Bab 27 - Cemburu II

Romance Completed 27688

"Meeting habis pukul berapa, Jas? " soal Awdra.

"Wah, Cik. Nak balik cepat nampak? " usik Jasmine yang sedang tekun memandu.

Awdra diam. Dia menyilang tangan lalu bersandar. Dia lantas membuang pandang ke luar tingkap.

Tak suka betul lah dengan Jasmine ni. Suka bagi ayat deep. Sudahnya dia sendiri makan hati.

"Cik, dah sampai. "

Terus Awdra memandang kanan. Cepatnya?

"Awak ikut jalan mana? Laju je sampai, "

Jasmine hanya senyum. Gadis itu kemudian menarik brek tangan lalu menarik picu tali pinggang keledar.

"Jom, Cik. "

Awdra dan Jasmine berjalan beriringan masuk ke bangunan TRK Bersatu yang gah itu. Kebanyakan pekerja di sana tak berat mulut mahu menyapa. Ya lah, melekat muka dia dekat surat khabar dengan tajuk 'PUJAAN HATI PEMILIK EMPAYAR TRK BERSATU, AWDRA FITRI FAROUQI'. Kot iya pun reporter, tajuk tu tak payah lah vogue sangat.

"Hai, Qisya. " sapa Jasmine kepada Qisya yang sedang tekun memandang monitor komputer.

"Eh, Cik Awdra dengan Jas dah sampai? "

"Boleh masuk ke ni? " soal Jasmine.

"Tengku tengah ada tetamu sekarang. Tapi dia pesan kalau Cik Awdra dengan PA dia datang, suruh masuk je. " terang Qisya.

"Kami masuk? " soal Awdra ingin kepastian.

"Silakan, Cik."

Qisya kemudian menolak pintu kaca pejabat Tengku Cairel itu. Awdra senyum kepada Qisya tanda terima kasih. Sebaik sjaa dia memandang ke dalam ruang pejabat itu, senyumannya serta-merta mati.

Tak silap dia, gadis yang Tengku Cairel sedang peluk tu Saidatul Alicesya. Rasanya lah. Oops, macam menganggu aje dia ni?

"Whoa... sorry for disturbing you guys. Saya keluar dulu lah ya? Have a nice day, "

Awdra menutup pintu. Dia memandang kiri kanan. Cabut cepat!

"Jas, kita balik. Now, "

"Tapi.. Cik, "

Tengku Cairel cepat-cepat menarik tangan Saidatul yang sedang memeluk dirinya. Terus dia menolak kasar pintu.

"Awdra, wait! "

Awdra menoleh. Matanya terus terbeliak.

"Jas, balik. Jom! "

"Macam mana dengan...? "

"Postpone lain kali. Saya tak ada mood, "

Jasmine telan liur. Laju dia menganggukkan kepalanya. Langkah Awdra diekori.

Kalau sudah keluar dari mulut Awdra ayat 'bad mood' tu, maknanya betul-betul bad mood. Bangunan tinggi berpuluh-puluh tingkat ni pun boleh terbalik.

"Jadi, itu lah Awdra? " soal Saidatul.

"Sai, stop all these nonsense. Abang dengan Awdra dah nak kahwin. Accept the fact. "

"How can I accept the fact? You're the one who cause all these problems. "

Tengku Cairel meraup wajahnya. Anak rambut disebak ke belakang.

"Tolong, Sai. Abang merayu. Balik sekarang, "

Saidatul kemam bibir. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Sai balik dulu, Abang. " Saidatul senyum nipis.

"Hmm, "

Awdra, I'm really. That's not what I meant.

******

"Kau masih ada perasaan dekat Awdra? " soal Badriq.

Tengku Houdini menoleh. Dia senyum nipis.

"Entah lah. Rasa macam tak kut, "

"Aik, kenapa pulak? " dahi Badriq berkerut.

"Kau pernah dengar tak? Kalau kita luahkan perasaan dekat seseorang and orang tu bukan jodoh kita, rasa cinta tu akan berkurang. That was happened to me, "

"Uish, macam tu pun ada eh? " soal Badriq kagum.

Tengku Houdini menjeling tajam Badriq. Bunyi macam perli je.

"Sai ada jumpa kau? " soal Badriq.

Tengku Houdini mengangguk perlahan.

"What does she say? " soal Badriq.

"Say what? " Tengku Houdini menyoal kembali.

"Aduh.... " Badriq tepuk dahi.

"Kau ni serius ah sikit. Sai nak cakap apa? "

"Dia tak ada bagitahu kau pasal..... "

Tiba-tiba Badriq tekup mulut. Matanya membulat.

"Pasal apa? "

"Tak ada, tak ada. Aku tersilap cakap, " Badriq senyum sumbing.

Tengku Houdini mengerut dahi. Macam ada sesuatu yang tak kena.

Suspicious.

******

'Malam ni kalau lambat sikit boleh? Banyak paperwork lah. ' -Awdra.

Tengku Cairel terus mendepakan tangan. Matanya tepat memandang kipas yang berpusing ligat di siling. Satu keluhan dilepaskan.

"Uish, fikir masalah negara ke tu? "

Terus dia duduk 90 darjah. Dahinya berkerut. Suara tu macam kenal.

"Fai? "

"Ya lah, Fai. Nampak macam siapa? Sis Awdra eh? Uuu... nampak sangat angau. " giat Tengku Fairose.

Tengku Fairose kemudian duduk di sebelah abang sulungnya yang sedang baring itu. Sempat dia meloncat atas katil abangnya. Seronok. Feeling budak-budak sekejap.

"Tell me. There must be something happened. Kalau tak, takkannya abang nak mengeluh macam ni. Selama Fai hidup, belum pernah lagi tau dengar abang mengeluh. "

Tengku Cairel mengeluh lagi. Kali ini dua tangan diletak bawah kepala menjadi bantal.

"I don't know how... but its about... "

Watch out, Cairel!

"About? " ulang Tengku Fairose.

"Awdra, "

"And? "

"Okay, okay. Let me simplified it. Patutnya today Awdra ada meeting dengan abang about cawangan hotel NW kat Japan tu. Out of no where, masa Sai mengadu sakit kepala, tiba-tiba Awdra muncul. You should know how cuak I was that time. Then, she just left. Just like that. "

"Serve your right, "

"What did you say? " soal Tengku Cairel dengan wajah berang.

"Fai tak faham lah orang dewasa macam abang ni. Suka main tarik tali. Lepas tu suka tipu diri sendiri. Nama saja belajar sampai luar negara, "

Tengku Cairel diam sekejap. Tak dinafikan kata-kata adik perempuannya itu boleh diterima akal juga. Selalu merapu.

"Fai tahu Abang Dini suka Awdra? "

Terbeliak terus mata Tengku Fairose. Serta-merta dia bangkit.

"What?! Seriously? Abang tak main-main? " soal Tengku Fairose tidak percaya.

"I heard it myself. He confessed to her. "

Tengku Fairose silang tangan. Kemudian mundar-mandir.

"So, now abang nak buat apa? Putus tunang? "

Putus tunang? Berani aku nak langgar agreement? Kalau langgar, aku pun rugi sebab kena bayar dekat Awdra.

"Ke Abang dah fell in love dengan Sis Awdra? " giat Tengku Fairose.

"I don't know, "

Tengku Fairose mengeluh perlahan. Dia kemudian duduk di sebelah abang sulungnya.

"Abang, "

"Kalau abang Rel suka dia cinta dia, just tell her. Jangan pendam. Abang nak apa yang jadi antara abang dengan Kak Sai berulang balik? Jangan biar pisang berbuah dua kali, "

Tengku Cairel tiba-tiba bangkit. Almari dibuka lalu dia mengeluarkan sweater hitamnya.

"Where do you want to go? Fai tak habis cakap lagi tau, " Tengku Fairose cekak pinggang.

"Daripada denganr Fai sembang agaknya sampai esok pun tak jalan, "

Tengku Cairel terus berjalan keluar dari bilik meninggalkan adiknya terkulat-kulat di situ.

"Eh abang! "

******

Tengku Cairel mundar-mandir di depan pagar rumah teres setingkat itu. Kemudian dia mengerling jam tangan Tag Heuer di tangan. Dari tadi Awdra tak keluar-keluar.

Dia ni... tipu aku ke?

Dia ketap bibir. Tangannya menyeluk saku seluar slack kelabu yang dipakai. Telefon dikeluarkan.

'Dah siap ke? '

Telefon diketuk-ketuk ke bibir. Tiba-tiba telefon berdering. Cepat-cepat dia memandang skrin telefon.

'Sabar boleh tak? ' -Awdra.

Uish... garang.

Belum sempat Tengku Cairel membalas, pintu rumah terbuka luas. Tiada secalit senyum pun pada wajah Awdra yang memakai blaus hitam dengan pleated skirt putih itu.

"Hai, " Tengku Cairel tersengih.

"Hmm, "

Awdra yang berwajah ketat itu langsung tidak mengendahkan Tengku Cairel lantas membuka pintu kereta Porsche Cayenne putih milik lelaki itu lalu masuk ke dalam. Tengku Cairel mengerdipkan mata beberapa kali. Terkedu dengan kedinginan Awdra.

Seram gila. Tambah pula berbaju hitam. Macam malaikat maut. Lagi seram dari thriller.

Tengku Cairel turut masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan lalu tali pinggang keledar di tarik dari bahu kanan ke kiri. Picu tali keledar dimasukkan ke dalam soket.

"Masih marah? " soal Tengku Cairel.

Awdra mengerling sekilas Tengku Cairel yang sudah mula memandu. Dia memandang keluar tingkap. Marah? Aku marah? Oh, no.

"Tak marah, "

"Habis tu. Masam je muka. "

"Awak rasa? "

"Marah kot, "

Awdra mencebik bibir. Tangan disilang. Sempat dia merengus kecil. Entah lah. Dia pun tak tahu dia marah atau tak. Sekurang-kurangnya dia sedar diri. Dia cuma tunangan palsu. Lain lah Saidatul, pernah memiliki cinta Tengku Cairel.

Kejap, cinta?!

"Awdra, I didn't mean to hurt you. Sincerely, I didn't have any feeling for Saidatul. What happened between me and her are now past. She's my past. You're my future, "

Argh..... bikin cair pula dengar! Rasa nak menjerit kuat-kuat! Boleh tak?

"Sa... sa.. saya tak terasa pun pasal apa jadi pagi tadi, "

Tengku Cairel senyum nipis.

"I mean it, Awdra. "

Awdra mengerdipkan mata beberapa kali. Kemudian dai melarikan pandangan dari memandang ke dalam mata tajam Tengku Cairel.

Maksudnya...?

******

"Nak tengok movie apa? "

"Annabelle, " ujar Awdra.

Senyuman lebar dari tadi tak hilang-hilang dek teruja. Sudah lama rasanya dia tak keluar berjalan-jalan. Lagi-lagi waktu malam. Masa sungguh mencemburui dirinya.

"Ei, creepy gila kau ni. Tak nak lah. Tengok cerita Ada Apa Dengan Cinta 2. Baru best, "

"Euw, tak nak lah! Nak tengok Annabelle, "

"No.. Ada Apa Dengan Cinta, "

"Annabelle! "

"Ada Apa Dengan Cinta! "

"Annabelle! "

"Ada Apa Dengan Cinta! "

"Ish! " Awdra merengus.

"Er... Encik, Cik. Encik dan Cik berdua ni nak tengok cerita apa sebenarnya? Banyak lagi orang beratur kat belakang tu, " tegur pekerja kaunter premis pawagam itu.

Serentak Awdra dan Tengku Cairel menoleh. Benar kata pekerja itu. Kebanyakan orang yang berdiri dalam barisan di belakang mereka sudah tayang muka bengang.

"Em.. cerita yang best untuk couple? " soal Tengku Cairel.

Mata Awdra terbeliak. Serta-merta dia memandang Tengku Cairel. Couple?

"Kalau cerita Spiderman? " cadang pekerja itu.

"Hmm, boleh jugak. Dua tiket, "

"Sekejap eh, "

Dahi Awdra berkerut marah memandang Tengku Cairel. Sungguh dia tak berpuas hati dengan lelaki itu.

"What? " Tengku Cairel jongket kening.

"Spiderman? Seriously? "

"Nah, Encik. " Pekerja pawagam itu menghulur tiket wayang.

"Terima kasih, "

Tiket bertukar tangan diganti dengan wang kertas.

"Jom, "

"No, tak nak. Saya tak nak tengok spiderman, " tegas Awdra.

"Aku dah bayar okay? Burn lah tiket ni kalau kau tak nak tengok, " omel Tengku Cairel.

"Alah, dasar kuda. "

"What did you say? "

"Takde, tak ada apa. "

"No excuse. Jom! "

Tengku Cairel lantas menarik Awdra secara paksa. Terbeliak mata Awdra. Tangannya yang ditarik Tengku Cairel dipandang tidak percaya.

"Eh, saya kata tak nak! "

"Ah, tak ada tak ada. Aku dah bayar. Guna duit aku tahu tak? Aku tak kira, cepat ! "

"Cairel ! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience