27688

Awdra menguak pintu rumah. Dia duduk di kaki lima lalu menyarung mengikat tali kasut.

Pin! Pin!

Awdra cepat mendongak. Bunyi yang sepatutnya tidak didengar hujung minggu begini. Bunyi yang menandakan dia patut menangguhkan janji untuk bertemu Umirah dan Arisa ke hari lain.

"Hai! " Tengku Cairel melambai tinggi.

Okay, terpacak pukul 8 pagi depan rumah tak adalah pelik sangat. Senyum sampai telinga dengan lambai macam orang tak betul pun tak ada pelik mana. Yang peliknya, apa kena dengan t-shirt hitam, kemeja hitam dengan seluar jeans hitam tu? Bukan Tengku Cairel ni ahli kelab anti-pakaian hitam ke?

"Buat apa kat sini? " soal Awdra.

"Hirup udara segar, " jawab Tengku Cairel selamba.

"Kita jalan-jalan, nak? " ajaknya pula.

Awdra kerut dahi. Makin lama kenal lelaki ni, makin pelik pula karenahnya. Ke dia saja yang rasa begitu?

"Nak dengar satu morning jokes tak? " Tengku Cairel menjongket kening.

"Er... apa dia? "

"Dia macam pantun sikit. Tapi, who cares? Janji jokes. Dengar eh, "

Tengku Cairel menyinsing lengan baju. Nafas dihela dalam-dalam. Mahu berucap dengan satu nafas saja.

"Karbon dioksida memenuhi ruang dalam monorel, " Sebelah tangan di awangan.

"Awdra Fitri bagaikan udara dalam kehidupan Tengku Cairel. Chia chia chia! "

Awdra mengerdipkan mata terbeliaknya beberapa kali. Dia menyentuh pipinya. Panas macam cerek air!

"Hahaha, kelakar sangat. " Awdra ketawa hambar.

"Awdra, I mean it. " Tengku Cairel buat wajah serius.

Awdra telan air liur. Sah, sah lelaki ni ada kecelaruan personaliti. Kejap tadi ketawa macam orang hilang pedoman. Lepas tu muka serius macam Jeneral Tentera Jepun. Sekarang ni pandai pula buat lawak hambar.

"Cairel... nak jalan-jalan kan tadi? "

"Haah lah! Jom, jom! "

******

"Awdra, "

"Ya? " kopi Latte disisip perlahan.

"I love you, "

"Pffft....! "

Tidak semena-mena kopi yang dihirup Awdra tersembur keluar. Cepat-cepat dia mengeluarkan lidah. Kedua tangan berusaha mengipas untuk menghilangkan rasa melecur.

Aish, dia ni buat lawak tak kena masa betul. Terbakar lidah aku ni choy!

"Panas! Panas! "

"Ya Allah, Awdra! Okay tak? Nak susu? Nak air? Nak tisu? Or anything else? "

Awdra memejam mata lalu menggeleng. Perit hanya Allah saja yang tahu. Ni semua salah Tengku Cairel. Ikutkan hati dia ni, dah lama dia simbah balik kopi panas kat muka Tengku Cairel tu.

"Are you okay? "

"Yea, yea. Okay okay, "

"Sure? "

"Very sure. "

"Sorry, " ucap Tengku Cairel.

Awdra kerut dahi. Serta-merta dia mendongak memandang Tengku Cairel. Dia tak salah dengar, kan? Tengku Cairel minta maaf? Aduh... kenapa lah tak record tadi ek?

"Eh, tak apa tak apa. Saya faham. Awak bergurau aje kan? "

"Eh, no! Who said I'm joking? " Tengku Cairel silang tangan.

"Maknanya.....? "

"Yes, Awdra. I love you. Since the first time we met, "

Awdra sudah terlopong. Kalau dia ni roket, mesti sudah terbang hingga ke planet Neptun atau lebih jauh lagi. Fluttering!

"So, how about you? " soal Tengku Cairel.

"A.... sa... saya... er..... "

Cakap lah, Awdra. Cakap! Luahkan perasaan kau! Cakap yang kau pun cintakan dia jugak!

"I.. a.. er... mm..."

"I'm waiting for you, Awdra. "

Cakap lah, cakap! Aduh...... !

"I..... I .....I... I love you.. dibalas I love you too, kan? " Awdra sengih tayang gigi sambil mengerdipkan mata.

"So... means.... "

"Yes, I love you too, Cairel. Saya tahu perasaan ni tak patut ada. I shouldn't fell in love with you. I'm very scared. Hari-hari saya fikir kalau saya luahkan perasaan dekat awak, awak terima ke tak. Saya takut dengan hakikat yang pertunangan ni hanya atas dasar perjanjian. Saya takut kalau satu hari nanti your Mum will find out and of course saya kena lesap dari dunia. Saya takut kalau saya takkan jumpa awak lagi. Saya.... saya.... "

"No, no. You can. Look, Awdra. Why don't we start all over again? Forget what happened between us before, forget that stupid agreement. Okay? "

"How about your Mum? " soal Awdra.

"Petang nanti kita jumpa Mum, explain everything to her. "

Awdra mengangguk.

"Whatever happened, I will always by your side. "

"Kalau.... "

Tengku Cairel kerut dahi. Sebelah kening dinaikkan.

"Kalau? " ulangnya.

"Kalau saya tak ada nanti, awak macam mana? " soal Awdra.

"Ish, merepek apa ni? Stop talking nonsense okay? "

Awdra mengangguk laju.

"Baiklah, Tengku Cairel Iman! "

******

"Cairel...! "

"Oh, Cairel...! "

"Mana dia ni? " Tengku Adeline mengeluh perlahan.

Dia memulas tombol pintu bilik Tengku Cairel. Kosong dan kemas. Malah cadar katil pun sudah dibetulkan.

Tengku Adeline berjalan ke ruang balkoni bilik anak lelakinya itu. Pintu balkoni yang terbuka luas ditutup lalu dikunci.

"Nanti je lah mesej dia, " ujarnya sendiri.

Sedang dia mahu beredar, tiba-tiba matanya tertancap pada dokumen di atas meja kerja Tengku Cairel. Dia mengerut dahi.

Sampul perang saiz A4 itu diambil. Serasa dia Tengku Cairel bukan sejenis yang membawa kerja di pejabat ke rumah. Sampul dibuka lalu isi kandungan diambil.

Tengku Adeline meneliti apa yang tertulis di kertas putih siz A4 itu. Serta-merta matanya terbeliak besar. Wajahnya berubah berang. Dokumen itu dilemparkan ke meja.

Dengan rasa marah, Tengku Adeline melangkah keluar. Dia menoleh kanan dan kiri. Tangan digenggam menjadi penumbuk.

"Dian, Dian! "

Kak Dian yang sedang mengemop lantai terus menoleh. Serta-merta dia melangkah ke arah Tengku Adeline.

"Ya, Puan? "

"Cairel mana? Mana dia? Panggil dia datang rumah sekarang! "

"Ba... baik, Puan! "

******

Awdra menghela nafas dalam-dalam. Dia memandang Tengku Cairel. Sejujurnya, dia resah.

"Cairel, awak serius pasal ni? " soal Awdra.

"Mestilah. Nampak saya main-main? " Tengku Cairel menyoal kembali.

Awdra senyum hambar. Tengku Cairel tampak serius.

"Jom, "

Tengku Cairel mengetuk pintu rumah agam itu. Beberapa minit Kak Dian muncul membuka pintu rumah. Wajah wanita 40-an itu semacam cemas.

"Kak Dian, Mum ada? " soal Tengku Cairel.

"Ada, tapi Puan nampak marah sangat. " jawab Kak Dian.

Tengku Cairel gigit bibir.

"Mum ada kat ruang tamu? "

Kak Dian mengangguk.

"Jom, "

Awdra mengekori langkah Tengku Cairel masuk ke dalam rumah. Dia menghulur tangan kepada Tengku Adeline yang sedang duduk menyilang tangan namun hanya disambut dengan wajah masam wanita separuh abad itu.

"Tell me, Cairel. What is this? "

Tengku Adeline melempar sampul dokumen berwarna perang itu ke wajah Tengku Cairel yang duduk setentang dengannya. Tengku Cairel tergamam.

"Mum..."

"Take that. Read, " arah Tengku Adeline.

Tengku Cairel menunduk. Sampul di atas lantai itu diambil dengan tangannya yang terketar-ketar. Sungguh dia tidak menyangka secepat ini kebenaran terbongkar.

"Mum... Rel boleh explain semua ni. Ni tak macam yang Mum fikir. Rel.... "

"Enough, Tengku Cairel! Sanggup Cairel tipu Mum? Your own Mum?! "

"Mum..... Rel tak bermaksud... "

"Hey, perempuan! " jerkah Tengku Adeline.

Awdra angkat wajah. Matanya bertemu dengan mata Tengku Adeline. Menambah lagi rasa resah.

"Berapa banyak dah duit anak aku kau dah sapu? Dua puluh ribu? Lima ratus ribu? Atau satu juta? " Tengku Adeline bernada sinis.

"Aunty.... saya... sa.. saya... "

"Cukup. Aku dah tak nak dengar apa-apa pun dari kau. Sekarang, get out. Keluar dari rumah aku. Keluar, sekarang! " tengking Tengku Adeline.

Awdra bangkit dari duduknya.

"Saya pergi dulu, "

Awdra mengerling Tengku Cairel. Kemudian dia menunduk memandang tangan Tengku yang memegang pergelangan tangannya. Seakan menghalang dia dari pergi.

"Awdra, don't go. Please, " rayu lelaki itu.

Awdra memandang Tengku Adeline. Wanita itu sedang merenungnya tajam. Benar-benar mahu dia pergi.

"I'm sorry, Cairel. "

Perlahan-lahan Awdra menarik tangannya. Mahu tak mahu terpaksa Tengku Cairel mengalah. Awdra senyum nipis.

"Thanks for everything, "

"Awdra, wait! " Tengku Cairel bangkit dari duduknya.

"Cairel, sit. Let her go, " arah Tengku Adeline.

"Mum, Awdra tak salah. Rel yang salah! "

"Then, what do you want to do? Dia subahat dengan Rel, maknanya dia pun salah! "

Tengku Cairel duduk menghenyak tubuh di sofa. Dia mengurut dahi lalu mengeluh perlahan.

Awdra melangkah pergi. Pintu rumah agam keluarga Tengku Cairel dibuka. Dia mengesat air mata dengan hujung lengan blaus hitamnya.

"Eh, Awdra? Nak balik dah? " tegur Tengku Houdini.

"Kejap, are you crying? " soal Tengku Houdini.

Awdra laju menggeleng.

"Come, I send you home. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience