Bab 14 - Kahwin?!

Romance Completed 27688

"Amboi, amboi, amboi. Anak Mummy ni, "

Tengku Cairel yang sedang membetulkan tali leher biru gelap di cermin terus berpaling. Dia tersenyum memandang ibunya.

"Amboi, sejak bila Rel pandai balik masa tengah hari ni? Hmm? "

"Rel balik nak ambil fail je. Tertinggal pagi tadi. Fail tu penting, kalau tak Hud tak boleh buat rundingan dengan client. "

"Oh, macam tu? " giat Tengku Adeline.

Tengku Cairel mengangguk. Tangan kanan mencapai jam tangan berjenama Tag Heuer di atas meja kopi lalu dipakai di tangan kiri. Blazer biru gelap bergaris putih halus disarung ke tubuh sasanya.

"Bila Rel nak bawa Awdra jumpa Mummy lagi? " soal Tengku Adeline.

Berkerut terus dahi Tengku Cairel. Lain macam aje bunyinya?

"Bukan Mum tak suka Awdra ke? "

"Eh, tu dulu. Sekarang lain, "

Tengku Cairel kemudian mencapai cawan kaca di atas dressing table lalu menuang air dari jag ke dalam cawan itu. Air diteguk perlahan.

"So, bila nak bawa Mum jumpa bakal menantu Mum tu? "

Tidak semena-mena air yang diteguk Tengku Cairel tadi tersembur keluar. Dia menjerit kecil. Hidung dan tekak terass perit hingga matanya membulat besar.

"Rel okay tak ni? Nak Mum panggil Kak Dian? "

Tengku Cairel menggeleng laju.

"Rel balik office dulu. Nanti Hud cari pulak, "

Tengku Adeline menyilang tangan. Wajah tidak puas hati dipamer sambil mata hanya membiarkan saja anak lelakinya itu menuruni tangga menuju ke kereta Porsche Cayenne putih kepunyaan anaknya.

"Ish, dia ni. Lari pula, "

*****

"Hebat lah kau ni. Macam dara pujaan. "

"Eh, apa dara pujaan pulak? Ni kebetulan je tahu tak? "

Jus mangga disisip perlahan. Chicken chop dipotong sedikit lalu disuap ke dalam mulut dengan garpu. Air disisip lagi.

"Betul apa? Mula-mula Kamil manager tu, lepas tu Tengku Cairel bajet poyo nak muntah, ni lelaki ni pulak. Apa nama dia? Aku tak ingat, "

"Dini, "

"Haa, Dini! Kau ni memang lah. Cer share sikit ilmu Mak Esah apa kau pakai ni? Aku ni sampai sekarang tak lekat tau? "

"Eleh, Hud informer tersohor tu? " Awdra mencebik.

"Haa, cakap pasal dia! We, makan hati ulam otak lembu wei! " rungut Arisa.

"Aik, kenapa? " Awdra kerut dahi.

"Nak dekat sebulan kut kita orang kenal, dia macam... arghh! Susah nak kata, "

"Macam, macam? "

"Maksudnya, dia macam nak bagi hint tapi macam tak. "

"Alah, itu je pun. Senang-senang kau je lah come clean dengan dia, " cadang Awdra.

"Hei, mana boleh! "

"Habistu, kau nak apa ni? "

"Mana boleh perigi cari timba. No, no! Itu bukan prinsip aku, " bantah Arisa.

Awdra buat muka bosan. Tengkuk digaru perlahan. Bosan dengan falsafah aneh Arisa. Macam-macam cekadak kau!

"Lama tak nampak Umi. Umi mana? " soal Awdra.

"Oh, Umi? Dia busy sekarang. Ya lah, practical dah habis. Kebetulan dia posting kat situ. Doktor, wei. Biasa lah, "

"Pasal patient dia yang ada penyakit hati tu? Macam mana? "

"Oh, tu. Sebab tu lah dia sibuk. Kasihan wei dengan patient dia tu. Anak dah lah dua, laki pulak handsome. "

"Ai, Arisa. Lain macam je bunyi tu? " giat Awdra.

"Gurau je lah. So, apa perkembangan kau dengan Tengku Cairel? "

Awdra angkat bahu. Airnya disisip lagi. Entah lah. Dia sendiri buntu. Cairel langsung tidak memberikan sebarang bayangan.

"Tak tahu lah, "

******

Awdra senyum kelat. Dari tadi dia cuba kuatkan diri sebenarnya. Ya lah, bermain mata dengan Puan Sri Tengku Adeline ni bukannya mudah macam sapu jem di roti.

"Dah makan? " soal Tengku Adeline.

Awdra mengangguk laju.

Ni lagi satu ganjil. Sebelumnya Tengku Adeline memandang dia sebelah mata saja dengan muka masam kalah cuka. Sekarang ni tersenyum-senyum macam mahu sambut menantu.

Menantu? Eh, jangan!

"Kak Dian ada goreng cucur udang tu. Awdra nak? " soal Tengku Adeline lagi.

"Boleh aje, Puan Sri. "

"Eh, jangan panggil Puan Sri! Panggil Auntie. Boleh? Auntie, "

Awdra sengih. Lambat-lambat dia mengangguk.

Ceit, kurang asam masin betul Tengku Cairel ni. Dah bawak aku sampai sini, dia main tinggal je aku kat sini dengan Mum dia? Dah lah tak ada Nenda, Fai pun tak ada. Waduh, waduh. Nayo!

"Jom, teman Auntie hi-tea? " ajak Tengku Adeline.

Awdra mengangguk. Tiba-tiba tangannya digamit oleh Tengku Adeline. Terbeliak besar matanya.

Ek!

"Jom, jom. Duduk, "

Awdra menarik kerusi. Dia duduk. Mata memandang sekeliling taman mini itu. Suasana malam jauh berbeza dengan petang. Rasa nyaman dengan bunyi air terjun mini dan pemandangan hijau pokok-pokok yang ditanam.

"Pokok ni semua Auntie ke yang tanam? " soal Awdra.

"Ha'ah. Dengan arwah Daddy Rel. "

"Sejuk tangan Auntie, " puji Awdra.

"Terima kasih. Awdra pun apa kurangnya? Pandai Awdra masak. Sedap. Sesuai jadi menantu, "

Erk! Ni bukan tujuan asal plan! Bukan ni bukan! Salah!

"Biasa je, Auntie. Saya memang dah biasa masak, "

"Oh, patutlah. Lepas ni rajin-rajin lah tolong Auntie masak eh? "

"Insha Allah, boleh. "

"Haa, lupa tanya. Awdra dah confirm dah tarikh tunang dengan Rel? "

"Hah? Tu.. tu.. tunang? "

"Tunang lah. Kan Awdra nak kahwin dengan Rel, "

"Kahwin?! "

Haa sudah.

Habis.

Apa nak jawab ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience