Bab 31 - Hilang

Romance Completed 27688

"Ada lagi beg lain? "

Awdra menggeleng. Dia menoleh memandang Amir yang sedang membantu Puan Asiah ke kereta.

"Kalau ada-ada tak kena atau barang dapur tak cukup, call je saya. Okay? "

"Ya, baiklah. "

"Akak, barang semua Amir dah masukkan. Ada apa-apa lagi ke yang tertinggal? " laung Amir.

Awdra menoleh. Dia menggeleng perlahan.

"Semua dah masuk. "

"Awdra, kita gerak sekarang? " ajak Tengku Houdini.

"Sekejap, saya nak cakap something dekat Kak Siti. "

Tengku Houdini mengangguk faham.

"Pergi lah, "

Awdra melangkah mendekati Kak Siti yang sedang menjemur pakaian di tali jemuran. Dia senyum sendiri.

"Akak, "

Kak Siti menoleh. Serta-merta wanita awal 30-an tersenyum.

"Eh, Awdra. Banyak beg Awdra bawa. Nak balik kampung eh? " teka Kak Siti.

"Tak lama pun, "

Awdra mengeluarkan telefon pemberian Tengku Cairel serta satu sampul surat putih dari beg silangnya.

"Akak, "

"Eh, apa ni? "

"Saya nak minta tolong Akak boleh? "

Kak Siti kerut dahi.

"Minta tolong apa? " soal Kak Siti.

"Ni, " Awdra menghulur telefon itu bersama sampul surat putih tadi.

"Akak, kalau Cairel datang sini.. boleh tak bagi dia telefon dengan surat ni? " pinta Awdra.

Kak Siti gigit bibir. Dia memandang telefon dan surat yang dihulur Awdra.

"Awdra nak pergi mana sebenarnya ni? " soal Kak Siti.

"Saya cuti sekejap. Nanti saya balik lah. Akak, jangan lupa eh? Telefon dengan surat tu. Lagisatu... Awdra nak minta maaf dekat Akak kalau Awdra ada buat salah dengan Akak. Awdra harap sangat Akak maafkan semua salah silap Awdra dekat Akak. Halalkan makan minum saya, halalkan setiap apa yang Akak bagi. Ya? "

"Awdra... kenapa cakap macam ni? Macam raya pula, "

Awdra ketawa kecil. Air di hujung ekor mata diseka.

"Akak, saya gerak dulu eh? "

"Hmm, hati-hati. "

Awdra mengangguk. Dia berpaling lalu melangkah ke kereta Tengku Houdini. Dia menoleh lalu melambai tinggi kepada Kak Siti.

"Bye, Kak Siti! "

Semoga perpisahan ini membawa kebahagiaan kepada orang lain.

******

"Hujung bulan ni Mum nak Rel nikah dengan Sai, "

Serta-merta Tengku Cairel yang sedang menonton televisyen itu mengangkat kepala memandang adiknya, Tengku Houdini. Kemudian dia memandang nendanya. Masing-masing berbalas pandangan tanpa riak. Apa semua ni?

"What do you mean? " soalnya.

"Semalam Mum dah merisik Sai. Sai dah setuju nak nikah dengan Rel. Persiapan majlis akan bermula esok. Jangan cuba nak malukan Mum, "

"Mum! " Serta-merta Tengku Cairel bangkit.

"Keputusan Mum muktamad, Rel. "

"Mum, Mum bergurau kan? "

Hujung bulan depan lebih kurang beberapa minggu saja lagi. Semua perkara ini berlaku dengan pantas. Semuanya terasa bagaikan satu mimpi.

"Apa Mum kamu cakap tu betul, Cairel. " ujar Tengku Soelihah.

Terbeliak mata Tengku Cairel. Dia merenung ibunya tajam. Tengku Adeline turut sama merenung tajam. Tak mahu kalah dengan anak sulungnya.

"Mum! How can you decided without telling me first? Rel tak nak kahwin dengan Sai! Mum tak faham ke? Rel hanya nak kahwin dengan Awdra! "

"How dare you raise your voice to me?! "

Tengku Cairel merengus. Kunci kereta di atas meja diambil. Kemudian dia melangkah dari ruang tamu.

"Masih nak cari perempuan tak sedar untung tu? "

Tengku Cairel berhenti melangkah. Dia menoleh.

"Perempuan tu ada nama, Mum. Nama dia Awdra. "

Tengku Adeline senyum sinis.

"Dah terlambat. "

Terus dahi Tengku Cairel berkerut. Apa maksud Mum? Terlambat?

"Kalau saya tak ada nanti, awak macam mana? "

Jangan-jangan...

"Mum, what do you do to Awdra? " soal Tengku Cairel.

"Dia yang nak pergi. Itu pilihan dia. Dia dah janji dia takkan ganggu Rel lagi, "

"What?! Mum, you're cruel! "

Tengku Cairel meneruskan langkah.

"Cairel! Cairel! "

*******

"Cepat lah angkat.. cepat! " Tengku Cairel mendesis.

Entah berapa kali sudah dia mendail nombor Awdra. Semuanya tidak diangkat. Dia meraup wajahnya. Resah.

Arisa!

Nombor Arisa pantas didail.

"Ya, Arisa's speaking. Who's talking? " sahut Arisa.

Telefon diletakkan atas coffee table. Speaker dibuka. Sebelah tangan memegang cawan sambil menghirup jus oren. Sebelah lagi memegang alat kawalan jauh televisyen lalu menukar siaran.

"This is Cairel. "

Terbeliak mata Arisa. Cepat-cepat dia meletakkan cawan di tangan kanannya di atas coffee table. Dia menghela nafas dalam-dalam.

Fokus!

"Ya, ada apa saya boleh bantu? "

"Awdra ada call tak hari ni? " soal Tengku Cairel.

Arisa kerut dahi. Kepala ditelengkan sedikit.

"Tak ada pula. Kenapa? "

"She didn't pick up my call, "

"Er... itu saya tak tahu lah pulak. Biasa dia angkat kalau orang call. Kalau dia tak nak diganggu je dia akan off phone. "

Tengku Cairel gigit bibir. Dia menggosok belakang tengkuk.

"Never mind. Saya pergi rumah dia je. Apa-apa saya inform, "

"Okay... "

Panggilan ditamatkan. Terus Arisa mendail nombor Awdra.

Seminit.

Dua minit.

"Ya? "

Arisa kerut dahi. Siapa pulak ni?

"Ni siapa? "

"Oh, ni kawan Awdra ya? Ni Kak Siti, jiran dia. "

"Eh, kejap. Kenapa Kak Siti yang jawab call Awdra? " soal Arisa keliru.

"Er.... panjang ceritanya dik. "

******

Tengku Cairel menarik brek tangan. Tali keledar dibuka lalu dia bingkas keluar dari kereta. Loceng rumah Awdra ditekan berkali-kali.

Sunyi. Senyap. Sepi.

"Awdra! Awdra! "

Nombor Awdra didail lagi. Tidak dijawab. Malah masuk ke peti suara.

"Adik ni, Cairel ya? " tegur Kak Siti.

Tengku Cairel menoleh. Dia senyum nipis kepada Kak Siti yang sedang menjinjing beg plastik. Mungkin baru pulang dari kedai runcit membeli barang keperluan.

"Haa... ha'ah. Akak ni siapa ya? " soal Tengku Cairel.

"Nama akak Siti. Panggil Kak Siti je. Eh, meh lah masuk. Akak ada something nak bagi ni, " ajak Kak Siti.

"Apa dia? "

"Ish, ikut aje lah! "

******

"Ini kunci rumah. Ada apa-apa don't forget to call me, okay? "

"Ya, berapa kali nak cakap? Saya sampai dah boleh ingat skrip awak, " seloroh Awdra.

Tengku Houdini ketawa kecil. Kemudian dia menggosok belakang tengkuk. Malu barangkali.

"Kalau ubat Aunty Asiah habis atau nak kena pergi klinik ke apa, call number ni guna phone rumah. " Tengku Houdini menghulur satu kad nama.

"Thanks, "

"Welcome, "

"Thanks again. Sebab.. bagi saya dengan family saya tinggal dekat sini. "

"No worries. Lagipun rumah ni jarang orang duduk. Kalau awak tinggal sementara kat sini, terurus lah jugak rumah ni. " seloroh Tengku Houdini.

Awdra mengangguk.

"Ya lah. Awak tak nak balik ke? Dah lewat ni. Nanti Mum awak marah pulak, "

Tengku Houdini silang tangan. Dia memandang tidak puas hati.

"Mum dah buat macam-macam dekat awak, awak masih nak concern pasal dia? " soal Tengku Houdini.

Awdra mengeluh perlahan. Dia menunduk memandang lantai.

"Saya faham perasaan dia sebagai seorang perempuan. Kalau saya jadi dia, saya pun takkan izinkan orang yang saya paling sayang bersama dengan orang macam saya. "

"Awdra, don't say that. You're perfect. Just the way you are. "

Tengku Houdini mengerling sekilas jam tangan.

"Er, saya balik dulu lah. Nanti betul-betul Mum mengamuk, "

"Hmm, hati-hati drive. "

Tengku Houdini mengangguk. Dia berjalan ke arah keretanya. Dia menoleh lalu melambai tinggi.

"Bye! "

"Bye, "

******

"A... apa ni? "

Tengku Cairel memandang lama telefon dan sampul surat yang diberi Kak Siti tadi. Dia cukup kenal telefon itu. Telefon yang dia berikan kepada Awdra.

"Akak, kenapa rumah Awdra gelap je? " soal Tengku Cairel.

"Entahlah. Masa akak jemur baju pagi tadi, nampak lah dia bawak beg-beg besar masuk kereta kawan dia. Lepastu dia minta akak tolong bagikan telefon dengan surat tu dekat Cairel, "

Surat?

Dia memandang lama sampul surat putih. di tangannya. Lama dia berfikir.

Surat!

Sampul surat putih itu cepat-cepat dibuka. Kandungannya dikeluarkan. Lipatan surat dibuka.

'Ke hadapan Tengku Cairel Iman,

Assalamualikum sebagai pembuka bicara. Seribu maaf saya pohon sebelum warkah ini dibaca.

Saya sebenarnya tak tahu betul atau tak keputusan saya ni. Hati saya berbelah bahagi.

Cairel,

Sebenarnya, haritu Mum awak ada bagi saya cek. Cek tu ada dalam sampul ni sekali. '

Cepat-cepat Tengku Cairel membuka sampul surat putih itu. Alangkah terkejutnya dia melihat sekeping cek dengan tanda-tangan ibunya. Surat Awdra dibaca lagi.

'Awak ambil lah cek tu. Itu duit saya bayar ganti rugi agreement. Kira halal eh?

Lagisatu, sejujurnya, saya tak sanggup sebenarnya nak hilangkan diri macam ni. Saya tak sanggup tengok awak sedih. Saya terpaksa buat semua ni. Kalau saya tak pergi, Mum awak ugut nak buat sesuatu dekat keluarga saya. Saya tak ada pilihan. Saya faham keputusan Mum awak. Kalau saya jadi dia pun, I'll do the same thing.

Awak jangan sedih lama-lama. Nanti effect pulak dekat kerja. Saya harap awak tabah untuk hadapi semua ujian dalam hidup awak. Kita kena terima hakikat. Hakikat yang kita memang tak ada jodoh.

Cairel, kalau saya tahu peritnya perpisahan ni.. demi Allah, saya tak nak berjumpa atau kenal dengan awak supaya satu hari nanti kita takkan berpisah macam ni. Tapi, dah takdir kan?

Awak, saya akan selalu cintakan awak. Selagi bulan masih bercahaya di langit setiap malam, selagi tu saya masih cintakan awak. Hidup ni satu perjalanan. Terpulang pada kita sama ada nak teruskan atau patah balik. Cairel, saya sentiasa doakan awak bahagia. Walau bukan dengan saya sekalipun.

Yang mencintaimu,

Awdra Fitri. '

Tengku Cairel terus terduduk di kerusi luar rumah Kak Siti. Dadanya berombak. Hatinya berkecamuk. Entah apa perasaan kini.

Marah? Sedih? Kecewa?

"Akak, siapa yang hantar dia pagi tadi? " soal Tengku Cairel.

"Kawan dia rasanya. Lelaki, " jawab Kak Siti.

Lelaki?

Adriz? Takkan lah. Adriz dekat Johor sekarang.

Hud? Hud selalu bangun lewat waktu pagi.

Pak Lang? Pak Lang pun tak tahu Awdra dekat mana. Kata Pak Lang, hari ni Awdra sepatutnya menaiki penerbangan ke Singapura. Tapi tadi dia sendiri sudah periksa di kaunter lapangan terbang. Tiada nama Awdra Fitri dalam senarai penumpang.

Megat Hakeem? Takkanlah. Megat Hakeem ada di London.

Syed Mukhriz? Lelaki itu sendiri pun sudah lama tidak munculkan diri.

Mukmin? Orang menyoal, dia menyoal kembali.

Kamil? Lelaki itu sudah berhenti kerja. Hilang dari radar.

Badriq? Awdra tak kenal Badriq.

Atau... Dini?

"Akak, saya balik dulu. " Tengku Cairel bingkas bangkit.

"Hmm, ya lah. "

******

Tengku Cairel membuka pintu rumah. Kasut diletakkan ke dalam almari build-in di sebelah pintu. Dia melangkah mendaki tangga.

"Rel pergi mana tadi? "

Langkah Tengku Cairel terhenti. Dia merengus perlahan sebelum menoleh belakang. Ibunya sedang duduk di sofa ruang tamu dengan wajah masam.

"Jumpa kawan, "

"You did met her, aren't you? " teka Tengku Adeline.

"Mum, stop it. This is what you want, right? "

"Kalau dah mata duitan tu, mata duitan lah jugak. " perli Tengku Adeline.

"Mum! "

"What? Sebabkan perempuan tu, Rel berani tinggikan suara dekat Mum Rel sendiri? "

Tengku Cairel merengus. Kemudian dia meraup wajahnya. Rimas, serabut. Semua bercampur baur.

"Okay, tell me. Apa Mum nak Rel buat supaya boleh puaskan hati Mum? " soal Tengku Cairel.

"Kahwin dengan Sai. Hujung bulan ni, " tegas Tengku Adeline.

"Okay, fine. Rel kahwin dengan Sai. Rel akan dengar cakap Mum kali ini. Tapi lepas ni anggap je yang Rel ni dah mati. Maafkan Rel kalau Rel jadi anak derhaka, "

Tengku Cairel meneruskan langkah mendaki tangga. Saidatul dan Tengku Houdini di belakang dinding dapur terus berpandangan.

"Macam mana ni, Dini? " soal Saidatul resah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience