Bab 18 - Comel

Romance Completed 27688

"Segar! Segar! "

Awdra menampar pipi laju-laju. Kemudian dia menyulam kedua jemari tangan lalu ditolak ke atas. Kepala didongak juga ke atas.

"Ergh.....! "

Penutup botol kaca Frapuccino Mocha Starbucks dibuka. Frapuccino Mocha itu diteguk perlahan. Serta-merta mata terbeliak. Terus dia memandang botol kopi itu.

"Pekat gila! "

Botol kaca diletakkan atas meja. Terus matanya memandang pintu kaca pejabatnya yang terbuka ditolak Jasmine, pembantu peribadinya. Gadis itu tersenyum sambil melangkah menghampiri Awdra.

"Morning, Cik. Minum kopi? " sapa Jasmine.

"Hmm, biasalah. Dua hari ni kena siapkan semua kerja kalau nak cuti lama-lama, "

"Haa, panjang umur kerja banyak tu Cik. Ni proposal untuk renovation ballroom yang board director dah discuss haritu. "

Terbeliak mata Awdra. Tebal gila nak mampus fail! Ballroom tu berapa meter persegi je. Mustahil lah tebal sampai macam ni.

"Siapa yang buat minit mesyuarat ni? " soal Awdra.

"PA Tuan Fudhail, Mukmin. "

Awdra mengeluh. Patutlah. Mukmin kalau menaip laju macam kereta api. Sebab tu tebal macam orang taip manuskrip.

"Yang ni pulak kontrak dengan syarikat pengedar stok toiletries. " Jasmine meletakkan satu lagi fail tebal berwarna merah.

Haa, sudah. Ini bukan kerja dah namanya. Ini bala! Bala!

"Haa, lagi satu Cik. Yang ni draft MoU dengan TRK Bersatu. "

"MoU untuk? " Awdra kerut dahi.

"Pasal branch kat Japan tu? Cik tak ingat? "

Awdra mengeluh. Dia lupa. Lupa lagi. Selalu lupa.

"So, fail-fail ni Cik kena double check dulu sebelum Tuan Fudhail sahkan. "

Awdra mengangguk lalu mengeluh panjang. Mata dipejam. Kerja atas meja yang tinggi macam Gunung Everest ni pun tak tarah lagi, inikan pula nak tambah lagi kerja? Memang patut aku minum kopi tadi.

"Bila awak nak? "

"Kalau boleh hari ni. Sebab dalam proposal tu renovation start Isnin depan. Yang kontrak tu pulak Selasa depan. MoU tu sebelum malam esok. " maklum Jasmine.

"Okay, saya bagi awak tengah hari nanti. "

"Thank you, Cik. Saya keluar dulu? "

Awdra mengangguk perlahan. Jasmine menunduk sedikit lalu berjalan keluar dari pejabat Awdra. Tertutup saja pintu, terus Awdra bersandar di kerusi pejabat. Keluhan berat dilepaskan.

Tok! Tok!

Awdra duduk tegak. Dia merengus geram. Kepala digaru rimas.

"Apa lagi ni?! "

"Sorry, Cik. " Jasmine terjegul di pintu sambil tersengih.

"What is it? "

"Tengku Cairel's here. "

Dahi Awdra terus berkerut. Tengku Cairel datang? Waktu begini?

"Let him in, "

"Baik, Cik. "

"Silakan, Tengku. "

Tengku Cairel yang segak menyarung sut pejabat buatan khas berwarna kelabu garis putih nipis yang dipadankan dengan tali leher merah gelap dan baju kemeja putih itu melangkah masuk. Tersengih-sengih memandang Awdra berwajah cemberut yang sedang merenungnya tajam itu.

"Thank you, young girl. " ucap Tengku Cairel.

"Sama-sama, Tengku. Tak ada apa-apa, saya keluar dulu. "

Anggukan Awdra memberi isyarat kepada Jasmine untuk keluar. Tengku Cairel cebir bibir. Tangan disilang lalu dia duduk di kerusi setentang dengan Awdra.

"Lama tak jumpa kan? Don't you miss me? " giat Tengku Cairel. Sengaja bergurau

"Dalam mimpi lah, "

"Wow, menusuk. "

Awdra tayang muka bosan. Mula lah tu mahu mencari gaduh. Tak lain tak bukan untuk sakitkan hati orang.

"Awak dah sihat? "

"Macam yang kau nampak, sihat dan sejahtera. How about you? "

"Alhamdulillah, hidup lagi. "

"Amboi, ayat. Gigit hidung tu nanti baru tahu, " ugut Tengku Cairel.

"Gigitlah. Berani sangat, " cemuh Awdra.

"Oh, kau nak aku betul-betul gigit? "

Tiba-tiba Tengku Cairel bangkit. Serta-merta mata Awdra terbeliak. Rasa macam mahu tarik pula apa dia cakap tadi.

Mulut kau ni Awdra memang lah!

"Ada apa awak datang ni? "

"Jom, beli cincin. "

"Cincin? "

"Ha'ah lah cincin. Aku tahu lah semalam semalam tu kau tak pergi beli pun. Kau window shopping je dengan Ris dan Umi. "

Awdra mencebik. Ni mesti Hud. Informer tersohor.

"Free tak ni? " soal Tengku Cairel.

"Nampak kan kerja saya banyak ni? Ni semua sebab nak cuti punya pasal lah. "

"It's okay. Aku tunggu, "

Terbeliak mata Awdra. Biar betul? Gila ke? Apa tak kerja Tengku Cairel ni?

"Tak ada kerja eh? Pergi balik lah, "

"Aku punya company, aku punya suka lah nak keluar bila-bila pun. "

Halah, halah. Riak lah tu? Eh eh Mamat Kerek ni. Kalau aku ni Khairul Fahmi Che Mat, dah lama aku tendang bontot Tengku Cairel ni jatuh tingkat tiga ni tahu tak? Biar merasa sikit kaki kena simen macam mana.

"Buat muka, buat muka. Aku tarik hidung tu kang! "

"Keluar boleh tak? Saya nak buat kerja lah, "

"Fine. Aku keluar, tapi dengan satu syarat. "

Awdra merengus. Tak habis-habis dengan syarat tu. Semua benda dengan dia ni kena ada syarat. Nasib aku bukan Tengku Cairel.

"Apa syaratnya? "

Tengku Cairel tiba-tiba sengih. Senyuman tu... penuh makna!

*****

Tengku Houdini dari tadi merenung lama skrin telefonnya. Entah dia patut kecewa atau ... ah, dia keliru.

'Hujung minggu ni Dini baliklah. Abang Rel nak tunang. Nenda lama tak jumpa Dini.' -Nenda.

'Abang, balik lah. Abang Rel nak tunang hujung minggu ni. Lepas zohor. ' -Fai.

'Abang Rel nak tunang dah. Dini balik lah eh? Mum rindu. ' -Mum.

Satu keluhan berat dilepaskan. Mata dipejam rapat.

"Dini, aku dah siap masak. Jom lah, makan. Nanti gastrik pulak, " ajak Badriq.

Badriq yang teruja mencari kelibat Houdini terus mengerut dahi. Dari jauh lelaki itu menunduk merenung lantai. Kejap-kejap mengeluh. Macam ada masalah.

"Bro, kau okay ke tak ni? "

Houdini menoleh. Dia mengangguk lalu senyum nipis.

"Aku okay. Jom, lah kita makan. "

"Jangan tipu aku, Dini. Ada something tak kena kan? " teka Badriq.

"Tak ada apa, " dalih Houdini.

Houdini bangkit dari duduknya lalu melangkah keluar. Ruang makan menjadi destinasi tujuan.

"Mesti pasal Awdra kan? "

Langkah Houdini terhenti. Dia mengetap bibir.

"Betul kan? " giat Badriq.

Houdini mengeluh perlahan. Dia menoleh.

"Dia dah nak bertunang, Bad. Aku dah terlambat. "

"Bro, berapa kali lagi aku nak kena cakap? Selagi dia tak kahwin, kau masih ada peluang untuk grab dia. "

"Dia nak tunang dengan abang aku, Bad! "

Badriq terkedu. Wajahnya tampak sangat terkejut.

"A....a...abang kau? Tengku Cairel? "

Houdini mengangguk.

*****

"Ni okay? "

"Berkilat sangat lah. Ingat saya ni mak mak datin ke? "

Tengku Cairel merengus. Rambut disebak ke belakang. Banyak songeh!

"Yang ni? " jari telunjuk ditunjuk ke arah sebentuk cincin emas dengan satu batu permata biru berbentuk bulat di tengahnya.

"Tak nak, nanti mahal. " Awdra menggeleng.

"Ish, kau ni. Tu tak nak, ni tak nak. Aku sumbat cincin dalam tekak kau nanti baru tahu. Aku yang bayar, tak ada kena mengena dengan kau pun. "

Awdra menjeling tajam Tengku Cairel. Lasernya ayat! Tersiat hati aku dengar. Menyesal pula doakan dia supaya cepat sembuh. Masa sakit je tahu cakap elok-elok, dah sihat mulut macam mak nenek. Macam makcik-makcik bawang!

"Ambil yang ni lah, " Tengku Cairel mengambil sebentuk cincin emas dengan sebentuk batu zamrud hijau berbentuk hati.

"Tak nak lah, "

"Ambil! Kalau tak aku sumbat dalam lubang hidung kau. Pakai, " arah Tengku Cairel.

Mama! Nak nangis! Kejamnya hamba Allah bernama Tengku Cairel Iman bin Tengku Zachary Izzuddin ni. Nak balik!

Mahu tak mahu Awdra terpaksa mengambil cincin yang dihulur Tengku Cairel itu. Berhati-hati tangan menyarung cincin itu ke jari manis tangan kanannya.

Eh eh muat lah. Wah wah wah... ini rupanya rasa pakai emas. Rasa insecure sangat. Kalau aku keluar jalan-jalan tayang emas ni, kena kerat tak tangan?

"Haaa, kan muat tu. Tak susah pun kan cari cincin? Cik, kami pilih yang ini. "

Pekerja kedai emas itu menganggukkan kepalanya. Cincin yang dihulur Awdra disambut lembut.

"Lepas ni nak pergi mana? " soal Tengku Cairel.

"Balik pejabat lah. Banyak kerja kut, " marah Awdra.

"Amboi, garang. Macam rimau. Aum, " usik Tengku Cairel.

"Hahaha, not funny. "

"Siapa kata aku buat lawak? "

"Nampak saya gelak ke? "

"Hahaha tu apa? " ajuk Tengku Cairel.

"Gelak lah, "

"Haa, tu gelak. "

Awdra cebik bibir. Ei, dia ni geramnya aku. Aku lenyek buat sambal nanti kang.

"Comel, " Tengku Cairel tersengih-sengih.

"Apa? " Awdra tercengang. Terkebil-kebil dia memandang Tengku Cairel.

"Nothing, "

*****

"Nampak happy je. Apa cerita? " tegur Mahmud.

"Biasa je, "

"Ya ke biasa? Sekarang ni bukan main susah lagi kami nak jumpa kau. Macam nak jumpa menteri. Silap-silap kena buat appoinment dulu baru boleh jumpa, " seloroh Adriz.

Tengku Cairel hanya mendengar. Malas mahu berkata lanjut. Sudahnya dia yang kena kecam. Dua sahabatnya ini memang pakar dalam bab-bab 'menganjing' ni.

"Isteri kau sihat, Ad? " soal Tengku Cairel prihatin.

"Macam tu lah. Dia memang dah putus asa dah nak hidup. Siap suruh lagi aku kahwin dengan doktor yang tend dia. "

"Maksud kau, doktor Umirah tu? " soal Mahmud.

Tengku Cairel kerut dahi. Umirah? Macam pernah dengar nama tu? Siapa eh?

"Ha'ah. Paling aku tak boleh terima, dia sanggup nak derma hati dekat Maira. Kebetulan pula, masa buat test tu hati dia sesuai untuk Maira. "

"Kau tak nak kahwin je dengan doktor tu? " soal Tengku Cairel.

"Bukan tak nak. Tapi Maira lebih perlukan aku. Raisya dan Rayyan perlukan aku. "

"Suruh aku dengan Rel jaga. Senang, "

"Ish, mengamuk Mum aku nanti hoi bawa anak orang balik suka hati, " celah Tengku Cairel.

Mahmud ketawa. Serta-merta lehernya diluku Tengku Cairel yang duduk sebelahnya. Masih dalam tawanya dia menggosok belakang leher.

"Kau pulak, Hud. Apa cerita? "

"Ish, jangan tanya aku soalan ni. " keluh Mahmud.

"Asal pulak? " Adriz jongket kening.

"Minah tu jual mahal sangat lah. Malu aku kat public haritu bila dia simbah aku dengan air teh o ais sebab aku asyik follow dia. "

"Padan dengan muka kau, " sampuk Tengky Cairel.

"Paling aku tak boleh brain, dia suruh aku buat jambatan emas dari Petaling ulang alik ke Johor. Gila betul. Dia ingat dia apa? "

"Jadi, kau setuju ke? "

"Setuju? Memang tak lah. Baik aku pergi surf boarding ke apa, "

"So, kau Rel. Apa cerita dengan Awdra? " soal Adriz.

Tengku Cairel tiba-tiba senyum. Dia menunduk. Latte ais dihirup perlahan.

"Oi oi, dia sengih! Dia sengih! " sorak Mahmud.

"Aku dengan dia dah nak tunang, "

"Hah?! Tunang?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience