Bab 10 - Adik Lelaki?

Romance Completed 27688

Tak berkelip mata Tengku Cairel memandang Awdra yang anggun menyarung dress labuh lengan panjang bercorak flora latar hitam dipandankan dengan ankle straps heels. Rambut separas bahu yang dibiar lepas menaikkan lagi tahap jelita Awdra.

Entah lah. Sepatutnya dia naik angin dengan Awdra sebab Awdra berpakaian hitam. Kejap, dia pakai kemeja kafling dengan set tuxedo hitam boleh pula?

Makin lama tengok, makin mahu gugur jantung ini. Aip, Cairel. Sabar hoi. Satu saja yang boleh describe Awdra.

Starts with B. End with L.

Beautiful.

"Ai, Cairel. Anak dara orang tu. Kamu jangan nak macam-macam, " ujar Tengku Soelihah memberi amaran. Bahu ditampar kuat.

Berangan sampai lupa aku kat sebelah ni hah.

"Eh, mana ada. Tak ada lah, " nafi Tengku Cairel.

Awdra yang masih tersenyum itu menarik kerusi lalu duduk setelah menyalami tangan Tengku Soelihah tadi.

"Cantik, " bisik Tengku Soelihah.

Tengku Cairel senyum nipis. Benar kata nendanya. Malam ini penampilan Awdra tampak sangat berbeza dari sebelum ini. Ya lah, malam ini wanita itu mengenakan solekan nipis. Rambut juga tidak diikat, hanya dibiar bebas ditiup angin malam.

"Nama siapa ni? " soal Tengku Soelihah.

"Awdra, Tengku. "

"Eh! Jangan panggil Tengku. Panggil Nenda. Boleh? Nenda, "

Awdra mengangguk sambil tersenyum. Nenda pun Nenda lah Awdra oi.

"Boleh, Nenda. "

"Hmm, macam tu lah. Awdra ni nak jadi cucu menantu Nenda. Kena lah biasakan diri panggil Nenda. Lepas ni nak kena jumpa Puan Besar kedua pula, " seloroh Tengku Soelihah.

Gulp! Cucu menantu? Puan Besar kedua? Alamak, ini bukan dalam perjanjian atau perancangan. Kami sepatutnya hanya bertunang selama tiga bulan, bukan berkahwin. Ini salah!

"Nenda dah pesan makanan tadi. Ya lah, tadi kan Awdra lambat sampai. Jadi, tak nak buang masa. Nanti kalau Awdra datamg baru nak order terpaksa pula menunggu lama. Harapnya apa yang Nenda pesan ni sesuai lah dengan tekak Awdra ya? "

"Insha Allah, Nenda."

"Haa, lupa nak tanya. Kenapa Awdra lambat datang tadi ya? " soal Tengku Soelihah.

"Oh, tadi trafik jammed. Sebab tu lah lambat. Malam hari cuti kan, Nenda? "

"Tu lah. Cairel ni pun satu. Bukannya reti nak datang jemput. Bukan siapa-siapa pun, bakal isteri Rel jugak. "

Spontan Tengku Soelihah menampar kuat paha cucunya hingga lelaki itu terbeliak mata akibat terkejut.

Bakal isteri? Ini dah jauh terpesong dari rancangan. Apa semua ni? Cairel! Explain please!

"Aduh, Nenda. Sakit lah, " aduh Tengku Cairel.

"Alah, Nenda pukul sikit je. Lembik, "

Tengku Soelihah mencebik kemudian memandang Awdra. Terus bibir tuanya mengukir senyuman. Tangan Awdra digenggam lembut.

Sudah lama dia teringin mahu bersama dengan seorang cucu perempuan. Ada tu memang lah ada. Tapi seorang hilang entah ke mana, seorang perangai macam lembu. Merayau aje kerjanya.

"Awdra dah kerja? " soal Tengku Soelihah.

"Dah, Nenda. " Awdra senyum nipis lalu mengangguk perlahan.

"Oh, Awdra dulu study apa? "

"Engineering, Nenda. "

"Sekarang kerja kat mana? "

Eh, ni macam soal siasat bersama Tengku Fai je cuma kali ini penyoalnya Tengku Soelihah. Tapi tak ada lah se-serius Tengku Fai. Layankan saja lah Awdra.

"Dekat New World Hotel, "

"Oh, hotel arwah Tan Sri Fakhrul yang anak dia Farouqi uruskan lepastu sekarang adik dia Fudhail pula uruskan tu? "

"Ya, Nenda. " Awdra mengangguk.

"Oh, Awdra pernah jumpa Tuan Fudhail? "

Awdra mengangguk lagi. Gila tak pernah. Pak Cik aku kut! Takkan dia orang ni tak tahu aku ni anak saudara Pak Lang. Mustahil lah 'informer tersohor' tu tak bagitahu. Mustahil bin Ajaib.

"Dia macam mana sekarang? Sihat? " soal Tengku Soelihah prihatin.

"Alhamdulillah, sihat. Tapi selalu juga dia cuti sebab pergi appoinment hospital. "

"Macam tu ke rupanya? "

Awdra mengangguk lagi. Fuh.. putus juga urat kepala aku asyik mengangguk macam lembu tercucuk hidung ni. Ya lah, mana tak nya? Aku tak tahu nak jawab apa! Cairel ni pun satu, diam aje lepastu sibuk dengan telefon dia tu. Aku ni sampai terpaksa perah otak nak bagi jawapan apa dekat Nenda dia ni. Dia boleh buat lek buat peace je kat situ? Nak kena ni.

"Kenapa Nenda tanya? " soal Awdra.

"Saja. Arwah Tan Sri Fakhrul tu kawan lama Nenda. "

Kejap, Nenda kenal arwah Atuk? Masak aku......

Beberapa minit situasi bertukar sunyi namun kehadiran pelayan bersama makanan menyelamat keadaan. Terbeliak juga mata Awdra memandang makanan yang diletak ke atas meja oleh pelayan-pelayan itu.

Gila. Sikitnya makanan! Pinggan kemain besarnya lagi. Ni nak bagi aku makan ke nak bagi burung makan? Sah, ini mesti fine dining. Hmm, gastrik lah aku malam ni tak cukup makan. Huhuhuuu.

"Jemput makan, Awdra. " pelawa Tengku Soelihah.

Awdra senyum nipis lantas mengangguk. Entah kali ke berapa pun tak terkira sudah.

"Jemput juga, Nenda. "

*****

Ding! Dong!

Laju tangannya menggosok telinga. Sempat dia merengus geram. Dia tidak bangkit. Cuma menggeliat kasar.

"Hmm, siapa pulak ni?! "

Ding! Dong!

Kali ini dia meraup wajah. Dalam hati sudah sumpah seranah. Ya lah, tidurnya sudah terganggu.

Ding! Dong!

"Kejap! Kejap! "

Dia lantas bangkit. Selimut diselak kasar. Tangan memisat mata yang mamai. Sempat dia merengus tadi.

Suis lampu dibuka sementelah tadi rumahnya gelal gelita. Serta-merta ruang tamu rumahnya disinari cahaya lampu. Dia menguap kecil dek rasa kantuk yang masih menghinggap.

Kunci di bahagian atas dibuka lalu tombol dipulas. Dia lantas memandang hadapan, memandang empunya tangan yang menekan loceng rumahnya bertubi-tubi. Serta merta mata terbeliak melihat figura lelaki yang sedang tersenyum padanya kini.

"Don't you recognize me? "

"Kejap, kejap. Dini? Houdini? Tengku Houdini?! "

Lelaki itu mengangguk.

"Dini! " Terus dia memeluk erat lelaki itu. Lemas atau tidak itu belakang cerita. Yang penting rindunya terubat.

"Eh, Bad. Lepaslah, aku lemas ni. "

Bad cepat-cepat meleraikan pelukannya. Kedua bahu Houdini dipegang.

"Lama tak jumpa kau kut. Mustahil aku tak rindu. Lima tahun. Lima tahun kau hilang and now kau ada depan mata aku. "

Houdini hanya tersenyum.

"Tak nak jemput aku masuk? "

"Eh, ha'ah lah. Jom, jom masuk. " Bad kemudian menarik Houdini masuk ke dalam rumahnya.

"Rumah kau tak banyak berubah. Hampir semua sama, "

"Aku biarkan je semua sama sebab aku tak nak lupa pasal kau . Aku tak nak buat macam apa yang Sai buat. "

Houdini senyum nipis.

"Itu cerita lama, Bad. Aku dah tak nak ingat lagi pasal kisah silam. "

"Kau duduk dulu. Aku nak buat air. Kau nak air apa? "

"Apa-apa pun boleh, "

"Beres, " Bad kemudian berlalu ke dapur meninggalkan Houdini keseorangan di ruang tamu.

Houdini mendongak kepala. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Sai, "

*****

"Terima kasih, "

"You're welcome. Ingat eh, esok jangan lewat. "

Awdra merengus. Suka mengungkit betul.

"Apa-apa je lah, "

"Aku dah cakap jangan pakai hitam kan? Nenda aku bukan jenazah. "

"Hello, saya punya almari, saya punya kasut, saya punya suka lah! Saya mana ada baju warna lain selain hitam! "

"Kalau macam tu, esok ikut aku. "

"Pergi mana? "

"Beli baju, "

"Tak nak lah, "

"Aip aip, jangan degil eh. Aku tarik kau nanti baru tahu, "

"Huh! "

Awdra kemudian melangkah masuk sambil kaki dihentak-hentak. Sempat dia menoleh memandang Tengku Cairel yang kelihatan sedang mentertawakan dirinya.

Ei, benci lah!

"Haa, lewat balik. Akak pergi mana? "

Masuk-masuk saja ke dalam rumah matanya dijamu dengan Amir yang sedang baring terbongkang di atas sofa sambil menonton filem televisyen di TV3. Mulut pula sibuk mengunyah bertih jagung.

"Jumpa kawan, "

"Ya ke? Ke jumpa Abang Cairel? "

What? Abang? Abang Cairel? Biar betul Amir ni?

"Abang? "

"Ha'ah. Dia suruh Amir panggil dia Abang, " jawab Amir. Tangan kanan menyuap lagi bertih jagung ke dalam mulut.

"Bila kau jumpa dia? "

"Pagi tadi, "

Terbeliak mata Awdra. Mulut yng ternganga ditekup dengan tangan.

Habis lah. Habis! Apa pula Tengku Cairel dah rasuah Amir? Tak pernah-pernah Amir nak panggil orang Abang. Ni mesti sesuatu ni.

"Buat apa jumpa dia? "

"Eh, akak ni. " Amir bangkit lalu duduk bersandar.

"Kenapa tanya macam polis ni? Yang akak concern sangat pasal Amir dengan Abang Cairel ni kenapa eh? Ada sesuatu Amir tak tahu ke? " giat Amir.

"Tak ada apa lah. Kau sambung je lah tengok TV tu. Akak nak naik atas, nak solat isha. "

"Aip, aip, aip. "

Serta-merta Amir bangkit dari sofa. Dia cuba menghalang Awdra dari terus melangkah. Tangan Awdra digenggam. Awdra pantas menoleh.

"Apa? "

"Akak nak tunang dengan dia kan? " teka Amir.

Automatik mata Awdra terbeliak besar. Sungguh dia terkejut.

"Mana Amir tahu? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience