Bab 19 - Kenangan

Romance Completed 27688

"Aku ingat kau main-main haritu. Kau betul nak tunang dengan dia? Pastu nak kahwin? " soal Mahmud bertubi-tubi.

"Nampak macam aku main-main ke? Tak kan? Mestilah aku betul-betul nak tunang dengan dia. Kami dah buat preparation dari minggu lepas lagi. Nanti hujung minggu depan korang datang eh? "

Adriz dan Mahmud berpandangan. Masing-masing tayang muka bengang. Haritu bukan main lagi kononnak saman lah, nak cekik lah, nak penyet lah. Tapi hari ni tersengih macam Pak Senin tak ada gigi.

"Sengal lah kau ni, " Adriz mencebik.

"Well. Tapi korang memang patut datang. I mean it. Awdra pakai baju warna putih, "

"Serious lah? " soal Mahmud tidak percaya.

"Seriuos. Aku mula-mula pun terkejut. Pastu Mum aku kata, 'dah dia yang nak pakai baju warna putih, takkan nak suruh dia pakai warna merah pulak?' "

"Apa sajalah, Cairel. Janji kau bahagia, " Adriz geleng kepala.

Suasana kembali sunyi. Masing-masing sibuk melayan rasa lapar yang menggila. Mahmud angkat kepala memandang Tengku Cairel. Lelaki itu sedang leka melayan lapar.

"Tapi kan, macam mana dengan Sai? " soalnya.

Tengku Cairel terus tak jadi menyuap. Sudu diletak atas pinggan. Dia bersandar, mungkin sedang berfikir.

"I don't know, "

"Kau tak harap dia balik? " soal Mahmud lagi.

"Bukan macam tu. Aku cuma.. aku dah putus harap, Hud. Aku tak nak diri aku terperangkap dalam kisah silam. "

Tengku Cairel menongkat kepala sebelah tangan. Sebelah lagi tangannya menyuapkan makanan ke dalam mulut.

"Abang nak batalkan majlis perkahwinan tu "

Saidatul angkat wajah. Matanya terbeliak memandang Tengku Cairel. Dia benar-benar terkejut.

"A... abang bergurau kan? " soal Saidatul tidak percaya.

"Sai hak Dini bukan hak Abang. Abang yang rampas Sai dari Dini, "

"Ta.... ta... tapi Di... Dini .. Abang, tolong lah. Jangan buat Sai macam ni, " rayu Saidatul.

Tengku Cairel yang duduk bersandar di sofa itu tersenyum nipis biar air mukanya tampak sedih.

"Abang relakan Sai pergi. Cari Dini, cari kebahagiaan Sai. "

"Tapi... Sai sanggup tolak cinta Dini demi Abang. Takkan Abang tergamak buat Sai macam ni? "

"Abang dah sedar, Sai. Cinta tak boleh dipaksa. "

Tengku Cairel letak sudu atas pinggannya. Dia mengeluh panjang.

Sai, where are you?

*****

"Laa, kenapa tak cakap awal-awal Akak nak datang? Meh sini, meh. " pelawa Tengku Adeline.

Puan Asiah hanya menurut. Amir di belakang hanya mengikut. Mereka melabuhkan punggung di sebuah sofa kulit panjang buatan Itali.

"Ada apa Akak nak datang ni? Kalau pasal preparation, Akak jangan risau. Semuanya lagi 35 peratus. " jamin Tengku Adeline.

"Baguslah kalau macam tu, "

"Er, akak datang hari ni ada apa ya? "

"Akak nak tanya, Cairel ni betul serius ke nak kahwin dengan anak akak? "

Tengku Adeline kerut dahi. Mungkin pelik dengan soalan yang diajukan Puan Asiah.

"Kenapa akak tanya macam tu? "

"Tak ada apa. Cuma Akak pelik, kenapa Awdra dengan Cairel tergesa-gesa nak tunang sedangkan baru jumpa? "

Tengku Adeline mengeluh. Masih terngiang-ngiang kata-kata ibu Awdra siang tadi. Ya tak ya juga. Mengapa anak lelakinya itu semacam tergesa-gesa? Kerana amarannya kah atau ada sesuatu?

"Lin menung apa tu? " tegur Tengku Soelihah.

Tengku Adeline lantas menoleh. Tersenyum nipis wanita separuh abad itu memandang ibunya.

"Duduklah, Bonda. "

Tengku Soelihah melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah tempat Tengku Adeline duduk. Sempat dia mengerling anaknya itu. Tangannya kemudian disilang.

"Lin, preparation semua dah siap? "

"Lagi sikit, Bonda. Kenapa? "

"Tak adalah. Bonda saja tanya. Tengok kat ruang tamu tu dah terang benderang dengan lampu kuning. Dah macam nak nikah, bukan tunang. " seloroh Tengku Soelihah.

Tengku Adeline ketawa kecil. Cawan teh di meja kopi diambil lalu teh bancuhan Kak Dian itu disisip sedikit.

"Dah lima tahun anak Lin tu solo. Bila dah nak tunang ni, sekali-kali buatlah grand sikit. "

"Macam tu pulak ya? Ni Bonda nak tanya, dari tadi Bonda nampak Lin asyik termenung je. Lin fikir apa? "

Tengku Adeline mengeluh. Dada terasa sesak. Seolah ada beban yang tak mampu diluah keluar.

"Lin pelik, kenapa Rel nak cepat-cepat kahwin dengan Awdra. Kenal tak sampai tiga bulan lepas tu tiba-tiba nak tunang. Macam tergesa-gesa. "

"Itu namanya jodoh dah sampai, Lin. Lagipun, takkan dia tak takut dengan apa Lin cakap dekat dia haritu? Kalau dalam masa tiga bulan tak kenalkan sesiapa dekat kita, Lin nak halau dia. Siapa tak takut? Hmm? "

Satu lagi keluhan kedengaran dari Tengku Adeline. Tengku Soelihah terus kerut dahi.

"Mengeluh lagi? Didn't you happy for Cairel? This is what you want all this time, Lin. "

"Lin tak tahulah. Instinct Lin ni kuat mengatakan Cairel dengan Awdra ada sorok sesuatu. "

"Tak elok Lin cakap macam ni. Anak Lin tu dah nak bertunang dah. "

Tengku Adeline silang tangan. Lantas membuang pandang ke halaman rumah yang luas. Naluri keibuannya masih lagi berlagu resah.

*****

Awdra meraup wajahnya. Telefon yang tadi tiba-tiba berdering dipandang sepi. Dia mengeluh.

'Dini'

Sejak kebelakangan ini, lelaki itu sering saja menelefonnya. Kalau dia tidak menjawab panggilan telefon lelaki itu, lelaki itu akan spam mesej di whatsapp.

Rimas! Ya Allah, apa kena lelaki ni?

Pintu pejabatnya tiba-tiba dikuak oleh Jasmine. Gadis itu ukir senyum memandang Awdra.

"Yes? "

"Cik, Megat Holdings ada call tadi. Ada function hujung minggu ni. Sebabkan Tuan tak boleh datang sebab ada appoinment dengan Puan, jadi Ciklah yang kena gantikan. " terang Jasmine.

Awdra terus garu kepala. Ya Allah... bala apa lagi ni?

Dengar saja perkataan 'function' sudah boleh jangka. Pasti ada Syed Mukhriz anak kepada Tan Sri Syed Muzammil. Tiap kali dia mengikut arwah Papa ke mana-mana majlis, lelaki itu pasti akan flirt macam tak pernah jumpa perempuan!

"Kalau tak pergi? "

"Cik, ni annual event. Tiap-tiap tahun Tan Sri Megat akan buat majlis untuk anniversary penubuhan syarikat. " dalih Jasmine.

"Tak boleh suruh Mak Ngah pergi? "

"Cik, Puan kan memang pergi? "

Awdra tepuk dahi. Ah, dia lupa. Cepat Awdra, cepat. Cari alasan supaya kau boleh lari dari kena attend function.

"Syed Mukhriz ada? "

"Wah, Cik. Macam berminat je? " giat Jasmine.

"Jas, jangan buat-buat lupa apa dia buat kat saya tahun lepas. "

Jasmine sengih. Mustahil dia lupa. Syed Mukhriz macam beruk asyik bawa Awdra ke sana sini. Terloncat-loncat macam budak tak cukup akal.

"Yeah, fine. Saya pergi, "

"Good! "

*****

"Nah, "

Tengku Houdini kerut dahi. Matanya dari tadi tak lepas merenung kad undangan ke majlis pertunangan yang diberi oleh Awdra tadi.

"Apa ni? "

"Bukalah, "

Tengku Houdini herot bibir. Sampul putih berukuran 25×25 itu diambil lalu dibuka. Kad di dalamnya diambil.

'UNDANGAN MAJLIS PERTUNANGAN TENGKU CAIREL IMAN & AWDRA FITRI'

Jadi, betul lah? Abangnya mahu bertunang dengan gadis ini? Gadis yang dia sukai ini?

"Jangan lupa datang tau. Pakai baju handsome handsome sikit. Biar nampak smart, "

Tengku Houdini senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.

"Jauhnya dekat Bukit Antarabangsa. Mesti dengan orang kaya, nama dia Tengku ni. "

"Alah, dia kaya ke miskin ke sama je. Janji dia ikhlas dan mampu terima saya seadanya, "

Amboi ayat. Macam Tengku Cairel ikhlas sangat nak tunang dengan kau. Mampu terima pun sebab nak jadikan kau ni alat u untuk mengaburi mata Mum dia. Kau selalu sangat biar orang pijak kau, Awdra. Memang. Memang bodoh.

"Hmm, good for you. "

Terus Awdra kerut dahi. Pelik dengan wajah kecewa Tengku Houdini. Tiba-tiba saja air wajahnya berubah sedih.

"Kenapa macam sedih je? Tak suka saya dah tunang? Bukan awak yang suggest supaya saya terima dia and move on dari Noah? "

"Memanglah. Saya cuma sedih sikit. Ya lah, kalau awam dah tunang nanti mesti susah nak jumpa. Sebab awak nak buat preparation untuk majlis nikah pulak, "

Gulp! Preparation kahwin?

"Er, jangan lah risau. Insha Allah saya akan selalu jumpa awak macam sekarang ni. Lepak mamak ke, okay? "

Tengku Houdini senyum nipis. Dia mengangguk perlahan.

Insha Allah, Awdra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience