Bab 9 - Soal Siasat II

Romance Completed 27688

Dari tadi mata Amir terbeliak memandang Awdra dengan riak terkejut. Ikutkan hati, mahu saja dia terbang ke bulan. Teruja punya pasal.

"Mana akak dapat duit banyak macam ni? "

"Gaji lah. Takkan tanam pokok duit pulak, " perli Awdra.

Oi, tu gaji kau ke? Bukan duit upah Tengku Cairel bank-in pagi tadi? Menipu je kerja kau ni Awdra oi.

Eh, lantaklah. Janji halal. Gaji jugak.

"Yang 500 ringgit tu buat yuran deposit Amir daftar universiti nanti. Lepas lagi 800 tu untuk deposit pembedahan Mama. Ingatkan akak eh nak bayar esok? "

"Noted, akak. " Amir membuat isyarat jari 'okey'.

"Kejap, akak nak pergi mana lawa-lawa ni? "

Awdra tayang muka bosan. Satu keluhan dilepaskan. Dia menggeleng perlahan.

"Appoinment Mama kan? "

"Oh, ha'ah ha'ah. Appoinment Mama hari ni. Jadi, akak cuti ke hari ni? "

Awdra mengangguk. Kasut sneakers slip-on dikeluarkan dari dalam almari kasut lantad disarung. Rambut yang diikat satu telinga yang sedikit longgar itu dibetulkan.

"Siapa hantar? Kak Ris? "

"Ya lah. Takkan nak naik basikal kut. Kau ni pun, "

"Orang tanya je, "

"Akak jalan dulu lah. "

"Akak jalan lah awal sikit. Amir nak pergi jumpa Kayra ni. "

Awdra mencebik.

"Ei, gatal. Dating je kerja kau, "

"Biarlah, "

*****

"So, kita dah boleh lah nak set monthly appoinment untuk check up dan ct scan. Nama Puan Asiah pun saya dah masukkan dalam senarai menunggu. Insha Allah, tak lama lagi sampailah gilirannya. Sama-sama kita doa ya, Cik? "

"Insha Allah, Amin. "

"One more thing, Cik. "

"Ya? "

"Cik jangan risau kalau-kalau Puan balik rumah nanti asyik muntah-muntah. Itu cuma effect samping dari pain killer yang kami bagi tadi. Dan selalu lah ya cakap kat Puan supaya jangan skip ubat. Saya risau, " luah doktor wanita itu.

Awdra senyum nipis. Tahu dengan perangai ibunya yang kurang gemar menelan ubat. Berbuih mulut membebel pun masih juga degil.

"Saya keluar dulu ya, Doktor? "

Awdra bangkit dari duduknya. Blaus hitam longgar yang tersarung di tubuh dibetulkan.

Doktor wanita itu hanya mengangguk.

"Jom, Ma. "

Awdra membantu ibunya bangkit. Pintu bilik doktor itu dibuka oleh seorang jururawat pembantu doktor itu.

"Terima kasih, "

"Sama-sama, "

Keluar saja dari bilik doktor Suraya, terus Arisa bangkit dari duduknya lantas membantu Puan Asiah melangkah.

"Doktor cakap apa? "

"Mama okay. Tapi itulah, jangan suka skip ubat. "

"Haa, dengar tu, Auntie. Doktor pun tahu Auntie suka skip ubat. " usik Arisa.

"Ya, tahu. " keluh Puan Asiah. Rimas betul mendengar bebelan Awdra dan Arisa. Asyik ubat, ubat, ubat.

Arisa senyum nipis.

"Awdra, "

"Hmm? "

"Kita singgah airport dulu eh sebelum balik? "

"Kau nak buat apa kat sana? " soal Awdra pelik.

"Aku nak urus tiket aku pergi Jakarta minggu depan. Website dia tu buat hal, "

"Hmm, aku okay je kalau macam tu. "

"Okay, jom. Lepas tu boleh kita singgah makan cendol bakar kan, Awdra? " giat Puan Asiah.

"Ma, mana boleh. "

"Semua tak boleh, " getus Puan Asiah.

"Bukan semua, Auntie. " Arisa ketawa kecil.

*****

"Mama tunggu sini kejap, boleh? Awdra nak pergi toilet kejap. "

Puan Asiah hanya mengangguk. Awdra kemudian bangkit lalu membetulkan sedikit blaus yang sedikit terlipat.

Baru saja Awdra ingin membelok ke kanan tiba-tiba dia terlanggar sesuatu yang terasa amat keras. Spontan dahi digosok sambil mulut mengaduh.

Hoi! Ni dinding batu ke apa? Kerasnya!

"Are you okay? "

Awdra angkat wajahnya. Beberapa saat juga lah dia terkaku memandang wajah lelaki yang sedang berdiri di depannya kini. Rasa macam mahu tarik balik pula kata-katanya tadi.

"Are you okay, Miss? " soal lelaki itu sekali lagi.

"Miss? " panggil lelaki itu.

"Hah? Okay! Okay, Saya okay. Saya okay, "

"Are you sure? "

"Yes, yes. I'm sure. Are you okay, Sir? " soal Awdra pula.

Lelaki itu kemudian senyum nipis. Aduh.... dia senyum pulak dah. Tak tahu ke jantung aku ni tengah dup dap dup dap?

"I'm okay. "

"You didn't hurt anywhere, didn't you? " soal Awdra ingin kepastian.

"For sure, yes. But, I'm more worried about you. Your forehead isn't swollen, isn't it? "

"No, no. I'm fine, " Awdra senyum nipis.

"By the way, nama saya Dini. And you? "

"Saya Awdra, "

"Oh, Awdra? Nice to meet you, "

"Nice to meet you too. Er, saya kena balik dulu ni. Till we meet again, "

Dini mengangguk.

"Sure, tell we meet again. "

Awdra senyum nipis. Dia kemudian melangkah lalu berlalu pergi. Tak nak minta nombor dia ke, Awdra? Eh, jangan nak macam-macam.

Dini menoleh. Bibirnya hanya mengukir senyuman hambar. Mahu panggil balik, malu pula. Satu keluhan dilepaskan.

"Awdra, "

*****

"Lambat lagi ke Cairel? " giat Tengku Soelihah.

Tengku Cairel pantas memandang nendanya dengan kedua kening terangkat. Kemudian dia tersengih. Sudu diambil lalu digigit. Habit biasa jika dia gelisah.

"Cairel? "

"Yes? "

"Nenda tanya, lama lagi ke? "

"Eh, tak. Awdra kata dia on the way. Don't worry, Nenda. She'll be here, "

Ya ya lah tu be here. Ada kau call dia cakap pukul berapa? Tak ada kan?

"Rel, "

"Ya? "

"Saufi told me, hari ni Dini balik Malaysia. "

Pantas Tengku Cairel memandang nendanya dengan dahi berkerut. Aneh. Tiba-tiba saja Dini pulang ke Malaysia setelah lima tahun menghilang ke mana.

"Dia ada kat rumah ke? "

"Entah lah. Mum cakap tak ada pun Dini balik rumah. Ikutkan schedule flight hari ni, sepatutnya Dini ada rumah dari petang tadi lagi. "

Tengku Cairel bersandar di kerusi. Kedua tangan disilang.

"Badriq, "

.
. .

"Alamak, dah lambat! "

Awdra kejap-kejap mengerling jam tangannya kemudian memandang keluar tingkap. Sudah 30 minit matanya menjamu pemandangan jalan raya yang sesak.

"Bang, lama lagi ke? "

"Sabar, Cik. Petang malam Sabtu macam ni memang sesak sikit. Esok cuti kan? "

Awdra hanya mengangguk akur. Sempat dia mendesis risau. Kalau aku muncul ni, silap-silap kena baham dengan tiger Rel tu!

Ting!

Terbeliak mata Awdra. Cepat-cepat dia membuka beg tangannya. Telefon pemberian Tengku Cairel dikeluarkan dari beg tangan.

'Where are you? '

'Kenapa tak sampai lagi? '

'Pukul berapa dah ni? '

'Awdra! '

'Awdra! '

'Awdra! '

'Answer me, now! '

'Mana kau? '

'Mana?! '

Awdra telan liur kemudian dia menggigit bibir. Tak terkerdip mata membaca mesej dari Tengku Cairel yang bertubi-tubi masuk.

Sah, memang kena baham. Tengku Cairel sudah naik minyak. Marahnya bukan boleh dibuat main. Fuh.. masuk rumah tanah panjang tiang putih kat luar lah aku malam ni.

"Cik, kita dah sampai. "

Awdra senyum kelat. Kalau tadi, dia bagai lipas kudung mahu lekas-lekas datang sini. Sekarang, rasa macam mahu pulang semula ke rumah.

Haaa... habislah aku.

"Berapa, bang? "

"15, "

"Okay, kejap eh. "

Dompet dikeluarkan dari dalam beg tangan. Sehelai not RM10 dan sehelai not RM5 untuk dibayar kepada pemandu Grab Car itu. Lambat-lambat dia menghulurkan duit.

"Terima kasih, Cik. "

"Sama-sama, "

Awdra membuka pintu kereta Perodua Alza itu. Sempat mulut terlopong memandang restoran serba mewah di depan mata.

The Ame Soeur.

Wah, belum pernah lagi dia menjejak kaki ke mana-mana restoran mewah di sekitar ibu negara ini. Dia tidak sekaya Tengku Cairel. Paling mewah pun makan di restoran 3 bintang.

Tapi restoran ini. Entah berapa juga bintangnya. Dari luar sudah tampak mewah dengan beberapa tiang konkrit berwarna keemasan. Entah-entah, ini emas betul.

Awdra geleng laju kepalanya. Membuang segala tanggapan negatif. Dia mula melangkah masuk ke dalam restoran fine dining bertaraf 5 bintang itu.

Sebaik saja masuk, ternganga luas mulutnya. Kagum dengan hiasan dalam mewah restoran ini.

Besar pulak restoran ni. Sesat aku nak cari Tengku Cairel ni hoi.

Aha!

Telefon dikeluarkan dari dalam beg. Terus aplikasi whatsapp dibuka dan nombor Tengku Cairel dicari.

'Awak kat mana? '

Dia mengetuk-ngetuk telefon ke bibir sementara menunggu mesej balas dari Tengku Cairel. Tiba-tiba terasa vibrasi.

'Ask the waiter. '

Awdra mencebik. Kuku besi betul! Tak luak pun duit berkepuk tu beli internet. Huh!

Awdra berjalan menghampiri seorang pelayan yang sedang berdiri di satu sudut restoran.

"Yes, Miss? "

"May I know where is Tengku Cairel? "

"Oh, you're his girlfriend, right? "

Awdra senyum kelat. Eh, zaman bila pula aku ni girlfriend dia? Mamat kerek ni kan, suka-suka je bagitahu orang yang aku ni girlfriend dia. Siapa nak jadi girlfriend dia? Aku tak nak.

"Come, Miss. "

Awdra mengangguk akur. Dia lantas membuntuti langkah pelayan lelaki itu. Rasa gugup mula menghinggap tatkala mata terpandang kelibat Tengku Soelihah yang sedang duduk berbual setentang dengan Tengku Cairel yang duduk membelakanginya.

"Rel, " Tengku Soelihah menepuk lembut paha cucunya.

"Yes? "

"She's here, " bisik Tengku Soelihah.

Terbeliak mata Tengku Cairel. Cepat-cepat dia menoleh. Terpaku dia memandang Awdra yang sedang melambai kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience