Bab 20 - Agreement Berkuatkuasa

Romance Completed 27688

Awdra merenung cincin emas di jari manis tangan kanannya. Dia senyum sendiri. Jika cincin ini sudah tersarung di jarinya maka secara automatik perjanjiannya dengan Tengku Cairel akan mula berkuatkuasa.

"Dira, "

"Eh, Mama. " Awdra menoleh.

"Duduklah, " gamitnya.

Puan Asiah senyum nipis. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Awdra yang anggun menyarung sepersalinan baju kurung pesak putih gading dengan rambut yang diikat dutch crown braid.

"Mama nampak Dira macam termenung je. Ada masalah? "

Mustahil tiada masalah. Hati ibunya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Jikalau tidak, masakan anaknya ini tergesa-gesa mahu bertunang dengan Tengku Cairel yang hanya dikenalinya tak sampai sebulan.

"Tak ada apa lah. Dira penat je. Amir dengan Mak Ngah mana? "

Puan Asiah senyum nipis. Suka tukar topik. Pandai lagitu menyimpang soalan.

"Ada dekat luar. Mak Ngah tengah berborak dengan Mum Cairel. Amir pula tengah tolong Kayra basuh pinggan. "

Terbeliak mata Awdra. Serius lah? Amir basuh pinggan? Uish, pelik.

"Amir basuh pinggan? " soalnya tidak percaya.

"Hmm, " Puan Asiah mengangguk.

Macam tak percaya. Kalau Amir di rumah, hapak satu pun kerja rumah tak disentuhnya. Macam orang tak ada kaki tak ada tangan. Ini ada Kayra, macam tumbuh balik tangan kaki yang putus tu.

"Macam-macam Amir ni, " Awdra menggeleng.

"Mama nak tanya ni. Awdra happy tak kalau kahwin dengan Cairel? "

Awdra telan air liur. Rasa perit di tekak. Tak pernah terlintas pun di fikiran jikalau dia berkahwin dengan Cairel. Tiada dalam rancangan atau perjanjian.

"Insha Allah, Ma. Kalau dia jodoh Dira, Dira kahwin dengan dia. "

"Awdra cintakan Cairel? " tebak Puan Asiah.

Ya Allah.... soalan apakah ini? Mati akal dah ni nak kelentong Mama. Nak jawab apa pulak ni?

"Mestilah Awdra.... cintakan Cairel. Kalau tak, takkan Awdra nak tunang dengan dia kan? "

"Insha Allah, Mama yakin Cairel jodoh Awdra. "

Awdra senyum kelat.

"Amin, "

******

"Amir, "

"Hm, "

"Ish, Amir. Dengarlah aku nak cakap ni, "

"Cakap je lah. Aku tak pekak lagi, "

Kayra mencebik. Ada saja jawapan yang menyakitkan hati keluar dari mulut sepupunya itu. Langsung tidk tahu menjaga hati orang.

"Cakap je lah. Tak payah buat bibir macam itik tu, "

Tengok tu! Menyakitkan hati betul. Kalau dia merajuk pun, bukan Amir mahu pujuk. Dibiar saja dia memujuk hati sendiri.

"Mesti best kan jadi Kak Dira? Dapat kahwin dengan orang kaya macam Tengku Cairel. "

"Yang kaya tu, family dia. Bukan dia, "

Kayra ketap bibir. Apa kena dengan Amir hari ni? Sakit hati dibuatnya. Mana dia belajar ayat-ayat laser ni?

"Tahu lah. Tapi tengoklah tadi. Majlis bukan main lagi meriah, macam nak nikah bukan tunang. "

"Tapi kakak aku tunang je kan? Bukan nikah, "

"Aku tahu. Tapi aku pernah dengar satu artikel kat internet ni, "

"Pasal apa? "

"Pasal Tengku Cairel tu sebelum ni pernah tunang, tapi putus tunang. Tunang dia tu sebenarnya girlfriend adik dia. Lepastu, pasal Tengku Cairel ni tak minat dengan perempuan sebab dah 5 tahun langsung tak ada girlfriend. Macam gay lah kira, "

Terbeliak mata Amir. Tangan yang mahu membilas pinggan bersabun terhenti. Pinggan diletak kembali ke dalam sinki.

"Kau biar betul, Kay? "

"Betul lah. Entah-entah kakak kau tu kena paksa tunang. "

"Pandai-pandai je kau. Tengku Cairel baik lah, "

Kayra mencebik.

"Aku banyak baca kat novel. Cerita-cerita macam ni. Cerita pasal orang kena paksa tunang lah, paksa nikah lah. "

"Kau ni, kuat betul imaginasi. Tu semua... Me. Re. Pek. Merepek. Faham? "

"Terpulang pada kau nak percaya atau tak, "

******

"Alhamdulilah, Cik. Nama Puan Asiah kami dah masukkan dalam senarai menunggu untuk pembedahan tu. Ada apa-apa makluman lain kami akan inform kepada Cik. "

"Syukur, Ya Allah. Terima kasih, Doktor. "

"Sama-sama. Memang tugas saya. Sama-sama kita doa moga ibu Cik cepat sembub ya? "

"Amin, "

Doktor wanita itu senyum nipis. Matanya kemudian melirik ke arah tangan Awdra.

"Cik dah nikah ya? "

Mata Awdra membesar sedikit. Dia menunduk memandang tangannya yang berinai.

"Eh, tak. Saya tunang. Tak kahwin lagi, "

"Oh, tunang? Tahniah, Cik. "

"Terima kasih, "

Haih.. doktor ni pun lah. Nampak macam nikah ke. Hm...

******

"Malam ni kau pergi kan function tu? "

"Mestilah pergi. Kalau tak sekarang ni kita on the way pergi mana? "

Apa punya soalan bodoh malam buat macam ni ni? Kalau dia tak pergi, buat apa melaram lawa-lawa macam ni? Soalan pun lah hai... tak logik!

"Tanya je, "

"Tahu, "

Suasana kembali sepi. Hanya suara DJ radio saja yang mengisi kesunyian malam itu.

"Awak, "

"Hmm, "

"Siapa Sai? "

Wajah Tengku Cairel berubah kendur. Senyuman yang baru saja diukir terus mati. Dia menoleh memandang Awdra yang sedang menanti jawapan.

"How did you know about Sai? "

"Trusted sources, " Awdra senyum nipis.

******

"Ready? " soal Tengku Cairel.

"Ready, " Awdra mengangguk.

"Come on, let's go. "

Terbeliak mata Awdra memandang tangannya yang digenggam erat Tengku Cairel. Uish, gila mamat ni. Dia sedar ke tak dia pegang tangan aku ni?

Mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam ball room hotel The Majestic Kuala Lumpur itu. Terlopong seketika mulut Awdra dek takjub.

Besaq choy!

"Kau duduk kat mana-mana meja dulu nanti aku.... "

"Awdra Fitri! "

Awdra dan Tengku Cairel sama-sama menoleh. Dahi Tengku Cairel sudah berkerut manakala Awdra sudah ketap bibir resah.

Aduh... masa ni lah kau nak datang!

"Eh, Cik Awdra datang dengan siapa ni? " soal Syed Mukhriz.

"Do you know him? " bisik Tengku Cairel.

"He's not my friend. Tapi dia suka flirt dengan perempuan, " bisik Awdra pula.

"Dah nama lelaki, takkan nak flirt dengan lelaki? "

Awdra senyum kelat. Betul juga. Takkan Syed Mukhriz gay?

"Er, Syed Mukhriz. "

"Yes, dear? "

Aduh... dia ber 'dear' pulak dah!

"Ehem, excuse me Mr. Syed Mukhriz. " Tengku Cairel berdehem.

"Yes, Tengku Cairel? "

"She's now my fiancee. I really hope that you can place a boundary between you and her. "

Jelas air muka Syed Mukhriz kurang puas hati dengan kata-kata amaran Tengku Cairel.

"I respect you as the heir of TRK Bersatu, but you have no right to stop me from talk to her. " hujah Syed Mukhriz.

"Yes, I know. But like I said just now, you should put a boundary between you and any girls out there. You're the one who make yourself disrespectful. "

Syed Mukhriz ketap bibir. Dua tangan sudah mengenggam penumbuk. Marahnya bukan kepalang pada Tengku Cairel. Tak pernah lagi ada orang menghinanya begini.

"Kalau tak ada apa-apa aduan, we two take a step first. Okay? "

Tengku Cairel senyum sinis. Terus dia menarik tangan Awdra ikut melangkah bersama.

"Cairel! "

"What? "

"How could you say that to him?! His father is Tan Sri Syed Muzammil! "

"Who cares? Kau ingat aku nak biar je orang kacau tunang aku? Memang tak lah, "

Awdra mengerdipkan mata beberapa kali. Kurang faham sebenarnya dengan ayat 'tunang' Tengku Cairel.

"Means? "

"Ah, jangan banyak soal. Ikut je aku, kita cari tempat lain. Serabut aku tengok muka sememeh Syed Mukhriz tu, " omel Tengku Cairel.

Awdra tahan senyum. Entah lah. Rasa macam terharu pun ada. Ah! Berbunga hatiku. Eh?

"Awdra? "

Awdra menoleh. Terus dia tersenyum lebar.

"Eh, Megat Hakeem! Dr. Azwa! "

"You know them? " soal Tengku Cairel.

"Mestilah. Dia orang ni kawan lama saya, "

"Wah, Awdra. Lama hilang tiba-tiba upgrade jadi tunang Tengku Cairel. " usik Megat Hakeem.

"Stop being silly, Hakeem. Macam mana dengan honeymoon ke seratus lima puluh juta kali tu? Best? "

"Jangankan best, Awdra. Excited, anxious semua ada. Thanks for arrange it for us, " tambah Dr. Azwa.

"Most welcome, "

Tengku Cairek ketap bibir. Aku ni macam tunggul pokok cendana kat sini. Manusia ni sembang tiga orang je. Aku ni apa? Halimunan?

"Ah, Tengku. Dari tadi senyap. How's Nenda? " soal Megat Hakeem.

"She's fine. No worries, " Tengku Cairel. senyum nipis.

"Eh, actually we're going to meet Tan Sri Syed. Do you guys know where he is? " soal Dr. Azwa.

"Ada dekat sana tadi, "

"Thanks, Awdra. "

"You're welcome. Jumpa lagi, "

Dr Azwa melambai kecil.

"Kau tak pernah cakap kau kenal family Tan Sri Megat Ghazali? "

"Awak tak pernah tanya, "

"Now I'm asking you, macam mana kau kenal Megat Hakeem? "

"I've told you. Dia kawan saya dari kecil sebab arwah Papa selalu main golf dengan Tan Sri Megat, so saya kenal lah dia. "

"How about Dr Azwa? "

"Kawan masa U. "

"Syed Mukriz? "

"Jealous? "

"No, just asking. "

"Eleh, "

"Hey, Awdra! Wait! "

Dek langkahnya yang pantas membuatkan dia hilang keseimbangan berjalan dengan stiletto hitamnya. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang lalu jatuh. Cepat-cepat dia bangkit kembali.

"Sorry, Encik. Sorry! "

Lelaki yang segak bersut biru gelap garis putih halus itu menyapu bahagian lutut yang sedikit berhabuk. Tahulah Awdra yang lelaki itu bakal memarahinya. Lelaki itu angkat wajah.

"Dini?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience