Bab 25 - Cemburu

Romance Completed 27688

Laju kedua kakinya mendaki tangga naik ke tingkat paling atas bangunan itu. Dia berhenti seketika. Dadanya yang turun naik dipegang.

Dia melangkah lalu membuka pintu. Dia tersenyum lebar melihat figura gadis yang menyarung blouse dengan skirt labuh itu.

"Sai, "

Saidatul menoleh. Sambil tersenyum dia menayang tangan kanannya. Ada sebentuk cincin emas tersarung di jari manisnya.

"Macam mana? Cantik? "

Tengku Cairel senyum lebar.

"Cantik. Cantik sangat, Sai. " puji Tengku Cairel.

"Auntie Lin yang pilih. Cantik kan? "

"Sai, how many time do I have to tell you? You're beautiful. Just the way you are, "

Tengku Cairel raup wajahnya. Satu keluhan berat dilepaskan. Kepala didongak.

Wajah Saidatul dan kenangan dia bersama gadis itu terus-terusan muncul di fikiran. Hingga dia hilang fokus dengan kerjanya. Mesyuarat dengan lembaga pengarah tadi pun dia tidak fokus hingga ditegur. Sudahnya dimarahi oleh Tengku Soelihah.

"Tengku, "

Tengku Cairel membetulkan duduknya. Dia menaikkan sedikit kening memandang Qisya.

"Yes? "

"Cik Saidatul is here, "

Terkebil-kebil Tengku Cairel memandang Qisya. Rasanya dia tak salah dengar kan? Ke dia salah dengar?
"Who's here? Hafizatul? Which Hafizatul? "

"No, Tengku. This is Miss Saidatul. Saidatul Alicesya Dato' Safwan. "

"What?! "

*****

"Awdra dengan Cairel macam mana? Okay? " soal Tuan Fudhail. Jus mangga disisip perlahan.

Awdra tidak menjawab. Sebaliknya minda dan fikiran sudah terpisah dari jasad. Fikirannya jauh sangat melayang. Dia sedang membayangkan bagaimana rupa paras Saidatul.

Kata Hud, Saidatul Alicesya sudah pulang ke Malaysia. Ya, Saidatul. Bekas tunang Tengku Cairel merangkap sepupu lelaki itu. Rapat dengan Tengku Cairel dan adiknya sejak kecil.

Gadis itu mungkin punca Tengku Houdini lari tak mahu pulang ke rumah. Mungkin punca mengapa Tengku Cairel 'solo' hampir lima tahun. Mungkin punca mengapa Tengku Fairose semacam tak suka pulang rumah keluarganya sendiri.

Mungkin...

"Awdra Fitri, do you hear me? " soal Tuan Fudhail.

Awdra masih tidak menjawab. Tuan Fudhail ketap bibir. Terus dia memetik jari di hadapan wajah Awdra.

"Awdra, "

Serta-merta Awdra angkat wajah memandang bapa saudaranya. Wajah 'blur' ditayangkan. Garpu automatik terlucut dari tangan.

"Apa? "

"Awdra, you're miles away. Awdra tengah fikir apa ni? "

"Mana ada. Awdra tak mengelamun lah. Awdra dengar Pak Lang cakap apa. Pasal payment tu kan? Pasal payment dengan syarikat pembekal tu dah settle dah. Pak Lang tak payah risau, "

Tuan Fudhail tepuk dahi. Kemudian dia mengurut lembut kepala sebelum dia bersandar. Geramnya hati dengan Awdra ni!

"Pak Lang tak mention langsung pasal payment tu. Awdra memang termenung tadi, "

Awdra mengerdipkan mata beberapa kali. Cuba memahami apa yang dikatakan Pak Langnya. Kemudian dia senyum sumbing lalu menggaru kepala. Dia termenung ke tadi?

Aish.. apa nak jadi lah dengan kau ni Awdra oi?

"Awdra ada apa-apa nak cakap kat Pak Lang ke? " soal Tuan Fudhail.

"Eh, no. Tak ada lah, " nafi Awdra sambil senyum kelat.

Dia menunduk memandang skrin telefon. 5:15 petang. Dia sudah lewat untuk bertemu dengan Tengku Houdini.

"Serius? "

"Er.. Pak Lang. Actually Awdra dah janji nak jumpa kawan. Dah lewat sangat ni. Tapi kalau tak sempat tak apa lah, boleh jumpa esok. " Awdra senyum hambar.

"Then, go. "

"Hah? "

"Pergi lah. Tak apa, Pak Lang boleh je ajak sesiapa makan sekali. Ajak Amir ke, Kamil ke, Mukmin ke. "

Awdra bingkas bangkit. Terus dia menyalami tangan Tuan Fudhail.

"Thank you, Pak Lang. Thank you so much! Awdra gerak dulu. Bye! "

Tuan Fudhail mengeluh perlahan.

"Macam-macam, "

*****

"Cantiknya! Awak yang lukis ke ni? " soal Awdra tidak percaya.

Tengku Houdini mengangguk.

"Awak nak bawa balik boleh. Ambil je. Memang saya nak bagi awak pun, "

"Serius? Thanks, Dini. "

"You're welcome, "

Awdra tersenyum-senyum sambil membelek-belek kanvas putih yang tercalit pelbagai warna itu. Potret wajahnya di kanvas ini cukup sempurna. Hasil tangan yang cukup halus. Macam tak percaya Dini mahu bagi dia percuma begini.

"Pandai awak lukis. Memang awak pelukis ke? " soal Awdra.

Mata memandang sekeliling studio mini itu. Penuh dengan media lukisan dan kanvas kosong pelbagai saiz. Menurut cerita Dini, studio ini milik sahabatnya, Badriq.

"Nope.. just my hobby. Saya sebenarnya suka melukis. Because I believe, each person must have at least one thing to do to express what they feel. So, this is the way I express my feeling. Melukis, " ujar Tengku Houdini jujur.

Awdra diam. Seketika dia berfikir.

Express what we feel?

Satu ayat yang mendalam maksudnya.

*****

"Lama Sai hilang. Ingatkan tak nak balik Malaysia dah, "

"Abang perli Sai ya? " giat Saidatul.

Tengku Cairel senyum hambar. Dia tak rasa itu memerli. Itukan ayat penyata? Kenapa? Saidatul rasa itu memerlikah?

"Abang macam mana? Sihat? "

"Sihat, of course. Sai? "

"Sai sihat, " Saidatul senyum. Satu lagi sudu pasta disuap masuk ke dalam mulut.

Senyuman itu. Senyuman Saidatul Alicesya yang sudah lima tahun dia tidak melihatnya. Senyuman yang setiap kali diukir empunya badan mampu menghidupkan kembali rasa bersalah yang meruntun jiwa.

"Selama Sai kat sana, ada tak mana-mana mamat Itali yang sangkut? " gurau Tengku Cairel.

"Ish, abang ni. Suka gurau-gurau macam tu. Kalau Sai bawa balik mamat Itali, mustahil lah Mommy nak terima. "

Gurau? Serius lah? Dia tak bergurau kut. Bunyi macam bergurau ke?

"Oh, ya. Hari tu Mommy ada call. Mommy ada cerita pasal majlis tunang. Siapa yang tunang? Dini ya? "

Tengku Cairel senyum nipis. Dia menggeleng.

"Bukan. Abang yang tunang, "

Serta-merta mata Saidatul membulat. Sungguh dia terkejut.

"A... abang yang tunang? "

*****

"Hah, cakap cepat. Apa korang dua nak cakap. Aku nak cepat ni, "

"Sabar lah. Malam masih muda, " seloroh Arisa.

Awdra mencebik. Malam masih muda konon. Aku nak tidur awal lah! Ceh!

"Actually kan, Awdra.. Ris nak bagitahu pasal... "

Awdra kerut dahi memandang Umirah dengan tangannya disilang bersama. Haa, ni nak mula dah ni cakap sepatah sepatah. Sengaja nak bikin suspen aku.

"Jeng jeng jeng! "

Arisa tersenyum sambil menayang cincin di jari manis tangan kanannya. Serta-merta mata Awdra terbeliak.

"Wow! Siapa bagi? " soal Awdra takjub.

"Guess who.... " Arisa tersengih-sengih.

"Em.. Syarif general manager? " teka Awdra.

"Em.... tak, "

"Habis? Rizqin head chef ? "

"No... orang lain. "

"Kamil lobby boy? "

"Bukan...! "

"Haa! Aku tahu siapa.. Mukmin! "

"Ya Allah... bukan! "

"Habis? Siapa?! "

Arisa senyum tersipu-sipu.

"Eh eh, kau ni. Ada jugak sampai tapak kasut aku ni dekat muka kau nanti, " Awdra mendengus.

"Okay, okay. Aku bagitahu. "

Awdra merengus. Bagitahu nama sepatah saja. Itu pun mahu bersimpang siur bicara. Serabut aku.

"Nama dia..... Umi, sound effect. "

"Dugudugudugudugudugu.... " Umirah membuat bunyi kesan khas sambil mengetuk perlahan meja kedai makan itu.

"Mahmud! "

"What?! Mahmud?! "

Arisa mengangguk laju. Terus dahi Awdea berkerut juta. Jelas dia tak puas hati.

"Eih, teruknya taste. Dah tak ada lagi ke lelaki Melayu terakhir kat Malaysia ni? Hud tu jugak kau pilih? "

Arisa tarik muka masam. Dua tangan disilang tanda tidak puas hati.

"Kau ni. Kau kena faham tau konsep jodoh dan cinta ni. Kalau Allah kata 'kun', datanglah rasa cinta tu and dia lah jodoh kau. Jodoh ni kan di tangan Allah? "

"Apa-apa je lah, " Awdra merengus.

"Jadi.. kau approve ke tak Ris dengan Hud? " soal Umirah.

"Hmm, asalkan kau bahagia. "

"Yeay! Sayang Awdra! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience