Bab 22 - Merajuk lagi!

Romance Completed 27688

"Cik.. "

"Jangan. Saya kata jangan, " tegah Awdra.

"Tapi, Cik... "

"I've told you. Don't let him in! "

Marahnya sudah tak boleh dibendung lagi. Naik berbuih mulut asyik cakap benda yang sama. Jasmine ni pun, berkali ditegah masih juga cuba memujuk Awdra.

"Dah sejam Tengku Cairel duduk kat luar tu, Cik Awdra. Kasihan kat dia, " pujuk Jasmine.

Awdra merengus. Pen hitam Faber-Castle GRIP X7 0.7 dihempas atas fail kuning cair yang dia semak tadi. Terus dia duduk bersandar di kerusi pejabatnya.

"Don't repeat my question. Tell me clearly. Macam mana aku boleh masuk dalam bilik ni, dengan kau terbaring atas lantai. Explain it, young lady. "

"People call me Cairel. Not Iman, "

"Memang lah. Anggap tu duit gaji kau, "

"Then, be my wife. Senang, "

"Saja ajak jumpa. Kenapa? Tak salah nak ajak girlfriend sendiri keluar kan? "

"Jangan lah buat muka macam tu. Be happy. Mesti ada hikmah why he do that to you and why he chose her instead of you. "

"Kalau masih rasa down jugak, kau boleh je anggap yang aku ni your real fiancee. Just for three months. "

"Kau ingat aku ni kuda sangat ke? Aku belanja hari ni, "

"Aku senyum kat kau lah. Tak nampak eh? Nak aku senyum lagi? Eee... "

"Don't blame yourself, Awdra. You deserve to be happy. "

"Your future needs you. Your past doesn't, "

"Ish, kau ni. Tu tak nak, ni tak nak. Aku sumbat cincin dalam tekak kau nanti baru tahu. Aku yang bayar, tak ada kena mengena dengan kau pun. "

"Eleh, cakaplah dah suka. "

"Buat muka, buat muka. Aku tarik hidung tu kang! "

"She's now my fiancee. I really hope that you can place a boundary between you and her. "

"Who cares? Kau ingat aku nak biar je orang kacau tunang aku? Memang tak lah, "

Awdra meraup mukanya. Suara Tengku Cairel berderu masuk dalam fikiran. Hingga terngiang-ngiang di ingatan meninggalkan kesan yang mendalam.

Kenapa aku asyik fikir pasal kau ni?

Perasaan ni tak sepatutnya ada.

*****

"Umi, kau sure dengan keputusan yang kau buat ni? " soal Arisa.

Umirah yang sedang terlantar di katil itu mengangguk perlahan. Bibir merekahnya kemudian mengukir senyum.

"Raisya dan Rayyan perlukan Maira. Adriz perlukan Maira. "

"Habis, kau macam mana? Kau tak bincang pun kita orang, Umi. This is about your life, " hujah Awdra.

"Awdra, Ris, dalam hidup ni kita ada banyak pilihan. Terpulang pada kita nak pilih yang mana. Itu yang Kak Maira selalu cakap dekat aku, "

Awdra dan Arisa sama-sama mengeluh. Arisa sudah memicit dahi, tanda dia sendiri pun bingung dengan sikap Umirah.

"Doktor, kita dah boleh masuk OT. " ujar seorang jururawat yang berjalan menghampiri Umirah sambil tersenyum.

Umirah mengangguk.

"Umi.... Janganlah... " rayu Arisa.

"Ris, Awdra, kalau jadi apa-apa dekat aku, janji eh jangan salahkan diri korang? "

Arisa mengangguk laju. Tangan sejuk Umirah digenggam kuat. Hati merawan mendengar luahan Umirah.

Sesudah Umirah dibawa masuk ke dalam dewan pembedahan bersama beberapa orang jururawat, Awdra terus duduk di kerusi ruang legar bersama Arisa. Gadis itu sudah mula mengalirkan air mata.

"Dah, janganlah nangis. Kita doa yang baik-baik untuk Umi. Okay? " pujuk Awdra.

"Tapi..... "

"Ris, dah lah tu. Buruk tau kau kalau nangis, "

Arisa menyeka air matanya. Dia angkat wajah memandang Awdra lalu tersenyum.

"Haa.. kan cantik senyum? Barulah Hud suka. "

"Ish, tak baik lah. " omel Arisa.

Telefon pemberian Tengku Cairel tiba-tiba berdering. Laju saja tangan Awdra membuka beg silangnya lalu mengeluarkan telefon. Dia merengus tatkala melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

"Siapa tu? " soal Arisa. Dia mengangkat kepala yang tadi mendarat di bahu Awdra.

"Siapa lagi, "

"Kau ni, angkat lah dia call tu. Kasihan dia tau. Adik dia yang salah, dia pulak kau marahkan. Dah tiga hari kau buat tak layan dia. Kasihan dia... "

Awdra mengeluh. Bukan dia berdendam dengan Tengku Cairel mahupun adik lelaki itu. Cuma, memaafkan memang mudah. Tetapi, melupakan itu satu perkara yang memerlukan masa.

Hatinya rasa terguris.

*****

Awdra menyelak langsir ruang tamu. Wajah berangnya mengerutkan lagi dahi yang sudah berlipat juta itu. Dia merengus.

Mamat ni, memang tak faham bahasa!

Tak cukup di pejabat lelaki itu mengganggunya, kini sampai ke rumah pula. Tak pasal-pasal dia berkurung dengan Jasmine dalam pejabat. Sekarang ni, naik lemas pula berkurung dalam rumah. Sudah hampir tiga jam Tengku Cairel bertenggek di depan pagar rumahnya. T-shirt slim fit hitam Heritage Limited Edition Tom Tailor yang dipakai lelaki itu tampak basah dengan peluh.

"Akak ni, tak kasihan ke dengan Abang Rel? "

Ayat yang sama sahaja sejak pagi tadi. Tak adakah ayat lain? Kasihan? Habis dia ni macam mana? Rasa tertipu tahu tak?

Argh... geramnya! Macam orang bodoh dua beradik itu mempermainkan dirinya. Tahu tak hati ni sakit setiap kali fikir? Boleh putus neuron otak ni.

"Lantak lah dia. Basah lencun pun aku tak kisah, " Awdra merengus.

Dia kemudian berpaling lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Amir dengan mulut sedikit terlopong terus menoleh memandang kakaknya dengan dahi berkerut. Biar betul? Kejam hoi.

"Akak! "

"Huh! " Awdra merengus.

Amir menelan liur. Takut pula melihat wajah kakaknya itu. Semacam singa betina mahu membaham anak antelope.

"Aduh... akak ni! " Amir garu kepala.

Amir menyelak langsir. Sedikit sebanyak dia kagum dengan Tengku Cairel. Dalam masa yang sama, rasa kasihan itu timbul. Tengku Cairel setia menanti berjam-jam demi mahu Awdra berjumpa dengannya.

Kepala digeleng laju lantas dia mencapai selipar di rak kasut. Tombol pintu rumah dipulas perlahan lalu pintu dikuak luas.

Terus wajah Tengku Cairel bercahaya melihat pintu rumah yang terbuka. Bibirnya juga sudah mengukir senyuman.

"Awdra! "

Wajah Amir yang terjegul di pintu mematikan senyuman. Dia mengeluh hampa. Yang dinanti tak kunjung tiba.

"Amir, akak ada? "

"Mestilah ada. Tengah merajuk tu, "

Merajuk?

Serious lah?

"Bang, jom lah masuk. Dah basah lencun dah tu. Sambil-sambil tu boleh minum petang dengan Mama. Akak dah siap goreng karipap tadi, " ajak Amir sambil tangan membuka pagar.

Laju saja Tengku Cairel mengekor Amir. Dengar saja Amir sebut "karipap" , terus berbunyi perutnya. Lapar lah katakan.

Gila tak lapar? Dua jam kot aku bertarung hidup!

******

"Ma, Dira pergi keluar kejap. Nak jumpa Ris. Sebelum pukul 7 Dira balik, " ujar Awdra sambil tangan mengikat jam tangan Baby-G berwarna hitam di tangan kiri.

Tiada jawapan. Tiada sahutan. Pelik. Awdra kerut dahi.

Mana semua orang menghilang ni?

Awdra gigit bibir. Almari kasut dibuka. Sneakers slip-in bercorak checker board diambil bagi melengkapkan gayanya yang cukup santai petang ini yang hanya memakai knitted blouse hitam dengan pleated skirt hitam.

Tombol pintu dipulas. Kasut dicampak ke lantai. Dia berdiri sambil menyarung kasut. Matanya tiba-tiba terbeliak besar.

Alangkah terkejutnya dia melihat Tengku Cairel sedang mesra berbual bersama Mama dan adiknya di lama rumah. Patut lah senyap! Kejap.. macam mana dia tu boleh masuk? Mesti kerja Amir.

"Eh, Dira nak pergi mana? Mai lah sini, minum sekali. Cairel datang ni, " ajak Puan Asiah.

Awdra senyum nipis lalu menggeleng.

"Tak apa. Dira nak keluar kejap dengan Ris. Sebelum pukul tujuh, Dira balik. " janji Awdra.

"Hm, ya lah. Hati-hati, "

****

"Aik, aku ingat kau dah tak marah kat Tengku Cairel. Siap boleh sembang dengan Mama kau lagi, "

"Siapa kata? "

Arisa ketap bibir lalu menelan liur. Mahu tak mahu dia terpaksa menutup mulut dan fokus pada pemanduannya.

Pahal dengan minah ni? Moody semacam. Macam Angin Monsun Barat Daya. Silap langkah boleh nahas di samudera.

"Ris, "

"Hm? "

"Jahat ke aku ni? "

Terus Arisa menoleh kiri. Keningnya terangkat sedikit. Pelik dengan soalan Awdra.

"Apahal emo sangat ni? "

"Taklah, aku cuma.. entahlah. Rasa macam aku pulak yang salah sedangkan dia orang dua tu yang buat salah. "

"Awdra, kau kena faham konsep peluang kedua ni. Memang kalau ikutkan peluang kedua ni tak sehebat peluang pertama. Tapi, siapa tahu? Mungkin peluang kedua ni yang terbaik? Kak Maira pun pernah cakap, kita ada banyak pilihan dalam hidup. Bergantung pada kita nak pilih yang mana. "

"How about Dini? "

Arisa merengus perlahan. Dia garu kepala. Tampak air wajahnya berubah seperti kurang selesa.

"Jujur aku cakap, aku tak berapa kenan sangat dengan Dini tu walaupun dia tu well-mannered tapi aku tetap rasa insecure. "

Awdra kerur dahi. Kurang faham dengan ayat Arisa.

"Insecure? "

"Dia macam stalk kau kut, babe. Takkan kau tak perasan? Aku dengan Umi pun sebenarnya tak suka bila kau asyik keluar makan sama-sama dengan dia. Jelas dia ada perasaan dekat kau, " Arisa membuat telahan.

"Instinct kau aje kut, " Awdra herot bibir.

Tapi... takkanlah?

Dini ada perasaan dekat aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience