Bab 28 - Angau

Romance Completed 27688

Tengku Cairel mengetuk-ngetuk pen hitam ke dagu. Fokusnya bukan pada tujuan mesyuarat ini dijalankan. Tapi pada Awdra yang sedang membentangkan idea kerta kerja.

Aura Awdra lain macam hari ni.

Macam....

Ah, sudah lah tu. Jangan asyik fikir hal semalam. Benda dah lepas.

Awdra ketap bibir. Dahinya sudah merintik peluh resah. Ini lah padahnya menonton cerita seram.

Memang awalnya mereka menonton filem Spiderman yang terbaru tu, tapi dek desakan Awdra mahu sangat tengok filem Annabelle ni, Tengku Cairel layankan saja. Sebaik saja tamat tayangan filem-filem lem Spiderman, terus beli tiket lain demi mahu memenuhi hasrat Awdra mahu menonton filem seram itu.

Pastu sekarang, sendiri juga takut. Sikit-sikit menjerit. Sikit-sikit tutup muka dengan bekas popcorn.

"Ahh! " Awdra menjerit kecil.

Terbeliak mata Tengku Cairel. Serta-merta dia menoleh kanan. Matanya tepat memandang lengannya yang dipegang kuat Awdra. Gadis itu siap tekapkan lagi wajah ke bahu Tengku Cairel.

Serius, sampai sekarang asyik terimbas-imbas.

"Tengku Cairel? " panggil Tan Sri Bahar.

"Yes? "

"Tengku tak ada apa-apa nak komen? Kalau tak ada, boleh kita proceed memandangkan Cik Awdra pun lepas ni hal yang perlu diselesaikan. " ujar Tan Sri Bahar.

Dia mengerdipkan mata beberapa kali. Jujur cakap, dia langsung tak dengar apa yang mereka semua dalam bilik mesyuarat ini bincangkan. Dia dalam dunia sendiri tadi. Sangat jauh termenung.

"About... what? " soal Tengku Cairel.

Dahi semua ahli mesyuarat terus berkerut. Termasuklah Awdra. Wajahnya dari good mood jadi bad mood. Dia menggigit bibir dengan mata terjegil memandang Tengku Cairel.

Tak dengar?!

Membazir air liur aku je bercakap kat depan ni!

"About this project. Don't you have anything to say? " soal Tuan Fudhail pula.

"Projek apa? " soal Tengku Cairel selamba.

Tengku Soelihah terus tepuk dahi. Dia menggeleng perlahan. Cucunya yang seorang ni memang nak kena!

"Project mega kat Jepun tu. Tengku tak ingat? " soal Dato' Azahari pula.

Tengku Cairel terpinga-pinga garu kepala. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Mulut terus terlopong. Ya lah! Jepun!

"Ya.. ya... Saya ingat. So, how about the concept? " soal Tengku Cairel dengan yakinnya.

"Bukan Cik Awdra dah jelaskan tadi? " Dato' Azahari kerut dahi.

Terus Tengku Cairel memandang Awdra. Dia meneguk liur. Gadis itu sedang merenungnya tajam bagai mahu telan.

Ini memang super extra seram. Dah lag atas sampai bawah hitam. Lepas tu muka pucat. Sekarang ni muka pula seram. Awdra ni tak patut kerja kat sini. Patut kerja jadi pelakon cerita thriller. Baru sesuai.

"Haa betul betul. Say dengar tadi. Bagus idea Cik Awdra. Kita proceed je lah eh? "

"Baiklah kalau macam tu, Tengku. Kita teruskan and so now kita dah boleh bersurai. "

"Yes, yes. Sure. "

"And one more thing, Tengku. Are you sure you're in the discussion just now? " soal Tan Sri Bahar.

"Eh.. Mestilah, "

*******

"Cairel, what was that? " Tengku Soelihah cekak pinggang.

"What was that what? Nenda cakap pasal apa ni? " Tengku Cairel menyoal kembali.

"What? Cairel, Cairel sedar tak apa Cairel buat tadi? You're embarrasing me in front of all the investors! Apa Cairel fikir Cairel buat ni hah? " marah Tengku Soelihah.

Tengku Cairel garu kepala. Pelik dengan nendanya yang tiba-tiba marah-marah. Dia bingung.

"What did I do? " soal Tengku Cairel bingung dengan muka tak bersalah.

"Cairel termenung! Cairel asyik tenung Awdra sampai Awdra jadi tak fokus nak present paperwork! "

Tengku Cairel mengerdipkan mata beberapa kali memandang Nendanya. Tenung? Tenung apa pulak ni?

"Ei, muka tu kan? Nenda nak tumbuk je rasa! "

Tengku Cairel menyengih. Kepalanya digaru tanpa sebab.

Seriously, aku? Tenung Awdra?

Wah, bahaya jugak penyakit angau ni.

******

Tengku Houdini mengerling sekilas Saidatul. Dia menggosok tangan ke paha.

"Sai, "

Terus Saidatul menoleh. Dia menaikkan sedikit keningnya.

"Dini nak cakap apa-apa ke? " soal Saidatul.

"Er...... "

Aduh! Macam mana kau boleh lupa apa kau nak cakap ni?

"Dini? "

"Hah? Er.... Tak ada apa lah. Forget it, " Tengku Houdini senyum nipis.

Saidatul herot bibir. Tengku Houdini semacam ada sesuatu yang disorokkan.

"Tell me, Dini. Sai tahu Dini ada something nak bagitahu, "

Tengku Houdini mengerdipkan mata beberapa kali. Bibir digigit. Kemudian dia garu kepala.

"Er......... "

"Tell me, "

"Pa.... a.... actually... a.... "

"Dini, tell me or I'll leave. " ugut Saidatul.

"Okay, relax okay? Dini bagitahu, "

"Cepat, "

Tengku Houdini hembus nafas. Kemudian dia menghela nafas dalam-dalam.

"I want to ask you something, "

"About what? "

"Abang Rel, "

Saidatul kerut dahi. Pelik. Tiba-tiba saja nama lelaki itu sebut.

"Okay, andaikan Abang Rel putus tunang, and... er.... "

"Teruskan, Dini. "

Tengku Houdini mendesis. Ini yang payah ni. Aduh, kenapa lah susah sangat nak keluar?

"Sai nak...tak... er... get back dengan Abang Rel? "

"What do you by putus tunang? " soal Saidatul.

Alamak! Terlepas cakap!

Kau ni, Dini. Bodoh! Bodoh!

"Er..... "

"Ah, forget it. Forget it, okay? " Tengku Houdini senyum sumbing.

"Hmm, "

Saidatul mengerling sekilas Tengku Houdini. Kening terangkat sebelah. Bibir dia kemam.

"Sai, actually. "

Saidatul menoleh.

"Cakap, Dini. Sai tak suka menunggu. "

"Actually, I love you. " ucap Tengku Houdini.

Terkebil-kebil Saidatul memandang Tengku Houdini. Jujur, dia terkejut.

"Er...... "

"I love you, Sai. Dari kita kecil till now. "

"But, I.... "

"Ya, memang Sai tak nampak dan takkan nampak besarnya cinta Dini pada Sai. Sai terlalu sayangkan Abang Rel sampai Sai tak sedar yang Dini ni wujud. " luah Tengku Houdini.

"Sai tahu? Dini rasa macam separuh nyawa Dini hilang bila tahu Sai dan Abang Rel nak kahwin. Masa tu, it's too late untuk luahkan perasaan Dini dekat Sai. Then, I'll choose to leave. "

"Di... Dini... Sai... Sai serius tak tahu, "

"That's true. Memang Sai tak tahu. I've told you earlier. Dini simpan perasaan ni sendiri sampai Dini yang terluka. Dini mengaku, memang pada mulanya Dini sukakan Awdra. But what happened? She choose my brother instead of me. Semua orang yang Dini cinta memang takkan jadi hak Dini. Sai, tell me. Dini ni tak layak bahagia ke? " soal Tengku Houdini.

Ah, rasa nak tarik balik je apa aku cakap tadi! Bodoh betul kau ni, Dini. Bodoh!

"Kalau tak ada apa-apa, Dini balik dulu. " Tengku Houdini bangkit.

"Dini, wait. "

Tengku Houdini menoleh. Kemudian dia menunduk. Memandang tangannya yang dipegang Saidatul.

******

Interkom di sudut meja Awdra tiba-tiba mengeluarkan cahaya berkelip-kelip. Serta-merta butang 'speak' ditekan.

"Yes, Jas? "

"Cik, ada orang nak jumpa. "

Awdra kerut dahi. Siapa pula mahu jumpa dia di waktu dia sibuk begini?

"Bukan saya dah pesan saya tak nak diganggu hari ni? "

"Memang betul. Tapi, ni urgent. "

Awdra merengus perlahan. Kepala didongak seketika sebelum dia menghela nafas dalam-dalam.

"Bagi dia masuk, "

"Baik, Cik. "

Beberapa minit kemudian pintu dikuak oleh Jasmine. Gadis itu senyum nipis.

"Silakan, Cik. "

Sebaik saja figura itu berjalan masuk ke dalam pejabat Awdra, terus Awdra jadi kaku. Mata terbeliak besar. Dia terkejut.

Weh... ni silap-silap melompat kingkong aku nanti.

"Hai, Awdra. "

Awdra senyum kelat. Mata dikerdipkan beberapa kali.

"Ha... hai... "

"Saidatul. Saidatul Alicesya. Nice to meet you, " Saidatul menghulur tangan.

Awdra menunduk memandang tangan kanan yang dihulur Saidatul. Nak salam ke tak? Kalau salam nanti tak ada masalah cari masalah. Kalau tak salam, macam kurang ajar pulak.

Cepat fikir, Awdra! Dia dah tunggu tu!

"Er... nice to meet you too. "

******

Saidatul menolak perlahan pintu bilik Tengku Cairel. Kelihatan figura Kak Dian yang sedang mengemas bilik putera sulung Tengku Zachary dan Tengku Adeline itu.

"Kak Dian tengah kemas bilik Abang Rel ya? "

Kak Dian yang sedang membuka cadar katil itu menoleh. Serta-merta dia senyum.

"Eh, Cik Sai. Ha'ah, tengah kemas-kemas. Kalau bilik ni bersepah, nanti bising pulak tuan bilik ni. Bernanah telinga akak dengar, " seloroh Kak Dian.

Saidatul ketawa.

"Kak Dian ni, memang pandai buat lawak. "

"Haa, lupa akak nak tanya. Sai dengan Tengku Rel ada apa-apa lagi ke? " soal Kak Dian.

Saidatul kerut dahi. Apa-apa?

"Tak faham? "

"Ya lah, kan dulu Cik Sai dengan Tengku Rel pernah tunang. Sekarang ni pulak Tengku Rel dah tunang dengan Cik Awdra. "

Saidatul diam seketika. Adakah kepulangannya dianggap satu masalah? Sanggupkah dia melukakan perasaan Awdra? Sanggupkah dia memaksa Tengku Cairel menerima dirinya kembali?

Ah, serabutnya otak.

Dia menghela nafas dalam-dalam. Ya, kau perlu terima kenyataan, Sai. Kau dengan Abang Rel tak ada jodoh.

"Sai rasa Sai patut undur diri, "

******

"Mak oi! Dia datang jumpa kau? " soal Arisa terkejut.

"Eh, kau ni. Suara tu slow sikit. Nanti Raisya terbangun, " tegah Umirah.

Raisya yang sedang baring dengan kepala di atas pahanya itu ditepuk perlahan. Umirah jegilkan mata kepada Arisa tanda marah.

"Sorry lah, "

"Sorry sorry. Kalau terbangun macam mana? Kasihan tau dia semalam asyik nangis-nangis sebab rindu dekat Papa dia? "

Arisa mencebik. Sempat dia buat mimik muka meluat. Mata dijuling ke atas.

"Eleh, siapa suruh kau gatal sangat nak jaga anak-anak Adriz? " ujar Arisa sengaja memprovokasi.

"Kalau aku tak jaga, siapa nak jaga? Kau? " Umirah mencekak pinggang.

"Eh, eh. Sudah lah. Aku ada masalah lagi besar ni! " celah Awdra.

Terus Umirah dan Arisa memandang Awdra. Kemudian mereka berpantang sesama sendiri. Wajah Awdra sudah bertukar kelat. Masam.

"Alaa.... sorry lah. Aku tak sengaja. Kan Umi, kan? " Arisa memandang Umirah.

"Haa? Haa haa, " Umirah mengangguk laju.

Awdra mengeluh perlahan.

"Kenapa ni? " soal Umirah.

"Korang tahu Saidatul cakap apa kat aku? "

"Laa.. mana lah kami nak tahu kalau kau tak bagitahu. Tuan hamba ni pun, suka sangat berjenaka. " Arisa ketawa.

"Ris! " Laju saja tangan Umirah menampar bahu Arisa. Matanya terjegil dengan bibir diketap geram.

"Aduh.. sakitlah! " marah Arisa.

"Dia cakap apa? " soal Umirah.

Awdra senyum hambar. Bibir diherot.

"Kenapa Cik Saidatul datang sini? " soal Awdra.

Saidatul duduk setentang dengan Awdra. Kemudian dia senyum nipis memandang Awdra.

"Awdra, " tangan Awdra digenggam erat.

Terus Awdra menunduk memandang tangannya yang digenggam Saidatul. Matanya sudah terbeliak besar.

Ni datang nak mengampu aku ke apa?

"You deserve him, Awdra. " ucap Saidatul.

"Hah? Who? " Awdra tercengang. Dahi sudah berkerut.

"Abang Rel. You deserve him, "

Terkebil-kebil Awdra memandang Saidatul. Apa benda dia merepek senja-senja macam ni? Aku? Layak untuk Tengku Cairel?

"What do you mean? " soal Awdra.

"Saya dah sedar, Awdra. Saya dengan Abang Rel memang tak ada jodoh. Tapi, saya yang selalu paksa dia. Saya dah tipu hati saya sendiri. Sampaikan saya tak nampak cinta Dini dekat saya. Abang Rel love you. I can see it, "

"Uish, dia cakap macam tu?! Legit! " Arisa tepuk tangan.

"Tapi peliklah. Betul ke Tengku Cairel tu 'love' kau? " soal Umirah.

Betul jugak.

Betul ke Tengku Cairel cintakan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience