Bab 11 - Siapa Dini?

Romance Completed 27688

"Ini?"

"Tak nak, "

"Yang ni? "

"Tak nak, "

"Kalau yang ni? "

"Tak nak jugak, "

"Ish, kau ni. Itu tak nak ini tak nak. Memilih betul! Gigit kang, " marah Tengku Cairel.

"Eleh, gigitlah kalau berani. " cabar Awdra. Sempat dia mencebik.

"Aku tak fahamlah kau ni. Bukannya aku tunjuk baju warna harimau belang ke, kulit ular ke sisik ikan ke apa. Semua aku pilih, semua hitam macam kau selalu pakai. Apa lagi yang kurang ni? "

"Banyak! Banyak sangat, "

"Okay, fine. Now, tell me. Apa yang kurang sangat tu? " Tengku Cairel silang tangan.

"First, saya tak pakai dress senteng atas lutut. Second, saya ni bukan buah nangka sampai nak pakai baju ketat-ketat macam tu. Tengku Cairel ingat eh, walaupun saya ni tak pakai tudung tapi saya ni reti jaga kehormatan diri tahu. "

Tengku Cairel merengus. Mata dijuling ke atas tanda rimas.

"Apa sajalah Awdra. Sekarang, kau pilih sendiri. I'm done with it. Perempuan memang leceh, "

"Siapa suruh awak jadi lelaki? " Awdra jelir lidah.

Tengku Cairel hanya diam. Namun mata helangnya mula menyorot Awdra tajam.

"Tak kelakar eh? "

Awdra sengih tayang gigi namun Tengku Cairel masih begitu. Masih menyorot Awdra tajam. Dia yang kurang selesa dengan renungan tajam Tengku Cairel itu lantas mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Ish, mulut ni kan! Celupar sangat dah kenapa? Tak pasal-pasal cari masalah. Seram pulak dia pandang aku macam tu. Rasa macam nak tarik balik je apa aku cakap tadi pun ada jugak. Betul lah kata orang, kerana mulut badan binasa.

"Er.. saya... tak.. jadi beli... lah. Saya... pakai je.. mana... yang... ada. O.. kay? "

Awdra perlahan-lahan melangkah meninggalkan Tengku Cairel. Entah tindakannya ini betul atau tidak dia pun tidak pasti.

"Awdra, wait. "

Serta merta langkahnya terhenti. Bibir diketap kuat sambil mata dipejam rapat-rapat.

Habis... habis... habis hoi! Memang aku jadi sang kancil makanan sang singa lah jawabnya ni.

Awdra menghela nafas dalam-dalam. Perlahan-lahan dia menoleh lantas tersengih memandang Tengku Cairel yang berwajah kelat itu.

"Ya, saya? "

"Tak apa kalau kau tak nak beli baju. Pakai je mana yang kau ada. Aku faham kalau baju kat sini tak kena dengan cita rasa kau, "

Kejap, kejap. Kenapa aku rasa terharu ni eh? Apakah ini? Mimpi? Oh, hidup aku bagai mimpi. Betul-betul macam mimpi. Eh?

"Biar betul? "

"Betul, "

"Betul ni? "

"Betul lah. Kau nak aku hempuk kau dulu baru kau dengar? "

Awdra terus sengih. "Cakap je, "

"Sekarang, nak pergi mana? " soalnya.

"Ikut kau lah. Kau nak makan ke pergi jalan-jalan? "

"Entah lah. Makan kut. Lapar ni, "

"Hmm, jom. "

Terus Tengku Cairel mula melangkah. Laju saja langkah kaki lelaki itu hingga Awdra jauh ketinggalan di belakang.

"Cairel! Kejap lah! "

Tengku Cairel berdecit. Lambat-lambat dia menoleh.

"Apa lagi? "

"Siapa bayar? Awak ke saya? "

"Kau ingat aku ni kuda sangat ke? Aku belanja hari ni, "

"Uish, betul ke ni? "

"Awdra, kau nak aku betul-betul hempuk kau ke? "

"Eheh, gurau je. "

"Cepat! "

Automatik Awdra berlari anak mendapatkan Tengku Cairel. Dia cuba berjalan beriringan dengan lelaki itu.

Uish, laju betul dia ni jalan. Macam cat walk ala model. Dulu Tengku Cairel ni pernah masuk pertandingan berjalan kaki 1500 meter ke apa?

Dia mengerling sekilas Tengku Cairel yang lebih tinggi darinya itu. Serta-merta dahi berkerut. Dia kemudian memandang ke arah yang dipandang oleh Tengku Cairel.

Dia kenal ke lelaki tu?

Tiba-tiba Tengku Cairel brek mengejut. Terbeliak mata Awdra. Terus wajahnya tersembam di belakang Tengku Cairel.

Aduh badan batu ni. Sakit!

Dia menggosok hidungnya perlahan. Terus dia menjeling Tengku Cairel tajam. Wajah lelaki tampak tegang.

"Bad? "

Lelaki yang dipanggil Bad itu berhenti melangkah. Matanya dari skrin telefon terus beralih ke wajah Tengku Cairel. Serta merta air mukanya berubah. Tampak terkejut.

"Badriq kan? " soal Tengku Cairel lagi.

"Tengku Rel? " soal Badriq.

Awdra kerut dahi. Siapa Badriq ni?

*****

Tak terkerdip mata Awdra memandang pagar rumah automatik yang jelas diperbuat dari kayu itu. Mahu nganga mulut, takut masuk lalat pula.

Mak oi! Besarnya rumah. Ni rumah ke istana ke apa? Uishh....!

Macam tak percaya pun ada juga. Dia sendiri tidak pernah terfikir pun rumah keluarga Tengku Cairel sebesar ini.

"Ready? "

Pantas Awdra menoleh kanan. Mata terus terbeliak besar.

"Hah? "

"Ready atau tak? "

Awdra telan liur. Ready ke aku ni? Ready ke? Tak kan?

"Kalau esok boleh tak? "

"Aip, aip. Aku dah bagitahu Mum aku eh. Kau jangan macam-macam, "

Aduh...... macam mana ni?

"Jom, masuk. "

Awdra mengangguk laju. Tengku Cairel lantas menekan pedal minyak. Pintu pagar kayu yang besar setinggi 2 kaki itu terbuka.

Kalau pagar sudah besar, rumah lagi lah besar! Macam mana dia orang kemas rumah sebesar ni? Kereta berderet, motosikal berderet. Ada taman mini kecil di sudut pagar dengan air terjun mini yang berlampu led warna kuning lembut.

"Jom, "

"Er, Cairel? "

"Yes? "

"Mum awak garang tak? "

Kenalah tanya. Mana taknya kut kut Mum Cairel ni lagi garang 1000 kali ganda dari Tengku Fairose. Aku jugak yang nazak. Bukan engkome.

"Lagi garang dari Fai, "

Awdra telan liur. Haa sudah. Ni dia buat muka sengih dia tu pulak. Sengaja nak buat aku tak teguh iman lah tu.

"Aku gurau je lah. Mum aku makan nasi, bukan manusia. Tak garang pun. Jom, "

Awdra hanya membuntuti langkah Tengku Cairel. Tengku Cairel kemudian mengetuk pintu rumah. Tak lama kemudian datang seorang pembantu rumah wanita.

"Eh, Tengku dah sampai? Jemput lah masuk. Mak Engku dengan Puan dah tunggu Tengku dah. "

"Thanks, Kak Dian. "

"Sama-sama. Eh, siapa ni, Tengku? Girlfriend ke? " giat Kak Dian.

Awdra hanya senyum nipis. Dia menunduk sedikit.

"Assalamualikum, Kak. "

"Wa'alaikumussalam. Eh, eh. Sopan lah, Tengku. " puji Kak Dian.

"Ada-ada je Akak ni. Rel masuk dulu, "

"Bye, Akak. " Awdra melambai kecil.

"Bye, " Kak Dian tersenyum.

"Cepat, Awdra. " arah Tengku Cairel.

Hmm, sempat pulak kau bersembang ya? Ada jugak aku gigit budak kecil ni nanti kang. Kecil besar kecil besar je aku tengok budak kecil ni.

"Awdra... "

"Haa, okay okay! "

Laju saja kakinya melangkah mengekori Tengku Cairel. Sempat hati mengagumi hiasan dalaman rumah banglo mewah ini. Ruang tamunya bertemakan Inggeris Kontemporari.

Awdra laju meneguk liur. Ya lah, belum sempat pun dia duduk awal lagi dia sudah dijamu dengan pandangan mata tajam bak helang dari seorang wanita seusia ibunya yang duduk di sebelah Tengku Soelihah.

Jadi Ini lah Datin Sri Tengku Adeline?

Awdra senyum kelat. Dia melangkah berhati-hati menghampiri Tengku Soelihah dan Tengku Adeline. Tangan dua wanita itu disalam penuh hormat. Nenda Tengku Cairel itu hanya tersenyum saja. Namun Tengku Adeline berwajah kelat, hanya membiarkan saja Awdra menyalami tangannya.

"Haa, kan bagus macam ni. Cairel yang ambil. Tak ada lah lambat macam haritu, "

Awdra senyum kelat. Kalau dah kena paksa, memanglah awal. Ikutkan hati, mahu saja dia naik pengangkutan awam ke Bukit Antarabangsa ini. Tapi itulah. Belum sempat dia membuka pintu rumah, Ferrari merah Tengku Cairel lebih dahulu membunyikan hon.

"Amboi, Lin. Kenapa buat muka macam tu? Inikan tetamu kita, " tegur Tengku Soelihah.

Tengku Adeline hanya diam. Malah pandangan matanya lebih menikam dari sebelumnya.

Ish, gila betul Tengku Cairel ni. Patutnya dari awal lagi aku tak patut ikut rancangannya gila dia tu. Jahanam hidup aku sekarang.

"You asal mana? "

Tu diaa bak hang! Dia panggil aku 'You'! Kau ada? Fuh... ni seram ni. Dah mula dah bulu roma ni naik. Lagi serrem dari filem thriller

"Er, asal Perlis. "

"Umur You? "

"25, "

Tiba-tiba dia ketawa sinis. Reaksinya lebih kurang sama seperti Tengku Fairose. Prejudis sangat ni dengan umur aku.

"She's way more younger than You, Rel. "

"Mum.. "

"Anyway, " Tengku Adeline menyilang kaki. Jemari kedua tangan disulam bersama lalu diletak di atas lutut kanan.

"Apa nama company parent You? "

Haa sudah. Apa aku nak tembak ni? Cairel.. jangan lah diam je. Tolong lah aku huhuuu...

"Mum, her father died nine years ago." celah Tengku Cairel.

"Oh? Sorry, " ucap Tengku Adeline.

"It's okay, " Awdra senyum nipis.

"So, berapa lama dah kenal anak I? " soal Tengku Adeline.

Terus Awdra memandang Tengku Cairel. Seolah menanti jawapan balas dari lelaki itu. Lelaki itu juga wajahnya tampak tegang.

"Lama dah, Mum. "

"Shut up, Cairel. I'm asking her. "

Gulp! Uish... ini betul-betul filem thriller. Garang nak mampus! Silap-silap mati keras aku kat sini lama-lama.

"So, berapa lama You kenal nak I? " ulang Tengku Adeline.

"Sebulan lepas, "

"One months ago? And now You come here and bring her here, Cairel? " berkerut dahi Tengku Adeline memandang anaknya dengan mata garangnya.

"Never mind. As long as you keep your promised. So, now. Bila nak tunang? "

"Hah? "

*****

Awdra mendesis. Jam tangan berkali-kali dikerling. Tangan sudah bersilang sambil duduk bersandar di kerusi kedai makan.

"Mana Umi ni? "

Kejap-kejap dia memandang kanan. Kemudian memandang kiri pula. Mata sibuk mencari Umirah yang sepatutnya sudah tiba 15 minit yang lalu. Hatinya jadi resah. Umirah tidak pernah lambat begini.

"Cari siapa, Cik? "

Pantas Awdra menoleh. Matanya lantas terbeliak. Seolah tidak percaya. Tangan kanan kemudian naik memisat mata.

"Dini? "

"Thank God! Saya ingat awak tak ingat saya tadi. Can I sit here? "

Awdra hanya mengangguk. Dia membiarkan saja Houdini menarik kerusi lalu duduk setentang dengannya.

"Awak dah makan? " soal Houdini.

"Dah. Awak? "

"Not yet. Tak apa kan kalau saya nak order makan? "

Awdra angguk laju kepalanya. Houdini lantas memanggil pelayan.

Aaa... handsomenya dia ni. Cakap pun sopan-santun. Tengok muka dia pun rasa sejuk je hati ini. Tak macam Tengku Cairel tu. Huh! Muka kelat macam cicak tersepit pintu! Masam je memanjang.

"Tak apa kan saya duduk sini? " soal Houdini.

"Eh, tak apa. Lagipun saya saja je lepak sini. Saya tungggu kawan sebenarnya tapi itulah, tak sampai lagi. "

"Oh, macam tu. Awak nampak macam ada masalah je. Tak nak cerita? "

Aduh... jangan guna intonasi macam tu! Cair ais krim aku nanti Dini oi. Tolonglah, daku merayu!

"Cerita dia macam ni, saya ada tolong seorang lelaki ni. Dia kena belasah dengan gangster kat lorong. Saya tolonglah dia bawa pergi hotel dekat-dekat situ. Entah macam mana saya boleh end up pengsan pulak. Esoknya, dia tuduh saya buat benda tak elok kat dia. Dia kata dia tak akan buat apa-apa report pasal saya kalau saya ikut syarat dia untuk jadi tunang dia. Gila kan? So, awak rasa patut tak saya setuju tunang dengan dia? "

Houdini tongkat dagu. Matanya memandang atas. Mungkin sedang berfikir.

"Entahlah. Kalau awak rasa dia betul jodoh awak, awak teruskan. Kalau awak ada rasa ragu, awak boleh buat solat istikharah. " cadang Houdini.

Fuh... geliga otaknya ni. Makan apa eh masa sekolah dulu? Aku pun tak terfikir nak solat Istikharah. Aduh Awdra...

"Bagus jugak tu. By the way, saya cuma tahu nama awak Dini je. Tak ada nama lain dalam nama awak? "

"Of course ada. Nama saya Tengku Houdini Irfan. Like I said, you can call me Dini. "

Kejap-kejap. Nama dia pun ada Tengku jugak? Jangan-jangan dia ni adik beradik Tengku Cairek.

Adoi, memang hidup aku sekarang dipenuhi Tengku ke? Tengku Cairel, Tengku Soelihah, Tengku Fai, Tengku Adeline, sekarang Tengku Houdini pulak? Dia orang ni semua satu family ke? Aduh.. patah jugak tengkuk aku banyak sangat Tengku ni.

"Oh, Tengku Houdini? Saya pulak Awdra Fitri. "

"Awdra binti Fitri? "

"Eh, no no. Fitri is my another name. My father's name is Farouqi. "

"Ops, sorry. My fault, " Tengku Houdini ketawa kecil.

"It's okay, "

"Haa, sebelum saya lupa. May I have your phone number? "

Nombor?!

Patut ke aku bagi?

Patut?

Atau tak?

Patut?

Tak?

Tapi ini telefon pemberian Tengku Cairel. Hanya untuk kegunaan dia berhubung dengan Tengku Cairel, Mahmud, Arisa dan Umirah.

Ahh, dilema sungguh!

"Kalau saya tak bagi tak apa kan? "

"It's okay. Saya takkan anggap awak sombong. Saya anggap awak ada alasan sendiri, "

Memang pun.

"Jadi, apa nama the choosen guy tu? "

"The choosen guy? " Awdra kerut dahi.

"Ya lah. He's the one who brave enough to let you be his fiancee. Of course choosen one, "

Awdra senyum kelat. Kata-kata Tengku Houdini sedikit sebanyak membuatkan dia berfikir. Berfikir tentang tujuan sebenar mengapa wujudnya perjanjian antara dia dengan Tengku Cairel.

"What's his name? "

"Tengku Cairel, "

Wajah Tengku Houdini terus berubah. Semacam resah. Awdra kerut dahi.

"Kenapa? "

Tengku Houdini hanya menggeleng sambil tersenyum nipis.

Adakah Tengku Cairel ini Tengku Cairel yang dia kenali?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience